“Mak tak kira, kalau kau tak berkahwin, petah lagi tak berpasangan dalam jangka masa umur kau genap 27 tahun, alamatnya kau kena angkut semua makan pakai kau dalam rumah ni dan dengan berbesar hatinya kau diminta keluar dari rumah ni! Biar kau hidup berdikari sikit, aku dah penat jadi orang gaji kau. Ada paham?!” Itu dia! Arahan diktator dari bekas pencen guru displin Sekolah Sungai Congkak dah keluar. Aku pandang muka bapak yang bermisai di sebelah beliau, sambil-sambil raih simpati.
“Bapaknya, jangan nak back-up lagi anak dara awak tu. Karang dengan awak-awak sekali kena mandatori dengan saya!” Ambik kau! Bapak aku yang bekas pencen askar pun kecut perut berdepan dengan mak aku! Aku garu kepala.
“Sepupu sepapat sedara mara kau semuanya dah beranak pinak yang baya kau ni! Anak jiran kita yang lain pun sama! Mak dah bosan, tiap kali pergi kenduri kahwin, semuanya dok bertanya pasal kau.. bila lagi cik Imah ni nak bermenantu lelaki? Hee.. nak bernanah telinga mak ni tahu? Tak pun kau tengok je lah kawan-kawan kau, kalau tak bernikah pun semua dah bertunang.. Hish, kau nak tunggu apa lagi?” Mak aku masih sambung bebelan. Bapak dah angkat kaki.
Aduh, mak aku ni pesal beria sangat nak suruh aku nikah ni? Ikut trend ke hape? Nak kata nak timang cucu, tu anak-anak abang aku yang dah berderet boleh buat team ragbi tu dia nak campak mana? Nak kata dah tiba masa nak bagi-bagi harta, takkan lah? Ya lah, kami ni bukannya dari kalangan orang-orang berada sampai ada harta sedozen nakdiberebutkan?
“Kau pesal? Kodok tengok muka kau pun boleh respect?” Terjah satu suara dari belakang, membuatkan lamunan aku terus hilang. Aku jeling ke arah si pengejut, sambil dia sengih tayang gigi besi (gigi kawan aku ni pasang braces lah!)
“Sebab kau lah kodoknya! Diamlah!” Aku tarik dulang yang ada sepinggan set hidangan KFC kegemaran aku! Tanpa pedulikan lelaki didepanku, aku terus santap makanan tersedia.
Memang macam ni lah keadaannya kalau aku keluar dengan sahabat baik aku ni. Riuh meja macam duduk sepuluh orang di situ! Kami akrab, kenal dari kecil lagi sebab kami berjiran. Mulanya dia baik dengan abang aku yang kebetulan sama umur dengannya, dan kemudian aku sebab sama-sama pergi sekolah. Dah besar sikit, kami terpisah sebab sekolah berasrama. Tahu-tahu, dia pun dah pindah rumah lain. Rumah lagi besar sikit kut? Yalah, sebab dia ni orang ada-ada. Tapi, kasihan dia. Walaupun kaya, tapi mak ayah dia dah tiada, dan dia pula anak tunggal. Tinggallah dia dan neneknya sahaja di rumah besar tepi pantai sana.
Kami berjumpa balik masa kami belajar. Sama universiti, tapi lain kos. Sampai sekarang, walaupun dia dah bekerja sebagai bos di sebuah syarikat besar milik arwah bapaknya dan aku kerja kerani cabuk di syarikat lain, tapi kami masih berkawan.
“Han.. kau dah jumpa Ratna belum? Aku dengar dia dah balik Malaysia, kan?” Sempat lagi aku mengomel sambil tangan lincah meletakkan sos ke dalam pinggan. Diam, tiada jawapan membuatkan aku mendongak memandangnya.
“Gaduh la tu? Rileks lah, aku kenallah dengan best friend aku tu. Biasalah, dia kerja glamor macam tu, memang ramai yang nakkan diadan jealouskan kau. Ala, takkan itu pun aku nak ajar kau lagi kut? Dah lah aku yang mengayat dia untuk kau, time memujuk aku jugak ke?” Lelaki di depanku diam lagi sambil meneguk air.
“Macam nilah, kita berserah pada Allah sajalah. Kalau ada jodoh, takkan lari gunung dikejar. Setiap kita kan dah ditetapkan jodoh masing-masing.” Aku senyum penuh makna.
“Wah, kawan aku dah jadi ustazlah pulak! Caya lah! Eh, tapi sebut pasal jodoh ni kan.. aduh, jiwa kacau aku! Ish, mak aku buang tebiat, ada ke suruh aku kahwin?! Kalau tak aku kena halau dari rumah tu!”
Jehan di depan aku buat muka tak beriaksi. Ah, buang air liur betul bercakap dengan dia ni!
“Kahwin je la.. Apa susah?” “Hei, samdol! Kau ni harap je kaya, CEO.. executive, tapi akal agak pending juga kan? Kau nak suruh aku kahwin dengan anak itik tok wi kau ke? Aku mana ada boyfriend!” Aku macam biasa memang suka menempelak pada Jehan. Tapi, memang tiap kali itulah aku akan bengang balik sebab Jehan sentiasa buat muka cool. Tak tahulah mana dia letak hati dia, dalam poket kut?
“Tu lah kau.. memilih sangat!” “Memang lah aku kena pilih. Takkan lah aku nak main bantai je ambik apek tepi jalan jadi laki aku! Huh, cakap dengan kau ni memang tak selesai masalah!” Aku terus bangun sambil meninggalkan Jehan yang masih tersengih-sengih di meja makan. Memang itulah tabiat dia, sebab tu aku suka marah dia.
Belum sempat aku melangkah jauh, seorang lelaki tinggi dari aku, (memang lah sebab aku ni pendek!) merapati Jehan yang berkemas untuk bangun. Sekilas aku berpaling menghadap mereka.
“Syed Jehan Al-Zain Bin Syed Muhsin Al-Zain, right?” Nah, ni mat saleh mana pulak siap letak nama penuh si Jehan ni? Hensem pulak tu! Eh, jap.. jap.
“Eh, ni Mikael, kan?” Belum sempat Jehan mengiakan namanya, aku sudah menyampuk membuatkan kedua lelaki itu serentak memandang aku. Aku sengih-sengih sambil pintal rambut yang tak berapa panjang. Konon, cover malu dan ayu!
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Lor.. pandai pulak orang putih ni cakap melayu! Fuh, kacaknya, macam suami Bunga Cinta Lestari.
Aku menggeleng kepala, menjawab soalan lelaki kenalan Jehan tadi. Lelaki itu sudah kerut muka, Jehan apatah lagi. Dicuit-cuitnya siku aku, mungkin mengagak aku sedang berangan dan mahu aku segera kembali ke dunia nyata. Aku jengil mata memandang Jehan. Apa dia?! Betullah, aku kenal mat saleh ni!
“Er, let me introduce you my best friend, Qaseh Sulaiman. Qaseh, kenalkan kawan aku..” “Tak pe Jehan, aku kenal dia. Encik ni Mikael Eskandar, kan? Betul tak?” Lelaki tadi senyum segaris. Dia menggangguk perlahan.
“Eh, aku pernah kenalkan dia pada kau ke sebelum ni? Tak pun, kat majalah mana yang kau tengok dia ni sampai kau confidence sangat pernah jumpa dia? Dia kenal kau ke?” Bisik Jehan, tapi masih kedengaran di cuping telinga lelaki di depan mereka.
“Sorry cik Qaseh. Tapi, betul saya lupa. Kita jumpa kat mana ya? Mana tahu saya ingat semula?” Aku senyum penuh makna. Jehan di tepi aku sudah garu kepala. Aku tahu, Jehan tak ada langsung masalah kutu, kelemumur, kurang penggunaan syampu atau kegatalan kulit kepala. Dia saja je tu!
“Kita pernah jumpa, tapi mungkin encik tak tahu. Tapi, saya tak akan lupa punya pada encik sebab.. sebab saya pernah jumpa encik dalam mimpi!” Seraya itu meledak ketawa Jehan sambil aku, lelaki tadi dan semua pengunjung restoran itu terus mefokuskan pandangan kepada Jehan. Peliknya, lelaki tadi tidak ketawa sedikit pun. Aha, petanda baik tu!
“Kau jangan buat lawak lah, Qaseh! Tunggu raja lawak convert jadi ratu lawak, haa.. masa tu bolehlah kau buat lawak kaw-kaw macam kopi kapal api, ok?” Jehan masih kesat air mata sambil aku dah tarik muncung sedepa. Lelaki di depan kami, aku pandang sekilas. Dia hanya senyum manis, tanpa sebarang komen negatif.
“Rileks la, Han. Mana tahu betul apa cik Qaseh cakap ni. Haa, see.. sekarang betullah apa dia mimpi, kita dah pun berjumpa, kan? Oklah, nice to meet you all. Han, jumpa in next meeting, ok?” Lelaki tadi melangkah laju sambil kami masih terpacak di tempat tadi.
“Sejak bila kau pandai nak mengorat ni, haa? Kau dah desperate sangat ke pada permintaan mak kau tu? Tapi, boleh tahan lah idea kau!” Jehan masih sambung ketawa. “Betullah.. aku pernah jumpa dia, dalam mimpi..,” perlahan aku masih mengiakan. Teringat mimpi pada sebelah malam selepas mak aku melahirkan keinginannya. Mulanya aku fikir, ia hanya mainan tidur semata. Tapi, setelah bertentangan secara langsung begini, aku yakin ia bukan hanya sebuah mimpi kosong. Ia petunjuk!
“Han.. encik Mikael tu dah kahwin ke?” Jehan melihat ke langit, berfikir sejenak. Seketika kemudian dia menggeleng kepala laju.
“Lelaki macam dia baya aku tu, tak ada masa nak fikir soal nikah kahwin ni. Sibok nak kejar harta dunia lagi.” Aku pula yang mengangguk. Fikiranku mula merancang sesuatu bagi memenuhi kehendak mak.
“Han.. tolong aku?” Sengaja aku melembutkan suara. Cepat-cepat Jehan berpaling. Pelik agaknya aku bermanja dengannya. Dia angkat kening sekali, apa dia?
“Aku.. dapat rasakan dialah jodoh aku dunia akhirat, yang akan sehidup semati dengan aku sampai ke akhir hayat, yang akan..” Belum aku habis mukadimah, Jehan sudah rapatkan telapak tangannya mengadap aku.
“Hoo.. sorry. No, no and nope. Full stop. Qaseh, aku baru jumpa dia tiga kali termasuk kali ni. Dia tu klien terbesar aku, dan aku baru je dapat buat bisnes dengan dia. Setelah berabad kami bagi proposal, ni lah baru dia nak deal dengan aku. Macam mana aku nak matchkan dengan kau? Match dengan bisnes pun susah, inikan pula nak berkenalan apatah lagi bercinta dengan dia. Aduh, kau tak ada orang lain lagi selain dia ke yang kau berkenan?” Jehan sudah buka kitab ceramahnya. Aku geleng kepala lagi sambil tayang muka seposen.
“Kau tahu kan aku tak pernah bercinta dan tak pernah jatuh cinta?” Jehan dah cekak pinggang sambil mendengus perlahan, kalah mak aku. “Kau ni high taste jugak, kan?” Aku senyum sampai ke belakang kepala dah rasa, moga-moga Jehan akan cair dengan godaanku.
“Tolonglah.. please? Memang, betul kita semua dah ditetapkan jodoh. Tapi, kita kena juga usaha dan ikhtiar. Betul tak? Dan.. nilah salah satu cara aku. Minta tolong kau. Jadi, sebagai sahabat sejati aku, kau kenalah tolong aku. Bab aku jumpa dia dalam mimpi tu memang aku tak tipu. Sumpah, betul! Aku nampak dia, aku tahu nama dia dan lepas tu aku tak ingat apa-apa. Tapi, aku yakin dialah pilihan yang tepat.” Kami sudah masuk ke perut kereta Kia Sorento warna putih milik Jehan. Jehan membatalkan niat menghidupkan enjin lantas mengalih sedikit postur tubuhnya mengadap aku di sisi. Aku mula fokus dengan tiap bicara Jehan, sahabatku yang kacak kalah Jehan Miskin!
“Ok.. listen. I tell you what. Apa aku tahu tentang dia, nama dia Mikael Eskandar. Orang yang kenal dia, termasuk staf pejabat dia akan panggil dia Karl. Mak dia bagi nama timangan tu untuk mengingati adik lelaki mak dia yang meninggal masa dia lahirkan Mikael ni. Dia ni ada kacuk Inggeris, iaitu mak dia. Pendek cerita mak dia ni mat saleh la asal England, convert Islam lepas kahwin bapak dia yang orang Melayu kita. Em, dia adalah anak lelaki yang handle bisness kat Malaysia. Abang kakak dia semua menetap oversea. Dia tinggal di sini dengan mak, ayah dan adik dia. Ok, ada paham? Kang aku bukak cerita pasal urus niaga dia, kau pitam pulak kat sini dengar.” Jehan sudah kembali ke posisi asal sambil mengidupkan enjin kenderaan.
“Haa.. dah paham. Eh, kalau susah sangat, kau carikan lah aku kerja kosong kat company dia? Lepas tu, serah pada yang pakar je lah kerja nak tackle makel ni!” Aku dah sengih nakal.
“Suruh kerja dengan aku pun banyak alasan, ni pulak nak kerja dengan company yang macam ni punya establish! Silap ari bulan, dia tu dah ada awek! Menangis lah kau! Tak kahwin kau, maknanya kena duduk sendiri lah lepas ni. Tak adalah orang nak basuh kan baju kau, kejutkan kau bangun tidur, siapkan sarap kau.. Itu jam, barulah kau tahu apa itu berdikari!” Aku dah pusing badan menghadap jalan. Lantak kau lah nak cakap apa, sahabat. Itu semua takkan melemahkah semangat aku. Aku ada masa 6 bulan dari sekarang. Yeah, misi untuk mengorat encik Karl bermula!
“Aku pun pelik, apasal kau ni tak ada boyfriend ye?” Aku hanya buat pekak bila isu aku kena kahwin sudah sampai ke telinga abang keempat aku. Arjuna, tapi kami panggil dia Bob, sebab suatu ketika dahulu dia pernah gemuk. Cuma sekarang dia dah kurus sikit, tapi nama tu tetap sebati. Bab nama betul dia tu, maaflah.. nama adik beradik kami ni pelik sikit. Mak punya pasallah ni. Dia dulu bukan setakat cikgu displin, tapi mengajar jugak subjek Sejarah. Haa.. abang aku yang sulung nama Laksamana, kedua nama Kesatria dan ketiga bernama Perwira. Nasib nama aku tak keluar Persona, yelah Satria dan Wira kan nama kereta?
Bob ni lah, sibok betul! Kalau dia dah kahwin tak pelah jugak. Dah bangka gak pun. Mak aku ni tak adillah, pesal pada aku je dia letak undang-undang kasi jalan tu, pesal Bob ni tak kena? Mungkin sebab Bob duk jauh dari mak kut. Sekali-sekala kalau time cuti sem, muncul lah dia. Pensyarah la katakan!
“Kau ni, salah ilmu agaknya kami abang-abang kau turunkan. Along, Angah, Achik.. elok je dah beranak pinak. Tinggal kau je..” “Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!” Aku mencebik. “Aku dah ada girlfriend, tinggal kumpul duit je nak kahwin. Jadi, tak yah lah kisah sangat pun!” Lor, jadi ke kahwin dengan girlfriend dia merangkap student dia tu? Ish, tak mahu aku dapat kakak ipar muda dari aku! Gila, budak tu baru tahun satu, kut?
“Budak hingusan pun jadi nak dibuat bini! Nampak benor kau ni tangkap muat! Eh, Bob.. kita kahwin ni bukan macam main pondok-pondok yang macam kau selalu main dengan Han dulu. Kahwin ni nak hidup bersama hingga ke pintu syurga tau! Kena lah research bebetul dulu.. Biasalah, barang baik lambat sikit dapat!” Bob terdiam. Termakan agaknya dengan kata-kata aku. Dia pun sama mencebik sambil angkat punggung. Itu tandanya dia dah kalah, tapi tak mahu angkat bendera putih.
“Aku dah cakap dari dulu, susah-susah sangat kau ambik je Han tu buat laki, tapi kau tak mahu! Sombong!” Kata Bob sambil menyekeh kepala aku. Dia berlalu tanpa rasa bersalah. Majalah ditanganku seraya melayang dilempar menghalanya, tapi sempat dia mengelak dengan sedikit goyang Inul (nasib dia tak gerudi kat situ!).
Tak ada nama lain agaknya nak disebut? Nama sahabatnya itu juga yang mahu diulang, dari sekolah hingga sekarang. Sampai satu tahap, mak aku pernah tanya aku, hubungan aku dengan Jehan kawannya si Bob ni. Tak percaya dengan gelengan aku, disiasat hingga keakar umbi. Nasib dia tak guna kuasa vetonya selaku pencen guru displin! Tak faham aku kenapalah mak aku ni boleh percaya sangat dengan gosip liar abang aku. Pelik ibni mushkil!
“Sudah-sudah lah duk menjahit manik tu! Tak ada faedahnya kau buat benda tu! Baik kau belajar cara nak masak ni, tak pun kau tolong mak masak, lagi bagos. Kau duk jahit benda tu, dah tu nanti kalau kau kahwin, takkan kau nak bagi anak laki kau makan manik? Takpun, kalau laki kau nak makan nanti, takkan kau nak suruh dia tunggu kau jahit manik? Hee.. apa nak jadi lah anak dara aku sorang ni.. Sempat ke tidak aku hidup nak tunggu anak cucu dia!”
Aku baru nak masukkan benang ke jarum, dah mak aku bukak radio buruknya. Mood untuk jahit manik dah hilang. Apa ke mak aku ni anti sangat dengan hobi aku ni? Mentang-mentang lah aku tak pernah ambil upah, dan kesukaan aku ni hanya aku lempiaskan pada semua baju aku bukan baju dia, terus dia anaktirikan kegemaran aku. Nasib jugak aku ni buat pekerjaan yang ke arah keperempuanan. Buatnya aku duk suka memanjat pokok, melastik burung lagi macam mana?
Aku pun dengan dengan malasnya menghadirkan diri ke dapur. Dia sudah duk mencekak pinggang dengan senduk di tangan. Hari-hari cuti macam ni pun orang kena kerja ke? Biarlah mak sorang yang kerja di dapur, sebab mak memang dah tak ada kerja!
“Haa.. itulah, orang dah siap masak baru sibok nak datang!” Pulak? Aduh, serba tak kena rasanya. Baru nak protes, tiba-tiba telefon berdering. Cepat-cepat aku berlari mendapatkan telefonku.
Seketika kemudian, aku kembali menghadap mak aku. “Mak, Han ajak keluar. Dia cakap nak belanja KFC. Boleh tak?” Mak aku kerut muka. “Penat-penat aku masak, boleh pulak dia nak makan kat luar? Suruh lah Han tu datang makan tengahari sini?” Aih, mak aku ni. Kalau pasal Jehan je, terus berseri-seri muka dia. Simpan periuk terus marah dia tadi.
“Lor mak. bapak dengan Bob kan ada rumah? Ke.. mak nak follow kami?” Aku sengaja suntik pujukan. “Tak kuasa aku dah tua-tua ni nak makan ayam-ayam je segala. Dah lah, pergi je lah. Kang lambat pulak dia nak menunggu.” Wah, kuatnya penangan Jehan pada mak aku? Terus dapat green lite! Apa-apa nanti, aku nak petik nama Jehan je lah. Mesti mak approvekan!
Aku menghilang dan muncul kembali dengan jeans, t-shirt lengan panjang dan sandal. Biasalah, aku ni gadis aktif, tak payah blaus-blaus segala, duit pun masuk poket, tak payah tas tanganlah, nanti jadi mangsa ragut. Sudah selesai peluk cium mak aku, aku pun berderum laju dengan Myvi silver hadiah Along aku (sebenarnya, Along aku nak beli kereta lain, jadi dia tolak lah kereta dia kat aku. Aku sambung bayar monthly je!) Mak aku ni walaupun selalu marah-marah, tapi senang sejuk. Itulah sebab aku sayang mak aku biarpun dia kuat berleter. Aku tahu, dia buat semua ni sebab dia sayangkan aku jugak!
“Orang gaji? Sanggup!” Jehan dah terbeliak biji mata bila aku sudah bersemangat dan nekad amat. Kerja kosong sebagai orang gaji di banglo kediaman encik Karl takkan aku sia-siakan. Peluang perlu diraih!
“Kau bebetul Qaseh? Belajar tinggi-tinggi sampai dapat degree, alih-alih kerja jadi orang gaji kat rumah dia?” “Demi cintaku padanya.. kemana pun dia kan ku pergi. Ke hujung dunia ke bintang, kejora..” Aku mendendangkan lagu Fantasi Bulan Madu nyanyian Amy Search hingga Jehan buat muka menyampah.
“Lor, bukan lama pun kan? Ikot apa kau cakap tadi, sebulan je sebab ganti orang gaji dia balik kampung. Pastu, aku bukannya jadi chief orang gaji. Aku hanya asisst apa yang patut je, kan? Kan?” Jehan angguk.
“Aku setuju.” “Erk? Dah tu kerja sekarang ni, kau nak cuti sebulan la ya? Hey, ingat sikit. Kau kena duk rumah dia tau. Nanti apa pulak kau nak cakap kat mak kau?” “Yup,. Itu semua kau jangan risau. Tahulah macam mana aku nak handle. Kau cakap je kat encik Karl tu next week, Seha akan datang kerja. Ok?” “Seha??!”
“Oh, jadi nilah orang gaji baru kita yang Mak Mah? Apa nama?” Karl sudah duduk di sofa sambil tangan memegang remote control. Di kirinya ialah chief orang gaji, Mak Mah dan aku masih lagi terpacak terpaku dengan muka menunduk di sebelah chief.
“Seha..” Aku menjawab. Perlahan, sehingga Karl mengalih pandangannya ke arah aku. Spontan aku mengalih pandangan mataku dari tepat memandang anak matanya yang berwarna hazel. Aduh, panahan asmara!
“Apa dia? Boleh kuat sikit tak? Sorry lah, saya ni dah tua..,” kata Karl sambil senyum manis, cuba berseloroh agaknya. Aku turut sama balas senyum, tapi masih tak bertentang mata. Sambil selak rambut yang panjang (panjang secara mendadak lepas jadi orang gaji) lalu selit di celah telinga, aku pun menjawab, “Seha..!” Dia pun mengangguk perlahan. Tapi, dia memandang aku lagi.
“Em.. Seha, kita pernah jumpa ke? You look so familiar?” Hah, sudey? Jangan kantoi sekarang lah! Aku pun cepat-cepat geleng. “Hurm, its ok. Mungkin saya pernah jumpa awak dalam mimpi kut?” Dia tiba-tiba tersengih sambil geleng kepala perlahan-lahan. “Mimpi.. mimpi agaknya yang buat saya teringat seseorang. Er, tak ada apa-apalah!” Aku hela nafas lega. Nasib baik tetiba dia jadi pelupa!
“Seha, lepas ni Mak Mah akan bagitahu kerja awak dalam rumah ni. Selama sebulan ni, kalau ada apa-apa, jangan segan beritahu dia, ataupun saya. Ok. Done.” Aku pun membuntuti Mak Mah. Mak Mah menerangkan kepada aku serba ringkas kerja aku dari pagi sampai petang. Bila dengar briefing dia tu, agak penat jugak lah kesimpulannya aku dalam sebulan ni. Nasib lah badan!
Pagi-pagi lagi, aku sudah dikejutkan Mak Mah, bangun bersolat bersamanya. Usai solat, aku membantunya menyiapkan sarapan. Sarapan senang je orang kaya ni, ada roti, kopi dan juice. Sebelum pukul 8 pagi, Karl pun turun ke ruang makan dengan briefcasenya. Tidak lama kemudian, turun pula seorang wanita 40-an berpakaian anggun dengan bertas tangan berwarna emas dan berambut blonde pendek disisir rapi. “Itulah mummy encik Karl, Puan Maria. Mesti dia nak terus pergi butik ni. Cantik kan dia?” Bisik Mak Mah. Serius, memang cantik sampai terkesima aku! Aku rasa beliau ni kembar Julia Robert kut?
“Oh, nilah Seha ya? Sorry lah semalam tak dapat jumpa. Balik lewat dari sikit.” Pandainya cakap melayu, tak ada slanga orang putih sikit pun. Aku hanya angguk perlahan sambil senyum lalu menunduk menuju ke dapur.
Selesai bersarapan, mereka menghilang. Barulah tiba giliran kami untuk bersarapan. Aku menerima arahan dari Mak Mah untuk mengemop lantai, menyapu dan mengemas banglo dua tingkat ni manakala dia akan membasuh baju serta menjemurnya. Menjelang tengahari, aku akan membantunya lagi di dapur kerana mungkin Puan Maria atau Tuan Ishak akan balik untuk makan tengahari.
“Encik Karl jarang makan tengahari..,” terang Mak Mah sambil menumis sesuatu di dalam periuk. Aku hanya mengangguk. “Tak nampak pun tuan turun sarapan tadi?” “Oh, tuan tak ada. Dia ke Langkawi. Encik Karl ada seorang adik perempuan, cik Mira namanya. Tapi, cik Mira tidur rumah kawan dia semalam, ada tugasan katanya. Belajar lagi dia tu.” Aku hanya senyum. Tak sampai setengah hari pun badan aku dah lenguh-lenguh. Tulah, dulu kat rumah malas buat kerja rumah. Sekarang, padan muka aku! Aku tak tahulah macam mana Mak Mah ni yang dah kerja sini 30 tahun, mula dari nenek Karl tu ada lagi. Salute la Mak Mah!
“Seha.. tolong saya buatkan cofee?” Aku terkejut bila entah sejak bila Karl dah ada kat belakang aku masa aku mengemas pinggan mangkuk kat dapur. Alamak, macam mana ni? Ish, Mak Mah tengah solat pulak. Baru nak ber eh, ah dengan Karl, dia dah hilang. Aku mencari-cari sachet 3 in 1 ke hape dalam almari. Aduh, tak ada. Aku pun bantai la taruk semua yang berkenaan. Gasak!
Selepas menghidangkan minuman yang aku sendiri tak mahu nak telan, belum sempat aku melangkah laju meninggalkan Karl, dia sudah memanggilku kembali. Dengan lambat-lambat aku hampiri Karl dengan notebooknya di gazebo depan tasik di halaman rumah.
“Maaf encik, saya tahu air tu tak sedap tapi saya dah cuba sedaya upaya untuk..,” aku dah terjah kalah abang rambut ketak Melodi. “.. Seha..” Karl dah potong turn aku untuk bersuara. Aku diam, lembutnya suara, lunak merdu disukai aku!
“Saya nak cakap terima kasih sebab sudi buatkan air ni untuk saya. Tu je.. Sedap tak sedap tu perkara ke sepuluh, yang penting awak dah buat, kan?” Rasanya muka aku macam tak payah pakai blusher. Ah, rasa nak menyorok bawak sinki!
“Owh, dah kerja saya. Minta maaflah, encik. Saya memang clumsy sikit..” “Apa..? Clumsy? Wah, saya salute awak. Walaupun awak tak berkelulusan tinggi, tapi awak tahu guna perkataan inggeris. Bagos.” Dia senyum lagi. Hish, aku ni memang tak bolehlah bercakap dengan dia. Benda tak sepatutnya akan keluar. Dah lah Karl ni asyik senyum je. Helo, aku yang nak mengorat dia ke dia yang nak mengorat aku ni? Lama-lama macam ni boleh pengsan aku.
“Em, kalau tak ada apa-apa saya masuk dulu, encik?” Dia mengangguk tetapi tidak sampai dua langkah nama aku diseru lagi. “Saya suka awak buat air ni. Macam tahu-tahu je saya saya nak stay-up hari ni, dan awak buat pahit sikit. Thanks again.” Aik, dia perli ke puji? Ah, lantaklah.. consider sebagai puji.
“Lipstik awak tu kurangkan sikit tone merahnya. Mengancam sangat malam-malam ni, tergugat iman saya!” Karl bersuara tanpa memandangku. Ha, dia perasan ke? Aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam. Malu!!
Tatkala bertentangan mata dengan Karl je, aku akan mengelak. Entahlah dia perasan atau tak, tapi yang pasti aku akan cuba jauhkan diri dari dia buat dua tiga hari ni. Malu masih berbaki. Hilang malu itu nanti, barulah aku maju bersama misi aku.
Hari ni, tuan Ishak dan cik Mira ada di banglo. Riuh sedikit dengan kehadiran mereka. Cik Mira, wajahnya memang fotostat puan Maria, gadis tinggi lampai yang sangat ceria dan happu go lucky. Ada-ada saja yang mahu diusiknya pada Karl. Mereka tidak pernah membandingkan darjat mereka dengan pekerja bawahan. Mak Mah dan drebar mereka, Pak Mat yang merupakan suami Mak Mah pun sudah dianggap sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Patutlah Mak Mah boleh bertahan lama dalam keluarga ini.
“Awak marahkan saya ke, sampai awak nak mengelak dari saya?” Tercampak penyapu yang aku pegang dihalaman, dek kerana terkejut diterjah begitu. Aku mengurut dada sambil Karl sudah mengutip penyapu yang aku campak tadi. Bila masa dia muncul ni? Kan dia tak pernah balik makan tengahari?
“Sorry.. saya selalu sakitkan hati awak, kan?” Dia raih simpati. Aku senyum lepas hilang debar di dada. “Tak lah. Lagipun, encik berhak untuk berbuat macam tu. Encik majikan saya.” “Haa.. saya kenal tone tu. Ok, apa saya boleh buat untuk buat awak maafkan saya?” Selalu, Jehan akan pujuk aku dengan KFC. Hurm, teringat pulak pada Jehan.
“Helo.. awak berangan ya?” Aku geleng laju. “Tak apa, saya dah maafkan encik. Encik nak makan ke? Nanti saya sediakan.” “Awak masak ke?” “Tolong masak. Mak Mah yang masak.” Dia sengih lagi. Tolonglah Qaseh, janganlah pengsan. Aku melangkah laju meninggalkannya. Tak mahu lama-lama di situ. Penat pulak dia nak angkat kalau aku betul-betul pengsan nanti.
Petang itu, cik Mira tiba-tiba mengheret aku ke kamarnya. Cantik, penuh dengan warna merah jambu. “Nak tunjuk kat akak ni, cantik tak?” Dia menayangkan blaus labuh paras lutut berwarna hitam yang baru dibelinya.
“Cantik.. sesuai dengan cik Mira.” “Ala, akak ni skema la. Jangan la panggil cik, cik macam tu. Panggil Mira je. Cantik kan? Saja nak tanya akak, yalah akak muda lagi, kut boleh bagi komen kan? Takkan nak tanya Mak Mah, nanti dia jawab pesal tak beli jubah? Haa.. kan naya!” Kami sama-sama gelak.
“Mira nak pergi dinner. Tu yang beli ni.” “Kenapa tak beli kat butik puan?” “Mummy jual baju orang tua.. mak-mak datin. Kita ni kan teenage lagi. Tak sesuai lah. Eh, jap ya.” Dia bangun menyelak almarinya, mencari-cari sesuatu dan kemudian mengeluarkan sehelai baju berwarna biru gelap.
“Saya hadiahkan kat akak baju ni. Akak ambil ya? Saya dah tak pakai, tak muat sebab dah tinggi. Ok lagi ni.” “Eh, tak payah lah. Segan lah akak. Akak dah la baru lagi kat sini.” “Tak pe. Ambil je.” Cik Mira masih menolak baju itu ke arah aku. Nak tak nak terpaksalah terima.
“Akak.. akak ada apa-apa ya dengan abang Karl?” Nak terduduk sekejap aku mendengar telahannya yang dah senyum penuh makna. Cepat-cepat aku geleng. “Mana ada, pandai-pandai je Mira ni.” “Ye ke ni?” “Mira, betul tak ada. Lagipun, encik Karl tu manalah padan dengan akak ni, akak orang gaji je kat sini.” Mira lantas gelak.
“Akak pandai bagi alasan, ya? Tapi, muka dah blushing habis! Akak tahu, masa akak dah sampai tapi Mira tak balik lagi sini, dia telefon Mira dan asyik cerita pasal akak je! Dia cakap muka akak familiar lah, akak ni muka innocent lah, akak ni blur lah.. Haa, bukan senang nak tunggu abang Karl tu bukak cerita pasal perempuan tahu!” Aduh, dah kantoi ke kisah aku ke sini ni?
“Tak adalah, saja je dia nak kenakan akak kut?” Aku masih cuba mengelak. “Ok, kita tengok siapa yang kena!” Mira tidak sudah lagi dengan ketawanya. Aku sudah tidak senang duduk. Ni, kira berjaya ke tak misi aku ni? Jehan, macam mana ni?
“Seha.. awak dengar tak ni?” Karl sudah memetik jari di depan wajahku. Dah berapa kali dia petik ya? “Ya.., saya dengar. Jap lagi saya hantar air pada encik.” Karl gelak. Aku terpinga-pinga. “Saya ni lapar, baru balik meeting malam-malam macam ni. Saya nak nasi gorenglah, bukan cofee goreng.” Aku sengih, cover malu. Hah, nasi goreng? Mana aku pandai masak! Pesallah dia suka duga aku, kenapa tak request je pada Mak Mah?
“Er, encik! Kalau tukar menu jadi maggi goreng boleh? Mana orang makan nasi goreng malam-malam buta ni? Tak bagus untuk penghadaman!” Karl pula yang buat muka pelik.
“Teori mana awak pakai ni?” “Teori teorem pithagoras..,” jawabku perlahan, tapi rupa-rupanya dia dengar sebab dia tak sudah ketawa. Aku dah garu kepala. Boleh ke tak ni? Ke.. kena tunggu dia habis ketawa?
“Ok.. ok. Apa-apa je lah.” Dia menarik kerusi dan duduk di meja yang terletak di tengah dapur basah itu. Sedar dia ada di situ yakni hampir dengan aku, jadi aku memberanikan diri bersuara. “Encik buat apa kat sini?” “Lah, tunggu maggi gorenglah?” “Kenapa encik tak tunggu kat dalam ke, kat luar kat kolam, atau kat bilik ke?” Wah, wah, wah.. aku dah berani nak membentak dan meninggikan sikit suara. Over sikit je lagi, terkeluarlah aura Qaseh, maka tenggelamlah ryoka Seha yang ayu dan lemah lembut.
