“Kau ni memang tak sudah nak cari gaduh dengan aku, kan?! Dari time belajar, sampai la sekarang! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku, haa?!” pekik seorang jejaka yang tali lehernya sudah terlonggar dek kerana panas, dalam dan luar. Gadis di hadapannya pun sudah memerah muka menahan bahangnya, juga pandang bisik orang sekeliling. Yalah, bertengkar bagai gaduh laki bini, pulak kes nya itu dibentangkan di tengah-tengah orang lalu-lalang, di tepi jalan lagi!
“Eh, kau tu yang asyik nak cari salah aku, start dari site tadi lagi! Huh, kalau aku tahu lah tempat aku kerja ni kau yang punya, memang haram jadah aku tak mahu jejak!” “Hei, ingat sikit, ya. Company tu bapak aku yang punya, bukan aku! Kalau bukan sebab bapak aku selaku MD yang bagi arahan suruh aku pergi, aku pun tak hadap nak follow kau pergi site ni! Kalau company tu aku yang punya, bukan setakat takkan follow kau, dengan kau-kau sekali aku halau!” “Memang dasar berlagak macam monyet sumbang!” “Arghh! Tak kisah la, monyet ke, kera ke, orang utan macam kau ke, yang penting kalau kau nak balik sekarang, kau ikut aku. Kalau tak, kau boleh balik sendiri, naik bas! Faham?!” Kata lelaki itu dan terus berpaling dari gadis tadi tanpa menunggu apa-apa tindak balas langsung darinya.
Menyusahkan je bawa mummy monster ni!
Tatkala gadis tadi mahu mengatur langkah menyaingi lelaki tadi, dia terpandang ke seberang jalan, membuatkan langkah yang diatur terus mati. Mata, hati jiwanya seolah-olah terhenti sama. Lelaki di seberang jalan yang berpimpinan tangan dengan seorang gadis terus diamati agar benar seperti yang ditelahnya.
Zhariff? Zhariff ke tu?! Zhariff yang aku nak jumpa selama ni?
Dia melambai-lambai tanpa sedar yang dia kini sudah berada di tengah garisan jalan. Tanpa diduga, sebuah motorsikal ditunggang laju menuju ke arahnya bersama bunyi hon bertalu-talu. Semuanya berlaku sepantas kilat dan kedenganran hanyalah teriakan gadis itu dan bunyi dentuman yang kuat, mengemparkan suasana.
Shahrul terus berpaling bila mendengar bunyi keriuhan dan baru menyedari yang dia bercakap berseorangan, yakni Insyirah tidak bersamanya. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, orang ramai sudah berkerumun di tempat dia dan Insyirah bertengkar tadi. Dia tahu kemalangan yang baru didengarnya tadi berlaku di situ. Dadanya terasa berdebar hebat. Dipercepatkan langkahnya ke tempat tadi.
Tolonglah.. Ya Allah, harap-harap bukan dia! Takkan lah dia, baru tadi aku bergaduh dengan dia. Aku pun tak habis lagi bergaduh dengan dia!
Shahrul meloloskan dirinya untuk melihat. Dirinya kaku untuk berkata apa-apa bila melihat Insyirah terbaring lesu penuh dengan darah. “Dik, kawan adik ke ni? Adik kenal?” Tanya seorang lelaki separuh abad, kepadanya. Shahrul masih bisu, hanya memandang lelaki tadi dan Insyirah. “Dik.. abang tanya ni?” Lelaki itu mengoncangkan badan Shahrul, agar jawapan diberi segera. “Ya.. ya. Dia kawan saya. Kawan saya!”
“Gila kau tak suka dia! Beliau dah lah kacak, pandai.. budak bola pulak tu! Sekali dia tendang bola, boleh luluh kasi luluh jiwa, tahu!” Insyirah terus - terusan ketawa tanpa mempedulikan kerutan dahi pelajar lain di dalam perpustakaan itu. Amira segera menyikunya, lalu diletakkan jari telunjuk rapat ke bibir. Insyirah segera menekup mulutnya.
“Tapi, aku sedar. Aku ni siapalah bagi dia. Budak hingusan je kut. Duduk kelas corot. Nak kata cantik tu lagi lah tak. Budak sukan macam dia? Langsung tak berbau. Aku ni tak cukup inci pun nak main netball! Memang conferm dia tak pandang!” kata Insyirah dalam nada berbisik. “Lainlah kau, kau penolong ketua pengawas, duduk kelas budak pandai, budak tak pandai pun boleh pandai kalau duduk kelas Bestari macam kau, kena badi kepandaian tu. Dah pandai, mesti lah kecantikan tu akan terserlah secara semula jadi. Jadi, kalau siapa lah tak kenal leader netball ni, memang betul dia hidup zaman batu, kan? Kan?” Amira tersengih dipuji begitu.
“Tak ada lah, pandai je kau nak puji aku lebih-lebih ya?” “Sorry, saya belia anti rasuah, tahu! Ish, ni kebenaran lah! Buat apa aku nak tipu kau? Tak ada untung pun.. aku kan sepupu kau, merangkap best friend forever and ever pulak tuh!” Mata Amira menangkap sesusuk tubuh bersama beberapa pelajar lelaki yang lain.
“Eh, eh.. Amar Zhariff jejaka idaman melaya ada kat dalam library ni lah!” Insyirah dan Amira segera menghadap buku, konon-konon tidak menyedari kedatangan lelaki itu bersama rakan-rakannya.
“Hai, girls! Eh, Insyirah Yusoff pun ada di sini? Wah, rajinnya dia belajar? Macam dia nak SPM esok je gaya!” Insyirah sudah mulai malu-malu kucing bila diusik begitu. “Orang tak pandai macam saya ni kene usaha lebih. Awak lain lah, esok exam, ari ni pun sempat lagi nak study!” Amar Zhariff masih lagi tersengih lalu mengambil tempat di tepi meja, di kirinya Insyirah dan di kanannya Amira.
“Insyirah.. semua orang pandai, tapi beza nya antara kita hanya usaha. Awak rasa awak tak pandai, tapi sebenarnya usaha awak tu menampakkan kepandaian awak. Erm, kalau ada apa yang tak tahu, awak boleh tanya saya. Mana tahu saya boleh ajar. Tapi, tak boleh tanya banyak, sebab nanti cikgu-cikgu kat sekolah ni tak boleh cari makan!” Insyirah masih terangguk-angguk. Sudahnya, Amar Zhariff yang mengundur diri.
“Haa.. sukanya aku bila dia panggil nama aku, nama penuh cam tu!” Insyirah masih meraba wajahnya, merasa saki haba-haba suam lagi! “Wah, sekarang ni aku tengok si Amar Zhariff tu selalu je tegur kau, mengusik kau lagi?” Sengaja Amira mahu menduga Insyirah.
“Ish, tak adalah! Pandai je kau!” “Yalah.. aku yang terduduk kat sini pun dah macam halimunan!” Amira terus bangun meninggalkan Insyirah terpinga-pinga.
Insyirah pelik saat dia melangkah sahaja ke dalam kelas pagi itu, semua memandangnya sambil tergelak-gelak. Dia menelek tudungnya. Sengetkah? Bertompokkah? Tiada. Terus dia mengambil tempat di mejanya. Membiarkan mereka dengan tanda tanya.
“Eh, Syira.. kau memang tak tahu malu, kan? Kau fikir kau boleh dapat ke dia dengan buat macam ni? Hei, setidak-tidaknya, kau kena tempuh kami dulu, tahu!” Gadis di kirinya memberikan klue, tapi masih dia dapat menyelesaikannya. Insyirah diam.
“Syira.. apa-apapun aku salute lah kau! Kau berani gila! Tindakan kau ni akan aku kenang sampai bila-bila sebagai kenangan cinta terulung!” kata-kata mereka diakhiri dengan ketawa yang tak sudah. “Korang.. cakap pasal apa ni? Blur aku!”
“Kau boleh pulak buat tak tahu! Tu.. dekat assembly board tu dah kecoh pasal kau dengan Amar Zhariff tahu! Hilang orang pergi nak tengok nama naik untuk MSSM, alih-alih dapat berita lagi gempak dari tu!” “Haa?! Aku dengan Amar Zhariff?!” Insyirah terkejut dan seraya itu Amira datang mengheretnya ke tempat yang dinyatakan.
Semua yang berkerumun memberikan ruang untuk Amira dan Insyirah. Terpampang di situ, sekeping surat yang ditulis oleh Insyirah, menyatakan rasa cintanya yang ingin dibalas untuk Amar Zhariff. Airmatanya bergenang. Segera diambilnya surat itu dan koyak-koyakkan lalu dibuang didalam tong sampah. Insyirah berlari ke tandas, malunya bukan kepalang!
Insyirah menangis semahu-mahunya di situ sambil ditenteramkan oleh Amira. “Ya, memang aku tulis surat tu. Aku balas surat yang dia bagi kat aku, surat tu aku dapat kat bawah meja aku masa rehat! Dia cakap dia memang suka kat aku dan mintak aku balas surat dia dan letak kat tempat yang sama, kalau aku suka dia. Jadi, aku pun balas lah! Tapi, kenapa nak malukan aku dengan sebar surat tu kat semua orang?! Aku malulah, aku tahu lah aku ni tak sepadan pun dengan dia, tapi jangan lah hina aku sampai macam ni!”
Amira mengusap belakang Insyirah. “Tulah, aku dah cakap dulu, jangan dilayankan sangat dengan Amar Zhariff ni. Dia ni kasanova hebat, tahu! Aku tahu, kau mesti terluka dan sedih macam ni! Tapi, sekarang ni kau dah tahu satu perkara, cinta kau ni hanya permainan dia je!” Insyirah masih dengan esaknya mengelap air mata.
“Dah lah, jom balik kelas, tak payah nak fikir pasal mangkuk tu, buang karen je!” “Aku takkan maafkan dia!!” jerit Insyirah sambil berjalan ke pintu tandas. Sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah sugul Amar Zhariff.
“Insyirah..” Insyirah buat muka tidak tahu. “Insyirah.. betul ke apa awak cakap tadi?” “Memang patut pun kalau dia nak buat macam tu. Kalau nak banding dengan apa yang kau dah buat pada dia, patut kau dapat lebih teruk dari tu!” sampuk Amira. “Excuse me, nama kau Insyirah ke?” Amira terus terdiam melihat wajah serius Amar Zhariff.
“Dah..! Mulai dari hari ni, aku tak kenal lagi kau siapa dan kau jangan pernah nak kacau hidup aku lagi! Terima kasih atas penghinaan kau!” Insyirah terus meninggalkan mereka tanpa sempat mendengar kata penjelasan dan kata kemaafan dari Amar Zhariff. Peluang itu terus ditutup untuknya hingga tamat zaman persekolahan dan tiada lagi nama Amar Zhariff yang menjadi sebutan.
Hari ini sudah masuk hari ketiga Insyirah berada di hospital. Mujur Shahrul berada di tempat kejadian dan segera membawa Insyirah ke hospital. Syukur, walaupun mengalami pendarahan luaran, Insyirah tidak mengalami kecederaan serius. Cuma, dia masih belum sedarkan diri dan Shahrul masih setia menemaninya. Entah kenapa, mungkin sudah terlalu lama agaknya mereka berkenalan dengan bergaduh setiap hari, membuatkan hatinya tidak betah untuk berganjak meninggalkan Insyirah.
Zhariff.. Asyik-asyik mengigau sebut nama Zhariff dalam keadaan macam ni. Siapa Zhariff ni sebenarnya? Hee.. mummy monster ni, kenapalah suka sangat buat aku risau? Kau tahu tak mummy monster, ni dah masuk kali ketiga kau dah buat aku asyik fikirkan kau, tahu? First, ingat tak waktu kau sesat dalam hutan masa kita pergi jungle trekking kat U dulu? Bila dah jumpa je kau, aku rasa nak ikat kau pastu gari je dengan tangan aku, biar kau tak susahkan aku lagi! Tapi, mesti mulut kau macam bertih jagung lah dulu kalau nak suruh aku buat macam tu kan? Second time, masa kat dinner tahun kedua dulu. Apasal kau pakai baju sama warna dengan aku? Dah la cantik, baru aku sedar masa tu musuh aku ni cantik juga rupanya! Tak habis satu malam aku asyik teringatkan kau! Memang tetiba rasa risau la pulak sebab roomate aku asyik tanyakan kau je. Nasib baik aku cakap kau dah bertunang! Haa.. sekarang, kau buat aku risau lagi! Bila kau nak bangun ni, Insyirah? Aku rindulah.. eh, maksud aku, aku rindu nak gaduh dengan kau! Kenapa lah kau ni misteri sangat, haa? Kau ni pun satu, kalau ya pun nak merajuk dengan aku, jangan lah sampai nak bunuh diri! Aku saja je nak marah kau tadi, nak duga kesabaran kau! Uish, Zhariff.. dia ke sebab kau accident ni?
“Hei.. apa yang kau pandang lama sangat kat aku haa? Mesti kau tengah mengutuk kecantikan aku, ye tak?” Tersentak Shahrul mendengar suara Insyirah yang tiba-tiba kedengaran di cuping telinganya. Melihat Insyirah sudah mula sedarkan diri, dia senyum meleret sambil cuba membantu Insyirah menyandar. “Ish, tak payah lah. Aku belum nak mati lagi lah!” “Aku tak nak kau menyusahkan aku lagi! Aku dah tak daya nak turun naik balai polis, belum mahkamah lagi!” Insyirah mencebik.
Insyirah mengintai-intai sekeliling. “Family kau dah balik kejap. Itu yang aku take-over jaga kau! Tak kira, aku nak potong gaji kau bagi kat aku, upah jaga kau!” Insyirah menjeling. “Ikut kau lah, monyet! Monyet memang macam tu, buat kerja tak pernah nak ikhlas, tahu makan pisang je!” Insyirah masih melilarkan pandangannya ke sekeliling tanpa mempedulikan Shahrul.
“Zhariff tak datang pun!” Insyirah terus menalakan pandangannya ke arah Shahrul. Nah, sebenarnya itulah jawapannya! Shahrul membalas pandangan itu, dan cepat-cepat Insyirah melarikan wajahnya. Namun, Shahrul sempat menangkap ada genangan airmata di kolam matanya. Zhariff..
“Dah lah, kau dah nak sembuh, cepat-cepat sikit masuk kerja.. menimbun kerja kau tengah tunggu! Lusa, discharge!” Doktor tidak bertauliah sudah memberi kebenaran sambil bangun dan menolak kepala Insyirah yang masih berbalut dengan telunjuknya. Bertempik Insyirah sambil memegang kepalanya namun Shahrul masih dengan lagak bersahajanya berjalan keluar dari wad bersama ketawa lepas. Zhariff.. siapa dia, ya?
“Bertunang?!” Pekik Shahrul hampir dengan telinga Insyirah menggegarkan pantry, membuatkan Insyirah memukul-mukul bahu lelaki itu dan menyuruhnya memperlahankan suaranya. “Kau ni monyet, kalau cakap memang tak reti coverlah!” Marah Insyirah.
“Terkejut aku! Baru discharge, kau pun belum sembuh betul ni, tiba-tiba kau cakap kau nak bertunang! Mahu tak luruh jantung aku!” Shahrul mengurut dadanya. “Pesal pulak kau nak terperanjat sangat? Takkan kau nak cakap kat aku kau kecewa, kut?!” Insyirah menduga. Shahrul mencebik.
“Tak mungkin dengan monster macam kau ni!” “Aku pun lagi tak hingin kat kau! Siapa nak lelaki gigi besi? Jongos nanti!” Shahrul cepat-cepat mengetip bibir, menyembunyikan pendakap giginya.
“Tak adalah, hairan pulak aku, drastik sangat! Kenapa?” Insyirah masih bersahaja. Rasa senang pula untuk bercerita dengan musuh yang sudah berdamai. “Kau tahu, sejak bapak aku meninggal 15 belas tahun dulu, abang kandung mak aku tulah yang banyak berjasa pada kami anak beranak. Kami tak ada anak beranak lain, hanya pak long aku satu-satu tulah yang bagi peluang aku dan adik-adik belajar, carikan mak aku kerja.. bantu dalam kewangan lah pendek cerita. Bila dah aku accident macam tu, dia risaulah dengan keadaan aku. Jadi, dia nak ada orang jaga aku. Dengan itu, dia pun carikan lah aku seorang ‘guard’, tapi kenalah halalkan yang haram. Itu yang kena bertunang.. ada paham?” Shahrul mengeleng-geleng.
“Pesal nak kena ada orang jaga? Bukannya kau tak boleh nak jaga diri sendiri? Aku kan ada?” “Hello, ingat sikit. Kau tu musuh aku! Musuh ketat, ok?” “Still? I’m your savior, you know?!” “Tak ikhlas langsung!” “Tapi, kenapa ye? Tak ada jalan lain ke?” “Nope, no choice! Aku sangat menghargai jasa pak long dan inilah cara aku untuk balas kebaikannnya, aku anggap ni sebagai takdir aku. Dah cukuplah aku buat dia dan mak aku risau. Aku terima dan aku redha. Mungkin, ada hikmah kut. Mana kita tahu?” Shahrul terdiam mendengar penerangan Insyirah.
“As a friend, congrats!” Shahrul terus bangun. “Thanks.. but don’t forget to come. Buat kecik-kecik je.. this weekend!” “Sorry, ada meeting Terengganu!” jawab Shahrul tanpa menoleh. Aik, meeting tu hujung minggu ni ke? Kan dah cancel?
“Syira.. you look gorgeous!” ucap Amira setelah memeluk Insyirah yang siap didandan dengan busana serba putih. “Thanks.. ish, sukanya aku! Kau dah balik Malaysia! Bila sampai? Macam mana Perth?” “Em, aku dah sampai last week, semata-mata sebab kawan aku sorang ni nak bertunang lah! Sorry tak jumpa kau awal-awal, ada kerja. Perth.. ok, but you know what, aku dah tak balik sana! Aku kerja dengan daddy kat Malaysia!” “Great!” Mereka masih seperti dulu, bersorak dan melompat-lompat membuatkan ibu Insyirah, Puan Marsyitah mencekak pinggang sambil menggeleng kepala.
“Sorry mak, tapi excited sangat dapat jumpa Mira ni!” “Ingat excited sebab nak bertunang! So, story me about your future husband! Dia ni kacak macam Shia Labeouf ke, atau macam orang kita juga, abang Remy Ishak? Dia ni keje mana, macam mana kau boleh terjatuh dengan dia.. Dia ni..” “.. Mira..” Insyirah menyampuk pertanyaan Amira sambil memegang erat jemarinya.
“Aku.. sebenarnya, aku tak pernah tengok pun dia, apatah lagi kenal dia. Aku hanya tahu nama dia Amar. Lain-lain pak long yang settlekan..” Amira pamer muka terkejut. “What a surprise?! Papa yang deal? Aku tak tahu pun..” Insyirah anguk-angguk.
“Aku terima semuanya, sebab aku tahu, aku takkan dapat untuk bersama Zhariff lagi, apatah lagi jumpa dia. Aku dah berserah, aku dah tak mahu berharap lagi. Tapi, aku nak dia tahu. Walau dia bersalah atau tak, aku nak dia tahu yang aku dah lama maafkan dia..” Airmatanya mula bergenang. Amira segera mendakapnya, sekaligus mententeramkannya.
“Aku pun ada tolong kau dengan cari dia. Tapi, kawan-kawan dia sendiri pun tak tahu dia ke mana. Last jumpa masa habis sekolah. Kesian kau, lamanya kau tunggu dia.. harap-harap ini yang terbaik untuk kau, Syira. Dah, jangan nangis lagi, basah make-up! Banjir majlis!” Mereka sama-sama tergelak.
Mak long Insyirah, Puan Habsyah menyelak langsir, memaklumkan kepada Insyirah untuk bergerak ke ruang hadapan bagi membolehkan ibu pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pertunangan. Insyirah berjalan sambil diiringi Amira dan Puan Marsyitah. Sempat dia mengerling ke arah adik-adik lelakinya yang mengangkat jemari tanda thumb-up.
Selesai cincin disarungkan, dia menyalami wanita sebaya ibunya dihadapannya yang baru dikenalinya. Tatkala dia mendongak, dia nampak kelibat seorang lelaki yang membuatkan dia tersentak. Benar-benar terkejut hingga nafas rasa sesak di dada.
“Eh, Mira. Kau nampak tak apa aku nampak? Macam dia, kan? Macam Zhariff kan?” bisiknya pada Amira di sisi. “Macam la jugak.” “Betul ke ni? Kalau betul dia, apa dia buat kat sini? Suka, tengok aku bertunang dengan orang lain?” Bisikannya membuatkan wanita didepannya bersuara.
“Syira, biar mak cik kenalkan. Inilah anak mak cik, Amar Zhariff. Dialah tunang kamu!” “Hah?!” tempik Insyirah dan seraya itu pandangannya mula gelap hingga hingar-bingar mulai sayup kedengaran.
Shahrul masih galak ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Insyirah dari tadi hanya menjeling. Menyesal cerita!
“Sorry.. sorry! Tapi, cerita kau ni lawak sangat lah! First time in my entire life, aku dengar orang boleh pengsan masa bertunang! Apa kau ingat ni rancangan Wakenabeb ke? Silap besar aku tak ada hari tu, kalau tak mesti aku pun tumpang, tumpang gelak!” Shahrul menghabiskan saki baki ketawanya sambil mengesat airmata.
“Huh, dah habis? Bukannya nak bersimpati! Aku rasa kalau kau kat tempat aku, mesti kau pun sama jugak! Lagi teruk kut aku rasa. Yalah, kau kan monyet, macam mana kalau monyet terkejut beruk? Tak ke dah boleh agak tu?!” Insyirah menghadap kembali pandangannya ke monitor. Hilang mood untuk bercerita!
“Ok.. ok.. monster! Jadi, cuba cerita kat aku apa yang boleh membuatkan kau sampai blank tu?” “Seriously, you want to know?” “I’m just curious..!” Insyirah mengarah pandangannya kepada Shahrul kembali. Mood bercerita kembali semula!
“Zhariff..” Aiseh, nama tu lagi? Tak ada lain ke? Bagi Hitrik Roshan pun aku boleh tahan lagi, ini nama yang dah basi, tapi aku still tak boleh jejak lagi sumbernya!
“Amar Zhariff tu la tunang aku. Aku betul-betul tak sangka, orang yang aku tunggu selama ni, yang aku nak jumpa sangat, yang aku suka sangat dari dulu.. aku dah jumpa balik saat aku rasa aku nak lupakan dia jauh-jauh dari hidup aku. Paling syok, dah lah aku dah jumpa dia, plus.. jadi tunang pulak tu! Mahunya aku tak pengsan!” “Oh, really? So, dialah Zhariff tu?” “Yup, dan kaulah orang yang buat aku teringatkan pasal dia!” kata Insyirah sambil membuka fail di depannya. “Pasal apa pulak?” Shahrul teruja untuk tahu.
“Both of you ada lesung pipi!” Giliran Shahrul pula mencebik. “Bukan sebab braces aku ke?” Insyirah geleng. “Oh, kiranya.. itulah sebabnya kau selalu cari gaduh dengan aku, ya?! Kau bengang dengan dia, kau lepaskan kat aku, ya?” “Erm..yang itu..” Insyirah kerut dahi sambil garu kepala tak gatal. Dia kembali duduk menghadap Shahrul.
“.. Bukan sebab tu sangat. In fact, patutnya aku kenalah lagi akrab dengan kau, kan? Frankly speaking, aku sampai hari ni still wonder kenapalah yang kita ni asyik gaduh! Kau tahu tak kenapa? Kau ada pernah terfikir tak?” “Tak pernah terfikir lain sebab aku tahu gaduh dah memang hobi kau!” Shahrul gelak lagi sambil sempat bangun dan menyerabutkan rambut Insyirah di ubun-ubun kepalanya, membuatkan Insyirah tarik muka masam. Tabiat Shahrul yang memang boleh buat Insyirah bengang lalu Shahrul mula berganjak dari duduknya bila Insyirah sudah merenungnya sambil kecilkan mata.
“So.. selamat memulakan hari bahagia anda!” “Hope so!” Pintu ditutup. Keadaan kembali diam bila Shahrul keluar. Pintu dibuka semula selang beberapa minit kemudian. “Ya.. aku akan selalu bahagia, tapi itupun kalau kau tinggalkan aku aman kat sini!” kata Insyirah tanpa menoleh sedikitpun ke arah pintu kerana dia pasti itu ialah Shahrul yang sangat suka menyakatnya.
“Betul ke? Sanggup awak buat tunang awak macam tu?” Insyirah segera mendongak melihat empunya suara dan dia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan Amar Zhariff. Mulutnya sedikit melongo, kotak suaranya pula seakan ghaib. Tiada kata. Tiada reaksi.
“Saya tahu awak terkejut, tapi please.. jangan lah pengsan lagi. Saya dah tak daya nak usung awak. Berat sangat!” Amar Zhariff seperti bergurau, tapi wajahnya pamer unsur-unsur serius.
Sedari tadi, keadaan masih hening di meja makan mereka berdua. Sama menghadap setelah 10 tahun tidak bersua, namun tiada kata yang mampu terungkap. “Mana tahu tempat kerja saya?” Insyirah memulakan perbualan. Penat menunggu butir bicara tunangnya.
“Bukan susah sangat nak cari company interior design dekat bandar ni. Lagipun, apalah guna kalau saya jadi tunang kalau saya tak tahu?” Insyirah kerut dahi sambil mencerlung ke arah lelaki di hadapannya. “Awak perli saya, ya?” Amar Zhariff geleng laju-laju. Puas hati dengan pengakuan diam, Insyirah kembali menjamu selera walaupun seleranya mati.
“Saya ada benda nak cakap..” Cakap mereka serentak membuatkan mereka saling berpandangan secara automatik. “Ladies first..” Insyirah mengangguk sambil membetulkan duduknya, bersedia untuk meluahkan perasaan.
“Saya nak awak tahu yang saya dah maafkan awak pasal kes surat cinta dulu. Tak kira lah awak buat ke tidak, saya dah maafkan awak. Terima kasih juga sebab sudi bertunang dengan saya.” Amar Zhariff masih seperti tadi, mengangguk-angguk. “Your turn..” Amar Zhariff menarik nafas dalam-dalam.
“Saya nak awak tahu yang sekarang saya dah tak cintakan awak macam dalam surat cinta tu cakap,” kata Amar Zhariff senafas, membuatkan Insyirah tersentak. Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini untuk berdepan kenyataan ini.
“Saya tak cintakan awak tapi hal rumah tangga kita ni, kita mesti teruskan demi menjaga maruah keluarga masing-masing.” “Kenapa?” “Saya tak boleh beritahu sekarang.” “Sebab surat cinta dulu? Awak memang nak main-mainkan perasaan saya sama macam kes surat cinta dulu?” “Tak.” “Habis kenapa? Kenapa awak sanggup juga nak bertunang dengan saya kalau awak tahu yang awak tak cintakan saya?!” “Macam saya cakap tadi, saya tak boleh beritahu sekarang. Bukan masanya lagi.” “Dah tu awak sanggup juga nak kahwin dengan saya? Sehidup semati dengan saya?” “Sanggup, tapi saya tetap tak cintakan awak.” Giliran Insyirah menarik nafas dalam-dalam. Berperang dengan gelodak perasaan. Marah, benci, geram.. tapi cinta. Mata dipejam rapat-rapat, tidak mahu tumpahnya air mata, nampak kerdil dihadapan lelaki ego didepannya.
Aku kena berjuang! Dah macam ni punya lama aku tunggu dia, takkan aku nak menyerah awal-awal? Aku ada hak untuk pertahankan cinta aku! Apa aku nak takut? Kami dah bertunang, kan?
“Awak tahu tak kenapa saya masih tunggu awak walaupun awak tak pernah nak cakap awak minta maaf, padahal tu kesalahan awak sendiri?” “Alah, tak habis-habis dengan kes surat cinta zaman sekolah tu.. cukup-cukuplah, tak payah lah nak ungkit kisah kita tengah hingusan tu..” “Let me finish first!” Insyirah bersuara sedikit tinggi membuatkan Amar Zhariff angkat tangan, surrender.
“Tak kisahlah awak nak cakap saya tak tahu malu ke apa, tapi saya nak awak tahu yang saya tak pernah bohong yang saya cintakan awak, dan ia tak pernah berubah sampai sekarang. Rasa cinta saya takkan berubah walaupun awak tak cintakan saya, sebab saya akan buat awak tarik balik kenyataan awak tadi. Nak berpura-pura suka dan berlakon bahagia dengan bertunang, seterusnya berkahwin? Go ahead.. saya akan ikut rentak awak, dan saya akan buat awak cintakan saya semula. Itu ikrar saya, faham?!” Insyirah terus bangun mahu melangkah pergi tapi munculnya Shahrul di depannya membuatkan langkahnya bantut.
“Hai, Syira! Patutlah cari kau kat office tadi tak ada. Eh, jangan lupa lepas lunch kita ada presentation dengan En Bakri, klien kita di Banting tu. Proposal tu dah ada atas meja kau, aku dah check, nanti kau counter check, ya?” Insyirah angguk-angguk tapi belum sempat dia bersuara, Amar Zhariff sudah berada di sebelahnya.
“My fiancee, Amar Zhariff. Zhariff, ni Shahrul, bos saya.” Mereka bersalaman. Oh, jadi ni lah Zhariff! Em, good looking! Patutlah mummy monster asyik terkejar-kejar sangat! Mimpi siang malam!
“Nice to meet you!” sapa Sharul. “Oklah, I have to go. Nanti jumpa lagi, ya?” Mereka hanya memandang kelibat Amar Zhariff pergi. “Hei, pesal kau tak beritahu tunang kau Amar Zhariff ni?” “Kenapa pulak? Akrab benar ke kau dengan dia? Sahabat lama ke?” “Ish, takkan kau tak tahu tunang kau tu project director baru untuk project apartment Putra tu?” Insyirah cuba menggerakkan kembali enjin memorinya.
“Apartment dekat Gombak yang under MH Holding tu?” “Yalah, company mana lagi, company Tuan Haji Mohktar merangkap pak long kau tu lah! Ish, pelik betul kau ni! Dah lah!” Shahrul sudah ke depan berjalan meninggalkan Insyirah namun Insyirah masih terpacak berdiri di ruang hadapan restoran.
Oh.. kiranya Zhariff ni kerja dengan pak long aku lah? Patutlah senang sangat pak long carikan calon suami untuk aku! Tapi, takkan lah Amira tak terserempak dengan Zhariff? Kata dah balik Malaysia kerja dengan pak long, maknanya diaorang kerja sekalilah kan? Kenapa Amira tak beritahu aku? Kenapa Amira tak tahu pulak yang pak long ambil staff dia jadi tunang aku? Ish, musykilnya!
Amar Zhariff membuka pintu apartmentnya lambat-lambat. “Eh, sorry darling! I ingat you tak balik, so I tak prepare apa-apa pun untuk dinner..” kata Amira sambil bingkas bangun mendapatkan Amar Zhariff. “Tak apa. Aku dah makan..” “Dengan Insyirah? Wow, so sweet!” Amar Zhariff senyum sinis lalu Amira duduk di sebelahnya.
“So, how your life with her? Mesti bahagia, kan?” “Kau pulak nak perli aku?” Amira segera memaut lengan Amar Zhariff dan melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu. Amar Zhariff membiarkan sahaja adegan manja Amira sambil mengalihkan siaran telivisyen.
“Zhariff.. I dah banyak kali cakap. I nak both of you bahagia. I tahu dia cintakan you sangat-sangat dan you pun cintakan dia, kan?” “Aku pernah bagi tahu kau ke aku cintakan dia?” Amira mendongak memandang Amar Zhariff lalu menggeleng. “Tak.. tapi I tahu apa yang ada kat sini,” Amira menunjuk ke dada Amar Zhariff. Amar Zhariff mengalihkan jemari Amira dan bangun meninggalkannya. Amira hanya mampu menghela nafas panjang. Angin lelaki itu sukar diramal. Begitu juga untuk menyelami hatinya. Nampak tenang, tapi penuh dengan persoalan.
Insyirah senyum sambil mematikan suis komputer ribanya. “Mana dapat nombor saya?” tanya Amar Zhariff, masih kedengaran tenang dalam talian telefon. “Bukan susah sangat nak cari company kontraktor dekat bandar ni. Lagipun, apalah guna kalau saya jadi tunang kalau saya tak tahu?” Ambik! Pueh ati den! Kan den dah pulang paku buah keras kat engko!
Amar Zhariff senyum perlahan. Pandai juga Insyirah ni kenakan aku balik! Padan muka aku! “Ok, seri satu sama! So, what’s up?” “Lunch sama? My treat! Godaan memenangi cinta tunanganku!” kedengaran suara Amar Zhariff tergelak dihujung talian.
Wah, bestnya kalau aku dapat tatap wajah dia waktu dia gelak ni! Aduh, pasti bahagia hidup! Kalau kena marah satu hari ni pun tak apa!
“Sorry.. awak salah timing. Saya ada kat Langkawi.” Insyirah hampa. “Lor, ye ke? Tak pe lah, bawak balik saya gamat ya?” “Tengoklah, kalau sempat nak scuba carikan gamat awak tu!” “Em, by the way, dapat tak prezent saya?” Amar Zhariff menelek pokok cactus palsu di depannya. “Dapat.” “Simpan. Biar dia tak berbunga pun, baja dan siram la ia. Simpan dia ketat-ketat, ok?” “Em..ya lah!” Klik. Talian mati.
Huh, macam tu je? Tak ada ke cakap bye ke, I miss you ke, take care ke? Tu, hadiah aku siap ada pesanan penaja yang amat tersirat pun tak tanya apa maksudnya ke, terima kasih pun tak berbunyi! Dasar spesis monyet jugak! Tapi, yang golongan atasan tu juga lah aku sayang!
“Senyum-senyum macam orang utan! Kutuk aku lah tu! Cepatlah, kita dah lambat ni!” Sergah Shahrul yang entah datang dari mana membuatkan Insyirah segera mengemaskan barang-barangnya dan berlari mendapatkan Shahrul.
Insyirah mulai panas hati. Banyak betul alasan yang akan keluar jika diajak makan bersama. Sudah berminggu-minggu membuat temujanji, juga susah untuk bertemu. “Takkan susah sangat nak jumpa? Nak keluar lunch pun tak sempat ke? Awak ni macam nak mengelak dari saya je?!” Shahrul yang sedang memandu di sebelah Insyirah turut tersentak mendengar pekikan Insyirah.
“Ok fine!” Insyirah mengerling ke arah Shahrul, tapi Shahrul hanya meniskus. “Apa?! Kau pun nak kena marah juga ke?!” Shahrul segera geleng kepala cepat-cepat. “Aku cakap sikit boleh?” tanya Shahrul dengan nada perlahan dan lambat-lambat.
“Cakap sekarang!” “Sejak kau bertunang ni kan, aku tengok kau selalu je sedih-sedih, marah-marah. Patutnya, kau akan lebih gembira la, kan?” Insyirah merenung Shahrul di sebelahnya. Prihatin juga musuh yang kini sudah bergelar sahabat. Kalau tidak kerana Shahrul dan kemalangan hari itu, mungkin mereka masih bertelingkah.
Insyirah angguk juga lambat-lambat. Jiwanya rasa sebak. Tapi, ditahan juga airmata itu dari mengalir, kerana telah berjanji dengan hati untuk tidak menangis dan mengalah sebelum berusaha. Dia masih diam. Belum bersedia untuk membuka pekung orang yang disayangi.
“Rileks lah.. yang penting korang still enganged, kan? Tak semestinya masa bertunang ni kena selalu pergi dating. Nanti masa kahwin pun tiap-tiap minit boleh jumpa, kan? Maybe dia saja, nak simpan semua-semua sweetiest moment ni masa korang dah selamat nikah nanti, kut?” kata-kata bersahaja dari Shahrul, tapi mampu melegakan perasaan Insyirah.
“Thanks!” Shahrul senyum sekilas. “Ah.. tak sangka aku mampu cakap macam ni pada kau, musuh aku!” Insyirah tergelak.
Sekilas dia ternampak Amar Zhariff sedang berjalan sambil berpimpin tangan dengan seorang perempuan di kaki lima jalan. Ya, dia kenal perempuan itu. Amira? Dia berpaling lagi hingga terteleng kepalanya, namun bayang tadi sudah hilang. Takkan lah? Perasaan aku je kut?
Suasana di dalam rumahnya yang meriah tadi sudah kembali kurang sedikit demi sedikit setelah orang ramai kembali beredar dari rumahnya. Insyirah membawa dulang pinggan kotor dari ruang tamu ke dapur. Kadang-kadang dia masih terhendap-hendap ke perkarangan rumahnya dalam kesamaran malam. Walaupun peratus untuk Amar Zhariff datang adalah tipis, namun dia masih belum jemu untuk berhenti berharap.
“Nak aku tolong ke? Aku nampak kau sibuk sangat nak buat kerja lain?” Shahrul yang segak berbaju melayu berwarna biru laut datang menghadapnya. “Kerja apa?” “Tu.. mengendap!” katanya sambil gelak tapi Insyirah masih tiada segarit senyum pun di bibirnya.
“Bengang betul aku. Aku dah beritahu dia lama dah. Aku ingatkan dia tiap-tiap hari. Takkan lah dia sibuk sangat sampai tak boleh nak luangkan sedikit masa nak attend majlis tahlil arwah ayah aku ni. Bukan orang lain pun, bakal jadi keluarga dia juga!” bebel Insyirah lalu meletakkan dulang di sinki dan bergerak ke pangkin di luar rumah, diikuti dengan Shahrul.
“Dia meeting dengan supplier Jerman kut? Nak datang dah, tapi dah malam. Nak beritahu handset habis battery.” Insyirah mencerlung ke arah Shahrul. “Berapa banyak dia gajikan kau sampai kau back-up dia sangat ni? Kau ni kawan aku ke kawan dia, ha?” Shahrul terus bangun dari duduk. “Wah, nampaknya aku kena catat dalam ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ ni. Dengan ini, Insyirah Yusoff dah naikkan pangkat aku dari seorang musuh ke seorang sahabat! Caya lah Syira!” Insyirah mencebik sambil berjalan meninggalkan Shahrul berseorang dalam gelap. “Lor, jangan lah tinggalkan aku kat sini Syira! Takutlah!” Insyirah gelak. Ada-ada saja idea nak menyenangkan hati aku. Terima kasih, sahabat!
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, sudah terjengul wajah Insyirah. Amar Zhariff terkejut bukan kepalang, namun dia cuba mengawal gemuruhnya. “Hai, tunang! Boleh saya teman awak minum petang hari ni?” Nak atau tidak bukan jawapan yang diperlukan Insyirah waktu ini. Apa yang penting, dia kini sudah berada di dalam kereta Amar Zhariff untuk ke satu tempat yang Amar Zhariff sendiri tidak tahu.
Kali kedua keluar berdua secara rasmi setelah hampir lima bulan bertunang, mereka masih kekok dan masih seperti dulu, tiada perbualan yang berlangsung. Masing-masing melayan perasaan, bersama minuman di tangan, mengadap kolam buatan dan dibelakang mereka kedengaran keriuhan hiruk-pikuk kanak-kanak bermain di padang permainan.
“Seronok kan jadi budak-budak? Tak payah fikir banyak-banyak.. hanya tahu main, makan dan gembira. Penat je, tidur. Hurm.. rindunya waktu tu..” Insyirah melepaskan keluhan berat. Amar Zhariff masih bisu di sebelah.
“Rindu juga waktu kita sekolah-sekolah dulu. Kalau lah kita boleh putar balik waktu tu, saya harap saya tak jumpa dengan awak, saya harap saya tak suka kat awak, saya harap saya tak benci pada awak dan saya harap saya tak kenal dengan awak.. Betapa saya harap itu semua akan terjadi, tapi apalah daya saya.” Insyirah memandang lelaki disebelahnya. Kaku. Pekak kut?
“Dan awak.. Amar Zhariff. Awak tak ada apa-apa nak cakap dengan saya ke? Minta maaf mungkin?” Amar Zhariff menggeleng. “Saya tak rasa yang saya buat salah dengan awak?” Jawapan Amar Zhariff membuatkan jiwa Insyirah menggelegak.
“Awak buat salah, tapi awak tak pernah nak mengaku dan minta maaf! Sama je, sama macam dulu dan sekarang..! Awak tak pernah berubah! Tapi, kenapalah hati saya ni tak pernah berubah?” “Saya tak minta pun awak buat macam tu?” Air mata Insyirah tumpah tanpa sengaja. Jawapan bersahaja tanpa riak belas Amar Zhariff benar-benar membuatkannya kecewa.
