Sunday, August 9, 2015

Hikmah

Pernah tak kau terjadi, bila kau ditimpa sesuatu musibah dan kau story telling kat sesape, orang tu akan cakap, "Sabar lah, ini semua dugaan.  Mesti ada hikmah disebaliknya." Dan kau hanya mampu angguk.  Tapi, pernah tak kau fikir walaupun itu hanya satu ayat klise tapi ia sesuatu yang benar.

Hidup di dunia yang sementara ni penuh dengan dugaan.  Dugaan tu tak semestinya satu kesusahan. Kesenangan pun boleh jugak jadi satu dugaan.. bila mana kita asyik leka dengan kesenangan tu. Setiap detik kita berjalan ini adalah satu ujian.

Cuba ajar diri kita untuk berfikir yang baik untuk satu kejadian.  Ya, memang kalau dah datang kesusahan tu memang kepala tak sempat nak fikir, rasa macam nak marah, rasa nak salahkan orang tu, orang ni.. alih-alih disalahkan takdir pulak.  Bila fikiran dah berkecamuk, hati akan cepat nak mengamuk.  Pahamilah dengan iman senipis kulit bawang kita, akan cepat tesentuh bila penuh dengan amarah.  Bisikan negatif itu terasa begitu berkobar-kobar semarak dalam dada.  Tapi, cubalah.. cubalah walau sesaat kita duduk, istigfar dan fikir apa kebaikan disebaliknya.

Aku ambik contoh kisah akulah ye.  Last two week kereta aku kena langgar dari belakang dengan seorang awek India ni. Masa tu baru balik beraya rumah member.  Soalan pertama aku bila aku keluar kereta dan tengok kereta aku ialah "Kenapa you langgar kereta I?!"  Dan minah ni pun hanya mampu terkebil-kebil, speechless.  Alamak, aku dah lah alone ni.. nak buat apa ni?  Takkan aku nak lempang pulak dia?!

Ada jugak hamba Allah berhenti jap tengok keadaan kereta aku.  Tapi dia pun tak boleh nak repair, aku pun ambik keputusan untuk tunggu je lah bapak minah ni datang.  Bincang punya bincang, kena buat report sebab dia nak claim insuran untuk kereta dia dan kereta aku.  Aku pun tak tahu berapa cost repair kereta aku, takkan kau nak suka-suka mintak dia 2,3 ratus?  Aku pun ikut.

Bila dah ikut prosedur macam tu, jadi leceh pulak.  Kena tunggu report lah, kena dokumen tu, dokumen ni, pergi bengkel pengeluar nak kena tunggu turn, kena tinggal kereta kat bengkel 2,3 hari. Dah madah aku nak kena berulang pergi keje naik apa?  Basikal ke?  Aduhai, apasal pulak aku yang kena ngadap semua ni weh, padahal aku tak salah pun?  Minah ni yang langgar kereta aku, pehal?!

Tapi, bila duduk termenung balik.. aku jadi berfikir waras sikit.  Kalau tak kena macam ni, mana aku nak tahu kena buat macam mana solution nya step-by-step.  Nak kena cari siapa, tempat mana, dokumen apa.  Selama ni aku tahu pasal kereta bila meter tunjuk huruf E, ok, mari isi minyak!  Dah sampai mileage, pergi hantar kereta kat bengkel.  Orang kata pengalaman beb!  Aku baru terasa bersyukur, untungnya aku ada kereta boleh ke sana-ke mari.  Macamana rasa orang yang tak berkemampuan ada kenderaan sendiri tu nak duk kota besar ni.  Dan, aku bila dah tak ada kaki nak bergerak ni barulah reti duk diam kat rumah. Boleh jimat duit nanti nak pergi bercuti!  Ya, aku nampak hikmahnya di situ.

Yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu dari kita.. manusia biasa dan hamba-Nya yang lemah.  Allah tahu kita mampu untuk hadap, sebab tu dia bagi kita ujian tu.  Allah tak kejam, percayalah.  Ujian itu yang menumbuhkan lagi kesabaran dalam hati kita dan bila kita sabar, ini akan mencambahkan ketakwaan kita pada pencipta kita.

Sebab, hidup ni adalah satu perjalanan untuk satu destinasi.  Ujian untuk kita menempuh kejayaan di dunia yang kekal abadi kelak.  Kita bukannya Edward Cullen yang immortal, tapi itupun hanyalah satu fiksyen, bukan kisah adaptasi citer benar!  Kita harung banyak cubaan, dugaan dan kita bersabar, redha dalam menempuhnya.  Hikmahnya.. nah nanti kau akan bahagia di akhirat.


Wednesday, August 5, 2015

Ada Sejadah Panjang Terbentang



Ok, drama ini memang ulangan, tapi dah tayang kali kedua ni baru aku berkesempatan nak menengok.  Ternyata skrip daripada penulis feberet aku, Azlina Pa'wan memang ternyata tidak pernah mengecewakan!

Hero dan heroin ni memang buat kita pecah perut habis gelak dalam cerita Aku, Dia dan Tong Sampah dan Aku, Dia dan Tong Gas.  Tapi kali ni mereka berganding dalam cerita yang sadis habis!

Perhatian untuk penonton drama ni, sila sediakan tisu semasa drama ditayangkan!

Ini kisah pasal seorang teruna bernama Taufik (Beto Kusyairy) dan dara bernama Siti Aishah (Siti Saleha) yang tinggal di dalam kampung dan hidup serba sederhana.  Mereka ni suka antara satu sama lain tapi yelah, duk dalam masyarakat yang penuh adat kemelayuan dan agama Islam yang kuat, mereka ni agak pemalu dan hanya mampu sekadar berbalas surat je untuk meluahkan isi hati perasaan memasing.

Jadinya, dah nama satu kampung dan mak bapak diaorang saling mengenali, melihat tingkah anak-anak mereka macam tu, diaorang pun paham dan nak menyatukan anak mereka.  Ada satu mamat ni, Azmi (Erry Putra) tak puas hati bila gadis kesayangannya bakal kahwin dengan orang lain.  Dahlah Siti Aishah tu lemah lembut, cantik, penuh ilmu agama (anak pak lebai, mestilah macam ustazah!) alih-alih kawin dengan lelaki biasa yang tak kaya berbanding Azmi.  Benganglah si Azmi ni!

Tapi dia ingat Siti Aishah tu nak kat Azmi ni ke?  Tahulah dah kaya, tapi kutu berahak!  Memang Siti Aishah ni tak layan la.  Walaupun Taufik ni tak kaya macam Azmi, tapi Taufik ni penyantun, hormat orang tua, rendah diri dan paling Siti Aishah suka ialah Taufik ni ahli masjid!

Oleh sebab hati busuk, Azmi ni dah menyimbah asid ke muka Siti Aishah pada hari dia bakal menjadi isteri yang sah kepada Taufik?!  Peh, bengang lah Taufik ni!  Taufik pun pergi lah terjah rumah si bedebah Azmi ni.  Dia boleh buat lek buat peace je kat rumah, buat muka tak bersalah? Hee.. scene ni dah macam Hang Jebat panggil Hang Tuah bersilat!

Tapi dalam adegan duk bertumbuk ni, dengan tak sengaja Taufik ni tertolak Azmi lalu kepalanya terhentak pada batu.

Azmi meninggal dunia.  Taufik didapati bersalah, dihukum penjara 10 tahun.  Siti Aishah cacat separuh wajahnya.