“Kat dalam tu kan sunyi, takut lah. Kat kolam kan banyak nyamuk, tak mahulah. Kat bilik kan tempat tidur bukan tempat menunggu, nanti tertidur pulak. Tak naklah. Jadi, kat sinilah tempat menunggu yang sesuai.” Karl masih bersahaja. “Ok, encik sila tunggu kat ruang tamu. Kalau penakut sangat meh saya temankan pergi sana lepas tu saya on kan tv untuk encik, boleh?” Karl mencebik. “Tak naklah, saya nak duduk sini, nak tengok awak.” Aku ternganga mendengar tuturannya. Riak wajahnya masih biasa.
“Buat apa pulak nak tengok saya? Saya dah tak pakai lipstik merah macam encik tak suka tu pun..” Aku sengaja menduga, namun Karl gelak lagi. “Sebab saya sukalah saya nak tengok.” Aku cepat-cepat berpaut di dinding. Takut pengsan. Betul ke apa aku dengar ni? Aduh, aku dah tak boleh kawal diri aku. Pipi aku, panasnya. Takpun, aku seorang je yang perasan ni?
“Ok, untuk pengetahuan encik, saya tak reti masak. Kalau encik nak makan juga, simpan lah lapar encik sampai esok dan jumpa Mak Mah, tak pun encik boleh makan lah kat luar!” Aku berpaling dan terus menutup lampu, meninggalkan Karl dalam gelap. Namun, aku masih dengar ketawanya yang menyapu cuping telinga aku hingga pintu bilik aku hentam kuat.
Aku nampak Karl asyik curi-curi pandang aku, tapi aku sengaja tak endah, buat-buat tak nampak. Aku tahu, dia sengaja ingin menduga aku, ingin bermain perasaan dengan orang gaji berkasta rendah seperti aku. Tapi, aku tak putus asa, aku akan buat dia betul-betul sukakan aku. Walaupun agak susah selepas aku hampir-hampir mendedahkan sisi negatif Qaseh, tapi aku akan berusaha sehabis baik.
Hampir dua minggu bergelumang dengan kerja sebagai orang gaji, hujung minggu itu aku keluar bertemu dengan Jehan, di mana lagi kalau bukan di KFC. Jehan melongo memandang aku.
“Ni.. Qaseh, kan?” “Kau kenapa? Aku lah ni!” Jehan gelak sakan. Macam biasa hingga menekan-nekan perutnya. Melihat keadaan Jehan yang tak mungkin akan berhenti ketawa, aku bangkit. Tapi, segera dia menarik tangan aku supaya duduk kembali.
“Ni apa cerita ni? Dengan lipstik tebal, baju kurung, pakai contact lense bagai, ni.. sejak bila rambut kau panjang sampai ke siku ni? Story sikit?” Aku menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk bercerita.
“Ni bukan rambut aku, rambut palsu. Semua yang ada sekarang ni, adalah watak menggoda Seha.” “Hoo, kira kau menyamarlah ni?” “Lebih kurang lah..” “Oh, jadinya Seha yang merupakan jelmaan Qaseh ni seorang yang ayu, lemah lembut, sopan santun dengan baju kurungnya.. macam tu?” Aku angguk lagi. Jehan senyum lagi.
“Qaseh.. Qaseh..” “.. Ops, correction. Kalau outfit aku macam ni kena panggil Seha, tau!” “Tak kisah lah, aku nak panggil kau Qaseh gak. Meh, sini aku nak betulkan stigma pemikiran kau yang kalah budak tadika ni. Qaseh, tak semestinya kalau kau macam ni, dia akan jatuh cinta pada kau. Ni namanya kau hipokrit. Kau tipu diri kau. Nanti, once dia dah tahu kau ni sebenarnya bukan macam ni, haa.. kau nak buat macam mana? Lagipun, tak salah kalau kau jadi diri kau. Mana tahu dia lebih sukakan kau yang dulu dari kau macam ni?” Aku dah kerut dahi.
“Aik, bukan lelaki suka ke kalau perempuan rambut panjang, pakai baju kurung?” Jehan geleng kepala. “Aku suka je kalau rambut origanal kau macam dulu. Aku suka kau yang dulu seadanya.” “Eleh, kalau kau yang suka, tak bermakna dia yang suka. Bukan kau pun nak kahwin dengan aku!” Jehan gelak lagi. “Dah, skrang pergi toilet, tukar Seha ni. Aku nak yang keluar depan aku nanti Qaseh, bukan Seha. Cepat!” Aku segera ke tandas yang sediakan. Dalam hati berfikir-fikir, ada betulnya juga apa yang diperkatakan Jehan tadi. Ah, pedulilah! Nasi dah jadi bubur!
Keluar dari tandas, Jehan masih senyum-senyum seperti tadi. “Kau senyum lagi, aku stapler mulut kau!” “Haa.. macam ni baru betul. Tulah, konon teror sangat bab tackle mackle. Cuba cakap kat aku, teori mana kau pakai ni?”
“Teori Teorem Pithagoras.. betul tak cik..” Aku mendongak memandang gerangan yang menyampuk perbualan kami. Maha terkejutnya aku bila orang yang menyampuk itu ialah Karl! Mulutku seolah terkunci. Aku memandang Jehan, dia pun sama macam aku, melopong. Takkanlah muka dia jadi macam tu kalau dia yang panggil Karl datang ke sini? Aku tak rasa Jehan sanggup mengkhianati aku?
“Hurm, mana satu saya patut panggil ya? Cik Qaseh or cik Seha?” Masak.. masak aku hari ni. Entah-entah dengan Jehan punya bisness pun lingkup, mungkin dia akan disabit kesalahan atas tuduhan bersubahat dengan aku untuk menipunya.
“Jangan salahkan Han, sebab saya yang follow awak sampai ke mari. Actually, saya dah tahu dari mula lagi yang Seha dan Qaseh adalah orang yang sama, cuma saya sengaja mahu menduga awak. Saya nak tahu tujuan awak, tapi saya rasa saya dah tahu.” Karl senyum meleret. Hish, apa yang dia dah tahu? Dia dah dengar ke apa aku cakap dengan Jehan tadi?
“I prefer Qaseh more than Seha. Tak sabar nak tunggu awak balik nanti.” Dia berlalu pergi. Apa dia nak buat? Dia nak letak semua kain baju aku dan tendang aku sampai keluar rumah ke? Takpun, dia nak beritahu kat depan family dia yang aku ni datang menyamar semata-mata sebab nak mengorat dia? Euw.. malunya! Aku pandang Jehan, tapi Jehan angkat bahu. Ish, betullah Jehan ni tak boleh harap! Mak.. apa aku nak buat ni?
Akhirnya, aku ambil keputusan dengan tak balik dah banglo tu. Aku suruh Jehan hantar aku sampai ke rumah mak aku. Barang yang tinggal di rumah tu, aku halalkan je lah. Biar jadi harta pusaka.
“Eh, cepatnya balik? Kata pergi kursus sebulan? Macam mana nak naik pangkat kalau tak cukup tempoh ni?” Mak aku pulak dah jadi wartawan tak bertauliah. Mana satu soalan yang patut aku jawab dulu ni?
“Mak ni macam tak suka je orang balik awal?” “Tak adalah, kata hari tu lain. Nak lah juga tahu. Tu, Han yang hantar dah makan ke belum? Kenapa tak ajak dia masuk makan ke?” Bapak aku dah kerling mak. Yalah, kalau bab Jehan je, mesti dia prihatin sangat!
“Awak ni pun, anak kat depan mata ni tak ditanyanya dah makan belum. Sibok benar dengan Han tu. Tahulah dia macam mana nak hidup.” Mak dah mencebik bila bapak dah komen. Aku malas masuk campur, terus masuk bilik dan tidur. Harap-harap bila aku bangun nanti memori semua yang berlaku tadi lekas hilang.
Aku dah bersiap mahu ke tempat kerja. Semalam dah telefon bos, katanya aku dibenarkan untuk masuk kerja hari ni. Thank you, Mr Kelvin. Tapi, sorry jugaklah sebab buat tempat kerja bos macam tempat kerja aku. Suka aku je nak masuk kerja ke, nak cuti ke!
“Hai, awal kau hari ni? Pandai pulak bangun sendiri, sarap sendiri?” “Times make people strong!” Erk, ada kaitan ke? Biarlah, mak aku pun diam tu maknanya dia faham lah tu.
Harian kerja aku berjalan macam biasa. Debit, kredit, balance, profit dan loss dah jadi kudapan aku selama bekerja di sini. Jehan tak ada call aku, petah lagi Karl. Eh, Karl tahu ke nombor telefon aku? Ah, biarlah. Aku dah tak rasa yang aku ni berjodoh lagi dengan dia. Nampaknya kena cari Mikael Eskandar yang lainlah. Tak pun, aku kena bersedia untuk cari rumah sewa dari sekarang.
Balik kerja, aku dapat panggilan daripada Ratna. Ingin bertemu, ada hal penting katanya. Aku setuju. Dengan Ratna, tak bolehlah jumpa di KFC. Nanti dengan aku sekali kena serbu. Ratna model terkenal. Kena pergi restoran yang private sikit. Masuk je restoran, dia dah melambai aku dari sudut kanan premis itu.
