Wednesday, June 15, 2011
Kashaf Imani
Assalamualaikum~ Hai, kengkawan! (Eceh, macam ramai sangat je kengkawan aku nih!). Ok la, entry kali ni saya nak share sket citer garapan Azma Aizal Yusoff yang boleh diberi pujian hingga tabik springgg~ gitu! Tak kira la korang nak cakap saya ni ketinggalan ke, lapuk ke (sebab citer ni dah lama kuar kat Astro sempena Maulidur Rasul hari tu. In fact skrang dah berapa kali ulang tayang dah. Beselah, rumah kita tak ada Astro!), yang penting citer keterujaanku mencari citer ni selepas tengok trailernya memang berbaloi. Superb, beb!
Puji, puji jugak sampai melambung. Mestilah korang nak tahu pe yang best sangat sampai saya duk memuji dari tadi, kan? Haaa..
Alkisahnya begini. Kashaf (Beto Kusyairy) ni seorang anak lelaki yang duk dengan maknya Rosnah (Normah Damanhuri) dan Shamim (Wan Sharmila) adik perempuannya di flat di ibu negara. Dia seorang drug dealer, dan maknya seorang GRO dan adiknya student lagi. Hidup bergelandangan begitu, menyebabkan kehidupannya kucar kacir, dengan dia asyik bergaduh dengan mak dan adiknya. Tanpa dia sedar, ada seorang gadis meminatinya dalam diam, iaitu Imani (Sharifah Amani) yang tinggal berjiran dengannya bersama neneknya. Imani akan kutip semua barang yang dibuang Kashaf sebagai simpanannya.
Sampailah satu saat barang simpanan Imani yang selalu diletakkan dalam tin biskut tu sampai ke tangan Kashaf, menyebabkan Kashaf tertarik untuk tahu siapa empunya tin itu. Selidik punya selidik, Imani punya dan bila ditanya, malu lah kalau Imani nak mengaku kan? Tapi, saya suka bila time Imani berlalu dan Kashaf cakap "cumilnya!". Hahaha.. tak tahu lah siapa yang saya nampak cumil, Kashaf or Imani!
Satu malam, Kashaf gaduh besar dengan ibu dan adiknya sehingga dia dihalau keluar rumah oleh ibunya. Dalam keadaan dia merayau berseorangan di luar, dia telah ditikam oleh orang suruhan Farouk, kes dadah ler. Jeng, jeng, jeng.. what next? Takkan cepat sangat hero mati kut?
Imani ni kerja di sebuah perpustakaan memang seorang yang diberi anugerah dengan dapat melihat roh orang mati. Roh akan datang meminta bantuan dengannya. Nak dijadikan cerita, hanya Imani seorang saja nampak roh Kashaf berlegar-legar meminta bantuannya. Kashaf nak selamatkan Shamim yang dah terperangkap dengan Farouk (Farouk nak jadikan Shamim drug dealer) dan beritahu mak dia yang dia sayangggg mak dia! Sebab sebelum dia jumpa Imani, dia balik rumah dan nampak mak dia menyesal halau dia keluar rumah semalam. Walaupun mak dia sayang Shamim lebih sebab melahirkan Shamim dengan bapak manakala melahirkan Kashaf dengan tidak berbapa, namun dia sayang semua anak-anaknya.
Shamim terlalu ghairah untuk mengejar harta dunia, tapi nak salahkan dia pun tak boleh jugak. Sebab dia dah dibesarkan dalam kehidupan yang serba kurang. Its depend on urself. Ada jugak orang yang kurang berkemampuan boleh berjaya dari orang yang berada.
Tapi, I likes this drama. Penuh dengan drama. Mengajar kita bawah mati itu pasti, cuma bukan ilmu kita untuk tahu bila waktunya. Dengan waktu yang bersisa ini, perlulah kita segera bertaubat, dan pohon kemaafan khususnya dari orang tua kita, dan umumnya orang di sekeliling kita. Doa ibu itu tiada hijabnya. Seburuk-buruk kita didunia ini, adalah sebaik-baik kejadian Allah. Jangan pertikai apa dan mana kita berada, pertikai usaha apa dan mana untuk kita berjaya. Semuanya kembali pada yang satu.. pencipta kita Allah swt. Dengan izin-Nya, segala yang mustahil mungkin akan ada keajaiban.
Jadi, apa jadi pada Shamim? Terpedaya kah beliau dengan tipu helah Farouk? Camne pulak kisah cinta Imani dan Kashaf? Sad love story ke hape? Tahu tak mak dia yang Kashaf sayang mak dia? Haa..kene carik sendiri la kengkawan! Hehe.. thumb ub to all produksi!
Labels:
preview drama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment