Wednesday, October 10, 2012

Ameera


Samarinda.. setiap Selasa hingga Khamis, 10.30 pm hanya di TV3.  Produksinya Zeel Production.  Lakonan Rita Rudaini, Shamsul Yusof, Zarina AF, Jasmin Hamid dan ramai lagi.  Memang terbaek!

Segala-gala mengenai drama ni saya suka.  Dari pelakon, intro awal, skrip, koreografinya (kalau scene jahat tu diaorang pandai amek angle-angle dan shoot yang real dia punya jahat), jalan ceritanya, dan lagunya Mojo-Andaiku Bercinta Lagi.  Sesuai dengan cerita ini.

Ameera ni mahukan anak, atas desakan ibu mertuanya jugalah.  Ibu mertua dia ni memang dah dari dulu lagi tak suka dengan isteri pilihan anak lelakinya, tapi sebab cinta mereka, terpaksa dia menerima.  Tapi, lepas accident yang menimpa, dia tidak boleh untuk berbuat demikian membuatkan lagi kuatlah ibu mertua dia ni tak sukakan dia dan mencari alasan untuk Ameer kahwin lain, pilihan ibu mertuanya.

Jadi, dia pun carilah seorang wanita untuk dinikahi suaminya dan mengandungkan anak mereka dan setelah dapat anak, wanita itu perlu menyerahkan anak itu padanya, bercerai dengan Ameer dan dapat RM 360 ribu.  Kahwin kontrak demi anak lah ni.  Zila ni pulak, budak kampung yang lari dari Farouk.  Farouk katanya nak carikan dia kerja dibandar, berlakon jadi baik dengan dia, tapi lain pulak jadinya.  Ditipunya, dijadikan Zila ni anak ayamnya.  Larilah Zila, dan berjumpa Ameera.  Apa lagi, Ameera ni gunakanlah peluang yang ada.  Ameer ni yang mulanya memang tak setuju dengan rancangan Ameera terpaksa beralah demi ibunya dan cinta kasih sayangnya pada Ameera.  Zila punya adik lelaki yang masih belajar dan mak yang sakit di kampung.  Mak dia ni dijaga mak saudara dia yang cerewet dan asyik merungut.  Jadi, dia terpaksa untuk buat semua ni demi wang.

Zila dan Ameer pun kahwin lah.  Paksa rela.


Bila Zila dah mengandung Ameera ni pun buat-buat macam mengandung lah jugak.  Kira nanti, bila Zila dah bersalin, dia dapat anak tu, tak pelik lah orang tengok dia, kan?  Mulanya, Zila akur pada kontrak.  Tapi, lama-lama dia pun jatuh hati pada Ameer malah menindas Ameera dan Ameer semula.  Ameera dan Ameer terpaksalah ikut semua kemahuannya demi anak yang dikandung Zila.  Sebab dia pernah mengugut untuk gugurkan anak tu.  Zila ni pulak dah macam physcho orangnya.  Kejap jahat, kejap baik.  Dah macam gila pun ye.

Ibu dia datang menetap dengan mereka, merumitkan lagi keadaan.  Berbaik pulak ibu mertua dia dengan Zila, sebab katanya dia kesian dengan nasib yang menimpa Zila.  Suami jauh, keluarga mengasingkan diri darinya.  Mereka mengatakan Zila isteri kawan Ameer, menumpang di situ sebab suaminya outstation.  Kata Ameer, mummy tu macam tahu-tahu je anak yang dikandung Zila tu cucu dia!

Bila Zila dah bersalin, Ameera ambil anak tu dan erbongkar semua rahsia bila Zila lari dari rumah dan melarikan anak mereka, Amirul.  Huh, suspens tak?

Suspen ke tak, sampai situ je saya nak kongsi.  Nak tahu, kena cari kat Tonton.  Promote lah pulak.  Mesti korang agak, Ameer atau Ameera yang mati kan?  Erm.. tak mahu kasi tahu.   Tapi, sad ending lah.  Pengorbanan demi cinta.  Itulah yang buleh saya katakan.

Overall, tak rugi tunggu tiap-tiap minggu.  Harap-harap drama ni tercalon dalam Drama Raintaian Terbaik Anugerah Skrin tahun ni.  Syabas y'all!

Di Bawah Langitmu


Drama dalam slot Cerekama TV3 10 malam, ditayangkan pada minggu akhir tayangan terbaik sempena Aidilfitri.  Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish.  Penulis skrip ialah Azlina Pa'wan.  Tak mahu terlepas peluang untuk menonton!

Annur (Nora Danish) merupakan gadis yang menjadi igauan pemuda dalam kampung itu. Mahunya tak, Annur merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid (Ako Mustapha) pada Aidilfitri yang bakal menjelang. Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Mak Annur ni macam memperkecilkan jugak lah Si Osman ni sebab kalau nak dibandingkan Farid jauh lebih baik dari Osman.  Farid tu keje bank, Osman keje kampung je.  Lagipun Osman ni terkenal dengan sikap barannya.  Mahu nak bagi anak perempuan tunggal dia yang come lote ni kahwin dengan Osman?  Sikap barannya ditunjukkan dengan dia telah memukul Yazid yang ditemuinya mengendap adik perempuannya lakonan Nad Zainal.  Yazid pun berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat.

Paling bengangnya, bila diaorang ni ditangkap, boleh pulak Farid ni tak percaya pada Annur?  Dia siap marah Annur, cakap Annur ni perempuan murahan?!  Hek eleh, kau kan dah berchenta dan dah nak kahwin dengan dia, takkan kau tak kenal bakal bini kau sendiri?  Emosi je aku tengok citer ni!

Keluarga Annur ingin menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Aleh-aleh, Farid dapat tahu yang Yazid ni yang perangkap Annur dan Osman.  Famili dia pun datang lah balik nak sambung kahwin.  Mak si Annur ni tak mahu, sebab dia ingat lagi, hari tu masa famili Farid ni nak putuskan tunang, bapak Farid pernah sound diaorang, biar duit hangus, jangan maruah hangus.  Sekarang, mak si Annur ni rasa macam maruah diaorang ni diperkotak-katikkanlah.

Bapak si Annur ni beria pulak nak satukan anak dia dengan Farid.  Jadi, dia pun cakap kat mak Osman untuk putuskan dengan diaorang sebab nak satukan semula anak dia dengan Farid.  Mak si Osman ni bengang lah pulak.  Yelah, senang-senang tuduh anak dia menganiyai Annur, suruh Osman bertanggungjawab pastu senang-senang suruh cancel kahwin?

Akhirnya, mereka berbalik pada Annur.  Kata Annur, dia pun dah tawar hati pada Farid, lepas Farid meragui kesetiannya dulu.  Annur kata, kalau betul bapak dia beria benar nak suruh dia kahwin dengan Farid, minta dulu izin dengan Osman.  Bila tanya Osman, dia cakap kalau betul Annur bahagia dengan Farid, dia rela mengundurkan diri.  Annur merasakan dia bakal bahagia dengan Osman.  Walaupun sekarang dia hanya sayang Osman sebagai abang angkatnya, tapi dia mahu sayang Osman sepenuhnya selepas dia bernikah dengan Osman.

Jadilah Annur ni kahwin dengan Osman.

Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung.  Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari dan dipukul.  Tapi, yang bagusnya Osman ni, dia baran dengan semua orang, kecuali mak dengan adik dia.  Adik dan mak dia cakap macam-macam, dia memanglah marah, tapi tak sebaran dengan orang lain.  Hurm..

Haa.. sampai situ cukuplah.  Katapun sinopsis.  Jadi, kita bagi half-way je lah.  Cerita ni best, dia mengajar saya yang kita kena terima apa juga ketentuan yang ditetapkan kepada kita dengan redha dan berlindung di bawah kekuasaan yang Maha Esa.  Ada hikmah disebalik semua kejadian.

Apapun, cerita ni memang best..  Saya simpulkan di sini, drama ni amat sadis. 



Tuesday, October 9, 2012

Senandung Cinta Semalam

Senandung Cinta Semalam.. ceritanya dah lama.. 19 Mei 2012, hari ni baru berkesempatan untuk share. (tak pe lah.. tak sampai setahun lagi, kan? Hehe)

Baiklah, entry kali ni, kita bercerita sikit pasal drama.  Memanglah, saya kan suka berdrama.. (kengkawan panggil saya ratu drama!)  Yang penting saya suka drama melayu walaupun ada mengatakan drama melayu ni tak berkualitas la, bosan la.  Biorlah orang lain tak suka, asalkan saya suka.  Habis kalau semua orang tak suka, siapa lagi nak suka kecuali saya, kan?

Opss.. termengarut pulak saya ni.  Oklah.. drama ni slot Cerekarama, setiap Sabtu 10pm di TV3.  Tertarik untuk menonton drama ini sebab asal bukak je TV3 asyik iklan drama ni je yang keluar.  Dalam hati tertanya, best sangat ke citer ni yang asyik ulang tayang iklan dia je?  Lepas tu, ada aktor Kamal Adli dan Puteri Sarah pulak, ditambah lagu iringannya yang membuatkan saya teruja untuk menunggu.  Rupa-rupanya, tak penat saya tunggu.  Sangat best citernya!

Penulis skripnya Azlina Pa'wan.. memang citernya mantop!  Produksinya lupa pulak siapa.  Ceritanya bermula dengan kisah Azhar mula-mula jumpa Suria.  Mereka ni berjiran.  Dari situ lah mereka berjumpa, bercinta dan akhirnya berkahwin.

Perkahwinan mereka amat bahagia, lebih-lebih bila Suria mengandung.  Namun bahagia yang diharap musnah sekelip mata apabila Suria pergi menemui ilahi sebelum sempat melahirkan anak yang dikandungnya.

Azhar tidak dapat menerima hakikat itu. Dia nekad membawa diri ke UK. Tinggalkan segalanya. Membawa lara bersamanya.

12 tahun sudah berlalu. Azhar kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia.   Pertemuan kembali keluarga bekas mertuanya menemukan Azhar dengan adik iparnya, Liyana. Liyana seiras wajahnya dengan kakaknya, Suria. Membuatkan cinta lamanya kembali.  Azhar meminta ibubapanya meminang Liyana untuknya. Tetapi malangnya pinangannya itu ditolak oleh kedua orang tua Liyana. Ibunya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah kehilangan Suria di tangan Azhar. Mereka tidak mahu kehilangan Liyana pulak.

Liyana bertindak melarikan diri dari rumah. Dia pergi ke rumah Azhar. Terjadi pergaduhan di situ. Azhar yang tidak mahu Liyana terus-terusan disakiti ibunya, memberitahu yang dirinya tidak menyintai Liyana. Apa yang dilakukan adalah semata-mata kerana rindukan Suria sahaja kerana wajah Liyana seiras dengan Suria.

Liyana menderita. Dia tidak mahu makan dan badannya menjadi lemah. Ibubapanya berasa bimbang dan yakin yang Azhar dan Liyana benar-benar mencintai antara satu sama lain. Dan menyedari akan hal itu, pinangan Azhar di terima dan mereka selamat disatukan.

Liyana meminta Azhar menyayangi arwah kakaknya lebih dari dirinya tetapi Azhar menyatakan yang arwah Suria sudah ada tempat istimewa di hatinya. Dan apabila Liyana berjanji akan menyayangi Azhar sehingga ke akhir hayatnya, Azhar tidak bersetuju. Dia hanya mahukan Liyana setia berada bersamanya selagi hayatnya masih ada.

