Wednesday, October 10, 2012
Ameera
Samarinda.. setiap Selasa hingga Khamis, 10.30 pm hanya di TV3. Produksinya Zeel Production. Lakonan Rita Rudaini, Shamsul Yusof, Zarina AF, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Memang terbaek!
Segala-gala mengenai drama ni saya suka. Dari pelakon, intro awal, skrip, koreografinya (kalau scene jahat tu diaorang pandai amek angle-angle dan shoot yang real dia punya jahat), jalan ceritanya, dan lagunya Mojo-Andaiku Bercinta Lagi. Sesuai dengan cerita ini.
Ameera ni mahukan anak, atas desakan ibu mertuanya jugalah. Ibu mertua dia ni memang dah dari dulu lagi tak suka dengan isteri pilihan anak lelakinya, tapi sebab cinta mereka, terpaksa dia menerima. Tapi, lepas accident yang menimpa, dia tidak boleh untuk berbuat demikian membuatkan lagi kuatlah ibu mertua dia ni tak sukakan dia dan mencari alasan untuk Ameer kahwin lain, pilihan ibu mertuanya.
Jadi, dia pun carilah seorang wanita untuk dinikahi suaminya dan mengandungkan anak mereka dan setelah dapat anak, wanita itu perlu menyerahkan anak itu padanya, bercerai dengan Ameer dan dapat RM 360 ribu. Kahwin kontrak demi anak lah ni. Zila ni pulak, budak kampung yang lari dari Farouk. Farouk katanya nak carikan dia kerja dibandar, berlakon jadi baik dengan dia, tapi lain pulak jadinya. Ditipunya, dijadikan Zila ni anak ayamnya. Larilah Zila, dan berjumpa Ameera. Apa lagi, Ameera ni gunakanlah peluang yang ada. Ameer ni yang mulanya memang tak setuju dengan rancangan Ameera terpaksa beralah demi ibunya dan cinta kasih sayangnya pada Ameera. Zila punya adik lelaki yang masih belajar dan mak yang sakit di kampung. Mak dia ni dijaga mak saudara dia yang cerewet dan asyik merungut. Jadi, dia terpaksa untuk buat semua ni demi wang.
Zila dan Ameer pun kahwin lah. Paksa rela.
Bila Zila dah mengandung Ameera ni pun buat-buat macam mengandung lah jugak. Kira nanti, bila Zila dah bersalin, dia dapat anak tu, tak pelik lah orang tengok dia, kan? Mulanya, Zila akur pada kontrak. Tapi, lama-lama dia pun jatuh hati pada Ameer malah menindas Ameera dan Ameer semula. Ameera dan Ameer terpaksalah ikut semua kemahuannya demi anak yang dikandung Zila. Sebab dia pernah mengugut untuk gugurkan anak tu. Zila ni pulak dah macam physcho orangnya. Kejap jahat, kejap baik. Dah macam gila pun ye.
Ibu dia datang menetap dengan mereka, merumitkan lagi keadaan. Berbaik pulak ibu mertua dia dengan Zila, sebab katanya dia kesian dengan nasib yang menimpa Zila. Suami jauh, keluarga mengasingkan diri darinya. Mereka mengatakan Zila isteri kawan Ameer, menumpang di situ sebab suaminya outstation. Kata Ameer, mummy tu macam tahu-tahu je anak yang dikandung Zila tu cucu dia!
Bila Zila dah bersalin, Ameera ambil anak tu dan erbongkar semua rahsia bila Zila lari dari rumah dan melarikan anak mereka, Amirul. Huh, suspens tak?
Suspen ke tak, sampai situ je saya nak kongsi. Nak tahu, kena cari kat Tonton. Promote lah pulak. Mesti korang agak, Ameer atau Ameera yang mati kan? Erm.. tak mahu kasi tahu. Tapi, sad ending lah. Pengorbanan demi cinta. Itulah yang buleh saya katakan.
Overall, tak rugi tunggu tiap-tiap minggu. Harap-harap drama ni tercalon dalam Drama Raintaian Terbaik Anugerah Skrin tahun ni. Syabas y'all!
Di Bawah Langitmu
Drama dalam slot Cerekama TV3 10 malam, ditayangkan pada minggu akhir tayangan terbaik sempena Aidilfitri. Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish. Penulis skrip ialah Azlina Pa'wan. Tak mahu terlepas peluang untuk menonton!
