Sunday, February 13, 2011

Surat Cinta

Pergh..tragis gila drama ni!  Semalam baru lepas tengok drama, tajuk dia Surat Cinta di RTM1, pukul 9.00pm-11.00pm.  Bukan senang nak tengok cerita melayu best, jadi tunggu la sampai habis.  At last, ternyata garapan dari pengarah Along Kamarudin ni tidak sia-sia sebab jalan cerita dia tak kurang hebat la. Boleh dibanggakan.  (yalah, kalu kita sendiri Malaysians tak support cerita kita, siapa lagi, kan?). 

Cerita dia macam ni, Zulkarnain dan Normala ni best friend forever ever lah since secondary school.  Mereka ni kira pelajar hebat la jugak sebab study dekat sekolah berasrama penuh.  Si Zulkarnain atau Nain, lakonan Nazim Othman (aku memang suka gila lah actor baru tapi lakonan dia hebat gila!  Kalu korang perasan dia jadi watak antagonis dalam cerita Asmara.  Sangat jahat kan?), sangat suka berpuisi dan dia selalu menterjemahkan kepada Normala atau Mala, lakonan tak tahu la nama dia (tapi, muka dia ala-ala hindustan sket.  Ingatkan tamil actress, tapi Malays rupanya!).  Nak dijadikan cerita, Cikgu Ayob, lakonan Heriyanto ni panggil si Nain ni, mengatakan Nain ni sibok bercinta, sampai abaikan pelajaran.  Si Nain ni pelik la.  Jeng, jeng jeng!  Cikgu Ayob ni pun buat keluar la surat cinta yang Nain bagi kat Mala.  Nain ni pun bengang la campur kecewa, yang si Mala ni pergi bagi kat Cikgu Ayob surat cinta dia apahal, kan?  Lagi pulak Cikgu Ayob siap bagi warning lagi jangan kacau Mala ni sebab dia dah anggap Mala ni macam adik dia, plus Mala tu pulak jiran dia.

Jadi, start dari tu la Nain ni berdendam dengan Mala.  Benci sesangat dan menyampah sesangat!  Tengok muka pun tak mahu.  Jeling je tiap kali jumpa Mala.  Mala tahu sebab kebencian Nain, tapi dia nak explain yang bukan dia yang bersalah bagi surat cinta tu pada Cikgu Ayob.  Tapi, setiap kali cuba nak explain, setiap kali tu lah Nain akan mengelak untuk bertembung dengan dia.  Bagi Nain, that's all finish!  There nothing between us!  Haa.. betapalah kebencian dan keegoan tu menyelimuti diri Nain ni.

Kebencian Nain berlanjutan hingga mereka masuk  U sesama.  Nain akrab dengan Juita, lakonan Leez AF manakala Mala sangat baik dengan Nasir, lakonan Fezrul Khan.  Nain and Nasir ni pulak best friend jugak, dan Nain tahu la Nasir ni memang minat yang amat la pada Mala.  Cuma, Nasir ni hairan sebab Mala telah menolak cinta dia.  Jadi, Nasir pun membawa hati yang lara ke UK.

Mereka dah graduate dan Nain pun dah nikah dengan Juita.  Dah ada daughter nama Sara dalam usia tak sampai setahun lagi kut.   Budak tu tengah merangkak.  Juita selalu mengadu dekat colleague dia yang recently Nain selalu termenung and mengelamun sesorang.  She's worried, takut Nain ingatkan Mala.  Dia tahu hubby dia memang tak dapat lupakan Mala.  The other scene, memang Nain tu tengah ingatkan Mala, selepas dia ternampak Mala tengah naik kereta kat tepi jalan, tapi dia menyangkal depan wife dia.

Nasir yang baru balik Malaysia pula terserempak dengan Mala yang baru keluar bank.  Paling menarik, Nasir beruntung sebab sempat berbual-bual dengan Mala.  Dah chatting, Nasir dapat tahu diaorang akan kerja satu bank.  Tapi, malangnya, Mala dah last day at that day.  Nasir pun serkap jarang, macam Mala nak larikan diri dari dia, je.   Tapi, Mala have strong reasons.  Nak jaga her mother lepas father dia baru meninggal.