Liyana di sahkan mengandung. Mengandung anak kembar. Ibunya amat bimbang kerana arwah Suria dulu mengandung seorang pun tidak lepas, inikan pula anak kembar. Hatinya walang dan tidak mahu kehilangan Liyana.

Malang menimpa lagi. Kereta yang dipandu Azhar dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh orang mabuk. Liyana cedera di kepala. Mujur anak-anaknya dapat diselamatkan. Dia selamat melahirkan sepasang  bayi kembar melalui pembedahan. Keadaan Liyana amat parah. Dia hanya bergantung pada mesin untuk meneruskan kehidupanya. Ibubapanya menyalahkan Azhar yang membawa malang pada anak-anaknya. Sedang pertelingkahan kedua-dua belah ibubapanya, Azhar jatuh pengsan dan di bawa ke hospital.

Ok, stop!  Nak tahu apa yang jadi?  Search kat Tonton lah!  Hehe.. Apakah yang jadi pada Azhar ni?  Adakah mereka akan hidup bahagia atau adakah kejadian yang menimpa kakaknya akan berulang semula?  Jeng..jeng..jeng!


Overall, drama ni memang bessst sesangat.  Aturan ceritanya, cara huraian, suspennya.. memang hidup.  Sedey tak hengat sampai menetes airmataku!  Pelakon juga menjiwai watak dengan sangat baik.  Suka sangat dengan ostnya 'Dikalung Kasihan' dari penyanyi Singapura Imran Ajmain.

Thumb up to all production! 


Tuesday, April 3, 2012

Dari JB ke KL

Hehe.. bunyi macam tajuk novel or cerpen kan?  No lah.. ini merupakan satu kesah, pengalaman, cerita benar.. aci macam travelog la..

Pengalaman.. kalau manis memang kita suka dan kenang.  Ada ke orang suka pengalaman pahit?  Tapi, bila kita ingatkan balik pengalaman pahit tu, mesti kita akan tersenyum sorang-sorang.  Adakala, sampai meneteskan juga air mata.  Itu kalau saya lah.  Orang lain.. tak tahu.

Dari JB, saya datang ke KL atas arahan pihak atasan dan atas urusan kerja.  Ingatkan sekejap (maybe dalam couple of week je ke?)  Memang sebelum ni pernah datang untuk buat final documentation.  Kira, this was a second time sebenarnya berhadapan dengan situasi ni. Dulu, masa first time datang duk rumah member.  Tapi, itu dua minggu je (credit to my bestie - Aida).  Sekarang, macam segan la pulak.  Jadi, saya tumpang rumah akak office ni, tapi tak lama jugak la, sebab dia berkeluarga. Time husband dia balik dari outstation, agak-agak faham la kita yang mereka pun nak spent time together.  So, saya pun keluar dari rumah tu.  Sempat dalam seminggu la menginap dengan beliau (credit to kak Fishah) and main-main dengan si kiut Mizah yang baru umor setahun lebih.

Then, oleh sebab saya dapat arahan dari bos untuk saya kena ada lebih lama di KL, saya terpaksa bertebal muka untuk duk kat rumah company.  Rumah corner lot, teres dua tingkat.  Dekat je rumah dengan office, dalam 4 minit drive pun buleh sampai (kira kalau merangkak pun buleh la ni.  haha~)  Masa saya masuk, dah ada 5 orang menginap di sini, semua perempuan termasuk seorang Chinese.  Bilik dah penuh, sebab tu macam segan nak tinggal situ.  Tapi dah no choice.. terpaksalah.  Dah oleh sebab itu, saya terpaksa tidur di ruang tamu.

Huhu.. sedih la jugak mulanya.  Dah lah tak ada orang tanya nak bantal ke, selimut ke.. ok tak, panas ke, sejuk  ke, ada nyamuk ke, ada 'something' kacau tak?  Nasib tergerak hati nak bawak selimut.  Barang-barang pun kat ruang tamu.  Rasa macam semua orang kat rumah tu tak suka saya ada.  Biasalah, tanggapan pertama selalunya negatif.  Padahal baru jumpa, mesti la tak ramah tamah sangat!

Ada seorang je housemate rumah JB lah yang selalu teman saya tidur di ruang tamu.  Buleh la dari tak ada langsung nak bertegur sapa.  Lepas tu, agak segan la jugak kalau balik rumah je, tempat kita tidur tu jadi tempat lepak dan tempat diaorang tengok tv.  Aduh, kadang-kadang rasa macam nak tidur dalam kereta je.  Tension!!

Tak lama lepas tu, akak senior rumah tu mintak tukar bilik ke master bedroom, tempat Chinese seorang je tadi tidur.  Jadi, kitaorang pun tidur lah ramai-ramai kat bilik besar tu.  Nasib baik Chinese girl ni nak jugak bertolak ansur.  Dah pindah bilik dan bila saya dah ada bilik, bermula lah episode persahabatan kami.  Dari tiga orang, sampai lima orang satu bilik!  Mula-mula site clerk dari JB kene transfer hQ, pastu site clerk site saya yang kena datang sini sebab projek baru tak start lagi.  Padat, tapi seronok!

Makan tengahari bersama, bangun bergilir-gilir waktu pagi, waktu malam kalau tak habis bercerita, sampai tu lah tak tidur.. dah rasa macam duk asrama pulak!  Sampai Chinese bilik sebelah tu sound akak senior ni pagi esoknya.  Dia cakap jangan sampai dia nak tendang pintu bilik kitaorang kalau kitaorang memekak malam-malam time dia tidur!  Haha!  Yalah, sorang-sorang bercerita dan bergelak sampai tak hengat dunia! Lepas daripada tu, terus bila malam nak bercerita je kena bisik-bisik!  Argh.. tak best!  Macam duk dalam kelambu!

Office hQ pulak sejak kami bertiga budak site ni duk Operation, terus macam kecoh.  Saya dah Yana akan bising time nak lunch.  Paling kelakar kalau nak mengenakan Kim si Budak Sabah ni.  Buleh die duk site ok je, datang hQ pergi pakai rambut palsu?!  Lain identiti kununnya.. sengal!

Pejam celik pejam celik, i've spent almost 3 month here.  Bila Kim dah balik JB semula, bilik dah jadi senyap.  Nanti Yana akan ke Klang, dan saya akan balik semula ke JB.  Makin sunyi lah bilik tu.  Nisah pulak jaga site, tapi asyik balik lewat.  Akak senior ni jenis talkative, kesian dia lah nanti.  Huhu.. Tetiba rasa sedih pulak nak tinggalkan semua ni.

Sedih nak tinggalkan rumah dan kawan-kawan kat sini, sedih nak tinggalkan suasana di sini, sedih nak tinggalkan kebiasaan di sini.  Sedihnya..

Selalu kalau weekend ada je aktiviti.  Pergi Cheras lah, pergi Shah Alam lah.. pergi Mydin lah.  Erk..Mydin? Iya, mall jugak kan?  Mydin Mall.  Hehe..  Duduk Kl, nak balik kampung pun dekat.  Hish.. mesti rindu semua ni lah!  Gerenti!

Oklah.. nanti balik nak packing barang dah.  Selamat tinggal semua.  Selamat tinggal kenangan!



 Haha.. sorry lah.  Inilah gambar paling cun yang saya ada.  Nisah..sorry, tak ada pic wif you.  hehe.. xpe, saya dah mention your name kan?

Friday, March 23, 2012

Atas Nama Cinta



Atas Nama Cinta.. Sebuah drama bersiri daripada Zeel Production ni dalam slot Akasia TV3 (7pm-8pm Isnin-Khamis) ni dah pun tamat ceritanya semalam.  Nak kata saya follow sangat from beginning tak lah sebab dah 2,3 episode baru layan.  Itupun terpengaruh dengan housemate yang excited sangat dengan drama ni.  Just, nak story sikit kelainan drama ni dengan drama lain.

