Wednesday, October 10, 2012
Di Bawah Langitmu
Drama dalam slot Cerekama TV3 10 malam, ditayangkan pada minggu akhir tayangan terbaik sempena Aidilfitri. Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish. Penulis skrip ialah Azlina Pa'wan. Tak mahu terlepas peluang untuk menonton!
Annur (Nora Danish) merupakan gadis yang menjadi igauan pemuda dalam kampung itu. Mahunya tak, Annur merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid (Ako Mustapha) pada Aidilfitri yang bakal menjelang. Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Mak Annur ni macam memperkecilkan jugak lah Si Osman ni sebab kalau nak dibandingkan Farid jauh lebih baik dari Osman. Farid tu keje bank, Osman keje kampung je. Lagipun Osman ni terkenal dengan sikap barannya. Mahu nak bagi anak perempuan tunggal dia yang come lote ni kahwin dengan Osman? Sikap barannya ditunjukkan dengan dia telah memukul Yazid yang ditemuinya mengendap adik perempuannya lakonan Nad Zainal. Yazid pun berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat.
Paling bengangnya, bila diaorang ni ditangkap, boleh pulak Farid ni tak percaya pada Annur? Dia siap marah Annur, cakap Annur ni perempuan murahan?! Hek eleh, kau kan dah berchenta dan dah nak kahwin dengan dia, takkan kau tak kenal bakal bini kau sendiri? Emosi je aku tengok citer ni!
Keluarga Annur ingin menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Aleh-aleh, Farid dapat tahu yang Yazid ni yang perangkap Annur dan Osman. Famili dia pun datang lah balik nak sambung kahwin. Mak si Annur ni tak mahu, sebab dia ingat lagi, hari tu masa famili Farid ni nak putuskan tunang, bapak Farid pernah sound diaorang, biar duit hangus, jangan maruah hangus. Sekarang, mak si Annur ni rasa macam maruah diaorang ni diperkotak-katikkanlah.
Bapak si Annur ni beria pulak nak satukan anak dia dengan Farid. Jadi, dia pun cakap kat mak Osman untuk putuskan dengan diaorang sebab nak satukan semula anak dia dengan Farid. Mak si Osman ni bengang lah pulak. Yelah, senang-senang tuduh anak dia menganiyai Annur, suruh Osman bertanggungjawab pastu senang-senang suruh cancel kahwin?
Akhirnya, mereka berbalik pada Annur. Kata Annur, dia pun dah tawar hati pada Farid, lepas Farid meragui kesetiannya dulu. Annur kata, kalau betul bapak dia beria benar nak suruh dia kahwin dengan Farid, minta dulu izin dengan Osman. Bila tanya Osman, dia cakap kalau betul Annur bahagia dengan Farid, dia rela mengundurkan diri. Annur merasakan dia bakal bahagia dengan Osman. Walaupun sekarang dia hanya sayang Osman sebagai abang angkatnya, tapi dia mahu sayang Osman sepenuhnya selepas dia bernikah dengan Osman.
Jadilah Annur ni kahwin dengan Osman.
Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung. Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari dan dipukul. Tapi, yang bagusnya Osman ni, dia baran dengan semua orang, kecuali mak dengan adik dia. Adik dan mak dia cakap macam-macam, dia memanglah marah, tapi tak sebaran dengan orang lain. Hurm..
Haa.. sampai situ cukuplah. Katapun sinopsis. Jadi, kita bagi half-way je lah. Cerita ni best, dia mengajar saya yang kita kena terima apa juga ketentuan yang ditetapkan kepada kita dengan redha dan berlindung di bawah kekuasaan yang Maha Esa. Ada hikmah disebalik semua kejadian.
Apapun, cerita ni memang best.. Saya simpulkan di sini, drama ni amat sadis.
Labels:
preview drama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment