Senandung Cinta Semalam.. ceritanya dah lama.. 19 Mei 2012, hari ni baru berkesempatan untuk share. (tak pe lah.. tak sampai setahun lagi, kan? Hehe)
Baiklah, entry kali ni, kita bercerita sikit pasal drama. Memanglah, saya kan suka berdrama.. (kengkawan panggil saya ratu drama!) Yang penting saya suka drama melayu walaupun ada mengatakan drama melayu ni tak berkualitas la, bosan la. Biorlah orang lain tak suka, asalkan saya suka. Habis kalau semua orang tak suka, siapa lagi nak suka kecuali saya, kan?
Opss.. termengarut pulak saya ni. Oklah.. drama ni slot Cerekarama, setiap Sabtu 10pm di TV3. Tertarik untuk menonton drama ini sebab asal bukak je TV3 asyik iklan drama ni je yang keluar. Dalam hati tertanya, best sangat ke citer ni yang asyik ulang tayang iklan dia je? Lepas tu, ada aktor Kamal Adli dan Puteri Sarah pulak, ditambah lagu iringannya yang membuatkan saya teruja untuk menunggu. Rupa-rupanya, tak penat saya tunggu. Sangat best citernya!
Penulis skripnya Azlina Pa'wan.. memang citernya mantop! Produksinya lupa pulak siapa. Ceritanya bermula dengan kisah Azhar mula-mula jumpa Suria. Mereka ni berjiran. Dari situ lah mereka berjumpa, bercinta dan akhirnya berkahwin.
Perkahwinan mereka
amat bahagia, lebih-lebih bila Suria mengandung. Namun bahagia yang
diharap musnah sekelip mata apabila Suria pergi menemui ilahi sebelum
sempat melahirkan anak yang dikandungnya.
Azhar tidak dapat menerima hakikat itu. Dia nekad membawa diri ke UK. Tinggalkan segalanya. Membawa lara bersamanya.
12 tahun sudah berlalu. Azhar kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia. Pertemuan kembali keluarga bekas mertuanya menemukan Azhar dengan adik iparnya, Liyana. Liyana seiras wajahnya
dengan kakaknya, Suria. Membuatkan cinta lamanya kembali. Azhar meminta ibubapanya meminang Liyana
untuknya. Tetapi malangnya pinangannya itu ditolak oleh kedua orang tua
Liyana. Ibunya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah kehilangan
Suria di tangan Azhar. Mereka tidak mahu kehilangan Liyana pulak.
Liyana bertindak melarikan diri dari rumah. Dia pergi ke rumah Azhar.
Terjadi pergaduhan di situ. Azhar yang tidak mahu Liyana terus-terusan
disakiti ibunya, memberitahu yang dirinya tidak menyintai Liyana. Apa
yang dilakukan adalah semata-mata kerana rindukan Suria sahaja kerana
wajah Liyana seiras dengan Suria.
Liyana menderita. Dia tidak mahu makan dan badannya menjadi lemah. Ibubapanya berasa bimbang dan yakin yang Azhar dan Liyana benar-benar mencintai antara satu sama lain. Dan menyedari akan hal itu, pinangan Azhar di terima dan mereka selamat disatukan.
Liyana meminta Azhar menyayangi arwah kakaknya lebih dari dirinya tetapi Azhar
menyatakan yang arwah Suria sudah ada tempat istimewa di hatinya. Dan
apabila Liyana berjanji akan menyayangi Azhar sehingga ke akhir
hayatnya, Azhar tidak bersetuju. Dia hanya mahukan Liyana setia berada
bersamanya selagi hayatnya masih ada.
Liyana di sahkan mengandung. Mengandung anak kembar. Ibunya amat bimbang
kerana arwah Suria dulu mengandung seorang pun tidak lepas, inikan pula
anak kembar. Hatinya walang dan tidak mahu kehilangan Liyana.
Malang menimpa lagi. Kereta yang dipandu Azhar dilanggar oleh kenderaan
yang dipandu oleh orang mabuk. Liyana cedera di kepala. Mujur
anak-anaknya dapat diselamatkan. Dia selamat melahirkan sepasang bayi
kembar melalui pembedahan. Keadaan Liyana
amat parah. Dia hanya bergantung pada mesin untuk meneruskan
kehidupanya. Ibubapanya menyalahkan Azhar yang membawa malang pada
anak-anaknya. Sedang pertelingkahan kedua-dua belah ibubapanya, Azhar
jatuh pengsan dan di bawa ke hospital.
Ok, stop! Nak tahu apa yang jadi? Search kat Tonton lah! Hehe.. Apakah yang jadi pada Azhar ni? Adakah mereka akan hidup bahagia atau adakah kejadian yang menimpa kakaknya akan berulang semula? Jeng..jeng..jeng!
Overall, drama ni memang bessst sesangat. Aturan ceritanya, cara huraian, suspennya.. memang hidup. Sedey tak hengat sampai menetes airmataku! Pelakon juga menjiwai watak dengan sangat baik. Suka sangat dengan ostnya 'Dikalung Kasihan' dari penyanyi Singapura Imran Ajmain.
Thumb up to all production!
No comments:
Post a Comment