Alkisah, Saiful ni berjumpa dengan Cinta dari kecik, dalam quest cari mak Cinta.  Then terpisah masa Cinta dimasukkan ke hospital.  Ada husband and wife ni pulak baru kehilangan anak dia dan bila dia jumpa Saiful ni, rupanya yang mirip anak mereka yang hilang ni buatkan mereka nak ambil Saiful ni jadikan anak angkat mereka.  Husband ni cakap Cinta dah mati sebab Saiful ni memang dah maklum yang Cinta ni sakit jantung.

Then, mereka ni pun dah besar dan scene ni dekat Perth, Australia.  Ghaz Sulaiman (Saiful) pun dah jadi seorang artis terkenal dan menetap di Australia bersama adiknya Balqis, mamanya Rima dan daddynya Sulaiman.  Ghaz ni dalam tour untuk promosi albumnya.  Dia ada seorang kawan rapat, namanya Tengku Farish.  Nak dijadikan cerita, Balqis ni sukakan Tengku Farish, tapi Farish ni tak.  Rima ni pulak sakit, dan sebelum dia mati dia nak tengok Ghaz disatukan dengan Balqis sebab dia tahu mereka ni bukan adik beradik kandung pun, walaupun hubungan mereka sangat rapat.

Farish ni pulak doktor, dan terjumpa seorang student Malaysia yang sangat ayu dengan baju kurungnya, cantik, lemah lembut bernama Cinta.  Hah, mesti korang dah buleh baca sikit-sikit scene seterusnya, kan?  Nanti.. lek-lek der!  Tak habis cerita lagi!

Dah nama pun kawan baik, kan?  Jadi, apa-apa mesti lah nak share.  Farish ni pun temukan lah Cinta tadi dengan Ghaz Sulaiman.  Dia pun macam percaya tak percaya lah kan.  Rasa macam Cinta yang dia kenal dulu, tapi mana buleh sebab Cinta dia dulu dah mati.  Lagipun takkan nak rampas awek member, kan?  Dia buat dek and still dia proceed je lah dengan cadangan mummy die tu.

Balkis ni pulak still nakkan Farish, dan bila dia dapat tahu Farish tolak dia sebab perempuan kampung yang nama Cinta ni, dia macam bengang la.  Lagi bengan bila abang dia pun macam dah tersuka-suka je dekat Cinta ni jugak.  Dia takut lah sampai abang dia ni nak batalkan kahwin dia.

Aleh-aleh, selepas semua bukti ditemukan, memang sah dan sahih lah Cinta yang ada kat depan Ghaz ni adalah Cinta yang dia kenal dulu.  Dia pun buatlah confession, tak ada niat pun nak tackle ke hape, cuma nak pastikan dan mengaku saja.  Bila Farish dapat tahu, bengang lah dia!  Dan dengan mabuk-mabuk berjumpa Cinta, dia hampir nak rape Cinta!  What?! Alamak!  Farish buat keadaan bertambah worst jek!

Cinta menghaibkan diri.  Ghaz bengang lah, mula-mula dia kasi lebam jugak lah budak Farish ni.  Tapi, bila kawan tu minta maaf, dia cool.  Cari Cinta.. sampai mak sedara Cinta pun dah bermusuh dengan dua jejaka ni.  Si Balkis ni pulak tak buleh terima bila Ghaz memang terang-terangan suka dekat Cinta dan sanggup tampar adiknya sebab Cinta.  Dia pun balas dendam dengan menjatuhkan reputasi Ghaz Sulaiman.  Tapi, bila rancangan dia tak berjaya, dia sampai sanggup nak bunuh Ghaz?  Pergh..pyscho betul minah ni!

Jadi, berjayakah Balkis ni bunuh Ghaz?  Dan, dapatkah diaorang jumpa Cinta?  Katakanlah kalau diaorang ni dapat jumpa Cinta, adakah Cinta akan memaafkan kesalahan Farish, or dia akan terima Saiful dalam kehidupan dia?  Sempat ke dia nak mengecapi bahagia?  Apalagi.. login Tonton lar!