Selepas 6 tahun dipenjara, Taufik dibenarkan bebas awal sebab berkelakuan baik.  Semua orang berbesar hati bila Taufik dah kembali, lebih-lebih lagi mak Taufik dan Siti Aishah.  Tapi, sebenarnya pada tahun ke 5 dipenjara, Taufik sendiri yang memutuskan hubungannya dengan Siti Aishah dan suruh Siti Aishah lupakan dia.  Bagi Siti Aishah, peluang dia untuk bersama dengan Taufik masih terbuka bila dia balik ke kampung dan menyangka Taufik buat keputusan macam tu bagi tidak membebankan Siti Aishah.

Adik Taufik, Budi (Nas-T) pun kurang senang dengan kehadiran semula Taufik.  Baginya Taufik mengembalikan semula cemuhan orang kampung kepada mereka sekeluarga - keluarga pembunuh. Taufik cuba berdiplomasi tapi adiknya mahu Taufik keluar dari rumah.  Taufik cuba bersabar dengan kerenah Budi dan tetap dengan keputusannya untuk tidak menyambung kembali hubungan dengan Siti Aishah.  Mak Siti Aishah pun mula buat andaian yang Taufik menolak Siti Aishah kerana rupanya yang buruk.

Budi bertambah bengang bila pinangannya ditolak teman wanitanya dan menyalahkan Taufik. Mak mereka cuba mententeramkan Budi tapi Taufik pulak pergi tampar muka adik dia sebab rasa adik dia kurang ajar bila bercakap dengan mak mereka.  Budi tertolak mak dia, dah mak dia pulak meninggal. Merah lagi kubur mak dia, Budi ni halau Taufik ni keluar dari rumah.  Dah kenapa?  Tak ada hati perut ke hape?!

Acaner...?  Nanges tak?

Taufik pun membawa diri, mengabdikan diri pada Allah dan menganggap semua yang berlaku ni dugaan Allah.  Dia redha dan ikhlas. Tapi dia buat semua ni bersebab.  Sebenarnya, dia menghidap barah otak.  What?!

Iya.. dan dia ingat dia akan mati dalam penjara, itu sebab dia putuskan hubungan dia dengan Siti Aishah dulu.  Rahsia ni terbongkar bila Taufik ditemui pengsan dalam pondok tempat dia berteduh lepas dihalau Budi.  Bila dah jadi macam ni, Budi pun insaf dan Siti Aishah yang dah frust menonggeng tadi, terus meluru pergi rumah Taufik.  Dia sendiri pergi pinang Taufik!  Dia tak kesah kalau dia hanya mampu jadi isteri Taufik untuk sesaat pun.. sebab dia tahu tahu Taufik masih sayangkan dia!

Sad ending ke happy ending.. kena tengok sendiri la ye?  Overall, memang best drama ni.  Aku harap drama ni tercalon untuk Anugerah Skrin next year.  Thumb up!









Saturday, August 1, 2015

Sahabat atau Kawan?

Sahabat.. untuk selamanya.  Kau dan aku sahabat, untuk selamanya
Emm.. betul, betul, betul!

Nah, itu lirik lagu Sahabat Selamanya yang dinyanyikan band Padi dari Indonesia untuk siri animasi Upin dan Ipin.  Itu kisah budak-budak.  Berbalik kepada cerita realiti, kita yang dewasa ni sebenarnya sama ke tak mempraktikan apa yang imaginasi anak kecil ni?

Apa benda sahabat dengan kawan ni pada korang?  Sama ke tak maksudnya sahabat dan kawan ni? 

Bagi pendapat peribadi akulah kan, sahabat ni orang yang aku kenal benar dan bersama dengan aku dalam susah atau senang manakala kawan ni orang yang aku kenal dan bersama dengan aku dalam waktu senang (sahaja).  Kira kalau populasi kawan ni memang bersepah la, tapi nak mendapatkan sahabat ni memang agak complicated!  

Aku melabelkan diri aku sendiri pada sahabat dan kawan ni.  Maksudnya, kalau mereka ni berkawan dengan aku, jadi aku akan menjadi kawan mereka.  Kalau mereka ni bersahabat dengan aku, aku akan menjadi sahabat mereka.  

