Tuesday, July 21, 2015

Aku rindukan kau, Ramadhan..

Sebulan sudah puasa, menahan lapar dahaga..

Cewah..cenggitu lah kunun-kununnya lagu raya daripada artis feberet aku, Siti Nurhaliza.  Tajuk amende, aku pun tak ingat tapi part chorus dia "mari adik, mari abang mari kita.." Aha.. jangan kau berjoget pulak! Ce teka la kalau rajin!

Alhamdulillah, bulan puasa dah habis dan hari ni dah 5 Syawal pun.  Tahun ni I'olls beraya kat Kuantan je.  Cuti pun sekejap je, simpan cuti!  Ala, tak mau lah cite hal raya!  Aku nak citer bab puasa lah! Ini cerita macam ala-ala throwback gitu!

Korang ada terasa tak macam rindu bulan puasa bile dah beraya ni?  Ke, aku je yang perasan?  (Aku ni memang perah-santan je semedang!)  Ke sebab baru je beberapa hari raya, itu yang terasa lagi bahang bulan puasa tu?  Entah lah.. tapi aku bersyukur puasa tahun ni.. sebab aku merasa nikmat puasa yang sebetulnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ok..kisahnya, aku ni bekerja dengan workstation aku ialah site.  Semua maklum suasana di site yang panas, berbahang, berdebu.  Kalau bulan puasa, agak mencabarlah jugak nak kena menapak tawaf site, nak tengok workers and machineries segala bagai. Bulan biasa buleh lah mintak tolong bhai belikan 100plus, ini bulan puasa.. tak boleh lah dik!

Tapi, alhamdulillah  tahun ni Allah bagi rezeki aku banyak duk dalam ofis cabin sebab site ni baru nak start, jadi kerja-kerja di tapak tak banyak yang gerak.  Dan, jika begitu halnya tak payahlah aku kena tunggu concreting sampai malam dan boleh lah aku cabut awal (pukul 5pm tu kira awallah tu!)

Dah balik awal, boleh lah aku menyinggah kejap dekat bazaar Melawati ke, AU ke, Pandan ke, Aeon Wangsa Maju ke..?  Haa.. tapi aku ni sejenis yang tak gemar sangat gi bazaar.  Aku lebih suka masak kat rumah (biorpun aku tak reti masak mana pun!)  Sebab, kalau masak.. aku boleh terus buat sahur. Kalau beli kang dah  rosak tak sempat buat sahur pulak!

Rezeki aku beb, tahun ni puasa aku dapat site KL.  jadi boleh lah aku main masak-masak and berbuka puasa dengan adik-adik aku.  Terasa betul meriah nye bukak puasa.  Tapi pernah jugak sekali hari tu bukak puasa kat site, meriah jugak sebab site aku kali ni ramai melayu.  Peh, happening gila!  Macam bukak puasa kat padang MPK Kuantan!  Hehe!

Rumah aku kali ni dekat dengan Masjid Melawati.  Boleh dikatakan tahun ni paling banyak aku gi terawih.  Masjid ni meriah, biarpun sampai ke akhir Ramadhan masih penuh.  Parkir kereta sampai ke jalan besar, sampai kena upah traffic controller.. maksudnya ramai orang lah tu.  Jadi, nak dapat parkir, kena lah datang awal.  Dah datang awal, takkan kau nak termenung je dalam masjid tu kan? Sempat jugak lah baca tafsir dan ayat al-Quran (kalau tak memang dasar pemalas kan nak bukak al-Quran!)  Sama-sama dengan muslimat lain, kita berjemaah.. berselawat.  Yang tak kenal, kat sinilah kita berkenalan, mengeratkan ukhuwah.  Baru tahu mak cik ni jiran aku, akak tu duduk blok sebelah! Haa.. betullah orang cakap bulan Ramadhan bulan berkat.

Tahun ni jugak aku rajin bangun sahur.  Alhamdulillah tak miss.  Dah bangun sahur, mestilah tunggu Subuh.. kalau tak memang terbabas lah!  Dah aku dapat pahala solat Subuh awal, kalau tak memang Subuh gajah je muka aku ni!  Huh!

Bulan ni banyak beri pengajaran dan peringatan pada aku.  Bulan yang menjentik rasa insaf dalam diri.  Musahabah diri sikit.  Terasa macam banyaknya aku melango kat bulan lain.  Apebende lah aku buat sebelum ni? Kalau kata Allah nak ambik nyawa aku sekarang, ape je lah yang aku nak bawak nanti? Kalau nak suruh anak soleh yang doakan untuk aku, memang tak-lah sebab aku kawin pun belum!  Ya Allah!

Sorrylah, bukan nak riak, tapi nak share perasaan gembira aku sebab tahun ni aku terpilih oleh Allah untuk dapat banyak peluang kejar Ramadhan.  Dan aku sendiri tak pasti, sama ada tahun depan aku dapat lagi atau tak kesempatan macam ni.  Sebab aku kerja makan gaji, takkan suka-suki hati aku je nak bantai balik awal kalau kerja tak siap lagi, ye dok?

*Balik terawih tengok drama M.A.I.D dan HidayahMu Ramadhan!  Sanggup buat 8 rakaat je sebab nak kejor drama! Ish, ish, ish!










No comments:

Post a Comment