Saturday, April 2, 2011

Tomboy & Mak Nyah


p/s :sambungan Tomboy Vs Mak Nyah!

Azizah senyum sambil menghulurkan anak perempuannya yang baru terlena kepada seorang wanita.  “Kak.. rasanya Zizah ambil Zura lambat sikit malam ni, ya?”  Wanita didepannya mengerutkan muka.  “Mesti kau nak jumpa dengan Mustafa, kan?  Cukup-cukuplah tu, Zizah.. dia dah ada anak bini!”

Azizah mengeluh berat.  “Kak Arah.. itu sebablah Zizah nak jumpa dia untuk kali terakhir malam ni.  Zizah tahu, sejak abang Tahir meninggal, semua orang nak mengata Zizah.  Pulak dengan kerja Zizah menari ni, lagi lah orang sibuk nak adakan cerita yang bukan-bukan.  Padahal, duit ni lah yang bagi Zizah anak beranak makan.  Zizah tak kacau orang pun.  Abang Mustafa tu yang sibuk cari Zizah..”  “Zizah.. kau adik kandung akak.  Akak percaya pada kau.  Tapi, mulut orang tu tak boleh ditutup, Zizah.  Pandai-pandai lah kau jaga diri, ya?”  Azizah mengangguk-angguk.  “Zizah pergi dulu, ya kak.”  Sempat dia mengucup dahi anaknya lalu hilang dalam kepekatan malam.

Malam itu, Zaharah dikejutkan dengan berita adiknya ditahan di balai polis kerana terlibat dalam kes pembunuhan Mustafa.  Segera dia ke balai polis.  Azizah seperti orang gila.  Tangisannya tidak dapat membantu membebaskannya kerana dia orang yang paling disyaki.

“Akak.. tolong Zizah kak!  Zizah tak bunuh abang Mustafa!  Zizah sampai je kat tempat tu, Zizah nampak dia dah mati ditikam kak!  Zizah tak bunuh dia, kak!” Zaharah hanya mampu menangis dan mententeramkannya.  “Sabarlah Zizah..  akak yakin kau tak bersalah.  Pasal Zura jangan risau, akak akan tolong kau jaga dia,” janji Zaharah.

Setelah beberapa tahun dibicara, terbukti Azizah tidak bersalah dalam kejadian itu.  Azizah dilepaskan, namun orang disekelilingnya tetap berpendapat Azizah bersalah membunuh Mustafa.  Kesan daripada kejadian itu, Azizah didapati tidak siuman seperti sediakala.  Dia kelihatan merayau tanpa arah tujuan dan menganggu orang ramai.

“Baizura anak orang gila!”  Baizura yang baru melangkah mahu bersama-sama bermain dengan rakan-rakan sebayanya mematikan langkahnya.  “Bukanlah!  Mak aku tak gila!”  Dia cuba menidakkan kenyataan, tapi nyata dia gagal.

“Sudahlah.. aku tak mahu kawan dengan kau lagi!  Mak aku marah kawan dengan kau!  Dia cakap takut aku berjangkit perangai gila mak kau!” kata seorang dari kanak-kanak di situ sambil diikuti gelak ketawa yang lain.

“Ha’ah.. mak aku pun cakap benda sama.  Dia cakap juga, hati-hati kawan dengan kau.  Nanti kalau bergaduh takut kita semua mati kena bunuh dengan dia!”  “Eiii.. takutnya!  Tak mahulah main dengan kau!  Jom kita balik!”  Semua yang ada melarikan diri dari Baizura.  Baizura mengelap airmatanya dengan hujung baju sambil berjalan pulang ke rumah.  Sampai sahaja di rumah, dia nampak seorang wanita sedang menjerit-jerit ke arah ibu saudaranya.

“Memang mahkamah kata adik kau tu tak bersalah, tapi aku tetap kata dia bersalah!  Kalau dia tak gatal goda laki aku, dia takkan pergi ke tempat adik kau dan tak akan mati katak kat situ!  Semuanya berpunca dari Azizah!  Perempuan tak tahu malu!  Memang patut pun dia gila macam tu!  Nampak sangat memang dia yang buat!  Entah-entah saja berlakon jadi gila, takut kena tangkap lagi!” lancang Puan Kamariah menempelak di halaman rumah Zaharah.

“Hei, kau tu jaga sikit mulut kau!  Dah memang adik aku tak bersalah, kau memandai pulak nak jadi hakim kes ni!  Kau akan tahu apa yang dia rasa bila kau jadi dia!  Kau yang tak pandai nak jaga laki, memang lah laki kau lari!” Balas Zaharah sambil bercekak pinggang.  Suami Zaharah sudah tidak senang duduk didalam rumah.  Ikut sama masuk campur, takut dia juga akan ‘dibasuh’ oleh isterinya.  Dibiarkan saja, bertambah melarat pula perang mulut tersebut.

“Eh, kau adik-beradik memang kurang ajar, ya?  Kau..”  “Kak, cepat kak!  Adik akak, kak Zizah kemalangan kat depan simpang sana!” kata seorang lelaki dengan motorsikal menyampuk pergaduhan.  Segera Zaharah dan suaminya berkejar ke tempat yang dinyatakan sambil mendukung Baizura.  Anak-anaknya yang lain diarahkan berjaga dirumah. 

Dipandangnya lama wajah ibunya yang telah berlumuran darah.  Puan Kamariah yang melewati tempat kejadian hanya memperlahankan kenderaan dan tanpa belas, dia tidak berhenti untuk menghulurkan bantuan malah hanya senyum sinis.  Baizura yang berusia 8 tahun waktu itu hanya mampu menangis tatkala disahkan doktor bahawa ibunya telah meninggalkannya untuk selama-lamanya.  Seminggu setelah permergian Azizah, Baizura yang dijaga oleh keluarga Zaharah, membuat keputusan untuk berpindah dari kampung yang banyak meninggalkan memori pahit bagi mereka.  Baizura mengubah perwatakannya menjadi seperti lelaki, agar dia tidak ditindas, dibuli seperti dulu lagi. 

Sehinggalah saat dia meningkat dewasa dan diberitahu oleh adik sepupunya, Huda bahawa lelaki yang dicintainya, Imran yang diperkenalkan kepada keluarganya ialah anak kepada Kamariah.  Tidak hairanlah Zaharah yang dipanggil Baizura mak, tidak dapat menerima lelaki itu tatkala Baizura menyatakan hasrat ingin mengahwininya. 

Entah dari mana datang kekuatan, Baizura nekad untuk meneruskan perkahwinan.  Kahwin lari tanpa restu kedua belah pihak.  Pada masa Imran sudah terlalu menyayanginya, ditinggalkan lelaki itu dengan kenyataan dia memang ingin membalas dendam atas apa yang dilalui olehnya dan ibunya, Azizah.

“Zura!” Baizura terperanjat lalu segera mengaktifkan dirinya untuk kembali ke alam nyata.  Segera dia berpaling, mencari si pengacau.  Anis, sepupunya sudah tersengih di sebelahnya.  Baizura sudah menjangka kelibatnya kerana bila tiba musim cuti sekolah seperti sekarang, pasti Anis akan pulang ke kampung menjenguk keluarganya memandangkan Sharida telah melanjutkan pelajaran ke Auckland, New Zealand dan Huda pula masih belajar di UNIMAS.   

“Jauh menung?  Ingatkan bekas suami ke?”  Baizura mengangkat kening.  “Euw.. please lah!  Tak de orang lain ke?”  Anis mengambil tempat di sebelah Baizura.  Sama-sama menghadap laut, menyaksi matahari terbenam sambil deruan angin membisik bahasa tenang. 

“Bila kau balik?”  “Dah lama.  Mana nak sedar, orang ni asyik berangan!  Mak cakap, sekarang ni makin kerap kau duduk menghabiskan masa kat sini?”  “Saja, nak tenangkan diri,” jawab Baizura bersahaja.  “Nak tenangkan diri ke, nak lupakan seseorang?  Eh, aku rasa kau ni patut kahwin lain lah kalau nak lupakan dia.  Kau nak calon?  Aku ada berlambak ready-stock nak pass kau!”  Baizura gelak cuma.  “Dah lah, jom balik.  Lagi lama aku kat sini, makin mengarut jadinya layan kau!  Balik, nanti anak laki kau bising pulak!  Belum tambah mak punya bising!”  Baizura segera angkat punggung.  “Nak lari topik lah tu!”  Mengedek Anis mengekori Baizura yang kian meninggalkannya.
Baizura senyum, cuba menaikkan suasana ceria bekerja di pagi hari.  “Hai, Zura!  Morning!” sapa kak Wan sewaktu Baizura melewati mejanya.  “Morning!  Wah, cerianya ibu mengandung ni!”  Kak Wan nyata berseri-seri mendengar pujian Baizura.  “Kerja kita ni kan memang kena ceria?”  “Memang, tapi sales person macam saya ni patut lah macam tu!  Akak tu duduk dalam bilik gelap sana, bahagian akaun.  Kena ceria depan suami je!  Nanti terlebih ceria ada orang nak mengorat pulak!” Kak Wan tergelak.

Baizura menelek sejambak bunga ros merah di atas mejanya.  Dia mengambil kad yang terselit di sebalik bunga itu.  “Senyum selalu.”  Bacanya sambil senyum.  Walaupun tanpa nama, dia tahu siapa yang selalu menghadiahkan bunga begitu.  Liza, rakan sekerjanya yang baru sampai terus mencuit kak Wan bila menyedari Baizura senyum-senyum begitu.

“Sukanya dia bila dapat bunga!  Kalau macam ni, si dia outstation hari-hari pun tak pe.  Jauh di mata dekat di hati!”  sapa Liza.  “Ha’ah lah kak Wan.  Cemburunya kita!”  “Tu lah kau.  Bertunang dengan orang jauh, kena hantar bunga hari-hari jugak lah!”  “Akak.. bankrupt la macam ni.  Hangus duit hantaran!”  Mereka sama-sama tergelak.

“Hello.. apa bising-bising pagi-pagi ni?  Mentang-mentang bos tak ada, semua nak naik tocang, ye?!”  sampuk satu suara dari satu susuk badan yang membuatkan Liza dan  kak Wan mencebik.  “Kau tu yang jealous, cakap je lah!” tempelak kak Wan.  “Hei, cakap baik sikit, ok?  I tak ada masa untuk semua hal remeh-temeh tu!  Please lah!”  “Kau jealous, sebab bos bagi bunga kat Baizura.. bukan kat kau, kan?” Hani terus mencekak pinggang dituduh begitu.  Baizura bangun dari kerusinya dan terus mententeramkan Liza dan kak Wan dengan meminta mereka berundur. Setelah mereka hilang ke bilik masing-masing, Hani datang menemui Baizura. 

“Kau jangan ingat kau bagus sangat kalau bos tu suka kat kau!  Dia tu saja nak main-main dengan kau!” Baizura senyum sinis.  “Ada..?”  Hani mengerutkan muka.  “Ada.. apa?”  Baizura mendekatkan dirinya dengan Hani yang nyata lebih tinggi darinya.  “Ada aku kisah?”  Hani menjungkit-jungkitkan bibirnya lalu pergi dari situ.  Baizura senyum puas.  “Dia belum kenal aku siapa, aku tomboy kampung pinang lah!”

“Dan aku pula mak nyah kampung sebatang.  Jadi, sepadanlah kita, asalnya dari kampung pinang sebatang!”  Sapa satu suara membuatkan Baizura segera berpaling.  Seorang lelaki berpakaian segak berdiri tegak di belakangnya sambil senyum.  Hampir luruh jantung Baizura apabila mendapati lelaki itu adalah orang yang sangat dikenalinya! 

Asyraff, bos tempat Baizura bekerja datang menghampiri mereka yang masih terpacak terpaku.  Baizura dengan mata yang membulat dan mulut yang sedikit ternganga, dan lelaki di depannya masih senyum penuh makna.
“Zura..?”  Baizura mengelipkan matanya berulang kali.  “Kenapa?”  Baizura mengeleng kepala berulang-kali apabila ditanya oleh majikannya.  “Dia terkejut sebab aku ni hensem sangat, Asyraff.  Hensem dari kau lagi!”  tungkas lelaki itu membuatkan Asyraff ketawa. 
“Jangan.. menangis tak berlagu aku!  Zura, saya masuk sekejap je ni sebab nak bawa kawan saya, sibuk sangat nak pilih kereta katanya.  Kenalkan, ni Imran dan Imran, ni Intan Baizura.”  Imran masih dengan lagak bersahajanya, seperti tidak pernah bersua dengan Baizura membuatkan Baizura mengambil tindakan yang sama.  Tangan dihulur, bertaut jabatan. 
“Oh, jadi inilah dia intan yang kau sibuk bercerita, ya?  Intan yang mencuri hati lelaki kau, yang buat tidur kau tak lena ni?”  Asyraff senyum sambil tunduk.  Baizura jadi tidak keruan.  Tidak betah terus memandang Imran dihadapannya. 
“Ok lah, Im.  Aku ada meeting kat luar.  Apa-apa, kau tanya lah dia.  Tapi, jangan lebih-lebih, ya?”  Imran mengisyaratkan tanda ‘ok’ dengan jemarinya.  “Zura.. I have to go.  Em, by the way, awak suka tak hadiah saya bagi tu?”  Baizura mengangguk lagi.  “Thanks!” jawab Baizura sepatah, membuatkan Asyraff melangkah pergi sambil mengenyitkan mata.
Tinggal Baizura dan Imran di meja bulat itu berdua.  Walaupun suasana di sekeliling mereka agak sibuk, namun keadaan mereka masih hening.  “Mak nyah baru Zura ke tu?”  Imran menduga, merujuk kepada Asyraff.  “Don’t you ever dare to interfere in my business!” jawab Baizura keras lalu meninggalkan Imran.
“You cari sales person lain.  I ada kerja!”  “Mana boleh!  Bos you dah arahkan you untuk I! Ini dikira you dah langgar arahan dia!  I nak report kat dia sekarang!  You adalah intan dia yang tidak professional!” Imran segera mengeluarkan telefon bimbitnya tetapi jari telunjuk Baizura yang menghampiri wajahnya membuatkan Imran senyum sumbing.
“Ini model baru Kia yang akan launch next month..”  Baizura dengan muka kelat menunjukkan beberapa broacher kepada Imran.  “Im tak pernah lupakan Zura.  Merata Im cari Zura, tak sangka Im jumpa Zura kat sini.  Tapi, tak sangka pulak kawan baik Im yang minatkan Zura, adalah Zura yang sama yang Im cari..” Imran masih tidak lepas memandang wajah Baizura.  “Ini price list and total payment on the road..”  Baizura masih dengan tujuan asalnya.  “Zura.. Im sungguh-sungguh nak jumpa Zura.  Tengok, sekarang Im dah boleh berjalan semula!  Im boleh tunaikan semula janji Im dulu.”
“Enough, Imran!  Cerai talak satu yang kau dah lafazkan dua tahun lepas, dah jelas menamatkan apa-apa antara kita!  Kalau tak ada apa-apa lagi, you can go now!  I’m sick and tired looking at your face!”  Baizura bingkas bangun, namun segera Imran memaut lengannya. 
“Eh, apa ni?!”  “Zura memang betul-betul sukakan Asyraff?”  Baizura merentap lengannya sambil memandang sekeliling.  Nasib tiada siapa yang perasan, terutama sekali si minah kecoh, Hani.  
“Please leave me alone!  Aku dah cukup bahagia sepanjang dua tahun ni.  Jangan nak buat perangai gila talak kat sini!”  Baizura segera meninggalkan Imran keseorangan di meja.  Baizura berjalan ke bilik air dan menangis di situ.  Dia tidak tahu kenapa dia menangis.  Mungkin dia rasa sedih, mengenangkan semua kisah dukanya kembali berlegar apabila Imran muncul kembali, atau dia rasa sedih bila Imran masih lagi mengingati dirinya sedangkan dia sentiasa ingin melupakan lelaki itu.
Baizura mengais-ngais nasi di pinggan.  Seleranya betul-betul mati.  Imran benar-benar mempalit bersama semua kenangan lalu.  Baizura hilang konsentrasi kini.  “Kenapa buat rezeki macam tu?  Selalunya Zura yang sibuk duk pelahab waktu ni?”  Sapa lelaki di depannya.  “Tak ada apa-apa Encik Asyraff.  Saya penat kut, sampai hilang selera..”
Asyraff meletakkan sudu dan garfu, memberi perhatian kepada wanita didepannya.  Wanita yang dianggapnya jinak-jinak merpati.  Makin dikejar, makin lari.  “Zura.. kan saya dah cakap.  Waktu luar waktu bekerja macam ni, panggil saya Asyraff cukup.  Tak payah nak berencik-encik.”  “Maafkan saya.. tapi saya tak biasa lah.  Encik kan bos saya.  Jadi, waktu ni lah saya nak tunjukkan rasa hormat saya pada encik.  Lagi pulak, buatnya saya tersasul panggil nama sampai ke office macam mana?”  “Tak pelah.. kalau tersasul panggil abang pun tak ape!”  Asyraff cuba berseloroh tapi Baizura hanya senyum dan menggeleng kepala.
“Zura..  macam awak tak tahu, saya ni memang dah lama sukakan awak. Tapi, tiap kali saya meluahkan rasa dan isi hati saya, tiap kali tu lah awak mengelak.  Sebenarnya, awak ni dah ada yang punya ke?  Atau awak sengaja nak duga saya?  Saya.. tak faham lah, Zura.”  Baizura melepaskan keluhan panjang.  Soalan cepu emas yang memang payah untuk dijawabnya.
“Saya.. belum bersedia, encik..”  “Zura, Zura.. Dah dua tahun saya kenal awak.  Dan sepanjang saya beritahu perasaan saya, saya asyik dengar alasan yang sama.  Saya rasa dah tiba masanya awak bagi peluang pada saya.  Saya bukan nak desak awak, tapi kalau betul awak nak duga saya.. tak pe.  Saya akan tunggu awak, Zura.”  Baizura tunduk membisu.  Tiada kata yang mampu diungkap.  Lidahnya kelu untuk mengatakan ya atau tidak.  Tapi, dia tidak tipu.  Hatinya masih tertutup untuk siapa-siapa.
“Nak bekerja ke nak termenung?!”  Baizura tersentak disergah begitu.  Baru mahu dimarahi empunya suara, tapi bila mengenangkan orang yang mengacaunya adalah tetamu dan pelanggan, terus dipendam amarahnya.  “Kau lagi!  Nak apa?”  Baizura acuh tak acuh bertanya.
“Dah nama pun tempat jual kereta, takkan nak beli beras kut kat sini?”  “Mana tahu kut kau nak jual minyak kat sini!  Sorry, conferm tak mahu beli!  Baca tak kat depan, jurujual dilarang masuk?!”  Imran hanya tergelak.  Lama Baizura tidak melihat ketawa itu.  Seingatnya, kali terakhir dia melihatnya pada 12 tahun lepas, zaman sekolah mereka.
“Hei..?”  Imran melambai-lambai tangannya di depan mata Baizura.  Baizura cepat-cepat sedar dia masih berhadapan dengan Imran kini.  “Oh, curi-curi tenung Im, ya?  Lama pulak tu!”  “Encik Asyraff tak ada.  Keluar jumpa klien.  Nanti petang dia masuk!”  Segera Baizura mengalih topik.  “Siapa nak jumpa bos dia?  Orang nak jumpa pekerja dia!”  Baizura mengangkat muka.  “Jom test drive kereta.”  “Erk??”
Baizura menarik muka masam.  Terpaksa dia akur dengan ajakan Imran, jika tidak Imran mengugutnya untuk dibocorkan rahsia yang dia ialah janda Imran.  Mana mahu?  Malu atau tahan menyampah berdua dengan bekas suami?  Rasanya dia tidak rela lagi menjadi bahan gossip di pejabat.  Cukuplah melayan kerenah Hani dengan misi merampas Asyraff darinya.
“Jangan risau.  Im dah beritahu buah hati Zura tu yang Im bawa Zura keluar.  Apa nak risau, kita bincang hal kerja, kan?”  Baizura masih membatu.  Sampai di tempat letak kereta, Baizura hanya membuntuti arah Imran.  Perasan Baizura sengaja berjalan lambat-lambat di belakangnya, segera dia berundur dan menarik tangan Baizura supaya seiring berjalan dengannya.  “Lepas lah!”  “Tak nak, nanti Zura hilang.  Nanti apa pulak nak berjawab dengan Asyraff?”  Imran masih dengan watak bersahajanya walaupun Baizura masih dengan watak kasarnya.
Sengaja dia berlegar-legar di dalam pusat membeli-belah itu tanpa arah tujuan.  Hanya Imran yang berbicara tanpa noktah, manakala Baizura hanya mendengar tanpa sebarang komen.  Penat berjalan mereka berhenti pula di sebuah restoran.
“Baik makan, kalau tak Im suapkan nanti!”  Imran masih mengugut.  Baizura terpaksa menjamah tatkala mendengar ugutan Imran.  Imran masih tidak henti bercakap.  Sesekali Baizura mengambil kesempatan memandang wajahnya lama.  Tiada sebarang tanda yang dia pernah berduka.
“Ni buat apa pulak kat sini?  Aku tak mahu makan gaji buta..!” pekik Baizura bila Imran mengheretnya sampai ke kaunter panggung wayang.  “Eh, siapa nak ajak Zura tengok wayang?  Im nak belikan untuk girlfriend Im lah!  Ingat Zura sorang je ada boyfriend?  Perasan!”  Baizura memalingkan wajahnya ke satu sudut lain sambil mencebik.  Aduh, malunya!
“Nah, ambil ni.  Masuk dulu.”  “Buat apa?  Ish, aku nak baliklah macam ni!  Buang masa!”  “Buang masa ke cemburu?  Cemburu tanda sayang tahu, Zura!”  Imran sudah menyeringai sengih.  “Arghhh, tak ada masa lah nak jealous-jealous segala!  Ingat aku hairan?!”  Baizura menyambar tiket wayang tadi dan berlalu ke dalam panggung. 
Baizura memandang sebelah kanan dan kirinya.  Tiada penghuni.  Cerita sudah mula ditayangkan, tapi bayangnya masih tiada.  Melilau juga ke barisan sebelah lain, namun tidak ketemu.  “Tapi, takkan lah dia nak duduk sebelah aku dengan aweks dia?  Eleh, ni lah lelaki!  Tak boleh percaya!  Kata suka kita, tapi ada skandal lain!”
“Cari siapa?”  Baizura bingkas memandang sebelah kanannya.  Terlihat sahaja bayang Imran, terus dia duduk diam-diam sambil matanya terencap ke depan skrin.  40 minit tayangan berlalu, jawapan Imran masih dibiarkan sepi.  Tiba-tiba Baizura teringat sesuatu dan segera dia menoleh ke sisi Imran.  Tempat itu kosong membuatkan dia menfokuskan dirinya ke depan.  Tak datangkah si dia yang ditunggu Imran?  Namun, soalan itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.
“Im mana ada girlfriend lain selain Zura.  Zura je lah dalam hati Im.  Dulu, kini dan selama-lamanya,” jawab Imran tanpa dipinta Baizura.  Serta-merta nafas Baizura turun naik menahan bengang.  Penat dia berteka-teki tadi.  Rupa-rupanya, Imran sengaja menduganya.  “Eii..geram, geram, geram!” Ditamparnya bahu lelaki itu macam selalu dan segera Baizura keluar dari panggung wayang tanpa sempat ceritanya tamat.
Imran lantas mengejar Baizura.  Sempat dia menarik lengan wanita itu memintanya berhenti.  “Salah ke apa Im buat?  Masa Zura hidup dengan Im dulu, Im tak pernah layan Zura dengan baik macam Im selalu janji.  Im tak pernah ajak Zura pergi tengok wayang, macam orang lain buat kalau bercinta, apatah lagi masa kahwin.  Im tak pernah pun pergi lunch atau dinner bersama, Im tak pernah juga bawak Zura jalan-jalan, habiskan masa hujung minggu bersama, tak pun shopping bersama.  Mana tak nya, kita kahwin pun tak ada pelamin, kan?  Tapi, tak boleh ke Im tebus kesalahan Im sekarang?  Tak boleh ke kita bersama semula?”
Baizura menyeka airmatanya.  “Tak boleh!  Semua tu dah terlambat untuk kau buat!  Aku tahu, kau buat semua ni sebab kau hanya nak main-mainkan perasaan aku.  Sebab kau tahu, mak aku yang bertanggungjawab menjadi perosak rumahtangga mak kau dan keluarga kau, kan?  Sudah lah..  Aku dah lama berhenti dari bermain dalam permainan kau.  Tolonglah bagi aku peluang untuk hidup bahagia tanpa kau!”  Baizura berpaling dan terus berjalan, melarikan diri dari pandangan Imran dengan Imran masih kaku di tempat dia berdiri.
Imran menukar siaran televisyen sambil Asyraff duduk di sebelahnya dengan secawan minuman.  “Bola.. bola!” pinta Asyraff, meminta Imran mengalih ke siaran sukan.  “Tak ada keje lain.  Kau makan bola lah senang.  Tak pun, nikah dengan bola!”  Asyraff sengih.  Teman serumahnya yang dikenali sejak dari universiti ini memang kaki bangku.  Lagi pula sekarang dia baru menggunakan semula kakinya.  Memang bertambah parah penyakit anti sukannya. 
“Mana boleh.. nanti mana pulak aku nak letak si intan payung aku tu!”  “Nasib dia memang kaki bola macam kau!  Kalau tak, kes naya kau nanti.”  Asyraff sengih lagi, tapi seketika kemudian dia rasa hairan akan sesuatu.  “Aik, mana pulak kau tahu Baizura tu minat bola?”  “Ala.. kan dia tu dulu masa sekolah main bola baling.  Jadi, pendek kata semua yang berkaitan bola ni sangatlah menjadi pujaan hatinya, apatah lagi bola sepak!” Penjelasan yang bersahaja dan berkeyakinan dari Imran menambahkan keraguan hatinya.  “Yelah.. tapi, mana kau tahu tu?”
Imran tersedar dia sudah terlepas cakap.  Asyraff  masih menunggu jawapan dari Imran.  “Er.. kan dulu kau ada cerita?  Kau ni nyanyuk lah!”  “Ye ke?”  Asyraff mengaru kepalanya yang tidak gatal.  “Ada!  Tu lah kau, asyik ingat Intan.. Zura.. Aku yang dah lama kau kenal, tapi baru muncul 6 bulan lepas pun kau dah lupa!  Dah lah, aku masuk tidur dulu!”  Segera Imran bingkas bangun meninggalkan Asyraff.  Tidak mahu lagi lama-lama di situ.  Kelak, makin banyak rahsianya yang bakal pecah.
Baizura terkejut tatkala wajah Imran terpancul di ruang masuk ke bilik pameran kenderaan.  Lelaki itu seperti tidak faham apa yang dimaksudkan olehnya.  Dia tidak betah jika lelaki itu ada di situ.  Baizura tahu, Hani sudah terhidu sesuatu antara dia dan Imran.  Namun, cepat-cepat diselindungkan olehnya dengan menukar topik perbualan tiap kali Hani bertenggek di mejanya, mahukan input berita hangat terbaru.
Dia lega bila Asyraff mengajaknya keluar tanpa Imran bersama.  Tapi, dia gelisah semula bila bayang Imran muncul di tempat makan.  “Jomlah join sekali!” ajak Asyraff membuatkan Baizura tidak duduk senang.  “Tak pelah.. aku tak nak kacau daun!” tolak Imran setelah perasan perubahan air muka Baizura.
“Kacau daun apa nya pulak?  Aku bukannya tengah tanam pokok pun!  Meh lah.. takkan kau nak terpacak tunggu aku kat luar?”  Dengan lambat-lambat tetapi di dalam hati amat berbesar hati, Imran menerima ajakan Asyraff.  Sepanjang Imran berada di situ, Baizura banyak mendiamkan diri.  Pertanyaan Asyraff dan Imran hanya dijawab hambar olehnya.
