Huh... dah lama rasanya saya tidak menconteng di sini. Sebenarnya, saya ni tak berapa handal sangat nak mengupdate blog ni, sebab tu lah bintang-bintang halimunan yang sepatutnya gemerlapan ni jadi kelam dan suram je pun! Huhu~
Cerpen? Berehat la kejap. Banyak sebenarnya idea dalam benak ni, tapi buat masa ni nak hold dulu. Nak tunggu keluar idea baru, nanti kang orang cakap cerpen saya semuanya sterotaip je pulak, kan?
Cerita perihal cerpen, sebenarnya saya cuba untuk tonjolkan pelbagai pengajaran dalam cerpen saya, bukan setakat nak bercinta semata-mata! (sebab saya ni pun bukannya arif sangat bab cinta sesama manusia. Dapat ilham pasal perhubungan ni pun dari cerita-cerita korea yang selalu saya tengok! Ahaks!) Sebelum ni saya ada buat keluar pasal kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan.. macam-macamlah. Harap-harap sesama kita dapat keluarkan apa yang tersirat di sebalik cerpen saya, ya?
Banyak benda berlaku sekarang.. khususnya dalam diri penulis sendiri lah. Semuanya berkisar pasal kehidupan dan masa hadapan. Kawan kahwin, kawan bertunang, kawan dah dapat anak, (opss..isu sensitip tuh!), kawan dapat kerja bagos, kawan dapat kerja kerajaan, kawan beli kereta baru, kawan boleh bukak bisnes multipurpose.. (aku ni lah still di takuk lama, macam menunggu buah tak jatuh! Dah lah ketidak adilan di tempat kerja selalu menindas insan seperti aku!) Hah, kan best kalau hidup ni macam apa yang kita nak?
Akhir rasa ni, sesangat rasa cemburu pada kawan-kawan yang dapat kesenangan. Selalulah pulak fikir negatif, kenapa aku ni tak dapat macam diaorang dapat? Mulalah rasa tak bersyukur tu merasuk-rasuk dalam kepala hotak dan seterusnya mengugat keimanan. Tapi, bila dah calm down sikit, barulah dapat tetapkan jiwa dan rasa. Aduh, betapa iman ni ada pasang surutnya!
Kadang-kadang, teringinnya nak duduk senang lenang, goyang kaki je kat rumah atau duk berfoya-foya sambil mengirup udara segar di tepian pantai. Pergh, asyiknya dengan kehidupan lagho! Tapi, itu hanya kehendak semata-mata. Hakikatnya, hidup tidak semudah yang disangka.
Positif thingking, life like roller coaster, ada masanya kita susah, ada masanya kita senang. Bagi kawan-kawan yang sedang mengecapi kebahagian hidup, mungkin Tuhan sedang mengujinya dengan melimpahkan kesenangan. Ujian tuhan ni pelbagai dan subjektif. Kita hanya hambaNya yang hidup dalam dunia sementara ini.
Sabar dan tenang, ok?
No comments:
Post a Comment