Wednesday, October 10, 2012
Ameera
Samarinda.. setiap Selasa hingga Khamis, 10.30 pm hanya di TV3. Produksinya Zeel Production. Lakonan Rita Rudaini, Shamsul Yusof, Zarina AF, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Memang terbaek!
Segala-gala mengenai drama ni saya suka. Dari pelakon, intro awal, skrip, koreografinya (kalau scene jahat tu diaorang pandai amek angle-angle dan shoot yang real dia punya jahat), jalan ceritanya, dan lagunya Mojo-Andaiku Bercinta Lagi. Sesuai dengan cerita ini.
Ameera ni mahukan anak, atas desakan ibu mertuanya jugalah. Ibu mertua dia ni memang dah dari dulu lagi tak suka dengan isteri pilihan anak lelakinya, tapi sebab cinta mereka, terpaksa dia menerima. Tapi, lepas accident yang menimpa, dia tidak boleh untuk berbuat demikian membuatkan lagi kuatlah ibu mertua dia ni tak sukakan dia dan mencari alasan untuk Ameer kahwin lain, pilihan ibu mertuanya.
Jadi, dia pun carilah seorang wanita untuk dinikahi suaminya dan mengandungkan anak mereka dan setelah dapat anak, wanita itu perlu menyerahkan anak itu padanya, bercerai dengan Ameer dan dapat RM 360 ribu. Kahwin kontrak demi anak lah ni. Zila ni pulak, budak kampung yang lari dari Farouk. Farouk katanya nak carikan dia kerja dibandar, berlakon jadi baik dengan dia, tapi lain pulak jadinya. Ditipunya, dijadikan Zila ni anak ayamnya. Larilah Zila, dan berjumpa Ameera. Apa lagi, Ameera ni gunakanlah peluang yang ada. Ameer ni yang mulanya memang tak setuju dengan rancangan Ameera terpaksa beralah demi ibunya dan cinta kasih sayangnya pada Ameera. Zila punya adik lelaki yang masih belajar dan mak yang sakit di kampung. Mak dia ni dijaga mak saudara dia yang cerewet dan asyik merungut. Jadi, dia terpaksa untuk buat semua ni demi wang.
Zila dan Ameer pun kahwin lah. Paksa rela.
Bila Zila dah mengandung Ameera ni pun buat-buat macam mengandung lah jugak. Kira nanti, bila Zila dah bersalin, dia dapat anak tu, tak pelik lah orang tengok dia, kan? Mulanya, Zila akur pada kontrak. Tapi, lama-lama dia pun jatuh hati pada Ameer malah menindas Ameera dan Ameer semula. Ameera dan Ameer terpaksalah ikut semua kemahuannya demi anak yang dikandung Zila. Sebab dia pernah mengugut untuk gugurkan anak tu. Zila ni pulak dah macam physcho orangnya. Kejap jahat, kejap baik. Dah macam gila pun ye.
Ibu dia datang menetap dengan mereka, merumitkan lagi keadaan. Berbaik pulak ibu mertua dia dengan Zila, sebab katanya dia kesian dengan nasib yang menimpa Zila. Suami jauh, keluarga mengasingkan diri darinya. Mereka mengatakan Zila isteri kawan Ameer, menumpang di situ sebab suaminya outstation. Kata Ameer, mummy tu macam tahu-tahu je anak yang dikandung Zila tu cucu dia!
Bila Zila dah bersalin, Ameera ambil anak tu dan erbongkar semua rahsia bila Zila lari dari rumah dan melarikan anak mereka, Amirul. Huh, suspens tak?
Suspen ke tak, sampai situ je saya nak kongsi. Nak tahu, kena cari kat Tonton. Promote lah pulak. Mesti korang agak, Ameer atau Ameera yang mati kan? Erm.. tak mahu kasi tahu. Tapi, sad ending lah. Pengorbanan demi cinta. Itulah yang buleh saya katakan.
Overall, tak rugi tunggu tiap-tiap minggu. Harap-harap drama ni tercalon dalam Drama Raintaian Terbaik Anugerah Skrin tahun ni. Syabas y'all!
Labels:
preview drama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment