“AKU peliklah.. Kenapa dalam ramai-ramai lelaki kaya kat dunia ni kau pilih dia”. Lily yang dari tadi menongkat dagu, mengangguk mengiakan kata-kata Maya. Aku senyum bangga sambil mengangkat bahu.
“Dan.. Kenapa dalam ramai-ramai perempuan tak cantik kat dunia ni dia pilih kau?”, sampuk Kak Nina yang entah dari mana datang. Aku campak kain mengelap ke meja. Weh, ni dah lebih! Ada unsur-unsur hiperbola punya mengutuk aku ni! Nasib baik kau anak tokey kedai makan ni, kalau tak dah lama kain ‘wangi’ ni aku sumbat dalam mulut kau!
“Ya lah, kalau diikutkan, aku ni yang sikit punya cantik, yang dah lama tackle dia tak dapat-dapat pun. Kau pulak yang terover acting, dapat! Ubat apa kau bagi dia, ha?”, Kak Nina masih lagi belum berganjak. “Sebab Kak Nina sikit je cantik. Saya ni cantik banyak! Em.. ubat apa saya bagi, itu bak kata Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia.. yang penting kerusi Ogawa tu saya nak ada dalam rumah saya tepat jam 9.00 pagi, ya kak!”, aku angkat kening. Pueh hati den! Kak Nina mendengus kasar sambil berlalu pergi. Pom-pom girl aku, Maya dan Lily bangun sambil menepuk tangan, persis orang menang lumba kuda lagaknya!
Sebuah kereta Alfa Romeo berwarna hitam meluncur laju dan berhenti didepan kedai tempat kitorang bekerja. “Ops.. maafkan beta kalian! Nampaknya, kekanda beta sudah sampai dan ingin bertemu beta. Izinkan beta mengundur diri dulu”. Maya dan Lily menjengilkan mulut. “Jealouslah tu!” “Conferm lah! Tapi, aku salute la ko, Laila. Kau berjaya jinakkan singa jadi kucing!” “Of course lah! Walaupun aku ni bukan badut sarkas, tapi aku kan Laila. Laila Isabella ni!” Maya pandang Lily. “Poyo!”
Hon dibunyikan, tanda aku sudah lewat. “Nanti jangan lupa bagitahu kitaorang ubat ‘biarlah rahsia’ kau, ek!”, masih kedengaran tempikan mereka. Aku senyum sendiri sampai tak sedar sudah berada dalam kereta.
Alkisahnya begini. Boyfriend aku ni aku kenal sebab dia suka sangat makan kat kedai tempat aku, Maya dan Lily kerja. Memang lah dia ni banyak punya hensem, dah la kaya! Tapi, satu benda je tak melengkapkan pakej mamat ni. Dia ni berlagak! Panas baran! Banyak bunyi! Kalau time order tu, banyak benor peelnya. Nak itu lah, ini lah. Ingat lagi masa first time aku jumpe dia, aku terlanggar dia masa aku tengah bawak dulang air. Terperciklah air kopi tu kat kemeja dia. Sikit je, tapi dia punya marah plus hangin satu badan macam aku jirus dia dengan air tu! Nasib dia still lagi datang kedai ni, kalau tak mati aku kena fired!
Dari situ lah aku start suke dia. Start suke pada orang yang dah hamun aku! Pelik kan ? Ala , apa nak heran, kan cinta tu buta. Tibalah satu hari, aku nampak dia makan situ dengan seorang perempuan. Mesra lah cara dia layan awek tu. Aku dengar tokey cakap tu girlfriend dia, diaorang sama-sama belajar kat oversea. Leleh air liur aku dengar. Frust seh!
“Aku kan , kalau dapat couple dengan dia sehari pun jadi lah.. Lepas kempunan!”, aku menyampaikan hasrat terpendam sambil melepaskan lelah melayan pelanggan. Maya dan Lily macam biasa, buat-buat pekak je kalau aku bukak kitab pasal Encik Berlagak.
“Kau tak payah lah duk mengigau di siang hari dengan mamat tu..”, kata Kak Nina yang muncul kat tepi aku. Memang lah perempuan ni, suka sangat bak kata Letto, ‘kau datang dan pergi begitu saja’. Suka aku lah nak suka kat Encik Berlagak ni! Nape, kau pun nak tumpang 10 jari jealous?
“Tapi, kalau nasib kau baik lah, kau boleh try isi form sekarang..”, bisiknya hampir dengan telinga aku. “Pesal plak?” “Eh, aku dengar bapak aku cakap, dia dah clash dengan aweks dia tu!” “Eh, kisah benar ke nih? Em, ada syarat ke?” “Kau nape, dia bukannya Puteri Gunung Ledang pun!” “Mana lah tahu, nak7 dulang paku serpih ke? 10 tempayan darah perempuan busuk hati macam akak ke?” “Hoi, mulut tak beli insurans,nampak?! Tapi, kalau muka cam kau ni, dalam mimpi pun dia tak pandang tau! Aku ni lainlah!” Aku pandang dia atas bawah. Cantik lagi nenek aku! Gandaan infiniti!
“Kalau saya dapat couple dengan dia dalam masa tiga hari ni, apa akak nak bagi saya?”, kataku membuatkan langkahnya terhenti. Maya membulatkan mata, Lily pulak tarik-tarik hujung t-shirt aku. “Weh, jangan lah tak de pasal cari pasal!”, bisik Maya. Kak Nina senyum sinis. “Apa kau nak?” Aku mengurut janggut yang tak ada kat dagu. “Saya nak kerusi urut Ogawa, hadiah birthday nenek saya minggu depan. Murah je, sekarang tengah promosi. Boleh?” “Tanggung beres, itu pun kalau kau boleh buat apa yang kau cakap tu la!”, dia ketawa macam Prof. Klon. Buruk benor! “Akak get ready je la fulus tu!”
Jadi, aku pun memulakan rancangan untuk men’tackle’ Encik Berlagak. Nenek aku ajar, kalau kita nakkan sesuatu, kita kena usaha. Inilah yang tengah aku buat. Aku usha dia, start dia balik kerja sampai dia pergi kerja semula. Ingat nak bagi ayat paling power pada sampai dia cair. Tapi, entah memang jodoh aku agaknya, waktu tu aku dah parking basikal aku baik punya kat tempat lapang tu. Aku pun berlegar-legar lah area pantai yang dekat dengan rumah aku. Bila aku datang kat situ, kebetulan Encik Berlagak tengah undur kereta dia dan dengan selamber kuda nya dia merempuh kenderaan aku! Kurang asam gelugur!
