Pernah tak kau terjadi, bila kau ditimpa sesuatu musibah dan kau story telling kat sesape, orang tu akan cakap, "Sabar lah, ini semua dugaan. Mesti ada hikmah disebaliknya." Dan kau hanya mampu angguk. Tapi, pernah tak kau fikir walaupun itu hanya satu ayat klise tapi ia sesuatu yang benar.
Hidup di dunia yang sementara ni penuh dengan dugaan. Dugaan tu tak semestinya satu kesusahan. Kesenangan pun boleh jugak jadi satu dugaan.. bila mana kita asyik leka dengan kesenangan tu. Setiap detik kita berjalan ini adalah satu ujian.
Cuba ajar diri kita untuk berfikir yang baik untuk satu kejadian. Ya, memang kalau dah datang kesusahan tu memang kepala tak sempat nak fikir, rasa macam nak marah, rasa nak salahkan orang tu, orang ni.. alih-alih disalahkan takdir pulak. Bila fikiran dah berkecamuk, hati akan cepat nak mengamuk. Pahamilah dengan iman senipis kulit bawang kita, akan cepat tesentuh bila penuh dengan amarah. Bisikan negatif itu terasa begitu berkobar-kobar semarak dalam dada. Tapi, cubalah.. cubalah walau sesaat kita duduk, istigfar dan fikir apa kebaikan disebaliknya.
Aku ambik contoh kisah akulah ye. Last two week kereta aku kena langgar dari belakang dengan seorang awek India ni. Masa tu baru balik beraya rumah member. Soalan pertama aku bila aku keluar kereta dan tengok kereta aku ialah "Kenapa you langgar kereta I?!" Dan minah ni pun hanya mampu terkebil-kebil, speechless. Alamak, aku dah lah alone ni.. nak buat apa ni? Takkan aku nak lempang pulak dia?!
Ada jugak hamba Allah berhenti jap tengok keadaan kereta aku. Tapi dia pun tak boleh nak repair, aku pun ambik keputusan untuk tunggu je lah bapak minah ni datang. Bincang punya bincang, kena buat report sebab dia nak claim insuran untuk kereta dia dan kereta aku. Aku pun tak tahu berapa cost repair kereta aku, takkan kau nak suka-suka mintak dia 2,3 ratus? Aku pun ikut.
Bila dah ikut prosedur macam tu, jadi leceh pulak. Kena tunggu report lah, kena dokumen tu, dokumen ni, pergi bengkel pengeluar nak kena tunggu turn, kena tinggal kereta kat bengkel 2,3 hari. Dah madah aku nak kena berulang pergi keje naik apa? Basikal ke? Aduhai, apasal pulak aku yang kena ngadap semua ni weh, padahal aku tak salah pun? Minah ni yang langgar kereta aku, pehal?!
Tapi, bila duduk termenung balik.. aku jadi berfikir waras sikit. Kalau tak kena macam ni, mana aku nak tahu kena buat macam mana solution nya step-by-step. Nak kena cari siapa, tempat mana, dokumen apa. Selama ni aku tahu pasal kereta bila meter tunjuk huruf E, ok, mari isi minyak! Dah sampai mileage, pergi hantar kereta kat bengkel. Orang kata pengalaman beb! Aku baru terasa bersyukur, untungnya aku ada kereta boleh ke sana-ke mari. Macamana rasa orang yang tak berkemampuan ada kenderaan sendiri tu nak duk kota besar ni. Dan, aku bila dah tak ada kaki nak bergerak ni barulah reti duk diam kat rumah. Boleh jimat duit nanti nak pergi bercuti! Ya, aku nampak hikmahnya di situ.
Yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu dari kita.. manusia biasa dan hamba-Nya yang lemah. Allah tahu kita mampu untuk hadap, sebab tu dia bagi kita ujian tu. Allah tak kejam, percayalah. Ujian itu yang menumbuhkan lagi kesabaran dalam hati kita dan bila kita sabar, ini akan mencambahkan ketakwaan kita pada pencipta kita.
Sebab, hidup ni adalah satu perjalanan untuk satu destinasi. Ujian untuk kita menempuh kejayaan di dunia yang kekal abadi kelak. Kita bukannya Edward Cullen yang immortal, tapi itupun hanyalah satu fiksyen, bukan kisah adaptasi citer benar! Kita harung banyak cubaan, dugaan dan kita bersabar, redha dalam menempuhnya. Hikmahnya.. nah nanti kau akan bahagia di akhirat.
Sunday, August 9, 2015
Wednesday, August 5, 2015
Ada Sejadah Panjang Terbentang
Ok, drama ini memang ulangan, tapi dah tayang kali kedua ni baru aku berkesempatan nak menengok. Ternyata skrip daripada penulis feberet aku, Azlina Pa'wan memang ternyata tidak pernah mengecewakan!
Hero dan heroin ni memang buat kita pecah perut habis gelak dalam cerita Aku, Dia dan Tong Sampah dan Aku, Dia dan Tong Gas. Tapi kali ni mereka berganding dalam cerita yang sadis habis!
Perhatian untuk penonton drama ni, sila sediakan tisu semasa drama ditayangkan!
Ini kisah pasal seorang teruna bernama Taufik (Beto Kusyairy) dan dara bernama Siti Aishah (Siti Saleha) yang tinggal di dalam kampung dan hidup serba sederhana. Mereka ni suka antara satu sama lain tapi yelah, duk dalam masyarakat yang penuh adat kemelayuan dan agama Islam yang kuat, mereka ni agak pemalu dan hanya mampu sekadar berbalas surat je untuk meluahkan isi hati perasaan memasing.
Jadinya, dah nama satu kampung dan mak bapak diaorang saling mengenali, melihat tingkah anak-anak mereka macam tu, diaorang pun paham dan nak menyatukan anak mereka. Ada satu mamat ni, Azmi (Erry Putra) tak puas hati bila gadis kesayangannya bakal kahwin dengan orang lain. Dahlah Siti Aishah tu lemah lembut, cantik, penuh ilmu agama (anak pak lebai, mestilah macam ustazah!) alih-alih kawin dengan lelaki biasa yang tak kaya berbanding Azmi. Benganglah si Azmi ni!
Tapi dia ingat Siti Aishah tu nak kat Azmi ni ke? Tahulah dah kaya, tapi kutu berahak! Memang Siti Aishah ni tak layan la. Walaupun Taufik ni tak kaya macam Azmi, tapi Taufik ni penyantun, hormat orang tua, rendah diri dan paling Siti Aishah suka ialah Taufik ni ahli masjid!
Oleh sebab hati busuk, Azmi ni dah menyimbah asid ke muka Siti Aishah pada hari dia bakal menjadi isteri yang sah kepada Taufik?! Peh, bengang lah Taufik ni! Taufik pun pergi lah terjah rumah si bedebah Azmi ni. Dia boleh buat lek buat peace je kat rumah, buat muka tak bersalah? Hee.. scene ni dah macam Hang Jebat panggil Hang Tuah bersilat!
Tapi dalam adegan duk bertumbuk ni, dengan tak sengaja Taufik ni tertolak Azmi lalu kepalanya terhentak pada batu.
Azmi meninggal dunia. Taufik didapati bersalah, dihukum penjara 10 tahun. Siti Aishah cacat separuh wajahnya.
Selepas 6 tahun dipenjara, Taufik dibenarkan bebas awal sebab berkelakuan baik. Semua orang berbesar hati bila Taufik dah kembali, lebih-lebih lagi mak Taufik dan Siti Aishah. Tapi, sebenarnya pada tahun ke 5 dipenjara, Taufik sendiri yang memutuskan hubungannya dengan Siti Aishah dan suruh Siti Aishah lupakan dia. Bagi Siti Aishah, peluang dia untuk bersama dengan Taufik masih terbuka bila dia balik ke kampung dan menyangka Taufik buat keputusan macam tu bagi tidak membebankan Siti Aishah.
Adik Taufik, Budi (Nas-T) pun kurang senang dengan kehadiran semula Taufik. Baginya Taufik mengembalikan semula cemuhan orang kampung kepada mereka sekeluarga - keluarga pembunuh. Taufik cuba berdiplomasi tapi adiknya mahu Taufik keluar dari rumah. Taufik cuba bersabar dengan kerenah Budi dan tetap dengan keputusannya untuk tidak menyambung kembali hubungan dengan Siti Aishah. Mak Siti Aishah pun mula buat andaian yang Taufik menolak Siti Aishah kerana rupanya yang buruk.
Budi bertambah bengang bila pinangannya ditolak teman wanitanya dan menyalahkan Taufik. Mak mereka cuba mententeramkan Budi tapi Taufik pulak pergi tampar muka adik dia sebab rasa adik dia kurang ajar bila bercakap dengan mak mereka. Budi tertolak mak dia, dah mak dia pulak meninggal. Merah lagi kubur mak dia, Budi ni halau Taufik ni keluar dari rumah. Dah kenapa? Tak ada hati perut ke hape?!
Acaner...? Nanges tak?
Taufik pun membawa diri, mengabdikan diri pada Allah dan menganggap semua yang berlaku ni dugaan Allah. Dia redha dan ikhlas. Tapi dia buat semua ni bersebab. Sebenarnya, dia menghidap barah otak. What?!
Iya.. dan dia ingat dia akan mati dalam penjara, itu sebab dia putuskan hubungan dia dengan Siti Aishah dulu. Rahsia ni terbongkar bila Taufik ditemui pengsan dalam pondok tempat dia berteduh lepas dihalau Budi. Bila dah jadi macam ni, Budi pun insaf dan Siti Aishah yang dah frust menonggeng tadi, terus meluru pergi rumah Taufik. Dia sendiri pergi pinang Taufik! Dia tak kesah kalau dia hanya mampu jadi isteri Taufik untuk sesaat pun.. sebab dia tahu tahu Taufik masih sayangkan dia!
Sad ending ke happy ending.. kena tengok sendiri la ye? Overall, memang best drama ni. Aku harap drama ni tercalon untuk Anugerah Skrin next year. Thumb up!
Saturday, August 1, 2015
Sahabat atau Kawan?
Sahabat.. untuk selamanya. Kau dan aku sahabat, untuk selamanya
Emm.. betul, betul, betul!
Nah, itu lirik lagu Sahabat Selamanya yang dinyanyikan band Padi dari Indonesia untuk siri animasi Upin dan Ipin. Itu kisah budak-budak. Berbalik kepada cerita realiti, kita yang dewasa ni sebenarnya sama ke tak mempraktikan apa yang imaginasi anak kecil ni?
Apa benda sahabat dengan kawan ni pada korang? Sama ke tak maksudnya sahabat dan kawan ni?
Bagi pendapat peribadi akulah kan, sahabat ni orang yang aku kenal benar dan bersama dengan aku dalam susah atau senang manakala kawan ni orang yang aku kenal dan bersama dengan aku dalam waktu senang (sahaja). Kira kalau populasi kawan ni memang bersepah la, tapi nak mendapatkan sahabat ni memang agak complicated!
Aku melabelkan diri aku sendiri pada sahabat dan kawan ni. Maksudnya, kalau mereka ni berkawan dengan aku, jadi aku akan menjadi kawan mereka. Kalau mereka ni bersahabat dengan aku, aku akan menjadi sahabat mereka.
Bunyinya macam aku ni tak ikhlas, macam friend with benefit, macam memberi dan mengharapkan pembalasan. Tapi, aku buat macam ni demi nak jaga hati kedua belah pihak. Aku.. kalau boleh nak bersahabat ni lama, sampai beranak pinak, sampai kami sama-sama ke pintu syurga. Tapi kalau sebelah pihak lagi tak boleh beri komitmen.. sikit-sikit nak terasa ati, sikit-sikit nak hentak kaki.. kenapa aku nak kena buang masa aku?
Nak dapatkan sahabat yang boleh get along dengan kau, hadam perangai biul kau, layan angin semilir petang bila kau awal bulan (bagi perempuan la), boleh kayuhkan sampan sama-sama dengan kau, tarik tangan kau waktu kau tersembam, buat dek je bila kau marah, bagi tisu bila kau menangis, huh.. wa cakap lu susah woo!
Lagi pulak bila golongan wanita yang tak kawin lagi tapi member lain semua dah kawin. Cuba kau bilang, berapa ketul je lagi 'sahabat' (yang kononnya cakap nak naik pelamin sesama dengan kau tapi potong q kau) yang masih lagi berada di sisi kau bila kau pulak nak memerlukan pengapit time kau kawin?
Kes tu boleh angguk lagi. Ada jugak kes yang bila golongan wanita yang tak kahwin lagi tapi member lain semua dah kawen. Cuba kau bilang, berapa ketul je lagi 'sahabat' kau yang masih lagi berada di sisi kau bila kau tak kawin-kawin lagi?! Kau ingat mereka nak layan kau tu?
Haha! Aku dah rasa sekarang!
Tapi, kau tak boleh salahkan sahabat-sahabat kau yang dah kawin ni. Mereka dah beralih ke fasa baru hidup mereka. Mereka memerlukan privasi sendiri dan mungkin mereka pun tak ada masa untuk diri mereka, apatah lagi nak fikir pasal kawan-kawan.
Cuma, patutnya sahabat yang dah kawin ni perlu lebih peka. Tak payahlah nak keluar isu sensitip!
"Kau bila nak kahwin ni? Aku dah anak dua!"
"Tulah kau, memilih sangat!"
"Kahwin je la, nak tunggu apa lagi?"
"Best woo kahwin, rugi tak kahwin awal!"
"Orang tu mana nak ingat kawin, sibuk cari duit! Dah kaya sekarang!"
Sahabat yang baik, memang dia akan cuba kunyah statement sentap korang ni. Tapi sebagai manusia biasa, iman seseorang tu ada pasang surutnya jugak. Ada masa, terseret perasaan lah jugak woi!
"Dah rezeki kau dulu, aku nak buat macam mana kalau Allah kata bukan masa aku lagi? Tak boleh ke kita geng macam dulu? Kau kata kita sahabat sampai mati? Tapi bila kau dah ada famili sendiri, kau dah lupakan aku yang dulu kau anggap macam famili kau?"
Haa.. tu dia!
Tapi, kawan ke sahabat ke.. bagi aku individu ni amat penting dalam hidup. Sebab merekalah orang yang aku refer selepas mak bapak aku. Hargailah mereka, buruk dan baik mereka. Orang cakap, kawan kita tu yang membentuk kita. Maksudnya, berkawan dengan orang baik, dengan kau sekali jadi alim. Berkawan dengan orang jahat, dengan kau sekali jadi jahanam! Buruk baiknya, terpulang pada diri kau jugak lah. Ada jugak orang yang baik berkawan dengan orang jahat, tapi akhirnya budak jahat tu boleh balik ke pangkal jalan dan lurus beriringan dengan budak baik tadi. Nampak tak? Dah dapat pahala bebudak ni.
Jadi, sejenis macam mana kah korang.. sahabat atau kawan?
Wednesday, July 22, 2015
HidayahMu Ramadhan
Sejujurnya bagi seorang peminat drama melayu macam aku ni, aku akan menantikan drama bersempena bulan Ramadhan dari tv3, tak kisahlah slot Akasia atau Samarinda. Untuk tahun ni, Primeworks Studio mempersembahkan sebuah drama 16 episod (class kau jah.. selalu slot ni 15 episod je!), HidayahMu Ramadhan diterajui oleh Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Zarina Zainuddin, Nazrief Nazri (ala, Cikgu Arif dalam Oh My English class 2015) dan ramai lagi.
Kisahnya pasal Hidayah (Zara Zya) seorang anak yatim piatu tapi dipinggirkan oleh Pak Longnya (Roy Azman). Pak Long dia ni takut ke sayang bini aku pun tak tahu lah apa jenis, tapi dia dengar cakap bininya, Mak Long (Sharifah Shahora) yang tak suka Hidayah ni yang miskin rapat dengan mereka yang kaya, lebih-lebih lagi anak lelakinya, Nazrief Nazri (aku lupa la nama mamat ni dalam cerita ni) yang Hidayah dah anggap macam abangnya sendiri.
Hidayah ni ada abang angkat (dah kawin ye!) kerja dengan Dato Mustafa. Dato Mustafa yang baik hati ni kesian dengan nasib yang menimpa Hidayah dan menawarkan untuk tinggal sekali dengan mereka dan nak tanggung kos sambung belajar Hidayah. Memang lah niat dia baik tapi bini dia Zarina Zainuddin (apa ntah nama Datin ni!) pulak tak suka. Tapi, lepas dipujuk Dato Mustafa, dia akur. Pergilah belajar kat kolej yang sama dengan anak perempuan mereka, Amira (Reen Rahim). Amira ni pun tak suka pada Hidayah yang dikatanya kekampungan, tapi sebenarnya dia jealous sebab mamat yang dia suka Taufiq tu baik dengan Hidayah. Pulak?
Tapi dalam ramai-ramai yang tak suka Hidayah, selain Dato Mustafa dan anak lelakinya, Encik Amar (Aeril Zafril) melayan Hidayah dengan baik. Beruntunglah kau Hidayah, ada mamat hensem baik dengan kau!
Nak dijadikan cerita bersempena dengan tema bulan Ramadhan ni, Dato Mustafa ni sebenarnya nak meluruskan balik kehidupannya dan keluarga yang baginya dah banyak sangat terpesong. Antaranya menjaga solat dan puasa. Jadi, dengan kehadiran Hidayah, sedikit sebanyak memberi semangat dan pendorong untuk Dato ni berubah. Lepas tu, Encik Amar pulak nak ikut jejak bapaknya, selepas dia tahu yang dia mengidap cancer.
Lepas dah 2 kali kena halau rumah oleh Datin, Dato Mustafa dah bengang dah kali ni dia jemput Hidayah untuk pulang ke rumahnya sebagai anak angkatnya. Lagilah berdarah idong Datin tu bila hasben dia buat macam tu. Amira pulak mula-mula dia memang bengang, tapi oleh sebab dia tak dapat Taufiq and nak mengorat abang sepupu Hidayah yang kebetulan datang melawat Hidayah di rumahnya, terus dia mula berbaik dengan Hidayah. Kira ada udang disebalik mee jugak lah. Tapi, bila dia berbaik dengan Hidayah, baru dia tahu yang Hidayah ni baik orangnya walau macam mana jahat pun telah dia buat pada Hidayah. Itulah orang cakap tak kenal maka tak cinta. Ini main hembus je kau cakap orang tu jahat!
Taufiq ni accident, dah kena duduk kat kerusi roda. Tapi yang banyak bagi semangat kat dia ialah Hidayah. Walaupun Taufiq ni suka kat Hidayah, tapi Hidayah dah cakap yang dia anggap Taufiq ni kawan je. Abang sepupu Hidayah pun minat kat Hidayah, tapi Mak Long tak suka. Dah siap nak jodoh kan anak dia dengan Mimi, yang lagi kaya dari mereka. Mamat ni pulak memang tak setuju dengan cadangan mak dia. Dia berkeras nak kawin dengan Hidayah. Hek eleh, suka suki je. Dia ingat Hidayah nak kahwin dengan dia ke?
Klimaks, bila abang sepupu Hidayah meninggal dalam kemalangan masa mereka nak balik kampung masa malam raya. Tragis jugak la kematian dia, dah macam Final Destination! Mak Long Hidayah tak boleh terima kenyataan, telah jadi ting-tong pulak! Pak Long pulak dah insap, baru dia sedar yang selama ni dia banyak mengabaikan adiknya dan Hidayah sebagai anak sedara satu-satunya.
Jadi Hidayah ni kahwin dengan siapa pulak dah semua Hidayah reject?! Nah, Encik Ammar pun muncul dengan rombongan meminangnya. Walaupun mulanya Encik Ammar ni pun kena reject sebab Hidayah ingat kakak angkatnya Doktor Kat minat kat Encik Ammar ni, tapi lastly dia menerima Encik Ammar sebagai suaminya.
Datin pun dah terima Hidayah sebagai menantunya bila tahu yang Ammar sakit dah sebelum dia menemui ajal, dia nak bahagia bersama orang yang dia cintai iaitu Hidayah. Eh, mula-mula meroyan la jugak Datin bila tahu anak lelaki dia suka pada orang yang dia tak suka. Tapi bila Ammar ceritakan hal sebenar (pasal penyakit dia yang peluang untuk sembuh amat tipis), Datin pun redha.
Barulah mereka sedar kedatangan Hidayah dalam hidup mereka sekeluarga adalah petunjuk dari Allah untuk mereka kembali kepada Nya.
Eh, sabar. Belum habis lagi drama ni. Kalau tak, tak adalah dia sampai 16 episod, bersiaran ekslusif selama 2 jam pada malam raya. Kau ingat dah kahwin nya Hidayah dan Ammar tu bermakna akan keluar tulisan tamat kat tv kau?
Kan ke Ammar tu sakit? Pulih ke tidak? Haa.. kalau nak tahu ending nya happy ke idok, pergilah cari kat www.tonton.com.my Dengarkan jugak lagu temanya drama ni daripada penyanyi Ippo Hafiz - HidayahMu.
Tuesday, July 21, 2015
Aku rindukan kau, Ramadhan..
Sebulan sudah puasa, menahan lapar dahaga..
Cewah..cenggitu lah kunun-kununnya lagu raya daripada artis feberet aku, Siti Nurhaliza. Tajuk amende, aku pun tak ingat tapi part chorus dia "mari adik, mari abang mari kita.." Aha.. jangan kau berjoget pulak! Ce teka la kalau rajin!
Alhamdulillah, bulan puasa dah habis dan hari ni dah 5 Syawal pun. Tahun ni I'olls beraya kat Kuantan je. Cuti pun sekejap je, simpan cuti! Ala, tak mau lah cite hal raya! Aku nak citer bab puasa lah! Ini cerita macam ala-ala throwback gitu!
Korang ada terasa tak macam rindu bulan puasa bile dah beraya ni? Ke, aku je yang perasan? (Aku ni memang perah-santan je semedang!) Ke sebab baru je beberapa hari raya, itu yang terasa lagi bahang bulan puasa tu? Entah lah.. tapi aku bersyukur puasa tahun ni.. sebab aku merasa nikmat puasa yang sebetulnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ok..kisahnya, aku ni bekerja dengan workstation aku ialah site. Semua maklum suasana di site yang panas, berbahang, berdebu. Kalau bulan puasa, agak mencabarlah jugak nak kena menapak tawaf site, nak tengok workers and machineries segala bagai. Bulan biasa buleh lah mintak tolong bhai belikan 100plus, ini bulan puasa.. tak boleh lah dik!
Tapi, alhamdulillah tahun ni Allah bagi rezeki aku banyak duk dalam ofis cabin sebab site ni baru nak start, jadi kerja-kerja di tapak tak banyak yang gerak. Dan, jika begitu halnya tak payahlah aku kena tunggu concreting sampai malam dan boleh lah aku cabut awal (pukul 5pm tu kira awallah tu!)
Dah balik awal, boleh lah aku menyinggah kejap dekat bazaar Melawati ke, AU ke, Pandan ke, Aeon Wangsa Maju ke..? Haa.. tapi aku ni sejenis yang tak gemar sangat gi bazaar. Aku lebih suka masak kat rumah (biorpun aku tak reti masak mana pun!) Sebab, kalau masak.. aku boleh terus buat sahur. Kalau beli kang dah rosak tak sempat buat sahur pulak!
Rezeki aku beb, tahun ni puasa aku dapat site KL. jadi boleh lah aku main masak-masak and berbuka puasa dengan adik-adik aku. Terasa betul meriah nye bukak puasa. Tapi pernah jugak sekali hari tu bukak puasa kat site, meriah jugak sebab site aku kali ni ramai melayu. Peh, happening gila! Macam bukak puasa kat padang MPK Kuantan! Hehe!
Rumah aku kali ni dekat dengan Masjid Melawati. Boleh dikatakan tahun ni paling banyak aku gi terawih. Masjid ni meriah, biarpun sampai ke akhir Ramadhan masih penuh. Parkir kereta sampai ke jalan besar, sampai kena upah traffic controller.. maksudnya ramai orang lah tu. Jadi, nak dapat parkir, kena lah datang awal. Dah datang awal, takkan kau nak termenung je dalam masjid tu kan? Sempat jugak lah baca tafsir dan ayat al-Quran (kalau tak memang dasar pemalas kan nak bukak al-Quran!) Sama-sama dengan muslimat lain, kita berjemaah.. berselawat. Yang tak kenal, kat sinilah kita berkenalan, mengeratkan ukhuwah. Baru tahu mak cik ni jiran aku, akak tu duduk blok sebelah! Haa.. betullah orang cakap bulan Ramadhan bulan berkat.
Tahun ni jugak aku rajin bangun sahur. Alhamdulillah tak miss. Dah bangun sahur, mestilah tunggu Subuh.. kalau tak memang terbabas lah! Dah aku dapat pahala solat Subuh awal, kalau tak memang Subuh gajah je muka aku ni! Huh!
Bulan ni banyak beri pengajaran dan peringatan pada aku. Bulan yang menjentik rasa insaf dalam diri. Musahabah diri sikit. Terasa macam banyaknya aku melango kat bulan lain. Apebende lah aku buat sebelum ni? Kalau kata Allah nak ambik nyawa aku sekarang, ape je lah yang aku nak bawak nanti? Kalau nak suruh anak soleh yang doakan untuk aku, memang tak-lah sebab aku kawin pun belum! Ya Allah!
Sorrylah, bukan nak riak, tapi nak share perasaan gembira aku sebab tahun ni aku terpilih oleh Allah untuk dapat banyak peluang kejar Ramadhan. Dan aku sendiri tak pasti, sama ada tahun depan aku dapat lagi atau tak kesempatan macam ni. Sebab aku kerja makan gaji, takkan suka-suki hati aku je nak bantai balik awal kalau kerja tak siap lagi, ye dok?
*Balik terawih tengok drama M.A.I.D dan HidayahMu Ramadhan! Sanggup buat 8 rakaat je sebab nak kejor drama! Ish, ish, ish!
Cewah..cenggitu lah kunun-kununnya lagu raya daripada artis feberet aku, Siti Nurhaliza. Tajuk amende, aku pun tak ingat tapi part chorus dia "mari adik, mari abang mari kita.." Aha.. jangan kau berjoget pulak! Ce teka la kalau rajin!
Alhamdulillah, bulan puasa dah habis dan hari ni dah 5 Syawal pun. Tahun ni I'olls beraya kat Kuantan je. Cuti pun sekejap je, simpan cuti! Ala, tak mau lah cite hal raya! Aku nak citer bab puasa lah! Ini cerita macam ala-ala throwback gitu!
Korang ada terasa tak macam rindu bulan puasa bile dah beraya ni? Ke, aku je yang perasan? (Aku ni memang perah-santan je semedang!) Ke sebab baru je beberapa hari raya, itu yang terasa lagi bahang bulan puasa tu? Entah lah.. tapi aku bersyukur puasa tahun ni.. sebab aku merasa nikmat puasa yang sebetulnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ok..kisahnya, aku ni bekerja dengan workstation aku ialah site. Semua maklum suasana di site yang panas, berbahang, berdebu. Kalau bulan puasa, agak mencabarlah jugak nak kena menapak tawaf site, nak tengok workers and machineries segala bagai. Bulan biasa buleh lah mintak tolong bhai belikan 100plus, ini bulan puasa.. tak boleh lah dik!
Tapi, alhamdulillah tahun ni Allah bagi rezeki aku banyak duk dalam ofis cabin sebab site ni baru nak start, jadi kerja-kerja di tapak tak banyak yang gerak. Dan, jika begitu halnya tak payahlah aku kena tunggu concreting sampai malam dan boleh lah aku cabut awal (pukul 5pm tu kira awallah tu!)
Dah balik awal, boleh lah aku menyinggah kejap dekat bazaar Melawati ke, AU ke, Pandan ke, Aeon Wangsa Maju ke..? Haa.. tapi aku ni sejenis yang tak gemar sangat gi bazaar. Aku lebih suka masak kat rumah (biorpun aku tak reti masak mana pun!) Sebab, kalau masak.. aku boleh terus buat sahur. Kalau beli kang dah rosak tak sempat buat sahur pulak!
Rezeki aku beb, tahun ni puasa aku dapat site KL. jadi boleh lah aku main masak-masak and berbuka puasa dengan adik-adik aku. Terasa betul meriah nye bukak puasa. Tapi pernah jugak sekali hari tu bukak puasa kat site, meriah jugak sebab site aku kali ni ramai melayu. Peh, happening gila! Macam bukak puasa kat padang MPK Kuantan! Hehe!
Rumah aku kali ni dekat dengan Masjid Melawati. Boleh dikatakan tahun ni paling banyak aku gi terawih. Masjid ni meriah, biarpun sampai ke akhir Ramadhan masih penuh. Parkir kereta sampai ke jalan besar, sampai kena upah traffic controller.. maksudnya ramai orang lah tu. Jadi, nak dapat parkir, kena lah datang awal. Dah datang awal, takkan kau nak termenung je dalam masjid tu kan? Sempat jugak lah baca tafsir dan ayat al-Quran (kalau tak memang dasar pemalas kan nak bukak al-Quran!) Sama-sama dengan muslimat lain, kita berjemaah.. berselawat. Yang tak kenal, kat sinilah kita berkenalan, mengeratkan ukhuwah. Baru tahu mak cik ni jiran aku, akak tu duduk blok sebelah! Haa.. betullah orang cakap bulan Ramadhan bulan berkat.
Tahun ni jugak aku rajin bangun sahur. Alhamdulillah tak miss. Dah bangun sahur, mestilah tunggu Subuh.. kalau tak memang terbabas lah! Dah aku dapat pahala solat Subuh awal, kalau tak memang Subuh gajah je muka aku ni! Huh!
Bulan ni banyak beri pengajaran dan peringatan pada aku. Bulan yang menjentik rasa insaf dalam diri. Musahabah diri sikit. Terasa macam banyaknya aku melango kat bulan lain. Apebende lah aku buat sebelum ni? Kalau kata Allah nak ambik nyawa aku sekarang, ape je lah yang aku nak bawak nanti? Kalau nak suruh anak soleh yang doakan untuk aku, memang tak-lah sebab aku kawin pun belum! Ya Allah!
Sorrylah, bukan nak riak, tapi nak share perasaan gembira aku sebab tahun ni aku terpilih oleh Allah untuk dapat banyak peluang kejar Ramadhan. Dan aku sendiri tak pasti, sama ada tahun depan aku dapat lagi atau tak kesempatan macam ni. Sebab aku kerja makan gaji, takkan suka-suki hati aku je nak bantai balik awal kalau kerja tak siap lagi, ye dok?
*Balik terawih tengok drama M.A.I.D dan HidayahMu Ramadhan! Sanggup buat 8 rakaat je sebab nak kejor drama! Ish, ish, ish!
Tuesday, January 6, 2015
Part-Time Lover
* Nota kepala ; Cerpen ni dah lama aku buat, tapi aku peram dalam labtop agar boleh jadi pekasam. Tapi, impian aku hanya sia-sia. Hehe. Enjoy je lah.
~~~~~~~~
~~~~~~~~
“Fendi! Mana you pergi? Eh kejap.. siapa perempuan ni? Dia tak tahu ke yang you ni boyfriend
I?!” Aku pandang atas bawah perempuan di
depan aku. Rasanya selain dia, aku
seorang jelah perempuan kat sini. Dia
mengata aku ke? Hey, so what kalau Fendi
boyfriend kau? Dia tak tahu pulak
agaknya yang aku ni girlfriend pada ‘boyfriend’ dia tu?