Nasir ni cari Nain.  Yalah, best friend mesti lah nak jumpa kan?  Dia pun cerita lah pasal Mala.  Dia tak habis-habis nak pertikai, kenapalah Mala ni tak mahu pada dia.  Nak kata ada boyfie, pesal tak kahwin? Nain ni usha-usha tanya, tapi tak dapat tahu lebih sebab Nasir dah macam suspicious.  Siap ugut nak report kat wife dia! Haha!  Cuak muka Nain!

Kesihatan Mala bertambah worst bila mak dia pun dah tinggalkan dia.  Mak Cikgu Ayob risau, dan suruh anak dia nikah dengan Mala.  Sekurang-kurangnya, ada orang jagakan Mala.  Tapi, Cikgu Ayob yang tak nak sebab dia tahu Mala tak cintakan dia.   Lagi pun, Cikgu Ayob dihantui rasa bersalah pada hubungan Mala dan Nain.  Hah, suspens rite?

Actually, Mala memang innocent!  Cikgu Ayob yang nampak Nain letak surat cinta tu kat meja Mala during recess.  Tapi, oleh sebab masa tu Cikgu Ayob pun ada hati jugak kat Mala, jadi dia sengaja ambil peluang ni dengan TIDAK explain pada Nain, yang Cikgu Ayob sendiri jumpa surat cinta tu.  Dia sengaja buat keadaan jadi unsettle dengan mengandaikan Mala yang serah surat cinta tu pada dia.  Hurm.. sebenarnya, not a big deal.  Tapi, oleh sebab ego yang melampau, perkara yang boleh settle dari dulu lagi, jadi makin serabot hari ke hari.  Makan tahun dan dua hati yang sebenarnya suka sama suka boleh jadi macam ni.

Mala telefon Nasir suruh dia datang rumah dan jelaskan pada Nasir, kenapa dia tak terima Nasir.  Nasir jatuh rahang dengar cerita dia!  Dia nak settle hal ni dengan explain pada Nain, tapi Mala tak bagi.  Dan-dan tu juga Cikgu Ayob datang dan dia serahkan name card Nain pada Cikgu Ayob.

Nasir explain juga hal ni pada Nain, dan Nain pulak jatuh rahang!  Ternganga sampai menitiskan airmata! Sungguh dia tak sangka perkara ni akan terjadi.  Menyesal tak sudah!  Barulah dia sedar selama ni Mala banyak terluka dan banyak berkorban untuk dia.  Barulah dia sedar yang Mala tu betul-betul cintakan dia. Sanggup dia jauhkan diri dari Nain semata-mata nak tengok dia bahagia dengan Juita.  Nain terus ke Melaka, nak jumpa Mala selepas dapat permission dari Juita.  Meraung jugak la wife dia lepas bagi permission tu. Bini mana tak sayang laki, weh?  Tapi, demi kebahagian hubby dia, dia rela.

Nain call Mala.  Akhirnya!  Mala pun excited la sebab Nain cakap nak jumpa dia.  Dia dengar bunyi hon kat luar rumah dia, dia pun terus lari sampai terjatuh dan terlanggar bucu tangga.  Rupa-rupanya bukan Nain yang datang, tapi Cikgu Ayob.  Arghh.. tensen je Cikgu Ayob ni!  Cikgu Ayob meluru masuk lepas dengar teriakan Mala terkejut bila nampak Mala dan berlumuran darah dan bawa Mala terus ke hospital.  Then dia call Nain.  Sesampainya di hospital, Nain terus meluru masuk tatkala ternampak je Cikgu Ayob.  Apa yang menjadikan cerita ni tragis, Nain kena langgar oleh seorang pemandu yang tengah rushing nak hantar wife dia yang nak bersalin!

Nain menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Cikgu Ayob.  Mala pun meninggal di samping mak Cikgu Ayob.  Herm.. what a sad love story!  Macam Romeo and Juliet, macam Laila and Majnun!  Macam Bobby, eh.. tak boleh!  Tu happy ending!

Moral of story, berdepan lah dengan masalah anda.  Jangan lari dari masalah.  Bila anda dah in love dengan someone, just admit it.  Jangan tipu diri sendiri hanya sebab dendam yang tak sudah.  Lastly, jangan terlalu membenci seseorang, kelak dia akan menjadi orang yang anda sayang.  Jangan terlalu menyayangi seseorang. Kelak dia akan menjadi orang yang anda benci.  Bersederhanalah.  Cintalah pada yang kekal abadi.  Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment