Wednesday, June 15, 2011

Kashaf Imani


Assalamualaikum~ Hai, kengkawan! (Eceh, macam ramai sangat je kengkawan aku nih!).  Ok la, entry kali ni saya nak share sket citer garapan Azma Aizal Yusoff yang boleh diberi pujian hingga tabik springgg~ gitu!  Tak kira la korang nak cakap saya ni ketinggalan ke, lapuk ke (sebab citer ni dah lama kuar kat Astro sempena Maulidur Rasul hari tu.  In fact skrang dah berapa kali ulang tayang dah.  Beselah, rumah kita tak ada Astro!), yang penting citer keterujaanku mencari citer ni selepas tengok trailernya memang berbaloi.  Superb, beb!

Puji, puji jugak sampai melambung.  Mestilah korang nak tahu pe yang best sangat sampai saya duk memuji dari tadi, kan?  Haaa..

Alkisahnya begini.  Kashaf (Beto Kusyairy) ni seorang anak lelaki yang duk dengan maknya Rosnah (Normah Damanhuri) dan Shamim (Wan Sharmila) adik perempuannya di flat di ibu negara.  Dia seorang drug dealer, dan maknya seorang GRO dan adiknya student lagi.  Hidup bergelandangan begitu, menyebabkan kehidupannya kucar kacir, dengan dia asyik bergaduh dengan mak dan adiknya.  Tanpa dia sedar, ada seorang gadis meminatinya dalam diam, iaitu Imani (Sharifah Amani) yang tinggal berjiran dengannya bersama neneknya.  Imani akan kutip semua barang yang dibuang Kashaf sebagai simpanannya.

Sampailah satu saat barang simpanan Imani yang selalu diletakkan dalam tin biskut tu sampai ke tangan Kashaf, menyebabkan Kashaf tertarik untuk tahu siapa empunya tin itu.  Selidik punya selidik, Imani punya dan bila ditanya, malu lah kalau Imani nak mengaku kan?  Tapi, saya suka bila time Imani berlalu dan Kashaf cakap "cumilnya!".  Hahaha.. tak tahu lah siapa yang saya nampak cumil, Kashaf or Imani!

Satu malam, Kashaf gaduh besar dengan ibu dan adiknya sehingga dia dihalau keluar rumah oleh ibunya.  Dalam keadaan dia merayau berseorangan di luar, dia telah ditikam oleh orang suruhan Farouk, kes dadah ler.  Jeng, jeng, jeng.. what next?  Takkan cepat sangat hero mati kut?

Imani ni kerja di sebuah perpustakaan memang seorang yang diberi anugerah dengan dapat melihat roh orang mati.  Roh akan datang meminta bantuan dengannya.  Nak dijadikan cerita, hanya Imani seorang saja nampak roh Kashaf berlegar-legar meminta bantuannya.  Kashaf nak selamatkan Shamim yang dah terperangkap dengan Farouk (Farouk nak jadikan Shamim drug dealer) dan beritahu mak dia yang dia sayangggg mak dia!  Sebab sebelum dia jumpa Imani, dia balik rumah dan nampak mak dia menyesal halau dia keluar rumah semalam.  Walaupun mak dia sayang Shamim lebih sebab melahirkan Shamim dengan bapak manakala melahirkan Kashaf dengan tidak berbapa, namun dia sayang semua anak-anaknya.

Shamim terlalu ghairah untuk mengejar harta dunia, tapi nak salahkan dia pun tak boleh jugak.  Sebab dia dah dibesarkan dalam kehidupan yang serba kurang.  Its depend on urself.  Ada jugak orang yang kurang berkemampuan boleh berjaya dari orang yang berada. 

Tapi, I likes this drama.  Penuh dengan drama.  Mengajar kita bawah mati itu pasti, cuma bukan ilmu kita untuk tahu bila waktunya.  Dengan waktu yang bersisa ini, perlulah kita segera bertaubat, dan pohon kemaafan khususnya dari orang tua kita, dan umumnya orang di sekeliling kita.  Doa ibu itu tiada hijabnya.  Seburuk-buruk kita didunia ini, adalah sebaik-baik kejadian Allah.  Jangan pertikai apa dan mana kita berada, pertikai usaha apa dan mana untuk kita berjaya.  Semuanya kembali pada yang satu.. pencipta kita Allah swt.  Dengan izin-Nya, segala yang mustahil mungkin akan ada keajaiban. 

Jadi, apa jadi pada Shamim?  Terpedaya kah beliau dengan tipu helah Farouk?  Camne pulak kisah cinta Imani dan Kashaf?  Sad love story ke hape?  Tahu tak mak dia yang Kashaf sayang mak dia?  Haa..kene carik sendiri la kengkawan!  Hehe.. thumb ub to all produksi!

Tuesday, June 7, 2011

Nur Kasih The Movie



At last!  Haha.. gumbira rasa sebab dapat juga saya menengok cerita yang sangat diminati zaman kemasyuran dramanya dulu, Nur Kasih The Movie! Nak tengok dah lama, tapi update punya update schedule yg pack ni, dapat juga nonton bersama adik perempuan saya (beliau lagi excited sebab setelah 15 tahun hidup, inilah for the first time die jejak panggung! Tapi, tak bagus juga budak sekolah pergi cinema..eh, ye ke?hehe.  Yalah, sebab kite dedulu umur sebaya dia mana boleh nak keluar dengan member-member, petah lagi nak ke mall!)

Ngelat punya ngelat dengan bos, kami pergi 3 hari lepas (fuh, hari ni baru sempat nak share! Siboknya aku!  Kalah PM!)  Mulanya nak heret mak sekali masa start tayang, tapi bila dengar cinema pack, hold dulu.  Bila tiba hari nak pergi, mak pulak tak mahu join.  Katanya cerita orang muda-muda, korang je la pergi!  (ye je?  aku nampak bersepah je mak cik follow kat dalam cinema? mak perasan tua, kut?hehe)

Ok, honestly saya selok orang sangat nak tengok muvie ni bukan sekadar atas desakan mata nak tengok ketampanan Remy Ishak atau Fizz Fairuz.  Juga kelembutan dan keanggunan Tiz Zaqyah.  Tapi, saya mendambakan jalan cerita, choreografinya, set, lagu latar dan skripnya.. yang sangat berkesan dalam dramanya sebelum ni.  Ternyata, Khabir Bhatia memang tak pernah mengecewakan saya seperti film Cinta, Sepi, Setem dan tak lupa drama Manjalara, Kasih Suci, Gemilang (paling saya salute!) dan terbaru Juvana.  Pendek citer, memang tak bazir duit lah support lu bro!

Permulaan cerita agak mendatar dan penuh tanda tanya.  Eh, kenapa pulak?  Kenapa cam ni?  Macam mana boleh jadi macam tu? Pesal pulak? Haa.. kira ala-ala macam tu keluar tanda soal dari kepala.  Tapi, dah lama barulah kita faham.  Tapi kan wa cakap sama lu, memang terkezut gila scene keretapi meletup tu!  Real habis!  Nasib tak termelatah dalam cinema!  Haha!

Menonton cerita ni buat kita tersentak dari lena yang panjang (kununnya lah!).  Betapa kita ni alpa dan lalai dengan dunia.  Baru kena ujian sikit, cepat melatah.  Walaupun kehilangan itu amat memeritkan, tapi sebenarnya kita tak pernah sendiri dalam hidup.  Film ni juga mengubah persepsi yang nampak tak indah di luar, tapi tak semestinya tak indah di dalam.  Bak orang putih cakap 'dun judge a book by its cover'.  Rasanya, watak Mamat tu menyentuh perasaan jugak. Dia mengingatkan kita bahawa setiap orang mempunyai peluang kedua, begitu juga buat Adam, Aidil dan Nur.

Best part for me, was the last part.  Time Aidil kena pukul, Adam dah sakit dan Nur pulak nak bersalin.  Tetiba keluar pula Afida Es dan Rahim Razali.  Lagilah penonton tertanya-tanya.  Wah, suspens sungguh!

Overall, film ni best sangat!  Paling best, ostnya.  Nur Kasih by Yaasin feat Tiz, Bertemu Cinta by Mila Jirin and Tanpamu by Sabhi Sadi feat Helena.  Tersirat amat liriknya!  Pada yang belum menonton, rasanya tak rugi kita support our local film, right?  Tak kisah lah orang cakap cerita ni lembab ke, penuh airmata ke.. yang pasti we have our own perception kan?  Have fun!