“Aku dah clash dengan Han..,” Tersedak terus aku bila mendengar pengakuan Ratna. “Hei, kau biar betul? Sejak bila ni? Aku tak tahu pun?!” “Betul.. lepas aku balik Malaysia dari Singapore. Eh, dia tak beritahu kau ke?” Aku geleng laju-laju.
“Tak! Serius tak! Kalau aku tahu, sah-sah aku yang dah paling sibok sekarang. Susah-susah aku kenenkan korang, takkan senang-senang aku nak bagi korang putus, macam tu je!” Ratna mengangguk lambat. Ada genangan air mata di tubir matanya.
“Ish, kenapa boleh jadi macam ni? Mesti ada sebab ni?” “Aku tak tahu lah. Selama ni ok je. Tapi, aku syak lepas aku hampir kena tembak tu lah..” Ratna mengesat airmata yang laju membasahi pipinya.
“Kena tembak?! Apa pulak ni? Eh, pesal aku tak tahu langsung ni?” “Pelik kan Han tu dua tiga menjak ni? Selalunya, apa yang jadi pada aku, kau akan tahu. Ya, aku hampir kena tembak. Masa tu aku kat Singapore lagi. Aku ada buat photoshoot untuk iklan. Then, masa aku dah gerak nak balik hotel, tiba-tiba ada dua orang lelaki dari jauh lepaskan dua das tembakan rambang, tapi menghala pada aku. Nasib aku ditolak oleh photografer yang kebetulan perasan diaorang. Semua selamat, cuma aku cedera ringanlah kesan jatuh tu. Masa aku kat hospital, dia datang melawat. Memang dia lain sangat waktu tu, dia risau sangat-sangat. Tak lama lepas tu, dia cakap balik Malaysia, dia ada hal nak bincang dengan aku. Ingatkan hal nak kahwin. Tup-tup, dia nak putus. Aku tanya kenapa, dia cakap dia dah rasa tak selamat dengan aku. Boleh dia bagi alasan macam tu? Lepas tu dia terus ghaib dari hidup aku. Qaseh.. honestly, aku still sayangkan dia. Takkan sebab kes tu, dia dah tak sayangkan aku lagi?” Aku tarik nafas dalam-dalam. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
“Kau tak buat police report ke?” Ratna geleng kepala. “Sebab.. aku tak rasa aku sasaran utama. Aku rasa aku kebetulan je ada di situ. Ah, just ignore about it. Penting sekarang, Han. Qaseh, kau tolonglah aku. Apa masalah Han ni? Dia ada orang lain ke?” “Aku tak pasti. Tapi, seingat aku, dia mana ada orang lain. Dia pun tak ada masa nak cari orang lain sebab selama ni dia hanya sayangkan kau seorang je, tak ada pulak keluar nama lain.” “Aku tak tahu, aku buntu. Kalau betul ada silap pada aku, aku akan cuba betulkan, tapi bagilah peluang pada aku. Aku sayangkan Han, Qaseh..” Aku genggam jemari Ratna yang masih menangis. Aku sendiri pun mati akal dengan perangai Han.
Aku mencongak-congak sendiri. Kenapa Jehan nak rahsiakan semua ni dari pengetahuan aku? Apa-apa pun, aku kena siasat dan cari jalan supaya mereka boleh berbaik semula. Jehan perlu dihubungi segera!
Dari restoran ke tempat letak kereta di bawah tanah bangunan tersebut, sedang aku sibok berjalan sambil bercakap telefon dengan Jehan tanpa aku sedari ada sebuah motorsikal ditunggang laju menghala aku. Aku agak mesti dia akan nampak aku yang memang dah berada di laluan yang benar ni. Sangkaan aku meleset bila dia tiba-tiba dengan sewenangnya hampir merempuh aku. Aku menjerit sambil terjatuh dan tergolek ke tepi. Nasib aku sempat mengelak, kalau tak mesti aku dah tak dapat nak tunaikan impian mak!
Aku tak nampak wajah penunggang tadi yang pakai helmet tutup penuh berwarna hitam. Aku cuba bangun untuk mengecam motor dan no plat. Tapi, bila aku bangun je semuanya nampak kabur dan aku tumbang semula. Sayup-sayup kedengaran suara Jehan di ganggang telefon yang menyeru namaku.
“Itulah, kalau kut ya pun nak cakap telefon, lain kali hati-hati lah sikit! Ini tak, main redah je! Hah, tengok sekarang siapa yang susah?!” Bebel Jehan dari tadi, tak habis-habis lagi dari aku sedar sampai lah sekarang. Aku hanya diam tak berkutik, sebab tadi aku menyampuk, ingatkan dia akan diam, tapi makin kuat dia melenting.
“Rilekslah.. sikit je ni. Tampal kat dahi je, siku je, cedera ringan pun. Jap lagi pun boleh balik rumah. Kau tu beria usung aku masuk wad ni kenapa? Kau ingat aku banyak duit ke nak bayar bil hospital ni? Dah lah hospital swasta!” Jehan makin cekak pinggang.
“Bukannya nak cakap terima kasih! Penat tahu angkat kau, berat! Makan apa haa? Bab bil, tak payah kisah. Aku bayar!” Aku mencebik. “Membazir duit je!” “Duit aku, suka akulah! Dah, sekarang kau duk sini, tak payah pergi mana-mana. Esok, baru kau balik rumah. Faham?!” Jehan sudah berpaling mahu pergi tapi aku panggil dia lagi.
“Janji dengan aku jangan kasi tahu mak aku ya? Nanti dia bebel, kalah kau. Nanti tak pasal-pasal aku kena duk wad lagi sebab ada masalah telinga pulak.” Aku rayu simpati. “Aku dah telefon mak kau.” “Haa?!” “Aku cakap kau kena teman kawan kau kat hospital.” “Bagos, kalau kau yang telefon mesti mak aku percaya.” Aku senyum nakal, tapi Jehan pula yang kerut dahi. Seketika kemudian dia mengambil tempat di sofa.
“Pesal kau tak balik? Hey, aku oklah. Kat sini ramai doktor kacak akan jaga aku! Dah, pergi balik!” Aku halau Jehan, tapi dia masih buat muka selamber. “Tak apa, hari ni aku temankan kau. Terasa rajin pulak nak buat kerja amal hari ni,” katanya sambil buka labtopnya. Aku mencebik. Mengada-ngada!
“Han.. kau tak beritahu aku pun yang kau dah clash dengan Ratna..” Jehan nampak terkejut, tapi dia pandai cover. “Nak beritahu, tapi dah kau sibok dengan Karl. Tak mahu kasi sesak otak kau..” Aku mengangguk. Betul jugak, dua tiga menjak ni aku sibok sangat mengejar putera idaman aku tu.
“Sorry, sahabatku Han. Aku tak ada, masa kau perlukan aku. Tapi, tak apa. Sekarang aku dah kembali. So, story me. Apa yang buat kau ambil tindakan macam tu?” Baru Jehan nak buka mulut, tiba-tiba bilik kami dirempuh masuk seseorang. Aku terkejut sampai urut dada. Tapi yang buat aku makin terkejut bila orang itu ialah..
“Encik Karl?” Karl senyum sambil melangkah masuk tanpa perlu dijemput. “Thanks Han, sebab inform me.” Jehan senyum sambil angkat peace. Dia bangun dengan jinjit labtop sambil keluar tanpa perlu disuruh.
“Hey, Han! Kau nak pergi mana? Kata nak teman aku? Takkan kau nak balik dah?” Jehan masih buat pekak. Hish.. geram betullah aku! Aku mendengus perlahan sambil pandang wajah Karl yang setia senyum di sisi.
“Er.. hai encik Karl?” Aku buat muka tak bersalah. “Sampai hati awak buat kami macam ni? Dah lah awak lari dari kerja dan tanggungjawab awak. Tinggalkan harta benda awak. Tinggalkan kami. Kesian Mak Mah, kena buat kerja sorang-sorang. Mummy dan daddy saya pula asyik tanya awak. Diaorang ingat ada benda salah yang mereka buat sampai awak berhenti tiba-tiba. Mira pun sama. Kecewa dia, sebab dia ingat nak suprisekan awak. Awak tahu, baju yang dia bagi awak tu sebenarnya dia baru beli, semata-mata sebab nak bawa awak sekali pergi dinner. Alih-alih dia pulak yang disuprisekan dengan awak. Hurm, lagi kesian saya lah. Penat saya tunggu awak. Ingat nak beritahu family saya satu berita gembira. Tapi, saya pulak yang dapat berita sedih.” Aku mencebik lagi.
“Encik sengaja beritahu saya semua ni sebab nak buat saya rasa lagi bersalah, kan? Kan? Minta maaflah encik. Idea encik untuk kenakan saya, pakej dengan malukan saya tu tak berjaya!” “Malukan awak? Maksud awak, awak ingat saya nak beritahu family saya yang awak ni menyamar semata-mata sebab nak mengorat saya, macam tu?” Aku angguk lambat-lambat. Dah kalau tak macam tu, macam mana lagi? Aku tahu, semuanya dah terbongkar!
“Mesti Jehan yang bagitahu semua ni, kan?” “Qaseh, saya dan Han takkan buat macam tulah. Awak ni prejudis sangat! Saya tahu semuanya masa curi dengar perbualan awak hari tu. Tapi, belum sempat awak mengorat saya, saya dulu dah mengorat awak!” “Erk?” Aku blur. Macam dah faham sesuatu, tapi tak mahu buat spekulasi. Nanti dicop perasan!
“Berita gembira saya nak beritahu family saya ialah, saya ingat nak tamatkan zaman bujang saya..” Prakkk! Punah ranah dan kecewa hati aku. Mak.. nak menangis rasa. Buat apa setakat nak datang sini tapi tambahkan kesakitan aku?
“Ada kaitan ke dengan saya?” Aku buat muka tak berminat nak tahu kisah selanjutnya. “Yup, ada kaitan sebab saya nak tamatkan zaman bujang saya dan mulakan hidup sampai ke pintu syurga bersama awak, cik Qaseh!” “Haa?!” Wajah Karl di depan aku terasa jauh dan lama kelamaan makin hilang.
Aku masih pandang Karl di sebelah. Dari semalam dia asyik senyum. Dia ni tak pernah masam ke? Peliknya aku! Malunya.. boleh pulak aku terpengsan semalam. Sedar-sedar je, dia dan Jehan dah gelakkan aku. Ah.. tekanan!
Tapi, tak apa lah. Sebab tatkala ini hati aku dah berbunga-bunga macam lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar. Rasa bahagia macam ada taman dalam hati aku. Mahunya tak, Karl sebenarnya sukakan aku, aku Qaseh Sulaiman, bukannya Seha. Sukakan aku yang suka jahit manik, aku yang tak cantik dan tak rambut panjang macam Ratna, tak reti masak macam Mak Mah, suka makan KFC, suka buat air pahit, tak pakai handbag macam Puan Maria dan tak suka pakai blaus macam Mira. Dia sukakan aku seadanya. Bukan setakat suka biasa, tapi dia nak jadikan aku isteri dia! Dia nak kahwin dengan aku! Nak bercinta dengan aku lepas kahwin! Wah, bahagianya! Terima kasih ya Allah!
Keluar wad, dia temankan aku buat police report. Polis tanya aku, ada musuh ke? Hish, aku ni baik dengan semua orang lah. Sebab polis mengklafikasikan kes ni sebagai dendam sebab tak ada unsur-unsur ragut. Aku garu kepala, Karl tambah runsing. Dia bisik, memang cepat-cepat mahu kahwin dengan aku. Hish, gelojoh betul mat saleh ni!
“Awak tahu tak betapa risaunya saya bila Han beritahu awak kat hospital? Tapi, ada hikmahnya juga awak masuk wad ni kan? Kalau tak, mesti saya tak boleh nak terus-terang dengan awak. Yalah, awak tu asyik nak mengelak dengan saya?” Aku jeling dia. Mestilah, malu woo!
“Manalah tahu, penat-penat kejar kang orang tak mahu kita? Lagi tambah malu. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dah lah perigi cari timba!” “Hoo.. awak ni pemalu rupanya! Tak pe, saya nak bagi awak lagi malu sebab saya nak jumpa mak ayah awak sekarang!” “Haa? Sekarang?!” “Iya, now!” Aduh, janganlah mak macam aku, pengsan tiba-tiba. Karl senyum sambil memecut ke rumahku.
Tak sangka, semuanya begitu pantas berlalu. Macam mimpi je. Aku akan kahwin dengan putera idaman aku! Macam koya akulah Cinderella, Kate Middleton pun ada! Tinggal lagi dua minggu sebelum majlis kami. Semuanya dah dirancang. Pihak mak bapak aku pun dah suka dan setuju, pihak keluarga Karl lagilah berganda teruja! Rupa-rupanya, mereka dah perasan yang anak teruna mereka dah suka aku sejak aku sampai rumah mereka, dan mereka pun suka!
Tapi, aku perasan sesuatu. Sejak dari aku keluar hospital sebulan lepas, aku dah tak nampak bayang Jehan. Telefon pun tak. Aku SMS dia cakap aku nak kahwin dengan Karl pun dia tak balas. Apa kena kawan aku ni, haa?
Mak andam pandang serong je bila Bob pun menyibok dalam bilik pengantin sementelah aku sedang bersiap untuk didandan olehnya. “Kau ni kenapa, Bob? Kau sangap nak kahwin gak ke?” Aku nampak Bob macam tak tenteram. Nak kata pasal Karl, aku baru je telefon dia tadi. Baik-baik je mat saleh tu.
“Ini lebih besar dari aku nak kahwin! Ish, aku tak tahulah aku patut cakap kat kau ke tak..” Aku dah kerut muka, hati dah rasa tak sedap. “Cakap je lah, dah terlanjur kau dah cakap! Pasal apa ni?!” Aku dah mula nak meradang. Hampir keluar kedut-kedut kat muka.
“Han.. Jehan!” Lambat-lambat Bob menjawab. Haa.. akhirnya keluar jugak nama tu dipendengaran aku. Ingat dah pupus! “Kenapa dengan dia?!” “Erm.. Qaseh adikku sayang.. er.. kau tahu tak?” “Kau ni kalau nak citer, please straight to the point lah! Dah kalau kau tak kasi tau, camne aku nak tahu?!” Tu dia! Letupan Gunung Berapi Merapi dah keluar, sampai mak andam kat sebelah pun siap melatah dek terkejut!
“Ok.. take the deep breath.” Bob calm down kan aku yang dah memang down ni. “Kau tahu tak nenek Han dah meninggal?” “Haa?! Story more!” Aku mengadap Bob.
“Malam kelmarin, ada orang pecah masuk rumah dia. Nenek dia meninggal sebab jatuh tangga. Tapi, yang paling sedih, Han tak dapat tengok nenek dia buat kali terakhir dan tak dapat pergi kebumikan arwah sebab masa tu dia ada kat hospital. Dia koma. Qaseh, Han kena tikam!” Ya Allah! Terduduk aku dan gelas yang ada ditangan jatuh berderai ke lantai. Aku ternganga dan airmataku tiba-tiba menitis. Mak andam cuba mententeramkan aku.
“Kenapa.. kenapa baru sekarang kau bagi tahu aku?” Aku dah menangis berjela-jela. Mak andam dah tak daya nak lap muka aku. “Sebenarnya, Han tak bagi aku beritahu siapa-siapa, petah lagi kau. Sebab.. dia tak mahu kau risau. Dia sayangkan kau. Sayang, kasih dan cinta, Qaseh!” “Haa?! Apa kau mengarut ni, Bob?!” Apa ke banyak sangat kejutan yang aku terima hari ni?
Bob dah tunduk memandang lantai, juga kaca yang bertaburan yang masih belum dikutip. “Aku minta maaf. Memang aku tak patut beritahu kau, dalam keadaan kau dah nak menikah ni. Aku bukannya nak kelirukan perasaan kau. Tapi, sebagai seorang kawan, aku rasa kau patut tahu. Sekarang, terserahlah pada kau untuk buat keputusan.” Bob bangun sambil melangkah keluar. Tapi, belum sempat dia melangkah lebih jauh, aku gamit tangan dia membuatkan dia memandang aku sambil angkat kening, betul ke apa yang kau nak buat ni?
Aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam fikiran aku hanya ada Jehan. Aku bukannya nak memalukan sesiapa. Aku sayangkan Karl, tapi dalam masa sama, aku sayangkan persahabatan aku dengan Han. Sungguh, aku hanya sayangkan dia semata kerana hubungan seorang kawan dan abang kepada adik. Aku tidak menyangka perasaannya pada aku lebih dari itu. Aku perlukan jawapan. Aku perlu bertentangan dengan Jehan. Aku perlu bertemu Jehan!
Belum sempat agenda aku dengan Bob untuk lari curi dari majlis, seseorang menghalang kami. Karl? Sudah segak berbaju melayu, siap bersampin lagi. Aku hanya mampu memandangnya. Tak pernah aku rasa sebedebar ini. Dia ni macam ada sixth sense je. Boleh hidu apa aku nak buat.
“Saya dah tahu, Han kat hospital sekarang dan awak nak jumpa dia, kan?” Kan aku dah cakap! Ish, aku hilang suara. Apa aku nak cakap atau react ni? Geleng atau angguk ni?