Annur (Nora Danish) merupakan gadis yang menjadi igauan pemuda dalam kampung itu. Mahunya tak, Annur merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid (Ako Mustapha) pada Aidilfitri yang bakal menjelang. Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Mak Annur ni macam memperkecilkan jugak lah Si Osman ni sebab kalau nak dibandingkan Farid jauh lebih baik dari Osman. Farid tu keje bank, Osman keje kampung je. Lagipun Osman ni terkenal dengan sikap barannya. Mahu nak bagi anak perempuan tunggal dia yang come lote ni kahwin dengan Osman? Sikap barannya ditunjukkan dengan dia telah memukul Yazid yang ditemuinya mengendap adik perempuannya lakonan Nad Zainal. Yazid pun berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat.
Paling bengangnya, bila diaorang ni ditangkap, boleh pulak Farid ni tak percaya pada Annur? Dia siap marah Annur, cakap Annur ni perempuan murahan?! Hek eleh, kau kan dah berchenta dan dah nak kahwin dengan dia, takkan kau tak kenal bakal bini kau sendiri? Emosi je aku tengok citer ni!
Keluarga Annur ingin menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Aleh-aleh, Farid dapat tahu yang Yazid ni yang perangkap Annur dan Osman. Famili dia pun datang lah balik nak sambung kahwin. Mak si Annur ni tak mahu, sebab dia ingat lagi, hari tu masa famili Farid ni nak putuskan tunang, bapak Farid pernah sound diaorang, biar duit hangus, jangan maruah hangus. Sekarang, mak si Annur ni rasa macam maruah diaorang ni diperkotak-katikkanlah.
Bapak si Annur ni beria pulak nak satukan anak dia dengan Farid. Jadi, dia pun cakap kat mak Osman untuk putuskan dengan diaorang sebab nak satukan semula anak dia dengan Farid. Mak si Osman ni bengang lah pulak. Yelah, senang-senang tuduh anak dia menganiyai Annur, suruh Osman bertanggungjawab pastu senang-senang suruh cancel kahwin?
Akhirnya, mereka berbalik pada Annur. Kata Annur, dia pun dah tawar hati pada Farid, lepas Farid meragui kesetiannya dulu. Annur kata, kalau betul bapak dia beria benar nak suruh dia kahwin dengan Farid, minta dulu izin dengan Osman. Bila tanya Osman, dia cakap kalau betul Annur bahagia dengan Farid, dia rela mengundurkan diri. Annur merasakan dia bakal bahagia dengan Osman. Walaupun sekarang dia hanya sayang Osman sebagai abang angkatnya, tapi dia mahu sayang Osman sepenuhnya selepas dia bernikah dengan Osman.
Jadilah Annur ni kahwin dengan Osman.
Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung. Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari dan dipukul. Tapi, yang bagusnya Osman ni, dia baran dengan semua orang, kecuali mak dengan adik dia. Adik dan mak dia cakap macam-macam, dia memanglah marah, tapi tak sebaran dengan orang lain. Hurm..
Haa.. sampai situ cukuplah. Katapun sinopsis. Jadi, kita bagi half-way je lah. Cerita ni best, dia mengajar saya yang kita kena terima apa juga ketentuan yang ditetapkan kepada kita dengan redha dan berlindung di bawah kekuasaan yang Maha Esa. Ada hikmah disebalik semua kejadian.
Apapun, cerita ni memang best.. Saya simpulkan di sini, drama ni amat sadis.
Tuesday, October 9, 2012
Senandung Cinta Semalam
Senandung Cinta Semalam.. ceritanya dah lama.. 19 Mei 2012, hari ni baru berkesempatan untuk share. (tak pe lah.. tak sampai setahun lagi, kan? Hehe)
Baiklah, entry kali ni, kita bercerita sikit pasal drama. Memanglah, saya kan suka berdrama.. (kengkawan panggil saya ratu drama!) Yang penting saya suka drama melayu walaupun ada mengatakan drama melayu ni tak berkualitas la, bosan la. Biorlah orang lain tak suka, asalkan saya suka. Habis kalau semua orang tak suka, siapa lagi nak suka kecuali saya, kan?