Drama ni saya suka sebab scene montaj dia macam menarik.  Dahlah shooting kat Perth.  Tapi, banyak sangat flashback, mungkin dia nak panjangkan cerita kut?  Tapi, Tasha Shila ni jadi watak antagonis memang superb lah!  Real jahat!  Watak lain pun tak kurang hebat.. Shah Jazle (Farish), Fiza Abd Halim (Cinta) dan watak hero Shah Iskandar (Ghaz).  Lakonan dia buleh tahan lah walaupun baru nak menapak dalam industri ni.  Dengar citer dia ni Singaporean, tak tahulah betul tidak.  Hehe..  Pengakhiran cerita pun menarik, agak sedih bila dia terkenangkan waktu zaman kecil-kecil dan janji suka sama suka mereka.  Overall, not bad..!

 

Sunday, January 1, 2012

Fireworks!Fireworks!Fireworks!

Yeay!  New year have come!  Most welcome 2012!  Hope everything going smooth dis year.  Hurm..  2012, ye?  Umur dah suku abad neh.  Jadi, tahun 2012 adalah tahun mencari cinta!  Aww~

Kerja dah baru, hidup dah baru, persekitaran dah baru.  Tengah berfikir, apalagi lah agaknya cabaran getir 2012 neh.  Dah nak tutup diari 2011, macam nak recall balik apa dah jadi sepanjang 2011..  Okeh, otak mula menjelajah ke library yang bersawang tuh!!

Tahun lepas, saya namakan tahun perubahan musim.  Yelah, komitmen kerja kan dah bertukar.  Hengat senang ke nak buat keputusan untuk berhenti kerja?  Pusing alam jugak tau!  Dah kerja since 2008, semuanya dah faham, dah tahu, dah rasa, dah usik.  Tiba-tiba nak tukar ke sesuatu yang baru, yang tak pernah fikir pun akan pergi.. mesti lah macam confuse.  Betul ke hape aku buat neh?  Akhirnya, setelah mengambil kira semua keputusan, tolak campur darab bahagi, pergi jugak la.  Nah, sekarang lah bermulanya segala. So far, everything going ok.  Seronok!  Pengalaman beb, ada jual kat market ke tijah??

Overall, tahun lepas tak ada benda menyayat hati lah.  Tak banyak sangat bitter moments.. Sweets memory?  Tak ada sangat sampai boleh jadi kenangan manis sepanjang hayatlah!  Oh, cuma tahun lepas banyak kawan dah kahwin.  Haa.. dah bersalin pun sekarang.  Congrat Nurul for your baby girl, yaw!  Member dah bersalin lama, tapi tak sempat nak pergi jenguk!  Hehe.. koya sibuk macam PM!

Okeh, tutup diari 2011.  Azam 2012.. aci tak kalau amek azam mak?  Tapi tak boleh blah la.  Azam beliau, suruh saya kahwin ini tahun!  Alasan, sebab member ramai dah kahwin!  Huh, apa barang??  Harta dunia tak cukup, lagi mahu kahwin?  Tak muda lah mak!  Haha.  Apa-apa je lah.

Semoga tahun ni lebih gemilang, cemerlang dan terbilang.  Hengatkan, tahun ni nak create novel yang boleh dipublishkan.  Kalau boleh sampai orang boleh cedok ini novel sampai bikin drama.  Wow.. macam interesting, kan?  Tinggi cita-cita tuh.  Mengalahkan cita-cita saya yang tak kesampaian.  Kunun-kunun dulu nak jadi arkitek, tapi..erm..  berangan pisang berangan je lah!  Tapi, bersyukur jugak.  Position sekarang pun not bad hape?

Jadi, apa azam tahun baru korang??  (Eleh, each year asal 1 hari bulan 1 je nak simpan azam.  Tapi, end of year, azam entah ke mana!  Itu kalau saya lah.  Korang tak kut!  Hehe..)