Fendi
dah menjarakkan sedikit dirinya dari minah yang dah macam sotong, duduk
mengeletas je dengannya. “Oh..
kenalkan. Ini Dhira, tunang I. Dhira.. kenalkan ni.. Er, apa nama you,
ya?” Aku dah macam nak tergelak tengok
reaksi dan air muka minah ni yang berubah seratus peratus. Si Fendi ni pun satu, kalau ya pun kami dah
bertunang, tak payah lah kecoh sangat sampai aci satu mall ni je nak inform!
“What?! Tunang?!”
Minah tu dah separuh bertempik.
Adoi, malulah pulak bila orang kiri kanan macam dah pandang kami lain
macam. “Lor.. pekak rupanya you ni? Kan I dah cakap tadi. Dhira tunang I. Part mana lagi yang you tak faham ni?” “How dare you, Fendi?! Berani you buat I macam ni, dan paling worst,
you sampai berani lupa nama I?!” Fendi hela nafas panjang lalu senyum.
“I
kira.. ini jodoh. Oklah, nanti kami nak
kahwin, kami jemput ya! Bye!” Fendi dah tarik lengan aku bila minah tadi
dah macam tak boleh terima kenyataan dan bertindak nak serang aku pulak. “Jom main kejar-kejar!” Aku tergelak sambil mengikut langkah
Fendi. Sempat aku berpaling ke
belakang. Pergh, minah tadi betul-betul
macam ‘Hantu Mak Limah Balik Rumah’!
“Kali
ni, atas sebab apa pulak abang buat minah tu macam tu? Kesian dia tahu! Tak baik buat dia macam tu..” Tanyaku pada Fendi, sewaktu kami sama-sama
duduk menghadap tasik. “Habis, dia
kerjanya nak menghabiskan duit aku tu, baik pulak?” Fendi menjawab sambil mengunyah jambu lalu
melepaskan pandangan ke sekeliling kawasan tasik yang rata-ratanya datang
berjoging, berbasikal dan menghabiskan masa bersama keluarga. Tak kurang jugak
yang datang bercinta. Macam
kitaorang. Er.. bercinta ke kitaorang
ni?
“Apa-apapun,
thanks sebab jadi ‘tunang’ aku tadi!
Really appreciate!” Fendi senyum
sekilas sambil gosok kepala aku. “Kau
memang heroin aku!” “Ha’ah. Setiap kali!”
“Eleh, memang kau suka pun kan?
Kalau jadi betul-betul pun kau lagi suka, ye tak?” Aku senyum sambil tunduk malu!
Ok,
jawapan pada soalan tadi ialah kami sebenarnya berlakon yang kami
bertunang. Pernah jugak menyamar
bercinta dan kadang-kadang melampau sampai pernah sekali aku jadi wife
Fendi. Ini kalau Rosyam Nor ambil aku
berlakon, memang menang anugerah lah aku!
Tapi, aku tak kisah. Malah, macam
yang Fendi cakap tadi, aku lagi suka!
Eh, eh.. gatalnya aku!
Sesampainya
kami ke rumah, ibu, ayah dan Farah tengah duduk depan televisyen menghadap
Boboy Boy. Mak aii.. muda betul
‘adik-adik’ yang tengok ni? “Haa.. baru
nak balik? Ke mana ajelah kau berdua
ni?” Ibu dah on microphone awal untuk
kuliah Maghrib. Ayah macam biasa, selalu
jadi penonton je. Farah pulak memang
luar biasa. Asal kartun je, bom meledak
tepi telinga pun dah tak hairan.
“Nasib
baik kitaorang balik jugak, ibu..” Fendi
dah duduk tepi Farah sambil menarik-narik hujung rambutnya, berniat untuk
menyakat tapi memang tak dilayan.
Konsentrasi diberikan sepenuhnya pada skrin televisyen. “Kau ni Fendi, cakap ikut sedap mulut
je! Kalau tak balik kau berdua, memang
tak hidup jugaklah ibu! Haa.. dari mana
ke mana ni?” “Hurm.. macam biasa
lah. Bawak Dhira pergi shooting drama!” Aku dah tergelak-gelak sambil ibu dah
terpinga-pinga. Pelakon rupanya anak
aku?
Aku
balik ke rumah dengan separuh baju aku lencun basah. Sebaik saja parkir kereta di hadapan kawasan
rumah, aku terus menonong masuk ke dalam.
Ibu yang ada di halaman, sedang menyiram bunga pelik melihat keadaan
aku. “Dhira.. apasal baju kau tu
basah? Dari daerah mana kau ni yang
hujan ni? Setahu ibu, panas je cuaca
hari ni?” Aku berhenti lalu senyum
sekilas. Bukan, senyum pahit.
“Tak..
tadi terjatuh. Dalam lopak air.” “Haa?
Macam mana boleh jatuh pulak?
Habis, kau tak apa-apa ke?” Ibu
terus meletak paip air dah berjalan ke arah aku, menelek tubuhku yang dibaluti
baju kurung. “Tak ibu.. Dhira ok.” “Kalau ok.. kenapa menangis?” Aku tergamam.
Alamak, ibu nampak? Ibu
tahu? Betullah, naluri seorang ibu itu
tidak boleh dibohong. “Eh, mana
ada. Ibu jangan risau, Dhira ok
lah. Ok lah ibu, Dhira masuk dulu, ya?” Tanpa sempat mendengar apa-apa lagi dari ibu,
aku terus masuk ke bilikku di tingkat atas rumah. Perlahan-lahan pintu ditutup, dikunci lalu
aku menangis hingga terduduk di depan pintu bilik, sambil menekup muka.
“Hey,
perempuan!” Aku yang baru menekan alarm
kereta berpaling ke belakang ke arah suara yang menerpa. Belum sempat aku mengecam dan berkata
apa-apa, terus aku ditampar. Kuat,
hingga rasa berpinar pandanganku.
“Kau,
jadi perempuan jangan miang sangat boleh tak?!
Kau tahu tak, aku dulu yang jumpa Fendi, aku dulu yang bersama dengan
dia. Tiba-tiba kau datang, entah dari
mana, pakai guna-guna mana.. berani kau nak rampas dia dari aku?! Kau sedar sikit diri kau siapa! Kerja kerani cabuk, pakai kereta buruk.. ada
hati nak bercinta dengan Fendi?! Hei,
perampas! Jangan nak berangan, ya! Ini amaran pertama dari aku.. lepas ni kau
jangan nak gedik-gedik, tayang diri kau berkepit dengan Fendi kat depan
aku! Nahas kau.. aku ni Rina, model
terkenal tahu! Jangan berani nak lawan
aku!”
Aku
yang masih lagi tergamam bertambah terkejut bila datang seorang lagi perempuan,
mungkin teman seperjuangan minah ni dengan membawa sebaldi air lalu dicurahkan
ke atasku. Ya Allah.. kuatkanlah hati
hambamu yang lemah ini.
Mereka
berdua ketawa sambil meninggalkan aku bersendirian di ruangan tempat letak
kereta bawah tanah itu. Nasib aku baik
kerana kali ni, tiada yang melihat aku diserang dan memandang aku dengan jelik. Tapi, dalam ramai-ramai ex-girlfriend Fendi,
kali ini serangannya betul-betul exstrem hingga buat aku terdiam lalu mengalir
air mata.
“Dhira! Bukak pintu ni aku kata!” Aku terjaga dari lena. Sempat aku memandang jam. Pukul 11 malam. Ketukan di pintu kedengaran lagi. Apa lagi si Fendi ni nak? Tak faham ke aku cakap aku tak lapar dan aku
tak mahu diganggu? Telefon bimbitku
berbunyi. Farah?
“Dhira..
bukak je lah pintu bilik kau tu.
Beritahu je lah abang apa jadi kat kau tadi. Itu, lagi kau tak bukak, lagi dia
memekak. Aku nak tidur lah weh. Esok aku ada kelas pagi. Dah lah esok aku ada presentation final
project. Tolong ler..” Farah dibilik sebelah semakin mendesak. “Hurm.. ye lah. Sorry..”
Aku
dengan malasnya membuka pintu bilik.
“Eh, sejak bila kau pekak ni, haa?!”
Lor, tak sempat cakap apa-apa dah kena sembur? Aku dah malas layan lagi lalu aku berpaling
ingin menutup pintu tapi dia lagi cepat menarik hujung lengan bajuku. “Eh, aku tak habis cakap lagi dengan kau,
yang kau lari kenapa?” Aku masih lagi
statik.
“Ibu
cakap kau balik basah lencun, kenapa?”
Aku memandang Fendi yang masih berbaju kemeja dengan lengan yang
disingsing ke siku dan tali leher dah melurut ke bawah. Baru balik kerja lah tu. Aku menunduk, tak berani bertentang mata
dengan muka seriusnya. “Hujan.. basahlah!” “Eh, kau jangan nak menipu aku ye! Bercakap dengan aku, pandang muka aku!” Dia menarik dagu aku ke atas tapi cepat-cepat
aku tepis tangannya.
“Muka
kau merah ni, kena hujan jugak ke? Hujan
asid ke tadi?” Aku dah makin tak suka
dengan soalan-soalannya yang kalah soalan SPM aku sekolah dulu. “Ish, apa banyak sangat soalan ni? Dah lah, Dhira mengantuk.. nak tidur!” “Eh, siapa cakap aku dah habis?! Beritahu aku, apa jadi. Kalau tak, satu rumah ni tak boleh tidur
malam ni.” Fendi dah masuk tone mengugut. Alamak, kesian pulak kat ayah dan Farah yang
nak kerja esok. Fendi ni kalau dia dah
cakap, memang dia akan buat. Lagi kalau
dia mengamuk, memang semua orang gerun.
“Ok..
ok! To be honest, Dhira.. kena
tampar. Lepas tu kena simbah air..
dengan Rina, girlfriend abang yang kita jumpa kat butik kawan abang tu. Puas hati?!”
“Apa?! Sanggup dia buat anak ibu
macam tu?” Tiba-tiba muncul ibu dan ayah
dari pintu bilik mereka. Oh, kiranya
diaorang ni tak tidur lagi lah? Dari
tadi curi dengar, tunggu masa sesuai lah serang hendap ni?
“Habis,
Dhira ok ke tak ni? Pergi klinik
lah,” cadang ayah. “Tak payah, bang! Kita pergi buat police report!” “Haa.. abang baru teringat abang ada kawan
lawyer!” “Haa.. kita pergi saman dia! Berani dia buat kau macam tu! Haa.. kau ni pun satu Fendi! Pandai bercinta je! Tukar girlfriend macam tukar baju. Time tak nak, kau tinggal-tinggalkan. Lepas tu kau libatkan sekali Dhira. Yang kena dia, bukan kau! Hee.. bila lah kau ni nak berubah! Kesian kat Dhira, tahu!” Ibu dah bercekak pinggang. Aku rasa malam ni memang sungguhlah kami
semua tak tidur.
“Ibu,
ayah.. macam ni. Oleh sebab Dhira tak apa-apa, jadi kita
lupakan je lah benda ni, ya? Lepas ni,
Dhira janji, Dhira akan hati-hati lagi.
Dah, sekarang kita masuk tidur dulu.
Esok ada hari lagi, kena kerja lagi.
Selesai, ya?” “Betul ni,
ok?” Aku cepat-cepat mengangguk. “Nanti kalau apa-apa beritahu kami, ya?” Mereka menghilang ke bilik.
“Eh,
kau tak selesai lagi dengan aku!” Aku
dah lembikkan bahu memandangnya. “Aduh,
apa lagi? Dhira nak tidur lah,
bang..” Fendi meraup mukanya, jelas
menunjukkan dia sesal dengan tindakkannya.
“Tak payahlah abang nak rasa bersalah.
Benda dah jadi pun. Lagipun,
semuanya atas kerelaan saya. Jadi, saya
kena terimalah.”
“Kau
jangan tambahkan rasa bersalah aku pada kau..”
“Abang, jangan risaulah. Saya dah
biasa..” “Haa.. tengok tu. Maknanya, selalu lah kau kena ganggu macam ni
dengan girls aku?” Aku menggeleng sekali
dengan tangan bergerak, menidakkan dakwaannya.
“Nadhira..
please lah. Aku tahu kau rela, tapi
tolonglah jangan macam ni. Aku sayang
Farah, dan aku sayang kau. Aku tak nak
kau menangis. Air mata kau tu mahal,
buat apa kau nak membazir?” Kata-katanya
betul-betul buat jiwa aku luluh. Aku
bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih ada lagi yang sayang.Mata tak mampu
tahan lagi lalu airmata menitis lagi untuk kesekian kalinya.
“Dhira..
are you sure that you ok?” Fendi
menuturkan dengan lembut di pendengaran aku.
Aku menunduk.
“Nothing..
just glad to know that. Ok then. Sweet dream!”
Aku berpaling sambil menyeka air mata.
“Make sure this thing not happened again!” Aku angguk.
“Dhira..” Aku mendongak
memandangnya. “Sorry.. and thanks!” Aku
senyum sekilas lalu dia berjalan menuju ke biliknya di tingkat bawah.
Farah
mengambil tempat di sebelah aku, melepaskan lelah setelah penat berjogging
membuat satu pusingan tasik tempat aku, Farah dan Fendi selalu lepak. “Dhira.. kau tahu kan, abang playboy.. ramai
girlfriend. Tukar girlfriend ikut
suka. Rasa nak dia ambil, tak nak dia
tinggalkan. Time nak tinggalkan, dia
ambil kau jadi girlfriend dia. Lastly,
kau yang kena gula dengan ex-girlfriend dia.
Macam tu pun kau still suka dia?”
Farah tanya soalan cepu cemas pada aku.
Aku menyeka peluh di dahi lalu tersenyum memandangnya.
“Ini
lah namanya cinta itu buta..” “Ha’ah..
cinta itu buta dan boleh membutakan.
Opss… bukan. Boleh melukakan. Abang buat kau macam part-time lover dia,
tahu? Kau akan rasa happy, time dia
clash dengan awek dia. Lepas tu, kau
akan frust time dia crush dengan awek baru dia.
Boleh bahagia ke macam tu?” Aku
mengalih posisi aku dari menghadap tasik ke menghadap wajahnya.
“Farah,
kaulah sepupu dan sahabat aku yang paling aku sayang. Listen here my dear. Aku, dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni
selain kau, ibu, ayah dan abang. Aku
rasa yang aku hidup kat dunia ni seorang diri.
Tapi, bila ada orang sayang, ambil berat, prihatin dan protect me.. aku
rasa macam bahagia sangat. Biarlah untuk
sekejap je pun, tapi aku bersyukur. Lelaki lain tak boleh buat aku bahagia
macam abang buat..”
“Yelah,
sebab dia tu sweet talker, kasanova.. buaya!”
Kami tergelak. “Tapi, kita
sama-sama sayang dia, kan?” Aku masih
membela Fendi. Farah mencebik. “Memang, tapi aku sayang dia sebagai
abang. Kau pulak sayang dia macam
boyfriend. Tapi, nanti bila dia dah
kahwin, kau macam mana?” Pertanyaan
Farah buat aku terdiam.
“Kalau
dia bahagia, aku pun akan bahagia.
Walaupun dia tak bersama dengan aku..”
“Oh, Dhira.. kenapa abang tak nampak kau yang sangat baik hati ni?” Farah memeluk aku. “Sebab dia sayang aku, dia pun sayang
kau. Dan dia sayang kita sebagai
adik. Aku terima, Farah.” “Dhira.. kau buat aku nak menangis!” Pelukannya makin erat hingga aku pun rasa
yang sama. Nak menangis!
Dah
terngiang-ngiang lagu Ungu, Cinta Dalam Hati.
Memang kena lah dengan aku.
Aku
ingat lagi kejadian yang meruntun jiwaku.
Masa tu, aku baru berumur 13 tahun.
Beria-ria aku mengajak mak, abah, abang dan adik untuk ke air terjun,
walaupun hari hujan. Mereka menurut,
sebab tak mahu aku merajuk lama-lama.
Dalam perjalanan pergi, jalan yang licin membuatkan sebuah lori yang
dipandu laju terbabas lalu bertembung dengan kenderaan yang kami naiki. Kami kemalangan, dan aku koma. Sedar saja dari koma, pak su cakap mereka
semua dah tak ada. Dah meninggal, dan
dah dikebumikan tanpa sempat aku jumpa mereka buat kali terakhir. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Keluarga pak su dengan keluarga kami memang
rapat dari kecil, dan oleh sebab itu, pak su bawa aku ke rumahnya dan bela aku
macam anaknya sendiri. Dari panggilan
pak su dan mak su, bertukar kepada abah dan ibu. Mereka sekeluarga sangat menyayangi aku,
sehingga aku tak rasa yang aku ni sebenarnya hanya anak angkat dalam kalangan
mereka.
Mereka
tak pernah membezakan kasih sayang antara aku dan Farah. Khususnya Fendi.Kalau aku kena buli, memang
dia jadi pembela. Kalau aku kena
tinggal, memang dia jadi peneman. Pernah
dia pergi belasah ex-boyfriend aku sebab aku balik rumah menangis lepas kami
putus. Memang dia seorang hero. Tak kisah lah atas dasar apa dia buat tu
semua. Kasihan atau simpati, semuanya
aku terima.
“Aku
dah insaf. Kali ni, memang yang
last. Walaupun dia bukan yang pertama,
tapi dialah yang terakhir. Aku nak
jadikan dia wife aku..” Kata-kata Fendi
sedikit sebanyak menyentak jiwaku, tapi aku dah bersedia dengan semua
kemungkinan ini. Beria mengajak aku
keluar lepas kerja, rupa-rupanya ini yang dia nak beritahu. Tak mengapa, Fendi dah jumpa bahagia dia.
“Dia
ni akauntan. Dulu kami pernah kenal masa
kat uni. Dulu selalulah jugak aku usha
dia, tapi tak dapat. Lastly, aku dah tak
jumpa dia. Tapi, dah jodoh agaknya, aku
jumpa balik dia masa aku nak present proposal renovate bangunan office dia,
dalam empat bulan lepas. Tak sangka
pulak jumpa kali ni kitaorang bercinta.
Lepas jumpa dia, memang aku tak layan perempuan lainlah. Jadi, kami pun dah serius dan, aku pun dah
jumpa famili dia. Diaorang okay je,
tunggu ibu dan ayah je datang meminang.”
Aku tersenyum melihat keterujaan Fendi dan perancangannya. Siap tunjuk kat aku lagi gambar girlfriend
dia, Liyana atau lebih suka dipanggil Yana.
Cantik,
walaupun tiada sebarang make-up.
Sesuailah mereka.. seorang arkitek, seorang akauntan. Kalau nak banding dengan aku, memang jauh
langit dan bumi. Apa je ada pada
aku? Cantik tidak, kaya lagilah jauh. Belajar pun takat diploma je. Moga bahagialah kalian!
“Tapi,
kau jangan sedih. Sebagai tanda
penghargaan, aku nak bagi kau sesuatu, yang mungkin dah lama kau mimpikan. Kali ni, aku akan tunaikan.” Aku pulak yang teruja. “Huh, apa dia?!” Fendi senyum meleret.
“Sebelum
aku kahwin, aku tawarkan pada kau, Nadhira M. Yusof untuk bercinta dengan aku
selama 3 minggu. Lepas aku nak kahwin
tu, kita putuslah. Nak?” Aku siap bangun dari tempat duduk. “Nak!!”
Aku dah separuh menjerit dalam restoran dan semua mata pandang aku. Fendi tergelak lalu aku duduk balik sambil
menunduk. Aduh, sungguh malu!
“Dira,
hari ni abang hantar Dhira pergi kerja, ok?”
Sapa Fendi pada aku hari tu.
Terkejut aku mulanya. Pesal baik
hati sangat Fendi ni hari ni? Siap dah
tak ‘beraku-kau’ lagi dengan aku?
“Haa..
lupalah tu. Dhira sayang. Dhira kan jadi girlfriend abang dah
sekarang? Tak salahkan kalau abang nak
hantar Dhira pergi kerja?” Aku tepuk
dahi. Baru otak boleh berfungsi
semula. Aku balas dengan senyuman. “Ok, my pleasure!”
“Haa..bolehlah
abang hantar Farah sekali pergi kelas!”
Farah mencelah. “Ah, jangan
menyibuk! Jangan kacau orang nak bercinta ni.
Kau naik je lah dengan ayah! Jom,
sayang..” Fendi mengajak aku lalu aku
melambai kepada Farah yang masih memandang kami dengan muka pelik. “Eh, abang kena sampuk sebab dia nak kahwin
ke.. macam mana tu?” Bisik Farah pada
aku, tapi aku mengangkat bahu konon tak paham.
Tiga
minggu yang sangat bahagia! Pergi dan
balik ke kerja, jika Fendi tak ada kerja luar, dia akan jemput dan hantar. Jika tak ada appointment dengan klien, dia
akan temankan aku makan tengahari. Pagi
Ahad, kami berjogging bersama, kadang-kadang Farah pun ada bersama. Petang, kami pusing-pusing sekeliling bandar,
tak pun akan pergi menonton wayang bersama, tak pun ajak ibu, ayah dan Farah
berkelah di pantai bersama-sama.
Mereka
nampak keakraban kami, tapi Fendi selalu menyatakan ini adalah yang terakhir
sebelum dia berkahwin. Farah adalah
orang yang paling memahami aku. Dia akan
pandang aku sambil senyum penuh makna. Fendi pun pernah bawa aku bertemu dengan
Yana. Bertuah Fendi, Yana memang seorang
yang sopan santun dan baik hati. Aku
diperkenalkan Fendi sebagai adiknya, dan Yana sangat memahami keintiman kami.
Tiga
minggu yang sangat bahagia akhirnya sampai ke penghujung. Hari ni hari terakhir untuk aku dan Fendi
bergelar kekasih, dan selepas ini dia akan bergelar suami kepada Yana. Kalau boleh aku mahu masa hari ini berhenti,
mahu bahagia ini berkekalan. Tapi,
apakan daya, aku hanya manusia biasa yang tidak mampu melawan ketentuan
Ilahi. Aku pasrah!
“Kau
sedih?” Bisik Farah kepadaku tatkala
kami menunggu kedatangan pengantin perempuan di dalam masjid. Fendi sudah segak bergaya dengan baju melayu
putih, menunggu penuh debaran.
“Tipu
kalau aku cakap aku tak sedih. Tapi, aku
tak kecewa. Sebab aku tahu dia akan
gembira lepas ni.” Farah lantas memeluk
aku membuatkan aku sedikit terkejut.
“Dhira.. aku mintak maaf bagi pihak abang.. So sorry, Dhira. Hee.. aku tak suka ending ni. Dia tahu kau sayang dia lebih dari seorang
abang, kan? Tapi dia tak patut main-mainkan hati kau macam ni..!” Aku melepaskan pelukan Farah.
“Farah,
kau tak payah minta maaf. Ini bukan
salah siapa-siapa. Bukan kau, atau
abang. Dia tak cintakan aku macam mana
aku cintakan dia, tapi itu bukan bermakna dia salah. Cinta tak boleh dipaksa, kan? Dia hanya bagi peluang untuk aku bercinta
dengan dia, itu sudah memadai bagi aku.. Kau faham, kan?” Farah mengesat air matanya. “Dah.. jangan nangis. Nanti apa pulak cakap abang kalau dia
nampak..” Farah mengangguk. “Thanks Farah. Sebab memahami aku.” Ucapku padanya, membuatkan dia tersenyum.
Hampir
dua jam menunggu. Fendi dan semua yang
ada sudah gelisah. Tok kadi dah sampai
hampir sejam yang lalu. Mengikut perancangan, rombongan Yana akan
sampai dahulu sebelum tok kadi. Apa dah
jadi ni?