Opss.. termengarut pulak saya ni. Oklah.. drama ni slot Cerekarama, setiap Sabtu 10pm di TV3. Tertarik untuk menonton drama ini sebab asal bukak je TV3 asyik iklan drama ni je yang keluar. Dalam hati tertanya, best sangat ke citer ni yang asyik ulang tayang iklan dia je? Lepas tu, ada aktor Kamal Adli dan Puteri Sarah pulak, ditambah lagu iringannya yang membuatkan saya teruja untuk menunggu. Rupa-rupanya, tak penat saya tunggu. Sangat best citernya!
Penulis skripnya Azlina Pa'wan.. memang citernya mantop! Produksinya lupa pulak siapa. Ceritanya bermula dengan kisah Azhar mula-mula jumpa Suria. Mereka ni berjiran. Dari situ lah mereka berjumpa, bercinta dan akhirnya berkahwin.
Perkahwinan mereka amat bahagia, lebih-lebih bila Suria mengandung. Namun bahagia yang diharap musnah sekelip mata apabila Suria pergi menemui ilahi sebelum sempat melahirkan anak yang dikandungnya.
Azhar tidak dapat menerima hakikat itu. Dia nekad membawa diri ke UK. Tinggalkan segalanya. Membawa lara bersamanya.
12 tahun sudah berlalu. Azhar kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia. Pertemuan kembali keluarga bekas mertuanya menemukan Azhar dengan adik iparnya, Liyana. Liyana seiras wajahnya dengan kakaknya, Suria. Membuatkan cinta lamanya kembali. Azhar meminta ibubapanya meminang Liyana untuknya. Tetapi malangnya pinangannya itu ditolak oleh kedua orang tua Liyana. Ibunya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah kehilangan Suria di tangan Azhar. Mereka tidak mahu kehilangan Liyana pulak.
Liyana bertindak melarikan diri dari rumah. Dia pergi ke rumah Azhar. Terjadi pergaduhan di situ. Azhar yang tidak mahu Liyana terus-terusan disakiti ibunya, memberitahu yang dirinya tidak menyintai Liyana. Apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana rindukan Suria sahaja kerana wajah Liyana seiras dengan Suria.
Liyana menderita. Dia tidak mahu makan dan badannya menjadi lemah. Ibubapanya berasa bimbang dan yakin yang Azhar dan Liyana benar-benar mencintai antara satu sama lain. Dan menyedari akan hal itu, pinangan Azhar di terima dan mereka selamat disatukan.
Liyana meminta Azhar menyayangi arwah kakaknya lebih dari dirinya tetapi Azhar menyatakan yang arwah Suria sudah ada tempat istimewa di hatinya. Dan apabila Liyana berjanji akan menyayangi Azhar sehingga ke akhir hayatnya, Azhar tidak bersetuju. Dia hanya mahukan Liyana setia berada bersamanya selagi hayatnya masih ada.
Liyana di sahkan mengandung. Mengandung anak kembar. Ibunya amat bimbang kerana arwah Suria dulu mengandung seorang pun tidak lepas, inikan pula anak kembar. Hatinya walang dan tidak mahu kehilangan Liyana.
Malang menimpa lagi. Kereta yang dipandu Azhar dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh orang mabuk. Liyana cedera di kepala. Mujur anak-anaknya dapat diselamatkan. Dia selamat melahirkan sepasang bayi kembar melalui pembedahan. Keadaan Liyana amat parah. Dia hanya bergantung pada mesin untuk meneruskan kehidupanya. Ibubapanya menyalahkan Azhar yang membawa malang pada anak-anaknya. Sedang pertelingkahan kedua-dua belah ibubapanya, Azhar jatuh pengsan dan di bawa ke hospital.
Ok, stop! Nak tahu apa yang jadi? Search kat Tonton lah! Hehe.. Apakah yang jadi pada Azhar ni? Adakah mereka akan hidup bahagia atau adakah kejadian yang menimpa kakaknya akan berulang semula? Jeng..jeng..jeng!
Overall, drama ni memang bessst sesangat. Aturan ceritanya, cara huraian, suspennya.. memang hidup. Sedey tak hengat sampai menetes airmataku! Pelakon juga menjiwai watak dengan sangat baik. Suka sangat dengan ostnya 'Dikalung Kasihan' dari penyanyi Singapura Imran Ajmain.
Thumb up to all production!

Subscribe to:
Comments (Atom)