Tuesday, June 7, 2011

Nur Kasih The Movie



At last!  Haha.. gumbira rasa sebab dapat juga saya menengok cerita yang sangat diminati zaman kemasyuran dramanya dulu, Nur Kasih The Movie! Nak tengok dah lama, tapi update punya update schedule yg pack ni, dapat juga nonton bersama adik perempuan saya (beliau lagi excited sebab setelah 15 tahun hidup, inilah for the first time die jejak panggung! Tapi, tak bagus juga budak sekolah pergi cinema..eh, ye ke?hehe.  Yalah, sebab kite dedulu umur sebaya dia mana boleh nak keluar dengan member-member, petah lagi nak ke mall!)

Ngelat punya ngelat dengan bos, kami pergi 3 hari lepas (fuh, hari ni baru sempat nak share! Siboknya aku!  Kalah PM!)  Mulanya nak heret mak sekali masa start tayang, tapi bila dengar cinema pack, hold dulu.  Bila tiba hari nak pergi, mak pulak tak mahu join.  Katanya cerita orang muda-muda, korang je la pergi!  (ye je?  aku nampak bersepah je mak cik follow kat dalam cinema? mak perasan tua, kut?hehe)

Ok, honestly saya selok orang sangat nak tengok muvie ni bukan sekadar atas desakan mata nak tengok ketampanan Remy Ishak atau Fizz Fairuz.  Juga kelembutan dan keanggunan Tiz Zaqyah.  Tapi, saya mendambakan jalan cerita, choreografinya, set, lagu latar dan skripnya.. yang sangat berkesan dalam dramanya sebelum ni.  Ternyata, Khabir Bhatia memang tak pernah mengecewakan saya seperti film Cinta, Sepi, Setem dan tak lupa drama Manjalara, Kasih Suci, Gemilang (paling saya salute!) dan terbaru Juvana.  Pendek citer, memang tak bazir duit lah support lu bro!

Permulaan cerita agak mendatar dan penuh tanda tanya.  Eh, kenapa pulak?  Kenapa cam ni?  Macam mana boleh jadi macam tu? Pesal pulak? Haa.. kira ala-ala macam tu keluar tanda soal dari kepala.  Tapi, dah lama barulah kita faham.  Tapi kan wa cakap sama lu, memang terkezut gila scene keretapi meletup tu!  Real habis!  Nasib tak termelatah dalam cinema!  Haha!

Menonton cerita ni buat kita tersentak dari lena yang panjang (kununnya lah!).  Betapa kita ni alpa dan lalai dengan dunia.  Baru kena ujian sikit, cepat melatah.  Walaupun kehilangan itu amat memeritkan, tapi sebenarnya kita tak pernah sendiri dalam hidup.  Film ni juga mengubah persepsi yang nampak tak indah di luar, tapi tak semestinya tak indah di dalam.  Bak orang putih cakap 'dun judge a book by its cover'.  Rasanya, watak Mamat tu menyentuh perasaan jugak. Dia mengingatkan kita bahawa setiap orang mempunyai peluang kedua, begitu juga buat Adam, Aidil dan Nur.

Best part for me, was the last part.  Time Aidil kena pukul, Adam dah sakit dan Nur pulak nak bersalin.  Tetiba keluar pula Afida Es dan Rahim Razali.  Lagilah penonton tertanya-tanya.  Wah, suspens sungguh!

Overall, film ni best sangat!  Paling best, ostnya.  Nur Kasih by Yaasin feat Tiz, Bertemu Cinta by Mila Jirin and Tanpamu by Sabhi Sadi feat Helena.  Tersirat amat liriknya!  Pada yang belum menonton, rasanya tak rugi kita support our local film, right?  Tak kisah lah orang cakap cerita ni lembab ke, penuh airmata ke.. yang pasti we have our own perception kan?  Have fun!

No comments:

Post a Comment