“Kenapa awak nak buat saya macam ni? Kenapa awak tak pernah bagi ruang dan peluang untuk belajar menyintai orang yang menyintai awak? Awak sengaja nak duga saya ke? Macam saya cakap tadi, saya tak pernah minta hati saya ni suka pada awak dan kalau saya diberi pilihan, saya mahu untuk tidak cinta pada awak!” Amar Zhariff berdiri menghadap Insyirah.
“Saya tak ada jawapan untuk semua soalan awak. Lagipun, saya dah terangkan semuanya awal-awal lagi. Sekarang, awak sendiri yang kena belajar untuk berhenti menyintai orang yang tidak menyintai awak. Tapi, kalau awak dah tak mampu nak harungi semua ni, awak boleh pilih untuk putuskan pertunangan ni. Semuanya terletak pada awak, tapi tu pun kalau awak sanggup tanggung malulah.” Ternganga Insyirah mendengar reaksi Amar Zhariff. Kejam!
“Remember one more thing, cinta.. tak boleh dipaksa! Oklah, saya balik dulu. Awak balik lah sendiri, sini banyak cab kut?” Insyirah menghantar langkah Amar Zhariff pergi dengan linangan air mata.
Aku betul-betul terluka, aku betul-betul rasa nak putus asa! Ya Allah, kenapa aku perlu cintakan dia? Kenapa tak kau lupakan dia dari hatiku? Ya Allah.. kuatkan hati aku. Pedihnya hati..
“Hei, kau kenapa termenung ni? Hobi baru ke?” Sergahan Shahrul betul-betul membuatkan Insyirah terkejut. Insyirah cepat-cepat menyapu matanya dari bekas air mata. Shahrul terbau sesuatu. Dia menangis? Insyirah menangis kah? Sebab apa ya? Amar Zhariff? Dia dah tahu ke?
“Kau ok?” Insyirah menggangguk laju. “Tadi, supplier cat ada emel skema color baru, ganti hari tu punya yang tak ada stock. Then, design baru tu dah siap, ada atas meja kau.” Shahrul angkat kening berkali-kali. Faham, itu tandanya dia tidak mahu diganggu. “Ok, aku check sekarang.” Shahrul beransur keluar.
“Eh, Syira. Tadi aku terserempak dengan kawan kau yang kau kenalkan pada aku kat restoran hari tu?” Pertanyaan Shahrul sebelum dia menutup pintu bilik Insyirah menarik perhatiannya. “Oh.. Amira. Sepupu aku. Kenapa, berkenan ke? Dia still single and available tahu!” Sempat Insyirah berseloroh.
“Really? Are you sure she’s still single?” Shahrul angkat kening, sebelah cuma. Insyirah angguk, lambat-lambat. Sebab dia sendiri pun masih keliru dengan status sepupunya itu. “Tak kisah lah. Tapi, dia tu akrab ya dengan Amar Zhariff?” Pertanyaan Shahrul kali ini pula membuatkan Insyirah kerut kening. Lain macam je tone tu?
“You better check and watch out. Just for safety!” Shahrul menghilang, tapi pertanyaan dan persoalan masih belum larut. Mulalah bermacam tanda soal bermain di benaknya dan seakan berputar di sekeliling kepalanya. Paling menggerunkan, semuanya negatif belaka.
Insyirah memegang stereng keretanya sambil menyandarkan kepalanya ke belakang. Kusut! Semua yang disiasat, seakan membawa satu khabar buruk kepadanya. Bermula dari rakan sepejabatnya sendiri, rata-rata banyak kali pernah nampak Amar Zhariff dan Amira makan tengahari bersama di salah sebuah restoran berdekatan pejabat tunangnya itu. Rakan-rakan Insyirah memang dikenali sangat gila akan makanan. Jadi, walaupun tempat makan itu jauh dari tempat kerja mereka, mereka sanggup asalkan sedap dengan selera mereka. Mengenai kes tunang Insyirah, mereka tidak mahu memperbesarkan hal itu, pendek cerita, tidak mahu busy body.
Kemudian, terarah kepada kakak dan abang Amira. Affendi, Azman dan Azila bekerja di satu bumbung dan kata mereka, Amira sebenarnya dibawah bahagian akaun. Ikutkan, memang tiada kena mengena langsung dengan Amar Zhariff. Tapi, kelibat mereka memang selalu kelihatan berdua. Malah ke tapak pembinaan bersama. Apa maksudnya itu? “Aku dah cakap dulu, jangan percaya pada si Amira tu! Kau tu degil Syira! Dah kecoh satu building cakap diaorang tu memang ada skandal! Kau tu je lambat!” Terngiang-ngiang suara Azila.
Argh.. persetankan mereka-mereka ni. Diaorang ni memang cemburukan Amira dari kecil, sebab pak long dan mak long banyak manjakan Amira! Jadi, memang lah dia cerita yang tak baik je pasal Amira. Tak pe, aku percaya Amira! Amira kawan aku, susah senang aku dia selalu ada bersama! Jangan risau hati, aku percaya kawan aku!
Sekebal-kebal jiwa, Insyirah masih juga mahu percaya dengan mata kepala sendiri. Kebetulan, dia perlu ke MH Holding untuk menyerahkan sendiri dokumen penerimaan kerja kepada bahagian teknikal. Usai di situ, dia bercadang-cadang untuk merasa sendiri makanan di restoran yang menjadi buah mulut rakan sekerjanya.
Baru mahu melangkah masuk, langkahnya terhenti bilamana matanya ternampak sesusuk tubuh bersama wanita yang amat rapat dengannya. Dia mahu mengecam, lalu dia berpaling dan berlindung di balik tiang, berpura-pura tidak nampak. Terkejut bukan kepalang. Amar Zhariff dan Amira! Amat mesra hingga Amira boleh memaut mesra lengan tunangnya!
Ya Allah, tabahkan lah hati ku ini Ya Allah! Aku hambamu yang lemah ini memohon petunjuk dari mu Ya Allah!
Dalam deraian air mata itu, Insyirah gagahkan dirinya untuk mengekori mereka hingga keadaan benar-benar memerlukan dia untuk bertindak. Mereka masuk ke perut kereta yang dipangkir berhadapan restoran. Insyirah turut sama memandu kenderaannya ke destinasi mereka.
Insyirah mengelap air matanya. Dia berdiri di luar pintu apartment milik Amira. Ya, mereka masuk ke rumah ini berdua. Dia yakin! Sekarang, sudah tiba waktunya dia perlu memperbetulkan keadaan.
Loceng dibunyikan. Beberapa ketika kemudian, muncul Amar Zhariff yang masih memakai seragam tadi. Tatkala wajah Insyirah yang dipandangnya, mukanya pucat. Terkejut sangat! Muncul pula Amira, bertambah-tambah cuak mukanya. Rahsia terbongkar!
“Sampai hati awak buat saya macam ni? Sampai hati awak Amar Zhariff? Patutlah awak tak boleh cintai saya, rupa-rupanya ini yang awak cuba rahsiakan.. Tegarnya awak permainkan perasaan saya?” Amar Zhariff hilang kata. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Amira masih bersahaja.
“.. Dan kau Amira. Sepupu dan kawan baik aku yang paling aku sayang. Sanggup juga kau tikam kawan kau dari belakang?” Airmata Insyirah menitis laju. “Looks.. we need to discuss first. I can explain it to you. Right, Zhariff?” Amira cuba mengheret Amar Zhariff bersama, tetapi lelaki itu juga tidak banyak bereaksi.
“Semuanya dah jelas Amira! Takkan lah kau bincang hal kerja sampai ke rumah? Berdua je?” Amira mengeluh. Buntu bercakap dengan Insyirah yang dah hilang jiwa tenang.
“Eh, aku buat semua ni sebab kaulah! Aku tahu kau cintakan dia, sebab tu aku temukan korang! Pasal kami ni, itu tak ada apa-apalah! Betul, dia still tunang kau, kan?” Amira masih cuba memujuk. “Kau tipu aku! Kau khianati aku, dan kau ada hubungan juga dengan tunang aku! Plus, kau bersekedudukan dengan dia! Tak takut dosa ke?!” Insyirah menepis-nepis jemari Amira yang cuba menyentuhnya.
“Ok, that overboard! Itu namanya kau dah cuba masuk my personal matter! Hei, suka akulah, dosa aku! Kau ni nak mengamuk-ngamuk kat sini apahal? Kalau tak puas hati sangat, mengadulah kat daddy and mummy aku! Itupun kalau kau memang tak tahu malu. Tapi, the truth is, kau memang tak tahu malu! Kalau tak, takkan lah kau boleh terusan cintakan orang yang tak cintakan kau, kan?!” Sinis dari Amira, mengejutkan Amar Zhariff dan Insyirah.
“Dah kira baik aku nak share my love with you, tapi kau memang tak kenang untung! Terang-terangan Zhariff ni tak cintakan kau, tak suit pun dengan kau. Yalah, dari nama pun dah tahu. Amar.. Amira. kan padan tu? Amar.. Insyirah.. erm, that sound ugly! Kau sedar tak aku ni dah banyak berkorban sebab kau, dah banyak juga jasa aku dengan kau? Tak sedar or tak ingat tetiba?!” Insyirah memandang Amar Zhariff yang seperti patung di sebelah Amira. Amira yang baru terserlah keangkuhannya. Benci melihat Amar Zhariff!
“Kurang ajar! Penipu!!” Bengangnya dihamburkan kepada Amar Zhariff dengan memukul lelaki itu. Amar Zhariff tidak bertindak balas, hanya membatu. Amira pula bertindak dengan menahan serangan bertubi-tubi itu. Secara tidak sengaja, dia tertolak Insyirah hingga gadis itu jatuh terduduk. Esakannya masih bersisa, dan airmata masih laju.
“Dasar perampas!! Kawan makan kawan!” Pekik Insyirah. “Siapa perampas?! Kau ke aku?!” Amira membulat matanya menengking Insyirah yang terduduk. Insyirah masih kurang faham dengan pertanyaan Amira.
“For you information, aku dah Amar Zhariff dah bernikah setahun yang lepas masa kami di Australia, sebelum dia bertunang dengan kau. To make it clear, kami bernikah secara sah, tanpa paksaan, tanpa arahan mahkamah, dan dengan rela hati atas dasar saling menyintai, faham?!” Insyirah terdiam dari raungnya. Dunianya terasa gelap sekali. Bagai ada sesuatu yang menimpa bahunya.
“So, now you tell me.. siapa perampas dengan siapa?” Insyirah masih tidak mampu berkata apa. “Sorry lah, tak inform kau, tak jemput pun masa majlis kami. Kami tak beritahu sesiapa pun, include mummy and daddy pun tak tahu. Kiranya, you the lucky one sebab kau lah orang pertama yang tahu pasal kami lepas kami migrate Malaysia.” Amira gelak, sangat menghiris perasaannya.
“Insyirah.. sorry for everything,” kata-kata yang amat mahu didengarnya keluar dari mulut Amar Zhariff. Tapi, semua itu dah terlambat sekarang. Airmata disapu dengan telapak tangan. “Zhariff, I give you chance to say goodbye to this poor lady. Jangan lama-lama sangat, tahu?” Amira menghilang ke perut rumah.
Insyirah nekad. Dia bangun lalu melonggarkan cincin di jemari manisnya lalu dilemparkan mengena ke dada Amar Zhariff. Amar Zhariff sedikit pun tidak mengelak. “Ambil cincin kau, lelaki tak guna! Kita putus!” Insyirah berpaling.
“Insyirah! Ambil balik cincin ni!” Insyirah berhenti mendengar pekikan Amar Zhariff. Zhariff.. dia tak nak aku pergi ke? Dia nak beritahu yang apa Amira cakap tu dusta, kan? Katakanlah begitu! Katakanlah kau pun cintakan aku!
Insyirah berpaling, kembali menghadap Amar Zhariff. “Ambil cincin ni. Macam mana awak dapat, macam tu lah awak pulangkan balik. Kalau awak betul-betul nak putuskan pertunangan ni, kita ada adat!” Amar Zhariff terus berpaling dan menutup pintu. Insyirah memandang pintu tadi dengan pandangan yang kosong. Saat-saat macam ni masih nak bercakap pasal adat? Tak rasa bersalahkah dia? Sungguh kejam!
Shahrul kejap-kejap memandang Insyirah, kejap-kejap memandang ke depan. Insyirah kembali ke pejabat dengan muka yang memerah kesan menangis dan bila ditanya dia hanya diam seribu bahasa. Diam-diam pun, dia masih juga bertegas mahu ke mesyuarat. Shahrul masih diburu rasa pelik.
“Serious kau ok? Betul kau nak attend meeting ni? Kalau kau nak pusing balik pun ok, aku boleh cancel je..” Pertanyaan kali kedua dijawab dengan kebisuan. Tidak lama kemudian, terdengar esakan Insyirah.
Insyirah menekup mukanya sambil menangis tersedu-sedu. Shahrul kaget. Dia tidak mampu berkata apa, apatah lagi memujuk, namun dia dapat menganggak sebab tangisan Insyirah. Sudahnya, dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan keluar dari keretanya, membiarkan Insyirah dengan tangisnya berseorangan di dalam kereta. Sebelum dia keluar, dia sempat memegang ubun-ubun kepala Insyirah seperti selalu, persis seorang abang kepada adiknya. She need more space, maybe.
Setengah jam berkeadaan begitu, Insyirah keluar dari kereta, mendapatkan Shahrul. Melihatkan Insyirah yang sudah kembali senyum, dia hanya membalas senyumnya.
“Dah habis? Dah cukup ke nak tadah banjir kereta aku tu?” “Sorry.. jom pergi meeting?” Shahrul tergelak sinis. “Aku dah cancelkan. Meeting apa macam ni? Nanti kena tiaw dengan En Kassim tu, kau bantai nangis pulak depan dia. Dah lah, aku hantar kau balik..” Shahrul berjalan, ingin masuk ke dalam kereta.
“Kau dah lama tahu pasal Zhariff dengan Mira?” Pertanyaan Insyirah membuatkan Shahrul berhenti melangkah dan berpaling menghadapnya. Lama dia merenung Insyirah, tapi dia mengangguk juga, lambat-lambat.
“Sorry.. aku bukan tak nak beritahu kau. Cuma, tak nak masuk campur hal kau..” Insyirah gelak, tiba-tiba. Shahrul mula kerut kening. Dah sawan ke hape minah ni?
“Klise! Hah.. tapi, tak pe lah. Tapi, kau tahu tak sesuatu? Zhariff dan Mira tu dah bernikah, secara sah sebelum dia bertunang dengan aku!” Insyirah terus masuk ke perut kereta meninggalkan Shahrul yang nyata melongo mendengar kenyataan itu. Ya Allah.. aku yang dengar berita ni pun terkejut, apatah lagi si Syira ni? Ya Allah, kuatkanlah hatinya untuk berdepan ujian ini..
“Setelah apa yang terjadi, akak nak pertunangan ni putus macam tu je?!” Insyirah terkejut bila mana hasratnya datang ke rumah ibu Amar Zhariff untuk memulangkan cincin pertunangan didatangi oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Ibu Amar Zhariff bangun untuk menenangkan anak gadis itu yang ternyata nampak berang. “Zalia.. dah lah. Kan abang Zhariff dah pesan, jangan kecoh-kecoh? Diamkan saja?” “Mak cik.. cukuplah semua yang abang Zhariff tanggung selama ni.. Dia berhak juga untuk bahagia, dan dia ni berhak juga untuk tahu!” Insyirah tambah pening. Apa yang sedang berlaku ni? Siapa budak perempuan ni? Kalau dia adik Zhariff, pesal dia panggil mak Zhariff mak cik? Argh.. kusut!
“Kak Insyirah, banyak yang akak tak tahu dan dah tiba masanya untuk akak tahu sekarang. Mula-mula, saya Zalia, adik kandung Amar Zhariff. Ni, mak cik kami. Mak kandung kami dah lama meninggal masa saya berumur 15 tahun.” Insyirah terkejut lagi, hingga tidak dapat berfikir apa. Hanya telinga yang mampu mendengar, sebuah kebenaran.
Saya nak akak tahu yang abang Zhariff tak pernah pun bencikan akak. Abang Zhariff dah lama sukakan akak, start dari dia mula-mula nampak akak. Setiap kali dia balik sekolah, dia akan mula bercerita pasal akak. Kami mula nampak dia gembira lepas mak tinggalkan kami lepas dia kenal akak. Dan, detik paling sedih dalam hidup dia ialah lepas akak bencikan dia. Akak tahu tak itulah kali pertama dia nangis lepas mak tak ada? Ya, memang dia suka sangat bila dapat tahu akak pun sukakan dia. Tapi, dia tak datang pun minta maaf pada akak sebab surat cinta yang dia sendiri tak pernah buat. Bukan sebab dia ego, tapi dia takut akak tak dapat terima dia. Tak dapat terima dia dan terima kehidupan dia. Akak, kami anak yatim dan ayah kami bukan macam ayah orang lain. Ayah lagi merana lepas mak tiada. Ayah seorang kaki botol, penjudi, pinjam along dan kadang-kadang sanggup mencuri. Lepas habis sekolah, ayah kena penjara. Along datang cari abang Zhariff, sehingga abang kena lari tiap-tiap hari dan kalau nasib dia tak baik, dia kena pukul, kena tendang. Tapi, dia tak pernah pun lupakan cinta dia pada akak. Hinggalah muncul Amira, datang hulurkan bantuan. Dia langsaikan hutang ayah, bawa abang Zhariff belajar ke Australia dan saya ditempatkan di asrama untuk jamin keselamatan saya. Bila cuti, saya akan ke rumah mak cik. Walaupun jauh, kadang-kadang abang akan telefon saya, tanya khabar dan tanya takut-takut kak Insyirah ada hantar surat ke, terserempak ke. Dari situ saya tahu, jauh di sudut hati, dia masih menunggu akak. Sampailah satu hari, dia beritahu saya yang kak Insyirah dah kahwin. Dia dapat tahu dari Amira. Dia sedih dan kecewa. Suara dia lain sangat. Saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan dia waktu tu, cuma saya suruh dia bersabar saja. Tak lama lepas tu, dia beritahu kami yang dia dan Amira nak nikah di sana. Saya tak membantah, sebab mungkin Amira boleh mengubati luka di hati dia. Tapi, ternyata Amira ada agenda lain bila dia beritahu yang kak Insyirah kematian suami dan suruh abang Zhariff bertunang dengan akak, konon-konon dia sanggup berkorban untuk abang Zhariff! Bila kami tahu yang akak tak pernah pun kahwin, barulah kami faham yang Amira memang nak akak terusan benci abang Zhariff bila rahsia perkahwinan mereka pecah, dan abang Zhariff pun boleh lupakan akak. Dia memang cemburukan akak dari dulu lagi bila tahu yang abang Zhariff cintakan akak, bukan dia. Dia memang psycho! Tapi, semuanya dah terlambat sebab abang Zhariff betul-betul sudah terhutang budi dengan Amira, dan dia turutkan saja. Begitu juga kami, yang tiada pilihan selain mendiamkan perkara ni untuk kebaikan abang Zhariff. Walaupun tahu kelak dia pasti akan lebih terluka, tapi kami mahu dia pernah rasa bahagia dengan akak. Sekarang, lepas dah tahu segala-galanya, akak masih nak terus putuskan pertunangan ni?
Insyirah menongkat dagu, termenung panjang setelah menceritakan segala-galanya kepada Shahrul. Shahrul dari tadi, tidak sudah lagi geleng kepala.
“Macam mana kau boleh ada sepupu yang macam tu punya pelik?” “Dia bukan sepupu aku, dia tu anak angkat pak long dan mak long aku. Anak tunggal orang gaji diaorang yang mak bapak meninggal sebab kemalangan. Waktu tu dia baru lima bulan.” Shahrul pula tepuk dahi. “No wonder la dia macam tu!” Insyirah tarik nafas. Masih tidak percaya sebenarnya. Betullah cakap-cakap orang selama ini, semua yang negatif mengenai Amira.
“Jadi.. apa perancangan kau lepas ni? Nak fight your weird cousin or nak surrender?” Insyirah senyum. “Takkan lah aku nak surrender, aku dah tahu aku dah menang sebenarnya. Ish, nasib masa aku cakap nak putus tunang tu, aku tak kecoh-kecoh nak beritahu mak aku dan pergi hantar cincin tu sendiri. Konon nak sorok lah kisah aku nak putus tunang. Tup-tup, tak jadi nak putus tunang and effect, aku nak percepatkan tarikh kami nikah!” Tegas Insyirah dengan wajah berseri-seri. Shahrul mencebik sambil tarik muka. “Gelojoh!”
Semalam bukan main nangis tak ingat dunia, hari ni boleh pulak senyum tak cukup gigi nak tayang! Apa-apapun, aku doakan kebahagian kau, Syira!
Amira membaling semua barang yang berada berhampirannya. Marah semakin menguasai dirinya. “Kau nak buat apa, kau punya suka sekarang. Tapi, keputusan aku muktamad. Aku dah penat hidup dalam bayang-bayang kau. Aku dah penat hidup dalam penipuan. Aku nak bercerai dengan kau, dan aku akan bercerai dengan Insyirah lepas segala-galanya selesai nanti! Kau tunggu je lah surat dari mahkamah!” Amar Zhariff laju berjalan keluar dari apartment sambil mengusung begnya.
“You ingat Insyirah akan terima you lepas dia tahu yang you tipu dia? You fikir you boleh bahagia dengan dia lepas dia tahu yang you ni anak penjenayah? Anak seorang banduan?!” Amar Zhariff berhenti dari melangkah. “Aku tak minta pun untuk dia terima aku. Begitu juga kau.” Amar Zhariff menyambung langkahnya.
“Hei, dasar lelaki tak kenang jasa! Senang-senang you nak lari lepas semua yang I dah lakukan untuk you?! I bayar hutang you, I bayar pengajian you, I carikan you kerja, ini yang you balas pada I?!” tempik Amira mengegarkan ruang tamu apartment itu. Amar Zhariff ambil nafas dalam-dalam. “Aku tak pernah lupa, sikit pun tak pernah. Aku janji akan balas sesen sekalipun duit kau tu. Cuma aku minta kau lepaskan aku, dan lupakan aku. Minta maaf, aku tak pernah cintakan kau selama ni..” Amira menangis sambil mencangkung di bucu sofa menghadap televisyen. Tidak disangkanya, ini pengakhiran kisahnya.
“Lagi satu, aku harap kau maafkan segala kesilapan aku selama ni. Sebab, aku pun dah maafkan kesilapan kau. Kau ingat aku tak tahu ke kau yang tulis surat cinta yang mengaku itu aku dan bagi pada Insyirah, lepas tu kau juga yang letak di assembly board, kan? Mira, aku tahu semua tu, dari dulu lagi. Tapi, terima kasih juga sebab kau, aku tahu isi hati orang yang aku cintai. Aku diamkan saja sebab aku nak bagi peluang pada kau untuk berubah. Cuma, aku silap. Kau memang tak akan berubah, dan dah tiba masa untuk aku pulak yang berubah. Selamat tinggal, Amira.” Amar Zhariff menutup pintu apartment itu dan Amira masih menangisi kesedihannya.
Amar Zhariff senyum sinis. Macam-macam berlaku hari ini. Tadi, baru dia bertengkar hebat dengan Amira, hingga memaksanya bertindak untuk bercerai dengannya. Sekarang, Insyirah pula datang bertemunya. Bukan untuk memutuskan, malah minta untuk dipercepatkan tarikh pernikahan.
“Awak tak menyesal ke? Awak tahu kan saya dah tipu awak? Awak tahu kan awak bakal bermadu dengan sahabat baik awak?” Amar Zhariff masih tenang, begitu juga Insyirah. “Macam yang saya cakap tadi, dan macam yang awak pernah cakap pada saya dulu. Saya tak nak malukan keluarga saya, rasanya awak pun macam tu jugak, kan?” Amar Zhariff memandang tepat ke anak mata Insyirah. Tiada lagi kesan duka seperti yang dia nampak beberapa hari lepas. Apa yang membuatkan dia ni tenang dan bersemangat sangat ni?
“Apa-apa pun awak nak buat, lepas kita nikah.. faham?” terang Insyirah dan berpaling meninggalkan Amar Zhariff, masih terpinga-pinga. Dibelakangnya, dia senyum.
Puas hati! Oh, sukakan aku, tapi tak cakap ya? Tak apa, aku nak kasi surprise sikit kat kau Zhariff. Harap-harap mak cik dan Zalia setia simpan rahsia. Lepas nikah nanti, aku nak mengaku segala-galanya! Ah, tak sabarnya!
Insyirah menggengam erat jemari ibunya. Debaran kian kencang. Dengan persiapan yang serba ringkas, sekarang tinggal beberapa detik lagi sebelum dia dan Amar Zhariff bergelar suami isteri. Amira sudah lama tidak bertemunya, termasuk hari ini. Insyirah sudah tidak peduli, itu bukan urusannya. Penting sekali, segala-galanya sudah siap. Amar Zhariff pun sudah bersedia di depan tok kadi, manakala dia di posisi di belakang Amar Zhariff. Kali ini, giliran Shahrul pula angkat thumb-ub kepadanya sambil tersenyum.
Jemari Amar Zhariff digenggam tok kadi. Insyirah tambah berdebar. “Aku nikahkan dikau dengan Insyirah binti Yusoff dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai..” Tangan digoncang sekali. “Aku..”
Bang! Bang! Suasana menjadi gempar apabila dua das tembakan kedengaran tanpa diduga. Pekikan orang ramai kian membingitkan. Insyirah cepat-cepat memandang Amar Zhariff di depannya dan serta-merta air matanya tumpah bila melihat lelaki itu sedang berlumuran darah sambil memegang perutnya. Orang ramai disekelilingnya segera memapahnya dan mententeramkannya manakala Insyirah sudah merangkak mendapatkannya.
“Cepat! Cepat panggil ambulans!!” pekik Insyirah dengan deraian air mata. Ya Allah, selamatkan lah dia! Ya Allah! Insyirah berpaling ke muka pintu dan dia nampak penembak sedang dipegang oleh beberapa orang lelaki dan meronta minta dilepaskan. Amira?!
“Sabar Zhariff! Bertahan.. nanti ambulans datang!” Insyirah masih memangku Amar Zhariff yang tercungap-cungap menahan sakit. Zalia dan mak ciknya juga ada di sebelahnya sambil memegang jemarinya. “Insyirah..,” panggil Amar Zhariff sambil menyapu airmata di pipi Insyirah. “Dah.. dah. Mengucap, Zhariff!” Insyirah masih terusan menangis. “Insyirah.. maafkan saya. Tapi, saya cintakan awak, selamanya..” Insyirah angguk-angguk. Tiba-tiba Insyirah merasakan Amar Zhariff diam. Lama. Insyirah memandang wajah orang ramai disekelilingnya lalu memeriksa nadinya. Berhenti.
“Zhariff!!” Pekik Insyirah menghamburkan segala kesedihan yang ada. Shahrul yang berdiri tidak jauh darinya meraup wajahnya, faham dengan kesedihan Insyirah. Insyirah meraung, sedih tidak diungkap bila mana dia tidak sempat bergelar isteri kepada Amar Zhariff. Dia memandang Amira yang ketawa tidak sudah.
“Gila! Kenapa kau sanggup bunuh suami kau sendiri, haa?!” Puan Habsyah, Tuan Mokhtar dan Puan Marsyitah pula yang terkejut. Suami? Amira masih ketawa mengilai.
“Puas hati aku! Ada ke patut dia nak cerai kan aku?! Dia ingat dia boleh bahagia dengan kau? Hei, jangan mimpilah! Kalau aku tak dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat dia, tahu! Dia ingat aku tak tahu dia tu saja nak tipu aku, cakap nak ceraikan kau lepas nikah konon! Aku tak bodohlah! Weh, aku ni Amira tahu! Dari kecik lagi aku dapat apa aku nak! Kalau setakat Zhariff tu, memang aku dah dapat lah! Sekarang, dia dah mati. Lepas ni, aku pulak mati. Kami dah sama-sama mati. Tinggallah kau sorang-sorang kat dunia, dan tak dapat pun cinta dia! Hah.. padan muka kau! Padan muka semua orang!!” Amira masih ketawa tidak berhenti. Insyirah terduduk. Segala-galanya sudah musnah kini. Amar Zhariff sudah tiada.
Sayang..
Ku bawa jauh rinduku, kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang..
Sesungguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini, tanpa kau disisi
Jauh di sudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktu nya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang..
Biarku mengingatimu
Biarku gantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku..
Jauh Disudut Hati
Allahyarham Sudirman Hj Arshad
Insyirah menghayati bait-bait lagu yang tertulis di dalam diari kepunyaan Amar Zhariff yang diserahkan kepadanya oleh Zalia, seminggu setelah pemergiannya. Apa yang terkandung didalam lirik lagu itu, benar-benar menggambarkan perasaan sebenar Amar Zhariff setelah dia kehilangan Insyirah, dan kini menggambarkan perasaan Insyirah setelah kehilangannya. Insyirah duduk diatas batu menghadap air terjun sambil kakinya direndam ke dalam air sungai yang mengalir deras. Tidak lekang dia memegang pokok kaktus yang dihadiahkannya kepada Amar Zhariff dulu.
Kaktus, cantik tetapi berduri. Boleh berpanas, tapi tidak boleh berhujan. Siramlah dan bajalah ia, walaupun tidak berbunga, sepertimana cinta antara Insyirah kepada Amar Zhariff. Tetapi, ketahuilah Insyirah, cinta itu sentiasa berbunga dalam hati Amar Zhariff.
Insyirah menyeka airmatanya tatkala membaca cebisan tulisan itu. Rupa-rupanya, Amar Zhariff tahu apa yang ingin disampaikannya. Cuma sayang, dia tidak sempat melafazkannya. Surat cinta tulisan 'Amar Zhariff' palsu juga masih tersemat kemas di dalam diari itu. Insyirah tidak sangka Amar Zhariff sempat mencari dan mencantumkan semula surat itu untuk simpanannya.
Shahrul menarik nafas panjang sebelum sampai di tempat Insyirah duduk. Seperti biasa dia akan mengusutkan rambut Insyirah, cuba mengusiknya walaupun dia tahu Insyirah akan marah. “Lama-lama kalau kau asyik nangis macam ni, kau boleh jadi Kassim Selamat, tahu?” Insyirah yang mulanya tersentak, cepat-cepat menyapu airmatanya.
“Syira.. dah empat bulan kau tak datang office, budak-budak semua rindu kat kau, klien-klien kita dengan supplier semua cari kau. Indon kat site pun, lagi lah rindu kau. Kalau kau tak kesian kat diaorang, aku ni, kesian lah kat aku. Banyak tu kerja tak siap sebab kau tak ada. Bos pun asyik tanya bila kau nak masuk kerja...,” Insyirah senyum sekilas.
“Sorry Shahrul, tapi aku tak rasa aku boleh kerja semula, apatah lagi nak hidup semula. Zhariff.. aku dah kehilangan dia dulu, dan sekarang aku dah kehilangan dia untuk selama-lamanya. Aku sedih Shahrul. Aku sedih dengan cara dia pergi. Aku tak dapat lupakannya. Kadang-kadang aku tertanya, kenapalah aku tak mati masa accident dulu? Kenapalah aku kena jumpa dia lagi kalau aku akan kehilangan dia lagi?” Insyirah menangis lagi. Shahrul garu kepala tak gatal.
“Syira.. jangan cakap macam tu. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Mana tahu Allah nak gantikan kau dengan orang yang lebih baik? Aku kan ada, aku kan dah jadi sahabat kau?” Insyirah senyum. “Kenapa kau suka buat aku senyum?” “Em.. sebab aku nak latih pipi kau supaya ada lesung pipi macam aku! Boleh masuk geng!” “Kenapa kau suka gosok kepala aku? Mak aku bayar zakatlah..” “Em.. sebab aku rasa boleh buat kau rasa selamat dan melindungi kau. Boleh terima tak alasan aku?” Insyirah senyum lagi.
“Haa.. eh, aku ada bawa makanan, kita makan dekat pondok sana, ya?” “Kau pergilah dulu, nanti aku datang..” “Ok!” Shahrul angkat punggung, membiarkan Insyirah keseorangan. Baru mahu melayan perasaan, Shahrul sudah terpekik-pekik melaung memanggilnya datang ke pondok tidak jauh dari tempat Insyirah duduk. Dengan malasnya, Insyirah bangun juga mendapatkan Shahrul.
Sedang dia mahu berdiri di atas batu tempat dia duduk, dia tidak dapat mengimbangkan dirinya dek kerana permukaan batu yang licin lalu membuatkan dia tergelincir. Pekikannya menyedarkan Shahrul dan berkejar Shahrul ke tempatnya. “Syira!!” Kepalanya terhantuk batu lalu dia jatuh ke dalam deras air sungai.
Argh.. tension betullah rantai basikal ni! Time-time nak cepat ni lah dia buat perangai! Aku dah lah bangun lambat, masak lah aku hari ni kat sekolah! Kenapa tak rosak esok ke, tahun lepas ke, tahun depan ke? Insyirah merungut-rungut sambil menyepak-nyepak tayar basikalnya.
Dia melihat tidak jauh darinya berdiri, ada seorang pelajar lelaki sebayanya turun dari bas dan berjalan menghampirinya. Eh, itu bukan ke Amar Zhariff? Yusry KRU sekolah aku? Gila lah, dia nak datang tolong aku ke? Ish, ni yang aku sayang basikal aku ni! Cayalah! Jangan aku pengsan sudah lah masa cakap dengan dia nanti!
“Tengah memasak ke cik adik?” “Ha’ah, nak burger berapa biji?” Amar Zhariff ketawa. “Rantai basikal jatuh, ya?” Insyirah mengangguk laju. Taklah, tengah tunggu awak lah kat sini! Ahaks!
“Helo.. saya bercakap dengan awak, awak berangan ya?” “Ha? Er.. awak cakap apa, ya?” Amar Zhariff senyum-senyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia tunduk, menghadap basikal Insyirah. Sekejap saja, dia membetulkan rantai, mengangkat sedikit-sedikit dan menggerakkan pedal, terus basikalnya boleh meneruskan khidmatnya seperti biasa.
“Waa.. terrornya awak! Terima kasih, ya?” “Sama-sama! Eh, terima kasih je ke? Takkan awak nak tinggalkan saya pulak kat sini?” Insyirah pula kerut kening. “Saya naik bas, lepas tu dari simpang ni selalunya saya akan jalan kaki hingga ke pintu pagar sekolah. Dah alang-alang awak ada kat sini dengan kenderaan awak, boleh awak tumpangkan saya?” Insyirah pula gelak-gelak sambil menepuk kepalanya. Ah, lembab betullah aku ni!
“Boleh.. ok, cepatlah naik seat belakang tu!” “Eh, larat ke awak, saya ni berat tahu?” “Lagi berat dari awak pun saya dayalah! Cepatlah naik, nanti kena denda lambat pulak!” Amar Zhariff turut perintah. Wah, bangganya aku dapat boncengkan hero malaya sekolah!
“Em, boleh saya tahu nama hero saya ni?” Insyirah pura-pura tidak tahu. “Lor, awak tak tahu ke nama saya? Saya ingat saya dah cukup popular kat sekolah!” Insyirah tergelak lagi. Perasan!
“Saya Amar Zhariff dari kelas 4 Saksama. Panggil Amar je..” “Hoo.. kalau saya nak panggil awak Zhariff, boleh?” “Em, selalunya keluarga dan orang terdekat dengan saya je panggil macam tu. Tapi, kalau dah ada permintaan, saya ok je. Lagipun, nama saya juga kan? Mana tahu satu hari nanti awak akan jadi orang kesayangan saya ke?” Insyirah gelak makin besar sambil mukanya sudah memerah. Aduh, cairnya aku!
“Awak mesti tak tahu nama saya, kan?” “Siapa cakap? Awak Insyirah Yusoff, kan? Kelas 4 Iltizam, kan?” Insyirah terkejut hingga dia memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba. Fuh, brek emergency! Nasib tak terpeluk!
“Kenapa brek? Ada kura-kura melintas ke?” “Tak.. mana awak tahu pasal saya?” “Lor.. kan pada buku awak ni ada? Saya kan tengah pegang buku awak ni?” Amar Zhariff tayang buku kepunyaan Insyirah. Insyirah malu sendiri. Ha’ah kan? Tadi kan aku ikat buku tu atas seat sebab bakul aku ada beg! Aduhai, malunya aku!
Selepas itu, Insyirah hanya diam dek kerana sudah malu dan hanya Amar Zhariff yang masih tidak malu untuk bercerita itu ini.
Tanpa diduga, itulah detik pertemuan pertama yang membawa kepada perkenalan mereka, Pertemuan yang seterusnya membawa mereka kepada erti persahabatan dan kemudian menjadi benci. Kebencian yang mengajar mereka erti perpisahan dan kehilangan. Kehilangan yang membuatkan mereka rindu. Rindu itu jugalah yang menerbitkan cinta. Sesungguhnya Insyirah tidak pernah menghargai pertemuan itu setelah dia benar-benar kehilangan Zhariff. Pertemuan yang menjadi kenangan waktu sekolah menengah yang masih berbekas di hati mereka hingga kini.
Tapi, itu semua hanya kenangan kerana selepas sahaja Insyirah sedar dari komanya selama 5 hari untuk kali kedua, dia sudah lupa semuanya. Lupa siapa dirinya, siapa yang pernah dicintainya, siapa musuh dan siapa sahabatnya. Hentakan yang kuat di kepalanya sewaktu dia lemas hari itu membuatkan Insyirah masih terpinga-pinga tentang identiti dirinya.
“Saya yakin, saya dapat bahagiakan dia..” Shahrul menghadap Puan Marsyitah dan Tuan Mokhtar. Puan Marsyitah tidak henti menangis manakala Tuan Mokhtar lebih tenang disebelah.
“Saya betul-betul menyesal. Semuanya salah saya, dalam mendidik Amira. Saya ingat, kasih sayang Amira dapat dibayar dengan kemewahan. Saya silap hingga begitu manjakan dia, sampaikan anak-anak kandung saya pun saya abaikan. Bila Amira kenalkan saya kepada Amar Zhariff, sepatutnya saya siasat dulu masa saya terima idea dia untuk tunangkan Syira dengan Amar Zhariff. Saya silap, dan sekarang saya dah kehilangan Amira dan Insyirah. Saya dah musnahkan hidup mereka..” Puan Marsyitah menggeleng kepala sambil menenangkan Tuan Mokhtar. “Tak.. abang long buat semua ni untuk kebaikan semua. Abang long tak salah, yang dah berlaku, biarkan ia. Amira pun dah terima hukuman dia. Sekarang, kita kena menghadapi Insyirah pula.” Shahrul masih setia menanti keputusan mereka.
“Dia dah banyak menderita. Jadi, berilah peluang kepada saya untuk buktikan segalanya. Saya buat semua ni bukan atas dasar simpati semata, tapi saya benar-benar cintakan Insyirah dari mula kami bertemu. Tolonglah pak cik, mak cik.” Mereka saling berpandangan dan muncul bapa Shahrul membuatkan mereka faham yang Shahrul benar-benar maksudkan kata-katanya.
Insyirah mendodoikan seorang bayi lelaki sambil Shahrul masih setia menemaninya di sebelah. “Kenapa abang bagi nama anak kita Zhariff? Nama kawan abang ke? Tak pun, nama girlfriend abang? Zharifah, huh?” Shahrul tergelak sambil mencuit manja hidung isterinya.
“Cemburu ke? Em.. macam mana nak cakap ya.. dia bukan pesaing Syira pun. Tapi, sebetulnya dia pesaing abang. Ikhlas cakap, abang pernah cemburukan dia. Tapi, tuhan lagi sayang dia..” Insyirah masih kerut dahi dengan penerangan tersirat suaminya. Tapi, dia tidak mengendahkan Shahrul tatkala si kecil itu mula merengek dek kerana kelaparan.
Shahrul memandang kaktus di tepi jendela rumahnya lalu tersenyum. Terima kasih Zhariff, terima kasih ya Allah..
9.49 pm
10/4/2011
pssst : Sorry lah, citer ni panjang sket. Tapi, u know what, saya membayangkan Tiz Zaqyah sebagai Insyirah, Shahreza Minhat tu sebagai Shahrul (ala, kalau korang perasan dia berlakon sebagai Faqir dalam film Pisau Cukur. Masa tu memang terpikat dengan braces dia!), Shah Jazle sebagai Amar Zhariff (terpengaruh dengan muka sedih dia dalam citer Asmara) dan yang paling tak boleh tinggal watak antagonis Amira, dipegang oleh Raja Farah (haa.. terpengaruh dengan watak jahat dia dalam Manja Lara!) hahah! Berangan sudey!
haha! aku benci shah jazlee, meluat nak muntah je tengok de belakon, lagi2 kes video klip hampeh arahan gambit, lagilah rasa nak tumbuk je muka konon2 innocent tu, yuck!
ReplyDeletebut, kau selalu buat cerita plot berbelit en? camne dapat idea ntah?