“Qaseh, pertama kali saya nampak Han pandang awak, saya tahu ada perasaan istimewa pada dia untuk awak. Sejak itu, entah kenapa, hati saya rasa tak tenteram. Saya rasa dia pesaing saya dan, saya perlu merebut dia dari awak. Tapi, saya nak awak tahu yang awak berhak untuk buat pilihan. Saya jugak nak awak tahu, apa saja pilihan yang awak buat, saya akan sentiasa mencintai awak dan akan tetap menunggu awak di sini..” Dia bercakap sepatah lalu berpaling pergi. Aduh, dia ni memang suka buat aku rasa bersalah lah!
“Karl..?” Dia berhenti lalu berpaling menghadap aku. “Terima kasih sebab memahami. Apa-apa pun yang jadi, saya jugak nak awak tahu yang saya pernah menyintai awak.” Karl seperti biasa tetap senyum. Dia mengangguk, begitu juga aku. Ah, lantaklah.. yang penting jumpa Jehan dulu! Aku segera menarik kain baju pengantin yang meleret yang masih tersarung ditubuhku lalu menarik sekali tangan Bob supaya membawa aku pergi.
Sampai di wad yang dimaksudkan, Bob menunggu di luar dan aku perlahan-lahan menolak daun pintu untuk masuk ke dalam. Sesaat kemudian, aku keluar balik dengan linangan air mata. Bob angkat kening, kenapa?
“Bob, apa ni? Katil dia kosong!” “Haa?!” Segera dia menerpa ke arah kaunter jururawat. Aku sudah terduduk sambil menekup muka. Kepala sudah fikir yang bukan-bukan. Aku dah terbayangkan Han yang sudah tiada lagi. Betapa aku mengabaikan persahabatan kami, banyaknya maaf yang tertangguh perlu dipinta darinya. Airmata terasa murah waktu itu. Mencurah-curah seperti air hujan yang turun. Aku tak sanggup meratapi kematian Han!
“Qaseh, jangan risau. Dia masih ok cuma dah discharge. Walaupun keadaan dia tak membenarkan dia untuk keluar, tapi dia berkeras jugak. Dia tinggalkan ini untuk kau..” Bob serahkan aku sepucuk surat. Diluar sampul surat tu, terpampang nama aku. Aku dengan rakusnya terus membuka sampul dan membaca kandungan surat itu.
Salam, Qaseh.
Aku tahu, kau dah tahu segalanya dan akan datang cari aku di sini. Aku kenal kau, dan aku tahu, Bob tu bukan boleh percaya sangat kalau bab berahsia!
Biar aku terangkan pada kau dari mula. Kau pasti dah maklum yang aku kehilangan mak ayah aku waktu aku berumur 10 tahun, sebab accident. Mungkin yang ini kau tak tahu. Aku baru tahu yang mak ayah aku pergi bukan sebab kemalangan. Tapi, dibunuh dan diperlaku seperti kemalangan. Sekarang, pembunuh mak ayah aku kembali untuk mendapatkan aku dan nenek aku pula.
Dulunya dia kenalan arwah ayah. Tapi, segalanya berubah demi dendam pada arwah ayah aku yang pernah melaporkan kepada polis mengenai kegiatan haramnya.
Mulanya, dia mencari orang yang aku sayang sebagai amaran. Ratna.. dia tahu hubungan aku dan Ratna. Demi keselamatan Ratna, aku terpaksa memutuskan hubungan aku dengannya. Kemudian, kau Qaseh. Ingat tak lagi pada kejadian langgar lari motor tu? Dialah dalangnya.
Bila dia nampak aku mulai menjauhkan diri dari kau, dia pun mulai menyerang nenek dan aku. Aku, tak sempat nak selamatkan nenek. Dan aku tak mahu itu semua terjadi pada kau walaupun sedalam mana sayang aku pada kau.
Ya, sekarang aku mengaku aku cintakan kau. Aku pernah rasa begitu 10 tahun dulu. Tapi, aku cuba menepis sebab aku tahu perasaan kau pada aku. Kita kawan.. ayat yang kau selalu ulang itu sedarkan aku. Aku cuba hindarkan dan padam, tapi makin aku cuba lupakan, makin sayang aku pada kau. Aku cuba untuk menyintai orang yang menyintai aku, Ratna. Tapi, aku kalah lagi pada perasaan itu. Aku memutuskan untuk tidak menipu diri sendiri lagi.
Sekarang, biar aku tinggalkan semua ni. Aku tinggalkan demi menuntut bela pemergian orang yang aku sayang. Untuk kau, kembalilah pada Karl. Kalau pun kau cari aku, aku tahu kau hanya kasihankan aku, bukan cinta. Cintailah dia yang menyintai kau. Kau akan bahagia dengannya.
Mengenai aku, tak perlu kau fikir. Anggap saja aku dah tiada. Cukup dengan kau dah bahagia, buat aku bahagia. Inilah cara aku menyintai kau.
Maaf, maaf, maaf. Maaf sebab melibatkan kau dalam semua yang terjadi pada aku. Maaf sebab meletakkan perasaan ini lebih pada kau, yang sepatutnya tidak patut lebih. Maaf sebab tak berani untuk berdepan dengan kau dalam keadaan aku begini.
Harap nanti kita tak bertemu lagi..
Jehan.
Aku menyerahkan surat itu kepada Bob dan menangis lagi. Jehan..
Aku kembali ke rumah ku dengan wajah yang sembab. Tapi, aku tidak menyangka yang Karl masih menunggu aku pulang. Aku nampak kesungguhan dari riak wajahnya. Ya, aku tidak silap lagi. Wajahnya yang hadir semalam selepas solat istiharahku betul-betul menandakan dialah orangnya yang akan bersamaku.
Akad dilafaz, cincin bersarung. Sah, aku dan Karl kini bergelar suami isteri. Aku menangis lagi. Karl..
“Qaseh, ingat lagi tak masa first time kita jumpa?” Ah, dia bukak pulak peristiwa memalukan aku! Tapi, memang kebanyakan kenangan kami ialah kenangan memalukan aku! Aku angguk sambil tunduk senyum. Nak kenakan aku lagilah tu!
“Tahu tak kenapa saya tak ketawa masa Qaseh cakap pernah jumpa saya dalam mimpi?” Aku angkat bahu sambil kerut muka.
“Tak cerita mana nak tahu?” Karl tergelak. “Betul jugak, kan?” Aku beralih mengadapnya. Boleh atas pelamin ni bukak cerita? Hish.. Memanglah, sebab dah tengah malam. Tetamu yang lain semua dah balik, tinggal anak beranak kami je menepung tawar. Penat tunggu pengantin perempuan yang tak muncul-muncul!
“Sebab, sebenarnya malam sebelum tu saya pun pernah mimpi pasal Qaseh. Cuma, saya tak tahu nama Qaseh. Itu yang saya tanya, kita pernah jumpa ke sebelum ni? Bila Qaseh cakap dalam mimpi, barulah saya ingat. Sebab tu masa Han gelak sakan, saya tak gelak! Kena atas batang hidung sendiri jugak! Kita ni dah berjodoh rupanya! But, the thing is.. I fall in love with you at the first sight!” Wah, cam gitu ya? Haa.. romantiknya! Haa.. jangan pengsan lagi sudey lah!
“Saya pun begitu juga! Sayang encik Karl!” “Apa encik-encik? Panggil abang, tahu?” Kami tergelak. Dalam hati, terfikir. Apa agaknya Jehan tengah buat sekarang?
Aku tarik nafas dalam-dalam. Mengingat kembali memori bersama Jehan, kenangan mengejar cinta Karl dan betapa aku berikhtiar untuk mendapatkan jodoh yang terbaik hingga terlupa kepada yang Maha Mencipta. Padahal hidup kita yang sementara ini adalah untuk mencari redha-Nya, begitu juga dalam mencari pasangan. Kita tidak perlu menjadi orang lain untuk orang lain, kita tak perlu sempurna untuk mencari yang sempurna kerana perkahwinan itu ialah melengkapkan yang kurang antara hubungan Adam dan Hawa, kerana tiada yang sempurna selain Allah s.w.t. Beria aku mencari yang jaoh, padahal jodoh itu ada didepan mataku. Tapi, mungkin sudah tersurat yang Jehan bukan jodohku, aku terima semuanya dengan redha. Terimalah segalanya yang lebih dan kurang itu dengan ikhlas, tak perlu ikut trend. Jodoh itu ada, atas urusan Allah s.w.t. menentukannya. Tapi, perlu juga kita berusaha ke arahnya.
Karl, Qaseh, Han – KaSeHan. FYI, 76% for this story was based from true story..
12.09 am 16/5/2011
cian kat Han... p best cgat...
ReplyDeleteerm.. tula.cadang citer ni mmg nk bt sambungan. not fair utk Han, kan?story ni mmg nampak sangat termenggantungannya!hehe..tp, kalu yg baru nt x based from true story la ye!hehe..
ReplyDelete