“Apa ni encik, pesal jahanamkan basikal saya?!”, kataku sambil mengetuk cermin keretanya. “Kau tu, pesal letak besi buruk tu tengah jalan?!” “Huwaa..Encik cakap ni besi buruk?! Encik tahu tak, kalau nak banding dengan besi kereta encik, harga F1 saya ni lagi mahal tahu!” “Aku tak tahu dan tak hadap nak ambil tahu. Dah, sekarang kau ambil jenazah basikal kau tu dan blah dari laluan aku! Cepat sikit!” “Encik Berlagak ni memang dah lebih!” “Eh, jap. Apa kau daftar nama aku, budak sekolah?” “Encik Berlagak ni dah lah kerek, pekak pulak tu! Basikal saya ni satu-satunya harta yang akan saya wasiatkan kalau saya mati! Sekarang, saya nak ganti rugi! Kalau tak, encik akan menyesal dengan perbuatan encik!” Encik Berlagak gelak. Menganjing. “Ada aku hairan?”, katanya sambil buat muka jengil.
“Tolong! Tolong! Ada orang nak culik saya!! Tolong!” Terjengil biji mata Encik Berlagak. Gelabah tahap gaban lagi bila semua orang dah berhenti dan pandang kami.
“Gila punya budak sekolah! Dah, ambil name card aku, dan aku akan bayar semua ganti rugi!” Aku sambar kad namanya sambil hulur kertas dan pen. “Apa ni? Kau ni ngalahkan trafik! Surat saman ke hape? IC aku dengan lesen tak nak mintak gak ke?” Aku sengih. “Sain encik”
“Sain apa pulak? Aku bukannya artis!” “Surat akujanji bahawa encik takkan mungkir janji” “Apa-apa je lah!”, dia sain dan bergerak laju meninggalkan aku yang kian dikerumuni ramai. “Adik ok ke?” “Kenapa dah nam jahanam basikal awak ni?”, tanya beberapa orang di situ. “Lelaki tadi cuba langgar saya..tapi saya sempat ngelak. Sekarang dia dah blah.. Syukurlah, semuanya dah kembali ok..” Semuanya mengangguk mendengar penerangan aku.
Keesokannya, aku menghadapnya di pejabatnya. “Nah, lump sump”, dia campak aku envelope coklat lalu aku jenguk isinya. Berkepuk-kepuk not RM 50. Aku tutup, lalu tolak balik padanya. “Kenapa, tak cukup ke? Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak!” “Saya tak ambil rasuah” “Rasuah pe kebenda pulak nih?! Nasib kau bawah umur, kalau tak dah lama aku cekik!” Aku masih statik di depannya yang dah merah muka tahan marah. “Saya nak tukar duit ni dengan encik” “Haa?!”
“Menurut akujanji ni, saya berhak buat begitu dan encik kena mengikut isi kandungan surat ni” “Eh, akujanji jadah pulak ni?!” “Encik dah sain, encik kenalah patuhi!” “Kau ni terlebih belajar ke sampai aku tak faham apa kau tengah buat ni?!” Aku tarik nafas dalam-dalam. “Straight to point la, ye. Sebenarnya, saya suka kat encik dan saya nak bercinta dengan encik.”
Aku dihalau keluar dari bangunan pejabatnya oleh pengawal keselamatan. Kejam! Tapi, aku sempat lagi ambil duit yang dia bagi. Eleh, ni tak melemahkan semangat aku. Aku menjejaki villanya. Jumpa. Aku senyum jahat. Siaplah kau, Encik Berlagak!
Aku senyum bila wajah Encik Berlagak dah terjengul ke dalam rumah. Seperti biasa, matanya akan terbelalak keluar setelah nampak muka aku. “Harez..kenapa kejam sangat sampai dera staff baru ni jadi orang gaji kat rumah kita? Takkan tak cukup lagi bibik-bibik kat rumah ni nak layan kerenah kau ni?”, tegur ibunya, entah apa nama. Dia suruh panggil auntie. Encik Berlagak masih dengan muka blurnya. “Haa, jangan nak buat-buat tak tahu, dan jangan nak lepaskan baran kau tu kat budak ni lagi. Cukup-cukuplah perangai panas kau tu. Memang lah mama suka kau mewarisi sifat arwah papa kau, tapi part yang ni mama paling tak suka..”. Boleh tahan juga lah panjang kuliah Asar dia, sampai tak cukup telinga aku nak tadah.
Dia pandang aku macam nak telan, tapi aku senyum slamber lagi. “Kau nak apa sebenarnya?”, dia face to face dengan aku lepas auntie tadi tinggalkan kami. “Kan saya dah cakap, saya nak encik”. Penjelasan aku disambutnya dengan ketawa sampai menangis. “Apa lawak kau ni! Ke kau tengah shooting Wakenabeb dengan aku? Ada kamera tersembunyi ke?”, dia sambung gelak. “Kita try lah. 2 bulan je. Kalau betul kita tak serasi, kita clash lah” “Kau ingat aku ni test car ke, senang-senang kau nak test drive aku?!” Aku menggeleng. “Saya tak cakap macam tu pun..” “Kau tu siapa nak bercinta dengan aku? Kau kenal tak aku ni siapa?” Aku angguk.
“Kenapa, encik sorang je ke kaya dalam dunia ni? Encik ingat, kalau saya pakai basikal cabuk je, saya ni anak orang miskin? Encik fikir encik dah kaya, encik boleh berlagak? Hey, sorry sikit! Saya ni anak orang kaya dan memang berlagak juga. Tapi saya berlagak jadi orang miskin. Sebenarnya, mak ayah saya sekarang duk kat Australia dan saya tinggal dengan nenek saya sebab mereka nak ajar saya hidup susah. Sekarang, mak dan ayah saya nak jodohkan saya dengan encik, tapi buat masa ni dia tak nak bagitahu keluarga encik. Jadi, saya pun nak tengoklah pH keserasian kita. Sebab tu saya cakap, kalau kita betul-betul tak boleh ngam, kita clash dan saya akan beritahu mak ayah saya yang kita tak sesuai untuk bersama. Ada paham?” Encik Berlagak mengerutkan dahi. “Nak saya cakap tamil ke, baru paham?” “Masa bila pulak mak bapak kau kenal aku? Aku kenal dia ke” “Itu saya tak tahu dan bukan urusan saya untuk ambil tahu. Sekarang, encik ambil balik duit encik dan bersedialah untuk menerima saya sebagai teman wanita encik dalam waktu 2 bulan ni”. Aku menyerahkan envelope coklat tadi kepadanya dan dengan yakin melangkah pergi tanpa mahu mendengar apa-apa kata ‘tak’ dari dia. Mintak maaf lah Encik Berlagak, saya terambil sekeping duit tu, nak bayar teksi tadi.
“Arghh! Bala apa yang sedang menimpa aku ni?!!”. Aku senyum puas tatkala terdengar tempikannya.
“Pesal senyum-senyum? Buang tebiat ke hape? Dah lah terhegeh-hegeh!”, sapa lelaki disebelah. Aku mengherotkan mulut. Protes secara diam. Tak habis lagi jiwa singa dia tu! “Nampak benor tak ikhlas ambil saya balik” “Honestly, memang pun! Buang masa aku je! Kan selalu kau naik bas, apasal hari ni nak menyusahkan aku pulak?” “Budak sekolah bahaya naik bas sekarang..” “Ada aku hairan?” “Memang la encik kena hairan sebab saya kan girlfriend encik?” Aku senyum sumbang macam nyanyi pitching lari. “Tak pernah aku jumpa budak sekolah yang perasan macam kau!” “Nilah encik jumpa. Eh, saya lapar lah. Aci tak kalau kita pergi makan dulu?”, aku memandangnya sambil kelip mata banyak kali. Menggoda.
“Aci kat Batu caves! Eh, kau kan kerja kedai makan, tak cukup lagi kau nak makan?! Kau ni ngalahkan ayam kat belakang rumah aku. Kerja mematuk, makan je! Perut dah la besar tong! Cukup bulan memang aku sembelih gak! Dah, balik je lah makan kat rumah!”. Israel punya Encik Berlagak! Terus aku kenyang.
Keretanya melewati sebuah lorong lalu aku tunjuk banglo besar di hujung lorong. Serta merta dia tarik hand brake di muka masuk lorong. “Pesal berhenti sini? Ada saya cakap rumah saya kat tepi ni ke? Saya cakap..” “..Dah, berhenti sini je. Bazir minyak aku je masuk dalam! Jalan lah sikit, sihatkan tubuh badan!” Kemut! Haji Bakhil pun respect Encik Berlagak la kalau macam ni! “Terima kasih! Lagi satu, saya bukan budak sekolah. Saya dah ambil STP, tahu!” “Ada aku hairan?” Aku memang benci dengar statement dia yang tu. Lagi sekali aku dengar dia cakap macam tu, aku salai lidah dia! Aku keluar sambil hempas pintu kereta. “Woi, pecah lah pintu kereta aku! Tak sopan langsung!”. Aku dengar dia memekik. Ahh, sabarlah hati!
Bila aku toleh, dia dah hilang bersama kenderaannya. Aku terus berjalan, bukan masuk ke lorong tadi, tapi keluar dari lorong menuju arah berlainan.
“Terima kasih Encik Berlagak sebab sudi temankan saya makan hari ni”, kataku sambil tersipu-sipu depannya yang sudah kembang kuncup hidungnya memandang aku. “Hee.. kau ni kan budak sekolah, aku nampak kau kecik je tahu!” “Haa.. nak cakap saya cumil la tu!” Dia geleng kepala. “Kalau bukan kau yang serang hendap office aku tadi, plus meracau macam orang meroyan tu, memang tak adalah aku nak pikul kau dan menghadap kau kat kedai makan ni!” Aku mengecilkan mataku memandangnya. “Encik, boleh tak kalau buat kerja tu ikhlas sikit, lepas tu jangan merungut?” “Dah memang aku tak ikhlas!” “Ada saya hairan?”. Encik Berlagak dah angkat sebelah kening. Tak payah nak berlagak kau ni kembar Ziana Zainlah.
“Em..abang, tolong bagi saya makanan yang paling mahal kat sini”, aku meminta daripada waiter yang sedari tadi sabar menunggu kami. Aku tengok Encik Berlagak dah bingkas mahu meninggalkan tempat itu, tapi segera aku menahannya. “Kalau encik berani, cubalah encik buat perangai..” Dia kembali duduk dengan wajah mencuka.
Sementara menunggu, sempat aku melilau pandanganku ke sekitar restoran. Baik hati juga Encik Berlagak ni, marahkan aku pun sempat bawa aku makan kat restoran high class. Tapi, kenapa dia selalu makan kat restoran low class tempat aku kerja tu? Tak pun, selama ni dia dah memang suka aku, tak?
“Pesal sengih-sengih? Ada lah lagi tu impian nak kenakan aku?! Silap hari bulan aku suruh kau bayar makanan kau ni!” “Apa ni encik, kata belanja?” “Betullah, aku belanja, kau bayar!” “Mana boleh..” “..Hai, Harez..!”
Belum sempat aku menghabiskan kata, kami disapa oleh seorang jejaka. Tinggi lampai dan memakai cermin mata. Hensem, tapi hensem lagi ‘singa’ kat depan aku ni.
“Hai!”, Encik Berlagak menyambut salamnya, tapi aku dapat rasakan dia macam malas nak layan. “Lama tak nampak? Ambil masa memendam duka, ke?”, sapaan lelaki tadi mengeruhkan lagi riak wajah Encik Berlagak. Encik Berlagak cuba cover dengan sengih sambil garu-garu kepala. “Apa..maksud kau ni..” “..Aku dah tahu. Sekarang kan , dah ada wifi, berita tersebar lebih cepat dari angin! Aku simpati dengan apa yang menimpa kau dengan Zarra. Mungkin tak ada jodoh kut. Tapi, jangan marahlah kalau kau nampak aku dengan dia lepas ni, ya?”, katanya sambil gelak. Eleh, macam lawak sangat!
“Saya Laila, teman wanita baru Harez..”, kataku sambil bangun dan menghulur tangan. Tawa lelaki tadi terhenti dan memandangku. Baru perasan aku ada kat situ, agaknya. “Owh, saya Zam. Zamarul Affendi. Wow, cepatnya kau dah cari pengganti! Tak rushing sangat ke nampak?”, salaman disambut. “Dah jodoh, tak kira cepat ke lambat, encik..erm, apa nama tadi?” Aku nampak muka lelaki di hadapan kami berkerut. Mungkin tengah fikir, kenapa orang semuda aku boleh nyanyuk.
“Zam..” “Oh, Zam.. Erm, tak nak join sekali ke sebab kitaorang tengah celebrate ulangtahun pertama, seminggu kami dah couple! Saya tak sangka yang dia ni romantik orangnya dan tiba-tiba je cakap nak celebrate! How suprise! Saya excited sangat ni! Lagi fun kalau celebrate ramai-ramai!” Aku nampak Encik Berlagak dah urut dahi. Dia perlahan-lahan gelengkan kepala, mungkin suruh aku jangan over sangat kut!
“Well, maybe saya tak patut ganggu you all. So, aku blah dulu la, Harez! Jumpa lagi” “Nice to meet you!”, aku melambai tangan. Encik Berlagak pandang aku. Aku nampak, tapi masih tegar santap hidangan yang baru sampai. “Apa?”, tanyaku yang masih tak puas hati. Jangan lah pandang macam tu lagi, didih lagi hati aku yang memang dah cair kat kau ni!
“Kau ni memang..”, dia macam nak marah tapi cover-cover nak gelak. Lastly, dia gelak. First time aku tengok dia macam tu selama dah dua minggu aku asyik kena marah je bila jumpa dengan dia. Jadi, aku pun tongkat dagu sambil sengih, punya lah nak feeling detik ni. “Sudah lah, makan je lah. Tak jadi aku nak marah..”, katanya sambil sempat luku kepala aku. Aku gosok kepala lalu senyum, kan best kalau hari yang mendatang dia akan terus senyum macam ni pada aku?
Aku memandang Encik Berlagak nampak gelisah sambil memulas kunci kereta. Beberapa kali dicubanya namun kereta masih dalam keadaan yang sama, tidak boleh dihidupkan. “Aii, encik. Kereta sikit punya baru takkan rosak kut?” “Eleh, aku saja je pakai kereta lama, sebab kereta baru buat keluar untuk kerja-kerja penting je. Kalau setakat keluar dengan budak sekolah macam kau, guna kereta basahan je jadi..”. Berlagak! Ditekan-tekan punat telefon bimbitnya, juga gagal berfungsi. Bateri habis! “Tu lah, dibasahkan sangat kereta ni, dah rosak. Pendek ceritanya, meh saya hantar encik balik, nak?” “Hantar aku balik?”
“Hei, jalan cepat sikit boleh tak? Terkedek-kedek!” “Ala , encik tu yang jalan cepat! Dah lah parking kereta jauh! Saya yang nak hantar encik balik, encik la patutnya yang follow saya! Ni terbalik pulak!”, rungutku sambil sama berdiri disebelahnya di tepi jalan yang bertali arus kenderaan. Tatkala dia cuba berlari untuk melintas, aku sempat memegang tapi kemejanya. “Kau pesal?!” “Encik nak pergi mana? Kenapa tak lintas kat zebra crossing kat depan tu?” “Nampak tak mana bus stopnya? Kat depan sini, kan ? Buat apa susah-susah buang tenaga nak berjalan lepas tu patah balik? Tak pun, kau ni takut nak lintas, ye?”. Dia buat senyum sinis. “Kalau takut, meh pegang tangan aku, nak? Ala , kau kan girlfren aku..?”, dia gelak jahat. Perli.
“Tak maul ah. Batal air sembahyang!” “Kalau gitu, ok. Daa!”. Dia lantas melintas sambil senyum menganjing gelakkan aku. Tetiba aku nampak motor bergerak laju ke arahnya lalu segera dengan tindakan refleks aku berlari ke arahnya lantas menarik dia ke bahu jalan. Kami jatuh tersungkur di kaki lima jalan dan aku sempat melihat motor tadi ditunggang laju disusuli polis trafik dibelakang. Melihat keadaan kami yang selamat aku menarik nafas panjang. “Encik tak apa-apa?” Dia menggeleng, mungkin masih terkejut dengan tindakan luar jangka aku. “Kau?”. Aku geleng juga. “Ni apa? Sirap?”. Dia tunjuk siku dan lututku yang bercalar sedikit terkena tar jalan.
Selepas melekatkan lukaku dengan handiplast, kami akhirnya melintas di zebra crossing dan menunggu di perhentian bas. “Tulah encik. Berlagak sangat. Dah nyaris accident tadi” “Aik, aku pulak? Kau tu yang gatal nak hantar akulah konon! Kalau naik teksi tadi lagi senang!” “Encik, mana ada teksi kat sini! Lagipun, naik teksi mahal lah!” “Eleh, kalau tak kau yang ajak nak makan kat tadi, tak adalah jadi macam ni!”. Ish, susah lah cakap dengan Encik Berlagak ni. Bukannya nak ucap terima kasih, lagi salahkan kita adalah! “Lagipun, tak suruh pun kau selamatkan aku tadi!”. Hee..kasi gelegak jiwa betul!
“Tak nak balik ke?”. Encik Berlagak masih menongkat dagu. “Berapa jam pulak baru boleh sampai rumah kalau naik tu?” “Encik ingat ni bas ekpress Johor ke Perlis ke?!”. Aku naik ke dalam bas tanpa menghiraukan keadaannya di luar. Tatkala bas ingin bergerak, aku lihat bas berhenti semula dan seorang pemuda naik dengan wajah mencuka lalu berdiri di sebelahku. Dengan orang ramai yang berasak dan bertolak-tolak menimbulkan suasana panas, ada bayi menangis, ada bau tengik, tak kurang juga yang masih belum faham bahasa kebangsaan yang melarang merokok di tempat awam membuatkan muka Encik Berlagak macam nak menangis. Tiba di satu perhentian, gadis yang duduk di depan kami bangun membuatkan kerusinya kosong. Encik Berlagak cepat-cepat mahu mendaratkan punggungnya di tempat tadi tapi aku lagi cepat-cepat tarik bajunya. Ibu jariku tunjuk pada seorang perempuan tua dibelakangku, memberi ruang untuknya duduk berbanding diri Encik Berlagak yang masih gagah macam Badang. Dengan muka redha, Encik Berlagak terpaksa mengalah dengan permintaan luar jangka aku. Aku tahan gelak, rasa macam nak rakam ekspresi dia waktu itu.
Hampir sejam baru kami sampai ke destinasi kami. Kami beriringan berjalan menuju ke rumahnya. “Apalah kau, macam pegawai Welfare! Siap tolong bayarkan tambang bas mak cik tadi! Pandai-pandai lah dia nak hidup! Aku nak duduk pun dihalangnya, macam pakat je nak kenakan aku! Patutnya siapa cepat dia dapatlah! Buat penat aku tunggu je!” “Haa..sekarang baru encik tahu macam mana susahnya naik bas? Encik, ni lah baru dinamakan hidup! Bersusah dahulu, bersenang kemudian. Yang susah pulak kita sama bantu, barulah hidup bahagia. Dapat keberkatan! ”. Dia menjengilkan matanya. “Kau ni memang dari kecik cita-cita nak jadi ustazah, ke? Membebel pulak! Dah lah, taubat tak mahu keluar dengan kau lagi lepas ni!”, katanya sambil menutup pintu pagar rumahnya. “Terima kasih sebab belikan saya handiplast! Tambang bas tadi saya belanja!”, pekikku sambil menguntum senyum.
Lepas peristiwa tu, dah seminggu juga aku tak nampak batang hidung Encik Berlagak. Bila aku tanya setiausahanya, katanya dia ke Sarawak . Urusan kerja. Tak tahulah kalau dia komplot nak larikan diri dari aku. Petang Sabtu hari tu, aku tak kerja. Selalu kalau aku tak kerja, aku suka lepak kat pantai dengan Maya dan Lily. Tapi, hari ni dua-dua ada kerja. Jadi, terpaksalah aku mengabdikan diri seorang je.
Dari jauh aku dah nampak kelibat Encik Berlagak. Aku dah agak dia plan baik punya dengan secretary dia. Dia tengah tulis sesuatu kat atas pasir pantai dan tak lama lepas tu dia menjerit. “Aahhhh!!”, aku dengan tak malunya tumpang semangkuk dengan dia menjerit. Ekpresi dia masih tak berubah bila nampak aku. “Kenapa encik? Macam nampak hantu je? Jangan risau, saya ni bidadari!”, aku sengih, habis manja dah mengalahkan Manja Lara. “Memang kau bidadari, bidadari neraka!”. Ish, boleh luka hati den donga!
Aku buat pekak lagi lalu tunduk tengok tulisan khatnya di lantai pantai. Segera dipadam dengan kakinya, tapi aku sempat tengok. “Zarra..ya? Oh, ni kes rindu kat kekasih lama la ni? Tak pe, saya tak marah..” Tak marah, jealous je. “Kau tak tahu, budak sekolah! Aku dah sayang dia macam nyawa aku, tetiba dia boleh blah dari aku. Alas an dia, tak de jodoh. Hee, tak boleh terima akal langsung!”, dia meluahkan perasaan terover emosionalnya pada aku. Aku nampak matanya macam berair, yang dia terlalu sayangkan Zarra.
“Aku tak pernah sayang orang macam aku sayang dia. Itu sesuatu yang kau takkan faham..”, dia meraup wajahnya, cuba menyembunyikan kesedihannya.
“Siapa cakap saya tak faham. Saya faham hape, sebab perkara ni sedang terjadi pada saya sekarang..”. Encik Berlagak kerut muka. “Relaks lah, encik. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Ada hikmah disebalik semua ni. Kalau tak, mesti kita tak jumpa dan encik tak tahu pun kita ni berjodoh. Entah-entah, saya ditakdirkan untuk menggantikan Zarra?” “Eleh, biar kau dicipta beribu-ribu tan metriks pun, takkan sama dengan seorang Zarra aku, tahu!” “Eleh! Saya boleh buktikan saya setanding Zarra encik tu!” “Haa..apa kau boleh buat?”
“Saya boleh menyanyi. Dengar ya, lagu khas untuk Encik Berlagak, Rindu Bayangan! Bila ku kenang ku rindu gambar wajahmu..kisah yang lalu tak akan berulang lagi..” “..Eh, sudah lah! Banjir tempat ni nanti! Dah lah salah lirik, suara pulak macam katak dalam tin!”, dia bingkas bangun, namun aku nampak dia senyum. Hati aku turut menguntum senyum. Sekurang-kurangnya aku dah buat dia gembira, walaupun sedikit.
“Encik, saya tak habis nyanyi lagi!” “Hei, pergi balik lah, nanti kena tidur luar kalau balik lewat!” “Macam mana saya nak balik?”. Kami tercegat di keretanya. “Hai, tadi kau pandai pulak datang, dah balik tak reti pulak?” “Oleh sebab saya kena nyanyi pada encik, saya kena balik lewat. Kalau saya balik awal sempat la saya sampai rumah awal. Dah lah saya jalan kaki!” “Hee..ada aku suruh kau nyanyi ke tadi?” “Encik juga tanya apa saya boleh buat?”. Dia kusutkan rambutnya yang dah memang kusut. “Guna lah segala kenderaan kau!” “Mana ada kenderaan! Encik dah lanyak basikal saya hari tu, mana ganti lagi!” “Lah, mintak ganti pulak? Hari tu cakap ganti dengan aku?! Kau ni kusut lah budak sekolah!!”. Aku sengih. Akhirnya, dia hantar aku balik, sampai depan lorong.
Aku teruja hari tu bila nampak sebuah basikal dengan nama aku terpampang, di kedai tempat aku bekerja. Tapi, memang dia sangat zalim sebab ada ke patut dia suruh aku balik rumah hari tu dengan basikal? Boleh tercabut semua nat dan skru lutut aku, macam nat di kepala hotak dia longgar bila dia suruh aku Le Tour de Langkawi gitu. Tapi, aku tak sangka lepas dari tu kami agak rapat. Rapat maksud aku, aku tak payah lah nak paksa dia untuk berjumpa, lepas tu asyik kena tengking. Kami banyak berbual secara aman, berkongsi rasa dan citarasa. Tapi, penyakit ‘berlagak’ dia memang tak ada vaksin yang khusus.
Selalunya, kalau dia makan kat kedai, aku mesti mengelak jumpa dia. Bukan apa, takut kawan-kawan terhidu yang kami ni couple yang lain macam punya mesra. Tapi sekarang, dia pulak cari aku. Ala , bukan cari nak mengeratkan hubungan pun. Cari aku untuk layan kerenah cerewet dia. Balik, memang aku selalu dengannya. Cerita punya cerita, barulah aku tahu Zam yang kami jumpa hari tu sepupu dia. Zam tu suka sangat dengki dengan kelebihan yang Encik Berlagak dapat. Tapi, lepas aku dah smash baik punya pada dia hari tu, terus dia mengelak jumpa Encik Berlagak. Encik Berlagak kadang-kadang cerita juga pasal Zarra. Cinta pertama yang dia kenal dari bangku sekolah lagi. Sampai belajar kat oversea pun sama-sama. Sekarang, Zarra merupakan seorang akauntan di sebuah bank dan lepas mereka clash, mereka langsung saling tidak berhubung. Hanya tahu keadaan masing-masing dari kenalan saja.
Pasal kedai makan ni, Zarra yang suka makan sini dan membuatkan Encik Berlagak terpengaruh sama. Erm, makin lama aku kenal dia, makin aku paham kenapa Zarra yang selalu dipujanya. Kadang-kadang aku rasa Zarra bertuah, sebab ada orang yang sayangkan dia macam Encik Berlagak. Cuma, aku tak pasti kenapa diaorang ni boleh clash. Tapi, nak buat macam mana. Nampaknya, sekarang aku lagi bertuah!
Dah lama sangat berbaik,hari tu buat pertama kali aku bengang dan terasa hati sangat dengan Encik Berlagak. Aku hempas basikal pemberiannya depannya dan terus jalan kaki balik rumah. Tak peduli lagi dia pujuk aku ke tak. Tapi, rasanya dia memang tak pujuk aku, apatah lagi panggil aku balik. Sambil berjalan balik, aku tak sedar airmata aku dah menitis meleleh hinggalah ada orang tegur.
Keesokkannya, Encik Berlagak ada datang kedai dan macam biasa mesti nak merungut itu ini pasal makanan . Selalunya, aku akan lawan dia dan defend tokey, tapi kali ni aku senyap je. Dia pandang aku lagi tapi aku tak bagi respond apa-apa pun. Banyak hari juga lah keadaan kami macam tu.
“Apa yang kau marah sangat dengan orang kaya tu, Laila?”, tanya nenek aku waktu aku termenung di pelantar rumah sedang dia masih setia duduk atas kerusi Ogawa barunya.
“Orang marah lah, nenek. Menyampah! Benci! Mengada-ngada! Encik Berlagak memang berlagak!”. Aku dengar nenek ketawa. Aik, bila pulak aku ganti Nabil Raja Lawak ni?
“Orang marah lah, nenek. Menyampah! Benci! Mengada-ngada! Encik Berlagak memang berlagak!”. Aku dengar nenek ketawa. Aik, bila pulak aku ganti Nabil Raja Lawak ni?
“Semua alas an yang kau bagi tu tak ada kena-mengena pun pasal kau!” “Yalah, dia tu.. erm, dia..hee..dia sangat menjengkelkan lah pendek cerita!”. Tetiba aku tak ada alas an yang kukuh untuk dijatuhkan hukuman. “Dia pernah pukul kau ke? Dera ke? Ambil duit kau ke? Nenek rasa bagi duit kat kau ada lah. Tu, basikal tu siapa yang belikan? Padahal basikal lama tu boleh je baiki lagi”. “Eleh, nenek tak kenal dia boleh lah cakap! Banyak lah sebab yang buat orang sakit hati! Malaslah beritahu! Tidur lagi bagus!”. Aku menapak masuk ke dalam bilikku, meninggalkan nenek dengan baki ketawanya.
Ha’ah, ye. Apa sebabnya yang aku marah sangat dengan Encik Berlagak, ek? Dia cakap aku ni tak cantik macam Zarra dia sebab mesti aku ikut baka mak bapak aku yang tak bagus. Adoft Hitler punya Encik Berlagak! Tapi, sebelum ni ayat dia lagi power, boleh pulak aku tahan. Mungkin dia ungkit mak ayah yang buat aku sebak, kut?
Aku ambil order Encik Berlagak. Muka aku memang tak ikhlas. Biarlah, dia ingat dia sorang boleh buat muka tak ikhlas? “Sorry kalau apa aku cakap hari tu buat kau terasa. Aku tension hari tu, aku nampak Zarra keluar dengan lelaki lain. Dengar cerita lelaki tu yang nak dijodohkan dari family dia. Aku baru nak release, kau pulak datang memekak. Itu yang kau kena makan dengan aku. Kalau kau nak merajuk lagi pun, ambillah dulu basikal kau kat rumah aku..”, katanya tanpa memandang aku yang berada disisinya. Aku berhenti sekejap tapi oleh sebab tiada apa nak komen aku menapak ingin melangkah.
“Tak remaja la touching-touching segala ni. Kata girlfriend aku, kalau girlfriend aku mana layan merajuk-merajuk ni. Kalau nak marah aku pun, marah je lah. Tak payah lah nak control ayu macam Barbie doll. Memang conferm tak comel pun!”. Kurang asam jawa punya Encik Berlagak! Macam ni dia pujuk aweks, memang tak romantic!
Rasa macam kelakar lah pulak, tapi aku diam lagi. Sampailah saat aku masih lagi berdiri tepi dia masa dia hirup kopi yang dipesannya. Seteguk, terus dia pandang aku. “Kalau lah dengan minum kopi pahit ni boleh buat kau bercakap dengan aku, aku akan minum, budak sekolah! Ni kicik punya hal!” Aku senyum sinis. Padan muka!
Encik Berlagak tunggu aku kat rumahnya masa aku datang jemput basikal aku semula. “Aku bukannya nak bercakap sangat dengan kau. Tapi, aku bosan. Tak de tempat nak marah”. Dia terus berpaling nak masuk rumah. “Sekarang saya tahu kenapa Encik berpisah dengan Zarra..”, terus dia berpaling semula dan pandang aku. “..sebab hobi encik. Suka marah orang. Pakej dengan berlagak!” “Hei, budak sekolah! Cakap baik-baik sikit!”. Aku lambai tangan sambil jelir lidah dan tunjuk peace. Ha’ah, seronok juga ada hobi bergaduh dengan orang ni!
Kami dah berbaik semula. Tak berbaik mana lah kalau kami asyik bertekak. Tapi, lagi senang macam ni dari diam je. Masa aku pergi pejabat Encik Berlagak, dengar cerita perangai bos mereka ni dah banyak berubah kearah kebaikan. Kalau dulu, asyik nak mengamuk je, sekarang dia dah lebih cool. Dia pun dah pandai nak hormat orang disekelilingnya dan dia dah buang persepsi bahawa hanya pegawai pejabat kebajikan je yang boleh buat kebaikan. Memang keadaan sekarang sangat membahagiakan, tapi aku takut juga sebab masa bahagia ni akan tamat seminggu lagi.
Aku macam serabut bila Encik Berlagak sibuk nak tinjau rumah aku dan nak tahu pasal mak bapak aku. Bila dia bukak je topik tu, aku pun bukak topik lain. Sampai dia fed-up dan akhirnya dia ketuk kepala aku. “Macam aku nak datang meminang kau pun!” “Eh, betul ke?” “Kau ni pekak ke hape? TAK!!”. Aku senyum lagi. Cover malu!
“Kalau kita ni berjodoh, encik tak boleh menolak qada’ dan qadar Tuhan!” “Ish, kau ni baru setahun jagung. Budak hingusan lagi. Tak boleh kawen. Masak nasi pun hangit, ni ada hati nak kawen! Aku ni lain lah. Bachelor, ada kerja tetap, umur dah wajib nikah..29, berpendidikan, ada kereta sendiri, rumah sendiri..” “..Tapi, tak ada calon kan ? Saya boleh jadi calon!” “Kau simpanan je. Tu pun, no 1 dari belakang!”. Dia bangun sambil senyum-senyum. Sinis, sebab dapat kenakan aku.
“Walau apapun yang jadi, Zarra tetap dalam hati aku. Sampai bila-bila. Sampai syurga..”. Bisiknya perlahan, namun tetap kedengaran hingga berbekas dalam hati aku. Aku memandang dari belakangnya yang bersiul menyanyikan lagu Faizal Tahir, Sampai Syurga. Kalau aku betul-betul serius sukakannya kali ini, adakah aku dapat menggantikan Zarra dalam hatinya? Mampukah aku? Hati... tak boleh ke kau suka kat orang lain?
Aku berdebar. Maya cakap dia nampak Encik Berlagak berlegar di kawasan rumah yang aku tunjukkan padanya hari itu. Aku segera mendapatkan Kak Nina. Rumah yang aku tunjuk pada Encik Berlagak hari tu sebenarnya rumah tokey!
“Haa..aku pun pelik juga dia soal siasat aku macam polis pencen! Macam Mama Juwie pun ada jugak. Kenapa dengan korang ni? Main cari barang tersembunyi ke cari harta karun?” “Explorace, kak..”, jawabku selamber. Namun, hati sudah diserbu seribu kemungkinan. Takpun, dia dah tahu semuanya? Aku kena beritahu dia segera, sebelum dia dapat tahu dari orang lain.
Aku ke pejabatnya, namun Encik Berlagak tiada. Keluar. Aku tinggalkan pesan, ingin jumpa di tempat biasa lepas Asar. Harap-harap dia sudi meluangkan masa. Aku ingin tamatkan semuanya dengan cara aman dan semoga jadi happy ending.
Aku heret basikal hampir kepadanya yang nampak sedang bercakap dengan seseorang di dalam kereta. Ish, orang nak cakap dengan dia personal, pergi ajak teman pulak! Aku sengih-sengih. “Assalamualaikum..”, aku menyapa. “Waalaikummusalam..”. Zarra! Wanita yang bersamanya ialah Zarra. Dia dah berbaik dengan Zarra?
Zarra senyum sambil menyuruh Encik Berlagak mengalih pandangan ke arahku. “Siapa ni, you kenal ke?”. Terperosok jantung aku mendengar statement Encik Berlagak. Aku diam. Mungkin dia sengaja mengujiku, mana tahu?
Zarra geleng, namun masih manis senyumnya padaku. “Adik kenal akak ke? Minta maaflah, mungkin akak tak perasan kut..”, sopan tuturnya. “Saya..” “..Eh, aku tak ada masa lah nak berkenalan dengan kau. Nak minta sedekah lah tu! Entah pengemis mana ni! Dah, berambus dari hidup aku!” “..Tapi..”, aku ingin pertahankan diri aku. Pengemis?! Hinanya aku ni yang sungguh-sungguh cintakan kau!
“Harez! Jangan lah kejam sangat! Kalau dia nak minta sedekah sekalipun, dia ada maruah jugak, tahu!” “Please, shut up..Zarra. Kita tak pernah kenal dia, baik pun hanya luaran je! Tapi, once you dah kenal golongan orang macam dia, sumpah you tak nak jumpa dia dah! You know what, Zarra. I pernah jumpa sorang budak. Berlagak macam naïf. Baik, jujur. Tapi, sebenarnya penipu! Orang kaya katanya, mak ayah kat luar negara, duduk rumah besar konon! Padahal anak yatim piatu, kais pagi makan pagi je, rumah dia tunjuk kat I tu just rumah bos dia je! I tahu, dia dekat dengan I hanya nak kikis harta I je! Kau pulak.. tak beritahu pun aku dah boleh agak! Sama je!”, jari telunjuknya hampir ke muka aku. Ikutkan nak aje aku gigit jari tu, kasi putus. Tapi, hati aku tak kuat masa tu. Airmata bergenang.
“You..tak boleh nak blame orang macam tu. Tak semua orang sama. Sorry lah dik, pak cik akak ni emo sikit hari ni..”. Zarra mengeluarkan sekeping duit kertas bertulis nombor 50 sambil menghulurkan padaku. Aku geleng kepala. Encik Berlagak rampas duit tadi, lalu digumpalnya dan dicampaknya tepat ke dahi aku. Aku tersentak. “Blah! Jangan pernah tunjuk lagi muka kesian kau kat sini! Anggap kita tak pernah jumpa!”
“Harez! You ni kenapa?! No manner betul!”. Zarra menolak bahu Encik Berlagak yang sudah membelakangkan kami. Zarra kutip duit tadi dan capai tangan aku lalu meletakkan duit tadi atas tapak tanganku. Airmata aku tak tertahan lagi. Laju mencurah. Ya Allah, tabahkan hati aku.
“Minta maaf banyak-banyak.. Ambil lah. Buat makan, ya?”. Segera aku mengangguk-angguk sambil seka airmata.
“Saya nak minta maaf juga. Ganggu akak. Saya ingat encik ni kawan saya tadi. Saya ingat nak cakap saya minta maaf pada dia, yang saya tak berniat nak lukakan hati dia dan mainkan perasaan dia. Saya bukan nak ambil kesempatan rapat dengan dia untuk kaut harta dia, tapi saya nak beritahu dia saya memang betul-betul sukakan dia, walaupun hati dia tak ada langsung ruang sebezah zarah untuk saya. Sebab saya tahu, saya memang tak ada kesempatan lain untuk kongsi rasa bodoh hati saya ni. Saya ingat, saya nak tamatkan hubungan kami dengan khabar gembira yang saya dapat sambung belajar. Tak tahulah dia boleh terima tak alas an saya..
“Oh..harap dia boleh terima adik..” “Terima kasih, kak. Saya gerak dulu..”. Zarra angguk. Aku maju beberapa tapak tapi aku berhenti dan berpaling ke arahnya. “Tapi, saya harap dia gembira membazir masa 60 hari bersama saya. Sebab, saya tak pernah rasa gembira dan bahagia selain 60 hari bersama Encik Berlagak”. Aku terus berpaling dari mereka lalu berlari pulang. Tanpa basikal. “Eh, adik! Basikal ni?”, pekik Zarra namun aku tidak endahkan lagi.
Aku berlari. Lari. Lari sejauh mungkin untuk tinggalkan semua rasa ini. Sambil kesat airmatanya yang tak jemu menemani. Namun, tak mampu memudarkan rasa kecewa. Tiba-tiba aku dengar bunyi hon yang panjang. Aku berhenti dan bila aku berpaling ke arah bunyi tadi, kereta itu terlalu hampir dengan sisi kananku. Aku pejam mata, dan harap bila aku buka mata nanti aku sudah berada di syurga.
“..sebab, saya tak pernah rasa gembira dan bahagia selain 60 hari bersama Encik Berlagak”. Harez segera berpaling ke arah Laila, namun gadis itu telah pergi meninggalkannya. Dia meraup wajahnya. Rasa bersalah. “Eh, adik! Basikal ni?”,
“Harez..?” Harez diam lagi. Panggilan Zarra tidak berjawab. Matanya tak lekang memandang basikal yang tertinggal. “Harez..?”. Bisu.
“You..? Oh, I see. Means, budak yang you cerita tu ialah dia, dan lelaki yang dia nak jumpa ialah you?”. “Ah..tak payah cerita lah lagi! Semuanya dah tamat!”. Harez berjalan untuk masuk ke dalam kereta. Lantas, Zarra memaut lengannya. “..tapi, kata hati you, macam mana?” “..Zarra..? Just..leave it..!” “You yang harus leave it from my life!”. Harez tergamam mendengar arahan Zarra, wanita yang disangkanya lemah lembut. Dia merampas kunci kereta daripada Harez dan menolaknya ke tepi. Harez menepuk-nepuk cermin keretanya.
“Kalau you sayang I, please.. Please pujuk dia. I nak jumpa you sebab nak bagi kad kahwin ni je, bukan nak kembali pada you. You tahu tak, I minta break-up dengan you because your ugly behaviour. Suka marah orang tak tentu pasal, panas baran, sombong. Tapi bila I tengok you berubah, dan dia yang mengubah you, I pun turut sama senang. Sekarang, you nak dia pergi macam tu je, hanya sebab dia bersalah menipu you? Macam lah you tu tak pernah buat silap!” “Zarra..please stop it!” “No! Go! Go, now!” “Zarra..kalau ya pun, tolong lah hantar I..?” “Tu apa? Bukan kenderaan ke?”, dia memuncung ke arah basikal. “Zarra, jangan lah kejam sangat. You tahu kan , I tak reti bawa basikal..?” “Not my problem!”
Beberapa minit setelah terkial-kial dan terhuyung-hayang mengawal imbangan badan, akhirnya Harez tersenyum lebar bila dia berjaya menjinakkan basikal yang selama ini sangat takut untuk dipegang. Peristiwa dia kemalangan dengan lembu sewaktu di sekolah rendah, menjadi titik hitam antara dia, lembu dan basikal.
“Aku akan buktikan pada kau, aku boleh bawa basikal lah, budak sekolah! Aku nak tebus balik hutang pujuk kau hari tu, masa kau hempas basikal depan aku! Tunggu aku, budak sekolah!”. Harez tergamam bila orang ramai sudah berkerumun membentuk bulatan dengan sebuah kereta tersadai di tepi jalan. Dadanya berdegup kencang. Terketar-ketar dia berjalan menghampiri kawanan tadi. “Kau..?”
___________________________________________________________________________
“Kenapa..kenapa dia kejam pada I? Kenapa, Zarra? Tak ada peluang langsung ke untuk I tebus semua kesalahan I?”. Zarra mati kata melihat keadaan Harez. Dari semalam dia tak sudah menyalahkan dirinya atas apa yang menimpa Laila. “Sudah lah tu Harez..Kalau you menangis air mata darah sekalipun, takkan boleh kembalikan dia semula pada kita..Sabar, ok?”
“Zarra.. Budak ni, dia tak bagi langsung I melawat dia masa dia kat hospital! Sampaikan hari dia dah tinggalkan kita, dia tak bagi I jenguk dia pun! Bahkan kubur dia kebumi kat mana pun dia dah suruh semua orang rahsia kan dari I! I tak sempat nak minta maaf sekalipun..dan yang paling I kesal, I tak sempat beritahu dia yang I sayangkan dia.. dia dah buat I jatuh cinta pada orang yang paling I menyampah!”
Zarra hanya senyum. “Harez.. I tahu, dia sebenarnya dah maafkan you. Dia buat semua ni sebab tak nak bagi you sedih. Jadi, you janganlah sedih, ok. Berhiduplah dengan baik. I akan sentiasa ada untuk you, as your bestfriend..”. Harez memandang Zarra sambil mengangguk. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Dia kemudiannya mengayuh basikal pemberiannya kepada Laila, sambil melewati kenangannya bersama Laila.
embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku harus pergi
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
aku tak mudah untuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta
senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
Sampai Menutup Mata - Acha Septriasa
“Walau macam mana pun muka aku berubah jadi macam Zarra sekalipun, hati dia tetap ada Zarra.. Aku nak dia bahagia, aku tak nak dia pilih aku sebab simpati! Lagipun, aku nak tumpu perhatian pada pelajaran aku. Nenek aku pernah cakap, kita kalau nak berjaya, kena berkorban. Jadi, aku nak capai cita-cita, aku kena tinggalkan cinta aku.. Betul tak, nenek?”. Nenek buat muka blur. “Ada nenek cakap ke?”. Hee..support lah cucunda mu ini! Aku humban Laut Mati jugak kerusi Ogawa tu!
“Dah lah, aku tak nak dengar sebarang pembelaan lagi. Keputusan aku muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan”. Aku bingkas bangun dari tempatku dan berlari keluar. “Tapi, Laila..” “Laila..! Zarra dah nak kahwin dengan orang lain lah, esok!”
Aku menekup telinga. Terus berlari. Tak mahu dengar apa-apa alas an dan pujukan yang membuatkan semangatku luntur semasa menjejakkan kaki ke menara gading minggu depan. Aku percaya, ini semua hukuman untuk aku, bukan untuknya.
Walau apapun yang jadi, Encik Berlagak tetap dalam hati aku. Sampai bila-bila. Sampai syurga..
10.40pm
28.9.2009
