Assalamualaikum!!
Pergh! Berhabuk~ Bersawang~ Berkepam~
Itulah gambaran sebenar yang telah berlaku kepada blog aku ni. Tengok sikit bile last post?? Itu dia.. 2012! Last post, aku review drama. Em, kalau tak silap aku masa aku tengok drama tu, aku masih di JB. Lepas tu, aku dah kena transfer KL dan sekarang aku dah balik JB semula, beb! Tak pe..tak pe.. cool down everibadi!
Orang putih kata.. let bygone be bygone. Oh, correct me if i'm wrong ye? Cewah!
Tahun ni, 2015 (aku dah tua, itu sudah pasti!) aku berazam nak bergiat aktif dalam seni menaip ni. Kalau betullah rezeki aku, mana tahu kut cerpen-cerpen kapcai aku tu dapat publish jadi novel ke? Berangan sikit kut-kut boleh publish drama ke? Manalah tahu kan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia.. ayam jantan Pak Hamid jual ayam tu pun tak tahu, ye tak?
Serius talk lah.. Aku dah malas lah nak kenang cerita-cerita lama, kisah-kisah tangkap leleh aku dulu. Buat bazir air badan aku, buat semak otak je. Aku sekarang nak go on je mana ada. Aku nak berhidup je sedaya boleh, sedaya mampu. Aku sekarang nak pijak je mana aku boleh berdiri, tapi dalam aku bertatih tu aku berdoa yang aku masih mampu untuk menunduk.
Amacam.. ada brans tak nak aku? Harap-harap tak ada lah nak hangat-hangat najis ayam je ni. Support sikit ye? Dah lah. Aku mengantok. Esok nak buat report Isnin meeting. Awal lah pulak buat report! Bukan semangat sangat, tapi Ahad ada program ler!
No comments:
Post a Comment