“Excuse me.. ladies jap,” kata Baizura mengundurkan diri.  Asyraff mengangguk dan menghantar bayangnya pergi.  “Asyraff.. aku nak tanya kau lah, kan.  Apa yang istimewa sangat intan kau ni?  Kalau nak kata dari segi cunlah kan, minta maaf cakap, secretery kau Hani tu lagi hot, kut?”  Imran sengaja memancing minat Asyraff.  Asyraff senyum cuma.
“Tu lah kau.  Suruh bercinta tak mahu!  Dah ada bini punya kaya, minta cerai pulak!  Kau, kalau nak cari calon isteri, tak boleh cari yang hot je.  Kau kena cari yang macam Zura ni lah contohnya..”  “Apa contohnya.  Aku tengok dia tu garang je!”  Asyraff gelak.  “Tu yang bagus.  Maknanya, dia ni bukan spesis yang pisau cukur punya orang.  Entahlah Im.  Susah aku nak jawab soalan kau tu.  Betullah kau cakap, dia memang tak cantik, tapi manis ada.  Bila pandang dia buat aku rasa macam.. ah, bahagianya.  Aku dah jumpa ramai perempuan, tapi yang ni memang special edision punya!”  Imran pula tergelak.
“Playboy macam kau ni kalau cakap pasal perempuan memang macam tu!  Aku tahu taste kau, yang susah dapat tu lah kau nak kejar!”  “Eh, playboy tu zaman belajar bolehlah.  Sekarang aku dah pencen tahu.  Aku dah penat dengar mak aku bising pasal calon menantu.  Tapi, aku rasa mak aku tak payah risau, aku dah jumpa calon yang sesuai untuk mak aku.  Eh, kau bila lagi nak gantikan tempat Reen tu?  Kau nak tackle Hani tu, ya?  Patotlah sekarang aku tengok kau rajin pergi office aku!  Nak beli kereta tu alasan semata lah?!”  Mereka sama-sama ketawa dan berhenti bila Baizura sampai ke meja mereka.
Niat Baizura mahu terus-terusan mengelak dari Imran sentiasa terbantut bila mana dia terpaksa ditinggalkan berdua kerana Asyraff ada urusan lain di luar.  Baizura mahu terus berkejar ke pejabat, tetapi Imran menahannya dengan alasan mahu berbincang soal pembelian kereta.
“Alasan lapuk!”  Baizura mencebik.  Imran hanya menyeringai sengih.  “Lor.. kenapa lepas kena tinggal ni Zura ni cepat sangat perasan?  Im memang betul-betul nak bincang pasal kereta lah.  Takpun, Zura ni ada perasaaan lagi pada Im?  Cuma Zura ego.. kan?”  Baizura mencerlung memandang wajah Imran yang masih tidak berperasaan.  “Marah lah, Zura.  Im dah lama tak tengok Zura marah.”  Baizura menepuk meja lantas berdiri. 
“Eh, kau dengar sini, ya?  Tolonglah faham bahasa kalau aku cakap jangan kacau hidup aku lagi!  Jangan nak berangan untuk dapatkan aku balik walau sebanyak mana pun sayang kau pada aku!  Semua itu mustahil dan aku tak akan percaya!  Faham?”  Baizura terus berjalan tetapi dia berhenti semula dan berpaling kepada Imran.  “Dan satu lagi aku nak beritahu. Untuk pengetahuan kau, aku akan terima Asyraff dalam hidup aku lebih dari hubungan sekadar pekerja dan majikan.  Jadi, lepas ni kau tak payahlah nak pujuk aku untuk balik semula pada kau dengan luahan perasaan palsu kau tu!  Sia-sia!”  Imran melepas keluhan yang panjang.  Dia tidak nampak sebarang harapan untuk dia berbaik semula.
Hani menjeling.  Kak Wan dan Liza masih berada di meja Baizura, menelek-nelek dua jambangan bunga yang Baizura dapat.  “Selalu satu je bunga, tiba-tiba hari ni dua pulak!  Bertuahnya badan!”  puji Liza.  Baizura membuka kad.  Salah satu dari bunga itu, dia tahu siapa pengirimnya.  Tetapi, yang satu lagi masih menjadi tanda tanya.  Tapi, dia boleh menganggak siapa gerangannya.  Melihat Hani masih terintai-intai di mejanya, Baizura lantas menghulurkan jambangan bunga tadi kepada Hani.  Lebih menarik lagi, sewaktu jambangan bunga berwarna kuning itu diserahkan, Imran muncul bersama Asyraff. 
“Untuk aku?”  Baizura mengangguk.  “Budak yang hantar ni salah bagi.  Aku rasa dia bagi pada kau, sebab pengirimnya ada kat sini.”  Baizura memuncungkan mulutnya ke arah Imran membuatkan Imran terkebil-kebil memandang mereka.  Hani sudah teruja.  Namun dia berlagak malu-malu di depan Imran.
Asyraff sudah senyum panjang.  “Dah maju kau, Im!”  Imran hanya sengih.  Tiada komen.  Malas memanjangkan cerita sebab dia tahu Baizura sengaja mengenakannya.  “Encik Asyraff, boleh tak kalau hari ni kita lunch sama?”  Asyraff yang nyata terkejut segera mengangguk.  “Jom sekali, Im?”  “Er.. kalau boleh, kita berdua je.  Sebab saya ada hal penting nak beritahu encik.  Private and confidential!”  Imran berubah air mukanya.  Terus tidak keruan.  Memang Baizura sengaja menduganya.  Giliran Asyraff pula teruja!
“Betul?  Betul awak dah terima saya?!”  Seolah-olah mahu menjerit Asyraff di dalam restoran itu.  Tetapi, cepat-cepat Baizura memintanya bertenang.  “Syhh.. sabar lah encik.  Saya tak habis cerita lagi ni.  Em, sebelum semua tu proceed, ada satu syarat.”  “Beribu syarat pun saya sanggup wahai intan ku sayang!”  Baizura mencebik.  Belum apa-apa lagi sudah sibuk nak bersayang-sayang!
“Hubungan kita ni kena ada ikatan yang sah dan halal.”  “Maksudnya, kita nikah?  Nak, nak!  Saya dah lama nak cakap benda tu.  Tapi, saya takut awak cakap saya ni terlalu mendesak pulak!  Kalau macam tu, sekarang jugak saya telefon mak saya suruh pergi meminang mak awak.  Eh, silap!  Maksud saya, pergi jumpa mak awak untuk meminang awak lah!”  Baizura tergelak sambil mengangguk setuju.  Suka melihat telatah Asyraff yang cukup tidak sabar.  Mungkin, itu petanda yang dia memang sudah terbuka hati untuk menerima Asyraff.  Tapi, jauh di sudut hatinya ada kegusaran.  Takut dia tidak sesetia seperti Asyraff.  Takut dia tidak mampu menyayangi Asyraff seperti Asyraff menyayangi dirinya.  Kerana pada  hakikatnya, dia menerima Asyraff hanya untuk melupakan Imran.  Lebih tepat lagi, untuk melarikan diri dari Imran.
Baizura berdebar menunggu kedatangan ibu Asyraff, Puan Samsiah untuk menyarungkan cincin untuknya di kamar peraduannya.  Untuk majlis hari ini, mereka sekeluarga sudah memutuskan untuk bertunang dahulu dan diikuti majlis akad nikahnya pada 3 bulan akan datang untuk menyediakan ruang dan peluang bagi kedua belah pihak untuk menyiapkan kelengkapan, baik mental dan fizikal.  Wajah Baizura sudah dihias cantik dan lebih mempesona dengan kemasan fabrik sutera berwarna putih mutiara.  Digenggam erat jemari Anis disebelahnya.  Tidak pernah dia terfikir akan merasai semula detik ini selepas berpisah dengan Imran.  Mungkin juga debaran ini lebih hebat dirasainya kerana sebelum ini dia terlepas detik ini semasa bersama Imran dulu.
Mereka dimaklumkan bahawa rombongan pihak lelaki sampai dan kini berada di ruang tamu.  Hanya tinggal beberapa ketika sahaja untuk Baizura bertukar status.  Tetapi, tiba-tiba suasana menjadi sedikit hingar-bingar.  Baizura tidak sedap hati dan meminta Anis mengintai keadaan di luar.  “Imran, Zura!  Imran tengah menggila tuh!”  “Hah?  Apa mangkuk tu buat kat sini?  Siapa jemput dia?!”  Baizura bingkas bangun.
Imran berdiri di tengah ruang diikuti Asyraff dibelakangnya.  “Lepas mak dia bunuh ayah saya, mak dia terus gila!  Akhirnya, mak dia meninggal dalam satu kemalangan.  Oleh sebab dia meletakkan saya dan ibu saya yang menjadi penyebab yang menimpa ibunya jadi begitu, dia berkahwin dengan saya!  Dia berpura-pura menyintai saya, atas niat ingin membalas dendam dan kaut semua harta saya!  Selepas saya kehilangan kaki saya akibat kemalangan, dia terus minta cerai dari saya!  Dialah Baizura, orang yang mak cik akan tunangkan dengan Asyraff.  Mak cik nak ke orang sekejam ni jadi menantu mak cik?  Fikirlah mak cik kalau mak cik tak nak anak mak cik menderita!”
“Imran?!”  Baizura keluar dari biliknya tanpa sedar.  Airmatanya menitis lagi.  Ya Allah, dugaan apakah ini?  Puan Samsiah sudah mengurut dada.  Rombongan yang hadir sudah berbisik sesama sendiri.  Puan Zaharah masih terkedu di tempatnya.  Buntu.  Mahu menidak, tapi seperti menegakkan benang basah.  Kebenaran sudah nyata.  Menafikan akan menambah lagi kelemahan.  Menyerlahkan hakikat si pesalah dan kesalahan. 
“Imran.. Kenapa kau buat macam ni pada aku dan Zura?  Kenapa kau tak beritahu awal-awal yang Zura tu janda kau?!  Kenapa dalam keadaan sekarang ni baru kau nak buka semua pekung di dada korang?!”  Pekik Asyraff dengan mata berkaca. 
“Asyraff.. aku minta maaf.  Aku tak mahu kau salah faham dengan cara aku.  Tapi, sebagai kawan, aku rasa aku patut buat semua ni..”
“Sudah lah, Asyraff!  Mari kita balik sekarang!  Tak ada gunanya lagi kita ada kat sini.  Diaorang dah tipu kita ni.  Maafkan kami cik Zaharah.  Tapi, saya rasa cukup sampai kat sini kita jumpa.  Saya batalkan dan halalkan semua yang saya dah bagi.  Saya balik dulu..”  Puan Samsiah sudah angkat kaki, diikuti ahli rombongan yang lain. 
“Tapi, mak.. Asraff sayangkan Baizura, mak!  Itu kisah lalu dia.. yang penting dia bukan macam tu sekarang!  Bagilah dia peluang, mak!”  Asyraff masih merayu.  “Asyraff!  Jangan malukan keluarga kita!  Tak ada lagi dalam sejarah anak menantu mak anak orang gila dan pembunuh!  Sudah!  Mak kata balik, balik Asyraff!  Ramai lagi anak orang lain yang kau boleh kahwin!”  “Mak?”  Puan Samsiah sudah menghilang bersama kawanan orang ramai tadi.  Begitu juga Asyraff.  Imran senyum.  Dia puas hati.  Sekurang-kurangnya, saingannya sudah dapat dihapuskan.  Niatnya baik, tapi cara yang salah.
Baizura mengejar Imran yang masih berada di halaman rumah.  “Imran!!”  Amarahnya membuak.  Tiada sesiapa pun waktu itu mampu menahan kemaraan Baizura.  Mereka hanya memandang, tidak mampu berkata apa.  Tindakan Baizura dirasakan wajar.
Imran berpaling.  Baizura sudah tidak tegar memandang wajah itu.  Perasaan bencinya dirasakan meruap-ruap.  Diambilnya kasut dikakinya lalu dibaling kepada Imran, tepat mengenai dadanya.
“Sampai hati kau!  Sampai hati kau buat aku anak beranak macam ni!  Kau memang lelaki tak guna!  Kau tak penat lagi nak seksa aku?  Kau memang nak seksa aku sampai aku mati macam mak aku, ya?!”  Dengan airmata yang lebat mengalir, dia terus-terusan memukul Imran, tanpa sedikit pun Imran mengelak.
“Kau kejam!  Kau jahat!  Daripada kau buat macam ni, baik kau bunuh je aku!  Bunuh aku, bunuh aku Imran!!  Aku dah tak daya lagi hidup macam ni!”  Diambil pula tangan lelaki itu dan dipukul ke badannya.  Seraya itu Imran memegang pergelangan tangan Baizura, memaksanya berhenti dari bertindak begitu.
“Zura.. Im minta maaf.  Inilah usaha terakhir untuk dapatkan semula Zura.  Memang kasar, tapi Im tahu satu hari nanti Im tak akan menyesal dengan apa Im buat.  Im sayangkan Zura.  Masih macam dulu, dan tak pernah berubah!  Dengar ni, Im cintakan Zura!”
“Hei, pergi jahanamlah kau punya sayang!  Kau punya cinta tu buat aku menderita!  Kau memang tak akan hidup senang selagi aku hidup bahagia, kan?!  Aku menyesal jumpa kau!  Aku menyesal atas segala yang berkaitan dengan kau!”  Baizura memekik. 
“Tolonglah..”  Suara Baizura sedikit mengendur dan gengaman tangan Imran sudah longgar membuatkan dia terjelupuk jatuh ke kaki Imran.
“Aku merayu pada kau.. tolonglah jangan pernah muncul di depan aku lagi.  Tolonglah.. pergi jauh dari hidup aku..”  Baizura merintih menangis lalu menyentuh hujung kasut Imran membuatkan Imran tersentak.  “Hati aku tak ada ruang lagi untuk kau..” 
Imran terkedu mendengar pengakuan Baizura.  Dia diam lama mendengar esakan Baizura dan akhirnya dia bersuara.  “Berdosa benar Im pada Zura sampai tertutup terus hati Zura pada Im?  Tak pelah Zura.  Im faham.  Maafkan Im selama Im pernah muncul di depan Zura.  Im akan ikut apa yang Zura nak.  Im akan pergi.  Tapi, izinkan Im letak nama Zura jauh-jauh dalam hati Im sebab hati Im pada Zura takkan berubah.”  Imran menapak memasuki keretanya dan meninggalkan Baizura yang masih terduduk di bumi.  Imran memandangnya lama sebelum bergerak laju bersama linangan airmata.
Baizura menghantar surat berhenti kerja melalui Liza.  Tidak mampu lagi dia bekerja di pejabat itu lagi.  Asyraff ada menghubunginya, namun dibiarkan panggilannya sepi tanpa jawapan.  Biarlah, dia juga malu untuk berhadapan dengan lelaki itu lagi.  Rasa bersalah juga kerana tindakannya menerima Asyraff tanpa memberitahu perkara sebenar seperti mempermainkan niat baik Asyraff.  Baru dia sedar kini, cinta bukan untuk dicuba-cuba dan dieksperimenkan.  Baginya, Asyraff terlalu baik untuknya.  Sudah tertulis bahawa dia dan Asyraff tidak berjodoh.  Baizura menerima ketetapan ini dengan redha dan berharap Asyraff pun sama.
Dia banyak menghabiskan masa di tepian pantai.  Mengenang nasib yang menimpanya.  Entah kenapa hatinya rasa bebas dan tenang.  Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menipu dirinya untuk menyintai Asyraff.  Tapi dalam kedamaian itu, hatinya kadang-kadang  tercuit pada seseorang.  Teringatkan segala kenangan dan wajahnya, senyumnya dan rayuannya walau sedaya upaya dia cuba untuk melupakan.  Rindukah dia pada Imran?  
Cepat-cepat dia meraup wajahnya dan bangun sambil melangkah pulang ke rumah.  Mahu segera melupakan Imran.  Mungkin dia terlalu banyak melengahkan masa, sebab itu dia sering terkenang kenangan lalu.  Pagi-pagi sudah termenung, mana rezeki mahu masuk?
Baizura mengintai di dalam peti surat di halaman rumahnya.  Manalah tahu jika ada syarikat yang menjemput dia menghadirkan diri untuk temuduga.  Dia membelek satu persatu surat di tangannya.  Semuanya nama Zaharah, Zaharah, Anis dan terakhir.. Intan Baizura binti Tahir.  Dia melangkah masuk ke dalam rumah.  Mengintai ke dapur, dan ibunya masih sibuk berkemas.  Surat-surat tadi diletakkan di atas meja.  Dia menelek surat yang tertera namanya.  Membuka sampul surat berwarna putih sebesar kertas kajang.  Dalam sampul surat, ada satu sampul surat kecil berwarna coklat lagi.  Baizura pelik.  Namun, dibaca juga nota pada permukaan sampul surat kecil itu.

‘Sebelum baca isi kandungan surat ini, sila buka dan baca di bawah pokok sena, tepi padang dalam kawasan sekolah menengah anda yang terakhir.  Pilih pokok sena ketiga dari pondok pengawal.  Jangan lupa lapor di pondok pengawal, nanti pak cik pengawal tu cakap anda lari dari sekolah pulak!’

Baizura tersengih.  Siapa lah agaknya yang suka buat kerja macam ni.  Dalam benaknya sudah terbayang wajah rakan-rakan di sekolahnya dulu.  Pasti ada kejutan!  Laju Baizura mengambil kunci kereta dan bergegas keluar.  “Haa.. nak ke mana tu?  Pagi-pagi dah merayap, ni nak merayap lagi?  Baik tolong mak ni masak ke, kemas rumah ke ada jugak faedahnya!” pekik Zaharah sambil bercekak pinggang.  Baizura yang sudah berada di dalam kereta hanya menyeringai sengih.  “Jap, Zura nak pergi sekolah.  Cikgu panggil!”  
Zaharah kerut muka, tapi didiamkan saja.  Asalkan dia tahu ke mana anaknya menghilang, itu sudah cukup.


Baizura memilih pohon sena seperti diarahkan.  Dia tersentak.  Baru teringat, pohon sena itu ialah pohon sena yang ada terukir namanya dan nama Imran!  “Takkan lah… Ish, tak mungkin lah dia!”  Baizura cuba menyangkal nama yang terbayang dek akalnya. Segera dia duduk dan membuka kandungan surat itu.


Buat Intan Baizura yang amat disayangi,
Maafkan Im, sebab sekali lagi Im ingkar arahan Zura.  Im sekadar ingin menjelaskan sesuatu, agar tak rasa kesal sebelum melepaskan Zura pergi.  Sengaja mahu bersama-sama Zura melewati kenangan kita, sebelum semuanya Im padamkan dalam hidup Im.

Zura, Zura tahu tak macam mana Im boleh sukakan Zura?  Cuba Zura pandang sebelah kanan Zura.  Nampak tak pagar depan sekolah yang dah cantik sekarang dengan gerbangnya.  Sebenarnya, dari situlah segalanya bermula.  Im ingat lagi, Zura memang tersangatlah gangster waktu tu.  Dengan gaya tomboynya, mulanya Im takut nak tegur Zura.  Yalah, dahlah Zura dah salah, tapi masih tak mengaku salah.  Datang lewat, lencana tak pakai, kad pelajar hilang!  Baru masuk sekolah dah buat perangai!  Manalah pengawas a.k.a ketua pengawas pulak tu macam Im ni tak marah.  Tapi, makin kita marah dia, makin dia marah kita.  Tak tahu pulak perasaan cinta tu datang bila kita marah orang.  Pelik kan cinta ni?

Rasa kasihan bila Zura kena pusing padang, denda sebab datang lewat membuatkan Im nak minta maaf pada Zura secara gentleman, walaupun waktu tu Im tak gentleman mana.  Yalah, kita ni waktu dulu perangainya macam sotong.  Orang tu pulak asyik panggil kita mak nyah.  Im diamkan saja dengan panggilan mak nyah tu, sebab kalau tak, mesti Zura tak tegur Im jugak.  Tapi, geram juga bila kita datang dengan niat baik, ada pulak orang tu baling bola kat kita!  Nasib tak meninggal kat situ, tak sempatlah pulak nak meluah rasa, kan?  Tapi, mujur bermula dari situ, kita makin akrab.  Kalau tahu macam tu, kena baling bola tiap hari pun tak apa!

Zura.. cuba Zura pandang tempat duduk bertingkat kat sebelah kiri padang.  Ingat tak waktu tu Zura cari Im, sebab nak dengar Im ucap tahniah pada Zura sebab menang perlawanan bola baling?  Waktu tu, Im gembira sangat sebab Im lah orang pertama Zura cari untuk kongsi kegembiraan Zura.  Im yang tak suka bola-bola semua ni jadi suka semata-mata nak tengok Zura main, tahu?  Lepas kita berbaik, kawan Zura pun dah jadi kawan Im.  Sekarang pun Im ingat lagi mereka.  Nurul dan Aida, pengawas dalam kumpulan Im. Nurul tu yang tinggi tu, kan?  Aida tu yang rendah sikit.  Safika, tomboy macam Zura yang tak sukakan Im jugak tapi lama-lama dia pun berbaik dengan Im.  Maria, kawan Zura yang bijak dan kalau tak silap Im, dialah best student batch kita, kan?  Lastly, Hidayah, kawan Zura yang paling cantik dan manja.  Tapi, jangan risau.  Bagi Im, Zuralah paling cun!

 Zura.. Zura ingat tak waktu kita merentas desa dulu?  Im memang menyampah bab lari-lari ni.  Waktu tu, pelajar perempuan dilepaskan selepas pelajar lelaki.  Zura paling laju lari, sampai boleh kejar Im yang dapat nombor corot ni.  Ingat tak apa Zura jerit?  ‘Hello, mak nyah!  Control sopan santun dan manja kau punya lari?  Kalau macam ni aku pun boleh jatuh hati, tahu?’  Malunya!  Semua yang dengar, gelakkan Im.  Tapi, tahu tak Im rasa nak pengsan waktu tu.  Betul ke Zura dah jatuh hati pada Im?  Sukanya!

Zura.. Zura nampak tak dewan sekolah kat depan padang ni?  Masa tu kita kena gotong royong bersihkan sekolah.  Tak sangka pulak kita dapat tempat yang sama.  Kemas dewan.  Ingat tak apa Zura jerit waktu Im angkat kerusi?  “Mak nyah!  Kau ni memang betul-betul lembiklah!  Orang angkat tiga, kau angkat satu je.. sampai lusa pun keje tak siap!  Kau ni kena kahwin dengan aku baru kau jadi lelaki perkasa aku rasa!’  Dalam hati memang melonjak-lonjak mengangguk.  Siapa tak mahu kahwin dengan wanita gagah macam Zura.  Tapi, Im diamkan saja.  Ingatkan nak merajuk.  Tapi, tak sangka ada orang datang pada Im dan tolong Im usung meja.  Zura datang sambil kenyit mata.  Kata Zura, tak mahu Im pengsan kat situ pulak.  Aduh, kenapalah Zura suka buat Im rasa bahagia?

Im biarkan saja perasaan Im pada Zura tergantung.  Sebab Im nak fokus pada pelajaran.  Tengok tempat Zura duduk ni.  Di sinilah kita sama-sama study.  Paling menyampah bila ajar Zura Sejarah.  Tengah duk bercerita, sempat pulak dia tidur?!  Tapi, tak apa.  Berkat kesabaran Zura, Zura dapat A1 Sejarah.  Kalah tok guru, dapat A2 je!


Ingat tak Zura pada janji kita?  Gara-gara si tomboy tu menangis, muncullah seorang lelaki lembut yang baik hati datang memujuk.  Im tahu, Zura risau tak ada orang nakkan Zura yang tak macam perempuan ni, kan?  Im juga tahu, Zura mesti tak percaya dengan apa Im cakap.  Tapi, kita sama-sama patri janji kita untuk kahwin lepas 10 tahun jumpa.  Di sini jugalah kisah kita bermula semula. 
Zura, Im gembira bila jumpa Zura yang dah perempuan balik, dan jelas tampak kegembiraan Zura bila nampak Im yang dah lelaki balik.  Tambah Im gembira bila Zura setuju kahwin dengan Im walaupun semua menentang kita.  Tapi, Im ni bodoh, kan?  Tak pandai nak menghargai Zura yang dah banyak berkorban demi Im.  Zura rela lari dari rumah, bantah cakap keluarga, kahwin senyap-senyap, duduk jauh dari Im semata-mata tak mahu mama Im tahu pasal perkahwinan kita.  Semua demi Im, kan?

Im tahu Zura kecewa bila Im kahwin dengan Reen.  Tapi, Zura tahu tak kenapa Im buat macam tu?  Sebab Im nak lindungi Zura.  Im memang sayangkan Zura dan tak pernah terdetik pun niat untuk menduakan Zura.  Jadi, bila Im kahwin dengan Reen yang memang pilihan mama, takkan ada keraguan bila Im tak balik rumah mama.  Mama tak rasa pelik kalau Im selalu tiada di pejabat.  Lagi senang bila Reen seorang pramugari yang jarang ada di rumah.  Sebab tu Im tempatkan Zura serumah dengan kami.

Tapi, Im tak sedar dalam Im melindungi Zura, Im sebenarnya dah melukakan Zura.  Im tak sedar yang Zura benar-benar menderita dengan perangai Reen.  Reen lebih bijak.  Im tak dapat selindungkan rasa cinta Im pada Zura bila berhadapan dengan dia.  Sebab tu dia boleh hidu hubungan kita.  Tapi, dia diamkan saja dan tunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Zura, Im tak pernah salahkan Zura masa Im kemalangan dan kehilangan kaki Im.  Malah Im bersyukur, sebab kemalangan tu, Zura lebih banyak masa dengan Im.  Mama dan Reen tu hanya menjenguk, itupun kadang-kadang.  Im sedih dengan mereka, tapi lega Zura masih ada pada setiap rasa kosong Im, sejak dulu lagi.  Zura sudi jaga Im walaupun Zura cakap sebab tanggungjawab.  Im tahu Zura ikhlas walaupun Zura asyik marah-marah.  Zura sengaja, kan?  Zura nak Im benci Zura, kan?  Tolonglah Zura, walau apapun Zura cuba buat waktu tu, hati Im tak pernah bencikan Zura.  Tapi, makin sayang pada Zura.

Hinggalah hari Zura beritahu yang Zura adalah anak Azizah, yang muncul dalam hidup Im sekadar untuk balas dendam pada kami sekeluarga, hati Im tak pernah berganjak.  Memang, memang dari dulu mama sering tanamkan rasa benci pada papa dan keluarga Azizah.  Hakikatnya, Im tak rasa begitu pada Zura.  Zura masih orang yang sama yang Im cinta.  Tapi, hati Im luluh bila terpaksa ceraikan Zura.  Bukan kerana Im dah tak sanggup sayang Zura, tapi sebab Im tak mahu Zura terus merana.  Derita kerana perlu menjaga Im yang dah tempang ni dan berhadapan dengan orang yang Zura benci.  Zura ada cita-cita, jadi Im lepaskan Zura demi impian Zura.
Mama meninggal seminggu selepas Zura pergi.  Barulah Im tahu, Azizah tidak bersalah, Zura.  Dia cuma kebetulan ada di tempat kejadian tanpa dirancang.  Mama dah tahu ada orang lain nak bunuh papa, sebab cemburukan perniagaannya.  Tapi, oleh sebab mama bencikan papa yang menduakannya, dan bencikan Azizah yang dikatakan menggodanya, dia merancang mahu memerangkap Azizah sekali dalam konspirasi ini dengan langsung tidak menyatakan dalang sebenar. Cuma, dia kesal kerana Im yang perlu menerima balasan perbuatannya.  Dia pergi dengan kata maaf tak berpenghujung.

Im nekad.  Tiada sebab untuk Im bencikan Zura lagi.  Im mahu cari kembali bahagia Im.  Im dah boleh berjalan.  Im yakin Zura boleh kembali pada Im semula.  Tapi, Im sekali lagi kecewa bila Zura pilih Asyraff.  Im tiada jalan lain.  Im terpaksa.  Im terpaksa korbankan cinta Asyraff.  Memang nampak Im seorang kawan makan kawan dan pentingkan diri.  Tapi, ini semua demi kisah kita yang masih tak kesampaian dan Im tahu, Zura tak cintakan Asyraff.  Zura cuma pilih dia sebagai alasan untuk melupakan Im. 

Zura.. macam mana lagi Im perlu buat untuk buang ego Zura yang setebal tembok tu?  Macam mana lagi Im perlu buat untuk Zura yakin yang Im tak pernah bohong selama 12 tahun Im cintakan Zura?  Walaupun Zura tak pernah beritahu Im yang Zura cintakan Im, tapi Im sentiasa yakin yang Zura ada rasa yang sama pada Im. 

Tapi, lepas Zura merayu pada Im untuk tinggalkan Zura, barulah Im faham yang tiada lagi ruang kosong dalam hati Zura untuk Im.  Yang ada dalam hati Zura hanya kenangan pahit bersama Im.  Semuanya berkaitan dengan kesengsaraan dan tangisan luka berpanjangan. 

Zura.. Im pun dah rasa penat mengejar cinta bila Zura kata ianya tiada pada Zura dan tak mungkin jadi milik kita.  Mungkin, Im tak seadanya untuk Zura menerima Im kembali.  Dah sampai masanya untuk Im meletakkan titik noktah dalam kisah kita.  Dah sampai masanya untuk Im terima qada dan qadar bahawa cinta Zura bukan untuk Im.  Cuma, Im harap Zura janganlah sesali setiap cebisan kasih yang Im pernah berikan kepada Zura sebab, Im tak pernah dusta pada setiapnya.  Benar, dari dulu hinggalah selama-lamanya. 

Im serah kembali janji kita dulu, sebagai kenangan terakhir kita.  Itu sahaja kisah suka yang boleh Im tinggalkan untuk Zura.  Selamat tinggal, semoga Zura dapat melupakan Im.  Bahagia Zura, adalah bahagia Im.
Salam,
Imran


Baizura menangis teresak-esak.  Hatinya sayu dan sebak.  Segera dia membuka lembaran surat yang sudah buruk lipatannya.

Adalah dengan ini, kami berjanji akan bertemu kembali pada 10 tahun dari sekarang yakni pada 20hb Oktober 2001 dan akan berkahwin sejurus selepas itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan. 

Yang benar,
Intan Baizura binti Tahir (tomboy)
Mohamad Imran bin Mustafa (mak nyah)

Tak dapatku kotakan, seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang, yang jauh nampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan, mimpi diluar jangkauan
Terimalah yang setulusnya, aku didepan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang, rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina, biarkan pun kali kedua
Terimalah yang setulusnya, aku didepan mata
Seadanya aku manusia..

Seadanya Aku - Nubhan

Baizura masih lagi menangis sewaktu dia berlari ke keretanya dan hingga sampai ke rumah.  “Eh, kau ni kenapa Zura?  Apasal menangis pulak ni?” tanya Zaharah dan Anis yang kebetulan ada bersama turut bergegas dari luar mendapatkan ibunya.

“Mak.. Zura dah tahu.  Zura cintakan Im.”  Zaharah mengurut dada dan Anis sudah senyum penuh makna.  “Kenapa kau ni, Zura?  Aduh, sakitnya dada aku!”  “Maafkan Zura, mak.  Tapi, Zura dah tak boleh tipu diri Zura lagi.  Betul, Zura cintakan dia, dari dulu mak.  Tapi, sebab dendam dan ego, Zura sengaja pejam mata.  Zura cuba lupakan dia.  Tapi, makin Zura benci, makin Zura rindu.  Mak.. maafkan Zura!” 

Zaharah memeluk Baizura.  Cuba meredakan apa yang terbuku di hatinya.  “Haa.. kan Anis dah cakap dulu.  Tapi, semua orang tak percaya.  Sekarang, baik kau cepat cari dia!”  Anis mengarah lalu Baizura memandang Zaharah, meminta keizinan.  Lama Zaharah termenung, tapi akhirnya dia senyum dan mengangguk berulang kali membuatkan Baizura lantas memeluknya sekali lagi.

Mahu atau tidak, terpaksa ditebalkan muka menghubungi Asyraff untuk tahu berkenaan Imran.  “Kalau tak mahu beritahu, tak pe lah encik.  Saya cari pakai goggle map!”  bentak Baizura dan kedengaran suara Asyraff tergelak.  Baizura hairan, tapi dia diam.  Lama.

“Cepat kejar dia, Zura.  Dia nak ke Bandung.  Nak uruskan syarikat mak dia di sana.  Katanya tak nak balik Malaysia lagi.”  “Er… mana encik tahu?”  “Lor.. tadi nak tahu sangat?  Sekarang, sibuk pulak tanya?”  “Tanya pun marah!  Tahulah saya dah banyak bersalah pada encik!”  Asyraff masih lagi ketawa di hujung talian.

“Tulah, orang telefon tak mahu angkat!  Saya nak beritahu pasal ni lah!  Sebelum dia pergi, dia ada jumpa saya dan minta maaf.  Ada ke patut, dia suruh saya pikat awak balik?!  Orang dah tak nak kita, kita pulak tersorong-sorong buat muka tak malu nak kat orang lagi!  Faham-faham sendiri lah!”  “Ya ke dia cakap macam tu?!”  “Cik Baizura, saya ni bukan macam awak.  Dah suka, masih tipu cakap tak suka!  Tak suka, masih tipu cakap suka!  Dah, jadi macam ni!”  “  Lagi-lagi nak kenakan saya!” Asyraff makin galak ketawa.

“Eh, awak makin banyak cakap ye sekarang?  Kan seronok kalau kita macam ni dari dulu lagi.  Ada hikmah disebalik kejadian.  Rupanya, kita ni lebih serasi jadi, kawan je.”  “Em.. baru saya perasan, encik.  Tapi, apa-apa pun, saya nak minta maaf atas apa yang jadi selama ni,”  ujar Baizura.

 “Dah lah, tak payah nak panjang-panjangkan cerita.  Benda dah lepas pun.  Mak saya pun dah maafkan awak, Zura.  Kalau tak jadi macam ni, mungkin sampai bila-bila pun awak masih tak mengaku perasaan awak tu.  Sekarang, awak pergi airport, kejar balik kekasih awak yang dah merajuk sakan tu!  Mat patah tu memang sentimental punya lelaki!  Baik cepat, Zura!”  Baizura tergelak.  “Okey, thanks!”  “Nanti dah makan nasi minyak, jangan lupa jemput saya!”  “InsyaAllah!”  “Zura, kerja balik dengan saya.  Nanti tak laku kereta saya awak tak ada!”  “Akan dipertimbangkan.  Encik, jangan sedih-sedih.  Hani ada untuk menemani hidup encik!”  Baizura mengusik Asyraff.  “Haa?!”  Segera talian dimatikan dan dia bergegas ke lapangan terbang.

Baizura berlarian masuk ke balai berlepas.  Melihat kepada papan kenyataan, penerbangan ke Bandung sepatutnya berlepas lagi sejam.  Melilar Baizura mencari bayang Imran di merata tempat.  Penat mencari begitu, dia lantas ke kaunter pertanyaan untuk membuat pengumuman.  Rasanya tindakan itu lebih bijak.  Tapi, belum sempat dia melangkah, dia terpandang sesusuk tubuh sedang duduk membongkok memandang bumi.  Ya, dia kenal lelaki itu.  Imran!

Baru sahaja dia menapak dua langkah dari tempat dia berdiri untuk mendekati Imran, tiba-tiba datang seorang wanita dengan rambut bercucuk sanggul dan berkebaya terlebih dahulu duduk di sebelah Imran.  Imran lantas mendongak dan memandang wanita itu dan senyum bila disua dengan minuman.  Tampak bahagia!

Cepat-cepat diseka airmatanya dari menitis.  Terlambat.  Baizura memang benar-benar terlambat.  Dia kenal wanita itu.  Reen.  Syazreen yang pernah menjadi madunya dulu.  Dia berpaling lambat-lambat, mahu beredar dari situ.  Tetapi, dia terdengar namanya diseru seseorang.  Entah kenapa gerak hatinya memintanya dia berpaling ke pandangan tadi.  Syazreen sedang memanggilnya dan wanita itu sudah berjalan menghampirinya.

Tidak semena-mena Syazreen memeluknya membuat dia sedikit terpana.  Begitu juga Imran yang sudah berdiri dibelakang.  “Maafkan Reen.  Maafkan Reen yang dah banyak menyakitkan hati Zura dulu.”  Hati Baizura terus lembut.  Lantas dia meleraikan pelukan dan mengangguk.  “Zura dah lama maafkan Reen.  Sudah tersurat kita bertiga bertemu dalam situasi ini.” 

“Macam mana Zura boleh ada kat sini?”  Giliran Imran bersuara.  “Er.. em.. nak beritahu.”  Imran masih diam, sedia mendengar apa yang terluah dari Baizura.  “Weekend ni sekolah kita ada buat reunion.  Harap Im boleh datang..”  Tergagap-gagap dia menuturkan kata.  Benar, tapi tipu jika itu niat sebenarnya.  Idea datang bila teringat kain rentang di sekolah tadi.  Hatinya berbisik menyuruh dia berbohong.  Tidak sanggup melihat kebahagian Imran tergugat dengan kehadirannya.  Dia pernah merasainya dulu.

“Er..”  “Kalau tak ada apa, Zura balik dulu,” segera mahu berundur.  Berundur dari keaadan sekarang dan keadaan seterusnya.  Imran sudah bahagia dengan Syazreen.  Dia juga boleh tumpang senang dengan kebahagian mereka.  “Semoga berbahagia..” katanya perlahan sebelum berlari meninggalkan mereka.  Imran menjerit dan mengejarnya, tapi ternyata dia kalah dengan Baizura. 

Baizura pejam mata rapat-rapat.  Sudah penat dia berendam air mata dua tiga hari ini, sekarang dia mahu melupakan semua itu seketika.  Rindunya sangat menggunung kepada rakan-rakan sekolahnya.  Niatnya untuk datang awal dan mengejutkan rakan-rakannya, tapi dia yang terkejut kerana dialah yang paling lewat muncul.

“Mak aii!  Hampir tak cam aku!  Ingat bidadari kayangan mana yang turun tadi!  Rupa-rupanya, tomboy dah jadi puteri raja!”  sindir Safika, tapi langsung tidak meninggalkan bekas dalam hati Baizura.  Sudah lama tidak berjumpa, apa salahnya bergurau sekali sekala.  Nurul, Aida, Maria dan Hidayah turut sama terpegun.  Memang tidak secantik seperti supermodel, tapi perubahan yang dibuatnya membuatkan ramai yang terkejut.  Tak sangka tomboy ni dulu ada manisnya juga!

“Eh, helo..helo.  Walaupun dah jadi puteri raja, tapi tumbukan bekas bola baling sekolah ni masih berbisa, tahu!  Jadi, jangan nak perli lebih-lebih, ok?”  Mereka hanya ketawa memegang bibir masing-masing, tanda mulut ada insurans.

“Maria!  Aku nampak muka kau dalam tv hari tu.  Kau buat keluar formula baru nak tanam kurma kat Malaysia, kan?  Perghh.. tak lama lagi dapat anugerah Merdeka lah kau!”  Maria seperti biasa hanya senyum.  “Alhamdulillah.. doa-doakan lah macam tu!  Nanti aku bagi kat kau kurma aku tanam tu, ye?”  Baizura angkat ibu jari, tanda suka.

 “Wah, Ika.. kau dah jadi engineer hebat ya, sekarang?” puji Baizura membuatkan Safika hanya sengih-sengih.  “Aku biasa je.  Kerja dengan orang.  Tapi, kawan kita ni lagi syok.  Buat bisnes sendiri!  Nanti kita suruh dia belanja, okeh?”  Safika menepuk bahu Nurul.  Nurul seperti Maria, hanya senyum simpul.  “Ala, bisness kecik je!  Cukup lah nak joli sendiri!  Aku rasa kawan kita yang sorang ni lagi bertuah kut?  Dapat tangkap ikan besar!”  “Siapa, siapa?!”  Baizura teruja mahu tahu.  Mata mereka memanah ke arah Aida.  Aida sudah memerah wajahnya.  “Tunang dengan anak Dato’!  Lagi kaya berbisnes dari aku!”  ujar Nurul.  “Eleh, bapak dia yang kaya, bukan dia!”  Aida cuba berdalih.  “Tapi, sekurang-kurangnya kau dah boleh duduk rumah goyang kaki!  Tak macam aku, anak dah berderet!” sampuk Hidayah. 

“Lor..anak kau lah ni?  Patut lah comel macam mak dia!”  “Haa.. nakal macam bapak dia!  Tak larat aku!”  “Rezeki tu, tak baik cakap macam tu!  Eh, sama muka!  Lah, kembar rupanya!  Hero-hero pulak tu semua!”  Baizura baru perasan.  “Haa.. si kembar tu baru 3 tahun.  Yang ada dekat babah diaorang ni dah tadika tahun depan.”  Mereka menggeleng kepala.  Tidak sangka dalam mereka berlima, Hidayah yang awal sekali menimang cahaya mata.

“Eh, kau bila lagi nak kahwin?  Sibuk tanya anak orang je!”  “Haa.. kau buat apa pulak sekarang?  Ke.. kau yang dah pecah rekod kahwin awal dari Hidayah?” Mereke berlima memandang ke arah Baizura.  “Eh, aku ada dengar cerita yang kau dah kahwin, betul ke?”  tanya mereka lagi bila Baizura masih membatukan diri.  Suasana dalam dewan yang hingar bingar dengan suara orang ramai sudah tidak mereka pedulikan.  Tumpuan diberikan kepada Baizura. Baizura menarik nafas dalam-dalam.  Mencari keyakinan untuk menyampaikan kebenaran.

“Ingat lagi tak korang pada Imran?”  “Pesal pulak lupa?  KP!”  “Eh, mana sekarang si mak nyah tu, ek?”  “Syhh!  Dengar cerita minah ni dulu!”  Mereka diam kembali.  “Untuk pengetahuan korang, kami betul-betul ikut janji kitaorang dan jumpa balik lepas 10 tahun.  Dan.. dan, kitaorang kahwin lepas tu.”  Masing-masing terkejut dengan dakwaan Baizura, tapi hanya diam untuk mengetahui kisah seterusnya.
“Kami sama-sama hidup atas nama cinta dia pada aku.  Banyak dugaan yang perlu kami tempuh sehinggakan aku selalu marah-marah dia, cakap bencikan dia sampai kami selalu bergaduh.  Aku ego.  Tapi, jauh di sudut hati aku, aku sayangkan dia, walaupun aku tak pernah beritahu secara terangan.  Aku masih cintakan dia sampai sekarang, tapi…”

“… tapi, walauapapun yang berlaku, kami masih dan tetap akan bersama. Kalau dia sayangkan aku, aku lagi berganda sayangkan dia.”  Semua mata tertumpu kepada gerangan yang menyampuk cerita Baizura.  “Imran..?!”  Baizura terkejut bila mana Imranlah orang yang menuturkan ayat itu dan menyambung ceritanya.  Imran sudah tersengih di belakang Baizura sambil memaut tangannya melingkari bahu Baizura membuatkan Baizura sedikit tergamam. 

“Wah, mak nyah!  Kau dah hensem sekarang!”  Nurul menyiku Safika.  Safika mengerutkan muka.  “Apalah kau ni!  Dia dah jadi lelaki sejati, dah jadi suami kawan kita.. tak boleh dah lah panggil mak nyah!” Marah Nurul sambil Safika tersengih-sengih.  “Opss, sorry, bos!”  “Kamu dah bijak mengubah personaliti kamu!” puji Maria.  “KP!  Serius, kau dah kacak mengalahkan Awal Asyaari nih!  Kalau aku tahu, dari dulu aku dah ngorat kau punya!”  kata-kata Aida membuatkan mereka ketawa.  “Sorry, Aida.  Hati aku tetap pada Zura sorang je!” tungkas Imran sambil senyum memandang Baizura yang masih kaku ditempatnya.  “Alolo.. sweets sangat!  Jealous aku!”  Hidayah menyampuk, masih dengan perangai gediknya.  Enam pasang mata melihat ibu anak tiga itu.  “Menyampah!”

Baizura memandang Imran yang masih tekun menjamah makanan.  “Tak puas lagi ke tengok Im yang semakin kacak ni?” katanya tanpa memandang Baizura.  “Nak tengok lama-lama.  Takut lupa nanti.  Reen mana?  Kenapa tak datang lagi?  Eh, kata nak pergi Bandung, tak jadi ke?  Dan.. tadi, kenapa tak beritahu je diaorang yang kita ni dah bercerai?”  Imran menolak pinggan makanan dan menghadap Baizura.  “Banyaknya soalan, mana satu nak jawab ni?”  Baizura tergelak melihat wajah serius Imran.  Imran senyum, rindunya dia pada ketawa Baizura.  Sudah lama wajah wanita itu kering dengan ketawa.

“Reen, kerja.  Zura… kalau nak tahu, dia hanya kawan Im.  Antara kami tiada apa-apa ikatan dan tak terlintas pun untuk menyambung balik ikatan lepas bercerai dulu.  Sebab dia tahu dalam hati Im ada nama Zura seorang saja.  Em, pasal Bandung, tak jadi lah pergi sana.  Sebab, ada orang dah jealous hari tu.  Dah nangis-nangis segala.  Tapi, Im tak menyesal cancel flight.  Untung datang, sebab hari ni ada orang buat pengakuan berani mati.  Baru tahu apa dalam hati dia.  Luar je nampak ganas, rupa-rupanya dalam hati ada taman!”  Baizura buat-buat tidak dengar lalu bangun.  “Aku pergi sana, diaorang panggil tu!”  Cepat-cepat Imran memegang lengannya.  Baizura berhenti dari melangkah.

“Kita rujuk?  Mahu lagi tak Zura sehidup semati dengan Im dengan ikatan yang halal?  Im memang tak sanggup kehilangan Zura yang double trouble hot ni!”  Baizura senyum sambil matanya bergenang airmata.  Tidak sangka saat ini akan bertandang lagi dalam hidupnya.  “Im, tak ada ayat nak propose lain ke?  Sama je ayatnya macam dulu?”  Imran gelak.  “Zura, Im ni mak nyah je, bukan mat jiwang, ok?  Sekarang ni soalnya, mahu ke tak?  Tak mahu nak pass Zura kat Asyraff je!”  “Im??!”  Cepat-cepat dia menghampiri Imran dan menampar-nampar bahu lelaki itu. 

"Jahat!”  “Yang jahat ni lah dia suka!  Dahlah, sakit lah.  Im bukan bola yang Zura suka baling waktu sekolah dulu tu!”  “Biar, padan muka dia!”

Terpatri semua janji, terbina semula kasih.  Imran dan Baizura akhirnya bersatu kembali.

12.52 am
13/11/10




No comments:

Post a Comment