Bunyinya macam aku ni tak ikhlas, macam friend with benefit, macam memberi dan mengharapkan pembalasan.  Tapi, aku buat macam ni demi nak jaga hati kedua belah pihak.  Aku.. kalau boleh nak bersahabat ni lama, sampai beranak pinak, sampai kami sama-sama ke pintu syurga.  Tapi kalau sebelah pihak lagi tak boleh beri komitmen.. sikit-sikit nak terasa ati, sikit-sikit nak hentak kaki.. kenapa aku nak kena buang masa aku?

Nak dapatkan sahabat yang boleh get along dengan kau, hadam perangai biul kau, layan angin semilir petang bila kau awal bulan (bagi perempuan la), boleh kayuhkan sampan sama-sama dengan kau, tarik tangan kau waktu kau tersembam, buat dek je bila kau marah, bagi tisu bila kau menangis, huh.. wa cakap lu susah woo!  

Lagi pulak bila golongan wanita yang tak kawin lagi tapi member lain semua dah kawin.  Cuba kau bilang, berapa ketul je lagi 'sahabat' (yang kononnya cakap nak naik pelamin sesama dengan kau tapi potong q kau) yang masih lagi berada di sisi kau bila kau pulak nak memerlukan pengapit time kau kawin?

Kes tu boleh angguk lagi.  Ada jugak kes yang bila golongan wanita yang tak kahwin lagi tapi member lain semua dah kawen.  Cuba kau bilang, berapa ketul je lagi 'sahabat' kau yang masih lagi berada di sisi kau bila kau tak kawin-kawin lagi?!  Kau ingat mereka nak layan kau tu?

Haha!  Aku dah rasa sekarang!

Tapi, kau tak boleh salahkan sahabat-sahabat kau yang dah kawin ni.  Mereka dah beralih ke fasa baru hidup mereka. Mereka memerlukan privasi sendiri dan mungkin mereka pun tak ada masa untuk diri mereka, apatah lagi nak fikir pasal kawan-kawan. 

Cuma, patutnya sahabat yang dah kawin ni perlu lebih peka.  Tak payahlah nak keluar isu sensitip! 

"Kau bila nak kahwin ni?  Aku dah anak dua!"
"Tulah kau, memilih sangat!"
"Kahwin je la, nak tunggu apa lagi?"
"Best woo kahwin, rugi tak kahwin awal!"
"Orang tu mana nak ingat kawin, sibuk cari duit!  Dah kaya sekarang!"

Sahabat yang baik, memang dia akan cuba kunyah statement sentap korang ni.  Tapi sebagai manusia biasa, iman seseorang tu ada pasang surutnya jugak.  Ada masa, terseret perasaan lah jugak woi!  

"Dah rezeki kau dulu, aku nak buat macam mana kalau Allah kata bukan masa aku lagi?  Tak boleh ke kita geng macam dulu?  Kau kata kita sahabat sampai mati?  Tapi bila kau dah ada famili sendiri, kau dah lupakan aku yang dulu kau anggap macam famili kau?"

Haa.. tu dia!

Tapi, kawan ke sahabat ke.. bagi aku individu ni amat penting dalam hidup.  Sebab merekalah orang yang aku refer selepas mak bapak aku.  Hargailah mereka, buruk dan baik mereka.  Orang cakap, kawan kita tu yang membentuk kita. Maksudnya, berkawan dengan orang baik, dengan kau sekali jadi alim.  Berkawan dengan orang jahat, dengan kau sekali jadi jahanam!  Buruk baiknya, terpulang pada diri kau jugak lah.  Ada jugak orang yang baik berkawan dengan orang jahat, tapi akhirnya budak jahat tu boleh balik ke pangkal jalan dan lurus beriringan dengan budak baik tadi.  Nampak tak?  Dah dapat pahala bebudak ni.

Jadi, sejenis macam mana kah korang.. sahabat atau kawan?


Wednesday, July 22, 2015

HidayahMu Ramadhan



Sejujurnya bagi seorang peminat drama melayu macam aku ni, aku akan menantikan drama bersempena bulan Ramadhan dari tv3, tak kisahlah slot Akasia atau Samarinda.  Untuk tahun ni, Primeworks Studio mempersembahkan sebuah drama 16 episod (class kau jah.. selalu slot ni 15 episod je!), HidayahMu Ramadhan diterajui oleh Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Zarina Zainuddin, Nazrief Nazri (ala, Cikgu Arif dalam Oh My English class 2015) dan ramai lagi.

Kisahnya pasal Hidayah (Zara Zya) seorang anak yatim piatu tapi dipinggirkan oleh Pak Longnya (Roy Azman).  Pak Long dia ni takut ke sayang bini aku pun tak tahu lah apa jenis, tapi dia dengar cakap bininya, Mak Long (Sharifah Shahora) yang tak suka Hidayah ni yang miskin rapat dengan mereka yang kaya, lebih-lebih lagi anak lelakinya, Nazrief Nazri (aku lupa la nama mamat ni dalam cerita ni) yang Hidayah dah anggap macam abangnya sendiri.

Hidayah ni ada abang angkat (dah kawin ye!) kerja dengan Dato Mustafa.  Dato Mustafa yang baik hati ni kesian dengan nasib yang menimpa Hidayah dan menawarkan untuk tinggal sekali dengan mereka dan nak tanggung kos sambung belajar Hidayah.  Memang lah niat dia baik tapi bini dia Zarina Zainuddin (apa ntah nama Datin ni!) pulak tak suka.  Tapi, lepas dipujuk Dato Mustafa, dia akur.  Pergilah belajar kat kolej yang sama dengan anak perempuan mereka, Amira (Reen Rahim). Amira ni pun tak suka pada Hidayah yang dikatanya kekampungan, tapi sebenarnya dia jealous sebab mamat yang dia suka Taufiq tu baik dengan Hidayah.  Pulak?

Tapi dalam ramai-ramai yang tak suka Hidayah, selain Dato Mustafa dan anak lelakinya, Encik Amar (Aeril Zafril) melayan Hidayah dengan baik.  Beruntunglah kau Hidayah, ada mamat hensem baik dengan kau!

Nak dijadikan cerita bersempena dengan tema bulan Ramadhan ni, Dato Mustafa ni sebenarnya nak meluruskan balik kehidupannya dan keluarga yang baginya dah banyak sangat terpesong.  Antaranya menjaga solat dan puasa.  Jadi, dengan kehadiran Hidayah, sedikit sebanyak memberi semangat dan pendorong untuk Dato ni berubah.  Lepas tu, Encik Amar pulak nak ikut jejak bapaknya, selepas dia tahu yang dia mengidap cancer.

Lepas dah 2 kali kena halau rumah oleh Datin, Dato Mustafa dah bengang dah kali ni dia jemput Hidayah untuk pulang ke rumahnya sebagai anak angkatnya.  Lagilah berdarah idong Datin tu bila hasben dia buat macam tu.  Amira pulak mula-mula dia memang bengang, tapi oleh sebab dia tak dapat Taufiq and nak mengorat abang sepupu Hidayah yang kebetulan datang melawat Hidayah di rumahnya, terus dia mula berbaik dengan Hidayah.  Kira ada udang disebalik mee jugak lah.  Tapi, bila dia berbaik dengan Hidayah, baru dia tahu yang Hidayah ni baik orangnya walau macam mana jahat pun telah dia buat pada Hidayah.  Itulah orang cakap tak kenal maka tak cinta.  Ini main hembus je kau cakap orang tu jahat!

Taufiq ni accident, dah kena duduk kat kerusi roda.  Tapi yang banyak bagi semangat kat dia ialah Hidayah.  Walaupun Taufiq ni suka kat Hidayah, tapi Hidayah dah cakap yang dia anggap Taufiq ni kawan je.  Abang sepupu Hidayah pun minat kat Hidayah, tapi Mak Long tak suka.  Dah siap nak jodoh kan anak dia dengan Mimi, yang lagi kaya dari mereka.  Mamat ni pulak memang tak setuju dengan cadangan mak dia.  Dia berkeras nak kawin dengan Hidayah.  Hek eleh, suka suki je.  Dia ingat Hidayah nak kahwin dengan dia ke?

Klimaks, bila abang sepupu Hidayah meninggal dalam kemalangan masa mereka nak balik kampung masa malam raya.  Tragis jugak la kematian dia, dah macam  Final Destination!  Mak Long Hidayah tak boleh terima kenyataan, telah jadi ting-tong pulak!  Pak Long pulak dah insap, baru dia sedar yang selama ni dia banyak mengabaikan adiknya dan Hidayah sebagai anak sedara satu-satunya.

Jadi Hidayah ni kahwin dengan siapa pulak dah semua Hidayah reject?!  Nah, Encik Ammar pun muncul dengan rombongan meminangnya.  Walaupun mulanya Encik Ammar ni pun kena reject sebab Hidayah ingat kakak angkatnya Doktor Kat minat kat Encik Ammar ni, tapi lastly dia menerima Encik Ammar sebagai suaminya.

Datin pun dah terima Hidayah sebagai menantunya bila tahu yang Ammar sakit dah sebelum dia menemui ajal, dia nak bahagia bersama orang yang dia cintai iaitu Hidayah.  Eh, mula-mula meroyan la jugak Datin bila tahu anak lelaki dia suka pada orang yang dia tak suka.  Tapi bila Ammar ceritakan hal sebenar (pasal penyakit dia yang peluang untuk sembuh amat tipis), Datin pun redha.

Barulah mereka sedar kedatangan Hidayah dalam hidup mereka sekeluarga adalah petunjuk dari Allah untuk mereka kembali kepada Nya.

Eh, sabar.  Belum habis lagi drama ni.  Kalau tak, tak adalah dia sampai 16 episod, bersiaran ekslusif selama 2 jam pada malam raya.  Kau ingat dah kahwin nya Hidayah dan Ammar tu bermakna akan keluar tulisan tamat kat tv kau?

Kan ke Ammar tu sakit?  Pulih ke tidak?  Haa.. kalau nak tahu ending nya happy ke idok, pergilah cari kat www.tonton.com.my  Dengarkan jugak lagu temanya drama ni daripada penyanyi Ippo Hafiz - HidayahMu.


Tuesday, July 21, 2015

Aku rindukan kau, Ramadhan..

Sebulan sudah puasa, menahan lapar dahaga..

Cewah..cenggitu lah kunun-kununnya lagu raya daripada artis feberet aku, Siti Nurhaliza.  Tajuk amende, aku pun tak ingat tapi part chorus dia "mari adik, mari abang mari kita.." Aha.. jangan kau berjoget pulak! Ce teka la kalau rajin!

Alhamdulillah, bulan puasa dah habis dan hari ni dah 5 Syawal pun.  Tahun ni I'olls beraya kat Kuantan je.  Cuti pun sekejap je, simpan cuti!  Ala, tak mau lah cite hal raya!  Aku nak citer bab puasa lah! Ini cerita macam ala-ala throwback gitu!

Korang ada terasa tak macam rindu bulan puasa bile dah beraya ni?  Ke, aku je yang perasan?  (Aku ni memang perah-santan je semedang!)  Ke sebab baru je beberapa hari raya, itu yang terasa lagi bahang bulan puasa tu?  Entah lah.. tapi aku bersyukur puasa tahun ni.. sebab aku merasa nikmat puasa yang sebetulnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ok..kisahnya, aku ni bekerja dengan workstation aku ialah site.  Semua maklum suasana di site yang panas, berbahang, berdebu.  Kalau bulan puasa, agak mencabarlah jugak nak kena menapak tawaf site, nak tengok workers and machineries segala bagai. Bulan biasa buleh lah mintak tolong bhai belikan 100plus, ini bulan puasa.. tak boleh lah dik!

Tapi, alhamdulillah  tahun ni Allah bagi rezeki aku banyak duk dalam ofis cabin sebab site ni baru nak start, jadi kerja-kerja di tapak tak banyak yang gerak.  Dan, jika begitu halnya tak payahlah aku kena tunggu concreting sampai malam dan boleh lah aku cabut awal (pukul 5pm tu kira awallah tu!)

Dah balik awal, boleh lah aku menyinggah kejap dekat bazaar Melawati ke, AU ke, Pandan ke, Aeon Wangsa Maju ke..?  Haa.. tapi aku ni sejenis yang tak gemar sangat gi bazaar.  Aku lebih suka masak kat rumah (biorpun aku tak reti masak mana pun!)  Sebab, kalau masak.. aku boleh terus buat sahur. Kalau beli kang dah  rosak tak sempat buat sahur pulak!

Rezeki aku beb, tahun ni puasa aku dapat site KL.  jadi boleh lah aku main masak-masak and berbuka puasa dengan adik-adik aku.  Terasa betul meriah nye bukak puasa.  Tapi pernah jugak sekali hari tu bukak puasa kat site, meriah jugak sebab site aku kali ni ramai melayu.  Peh, happening gila!  Macam bukak puasa kat padang MPK Kuantan!  Hehe!

Rumah aku kali ni dekat dengan Masjid Melawati.  Boleh dikatakan tahun ni paling banyak aku gi terawih.  Masjid ni meriah, biarpun sampai ke akhir Ramadhan masih penuh.  Parkir kereta sampai ke jalan besar, sampai kena upah traffic controller.. maksudnya ramai orang lah tu.  Jadi, nak dapat parkir, kena lah datang awal.  Dah datang awal, takkan kau nak termenung je dalam masjid tu kan? Sempat jugak lah baca tafsir dan ayat al-Quran (kalau tak memang dasar pemalas kan nak bukak al-Quran!)  Sama-sama dengan muslimat lain, kita berjemaah.. berselawat.  Yang tak kenal, kat sinilah kita berkenalan, mengeratkan ukhuwah.  Baru tahu mak cik ni jiran aku, akak tu duduk blok sebelah! Haa.. betullah orang cakap bulan Ramadhan bulan berkat.

Tahun ni jugak aku rajin bangun sahur.  Alhamdulillah tak miss.  Dah bangun sahur, mestilah tunggu Subuh.. kalau tak memang terbabas lah!  Dah aku dapat pahala solat Subuh awal, kalau tak memang Subuh gajah je muka aku ni!  Huh!

Bulan ni banyak beri pengajaran dan peringatan pada aku.  Bulan yang menjentik rasa insaf dalam diri.  Musahabah diri sikit.  Terasa macam banyaknya aku melango kat bulan lain.  Apebende lah aku buat sebelum ni? Kalau kata Allah nak ambik nyawa aku sekarang, ape je lah yang aku nak bawak nanti? Kalau nak suruh anak soleh yang doakan untuk aku, memang tak-lah sebab aku kawin pun belum!  Ya Allah!

Sorrylah, bukan nak riak, tapi nak share perasaan gembira aku sebab tahun ni aku terpilih oleh Allah untuk dapat banyak peluang kejar Ramadhan.  Dan aku sendiri tak pasti, sama ada tahun depan aku dapat lagi atau tak kesempatan macam ni.  Sebab aku kerja makan gaji, takkan suka-suki hati aku je nak bantai balik awal kalau kerja tak siap lagi, ye dok?

*Balik terawih tengok drama M.A.I.D dan HidayahMu Ramadhan!  Sanggup buat 8 rakaat je sebab nak kejor drama! Ish, ish, ish!