“Fendi..” Kedengan suara seorang wanita memanggil Fendi
yang mundar mandir di tengah masjid.
“Kenapa mak cik? Yana.. Yana
mana?” “Mak cik tak tahu, Fendi.. dia
kunci pintu bilik dari dalam. Kami ketuk
dia tak mahu bukak. Bila kami dah bukak,
kami tengok dia tak ada!” “Hah?!” Cerita mak cik tadi membuatkan semua yang ada
terkejut.
“Apa
ni pak cik? Macam mana boleh jadi macam
ni?!” Tidak puas hati dengan penjelasan
mak cik tadi, Fendi menerpa pula kepada seorang lelaki. “Pak cik pun tak tahu.. dia hilang! Semalam ok je. Puas kami cuba cari dia, telefon mana-mana
kawan-kawan dia. Semua tak tahu. Ya Allah.. risaunya kami.” Fendi dah bingung. Ibu dan ayah dah turut serta dalam
perbincangan mereka bertiga.
“Habis,
majlis ni macam mana, cik Nora?” tanya
ibu. “Eh, jangan sibuk pasal majlis lah
sangat, kami ni risau pasal anak kami ni, cik Sarimah!” “Kalau ya pun, sabarlah..” pujuk ayah
pula. “Macam mana nak sabar, yang hilang
anak kami. Dah lah perempuan pulak
tu. Hilang waktu inai merah lagi kat
tangan, dan tak nikah pun lagi! Cuba
kalau anak cik berdua yang hilang, tak ada lah risau sangat sebab lelaki!” Bentak mak cik Nora, mak kepada Yana.
“Eh..eh,
cik Nora ni dah macam nak melenting dekat kami ni, apa masalah pulak? Tak boleh ke kita bertenang dan bincang macam
mana nak selesaikan masalah ni?” Ibu pun
sama naik nak marah. Ayah pegang ibu,
takut ibu pulak naik angin. Fendi yang
dah runsing hanya mampu membisu dan memandang kosong ke arah telefon bimbitnya
di tangan.
“Memang..
memang saya rasa nak marah pun ada ni.
Saya yakin dan kenal dengan Yana.
Kalau tak ada apa-apa yang berlaku, dia tak mungkin buat perangai macam
ni. Saya tak rasa dia kena culik, saya
rasa dia hilangkan diri. Dia masih lagi
keliru. Sebab anak lelaki cik berdua ni
lah! Dah nak kahwin pun masih lagi berfoya-foya
dengan perempuan lain!” “Eh, apa yang
cik Nora cakap ni?!” Ibu pun dah
meninggi tone suaranya, nak menyaingi mak cik Nora.
“Kalau
saya tahu yang Fendi ni kaki perempuan, memang saya tak izinkan dia nak
bernikah dengan Yana. Kami tahu bila ada
perempuan lain datang serbu kami cakap Fendi ni mereka yang punya. Itu dah nak kahwin tu.. buat perangai macam
tu. Dah kahwin nanti tak tahulah macam
mana. Tapi, sebab Yana yang duk bela
sangat Fendi, saya telan je demi kebahagian anak saya. Ini dah jadi macam ni, siapa nak jawab?! Hah, cakap, cakap!” Ibu dan ayah telan air liur. Aku dan Farah saling berpandangan. Tapi, setahu aku, lepas Fendi baik dengan
Yana, memang dia dah tak keluar dengan perempuan lain selain aku. Fitnah ni!
“Mak
cik, yang nak kahwin dengan anak mak cik tu saya. Yang mak cik nak dengar cakap orang lain tu
kenapa? Diaorang ke saya yang nak nikah
ni?” Fendi masih dengan slow and
coolnya. Dia tak masuk part naik angin
lagi tu. Baik siap sedia.
“Kalau
tak ada angin, macam mana pokok nak bergoyang!
Mak cik tak kira, apa-apa yang jadi pada Yana, kamu penyebabnya.” Pak cik Mansor dan sedaya upaya cuba
mententeramkan isterinya, tapi tidak berjaya.
“Mak
cik, pak cik… saya betul-betul tak tahu siapa yang buat ni. Apa yang dah jadi pada Yana pun saya tak
tahu. Tapi, yang pasti saya memang nak
kahwin dengan dia, saya memang cintakan dia, sebab tu saya berani suruh mak
bapak saya pergi pinang dia.”
“Senang
kamu bercakap, ya? Sebab kat luar sana,
kamu ada banyak pilihan lagi selain Yana.
Kalau dia tak ada, kamu apa susah, boleh pilih orang lain untuk kahwin
dengan kamu, kan? Entah-entah kamu
sengaja nak main-mainkan perasaan dia.
Macam perasaan perempuan lain yang kamu dah mainkan!” Fendi dah mara ke depan. Hah, itu angin kus-kus dia dah datang. Nampak mukanya bertukar merah. Ayah dah siap sedia pegang Fendi, takut Fendi
di luar batasan.
“Mak
cik jangan nak fitnah saya!! Saya dah
cakap, saya tak buat semua tu bila saya dah bersama dengan Yana! Apa yang kurang lagi pada ayat saya yang mak
cik tak faham sangat ni?!” “Memang aku
tak faham, macam mana Yana ni boleh cinta kat kau! Padahal dah bulat-bulat terang kau tipu kami
dan Yana. Ada mak bapak pun tak reti
ajar anak!” “Mak cik jangan nak libatkan
mak bapak saya dalam masalah ni!! Mak
cik jangan nak cabar saya!” “Fendi..
sabar. Masjid ni..,” pujuk ayah. Ibu pulak dah bergenang air mata. Kami berdua tak berani nak bangun, petah lagi
masuk campur.
“Jadi,
betullah kau ni ada perempuan lain?! Kau
memang sengaja, kan Fendi! Patutlah Yana
lari! Kau sengaja nak malukan kami,
kan?” Fendi dah kembang kempis hidungnya
menahan marah. “Baiklah, mak cik jangan
menyesal dengan apa yang mak cik cakap.
Mak cik ni memang betul-betul dah cabar saya..” “Fendi.. sabar nak..” Ibu pulak masuk campur.
“Ibu..
ayah. Sekarang jugak saya nak kahwin
dengan.. Nadhira M. Yusof!” Aku terkejut
bukan kepalang. Fendi dah pandang aku,
dan semua yang ada pandang Fendi. Mak
cik Nora dah nak pengsan, tapi sempat dipapah suaminya.
“Muhammad
Affendi Fuad! Apa kau buat ni?!” Ibu memekik.
Fendi dah berjalan ke arah aku dan menarik tangan aku untuk bangun
mengikutnya. Aku masih kaku. “Dhira, izinkan abang memperisterikan
Dhira..” Aku dah macam kena pukau. Tak boleh proses minda. Tanpa sempat aku cakap apa-apa, aku hanya
mengikut langkahnya.
“Ibu..
ayah, tolong izinkan Fendi?” Ibu dah
mengalir air mata, ayah diam, Farah senyum.
Aik, apa reaksi Farah ni? Fendi
peluk ayah dan ibu. “Demi maruah
Fendi. Tolong Fendi, ayah..”
Sah! Sah! Sah! Amin..
Aku
macam tengah bermimpi. Dan waktu Farah
dan ibu peluk aku sambil menangis, aku lihat semuanya berpusing dan gelap. Mak.. abah.. betul ke apa yang berlaku ni?
“Ibu
tahu kau tengah marah waktu tu.. tapi apa yang kau dah buat ni melibatkan hidup
Dhira! Kau tak fikir ke pasal dia?
Perasaan dia? Fendi.. kenapa
dengan kau ni?” Itu yang masuk ke
pendengaran aku bila aku sedar. Farah
yang ada disebelah mengisyaratkan jari telunjukknya ke bibir.
“Hey,
kakak ipar! Tahulah excited sangat, tapi
yang kau sampai pengsan tu kenapa?”
Farah tersengih-sengih. Aku
pegang kepala. “Terkejut gila. Bukan mimpi ke tadi? Mimpi aku dah jadi bini abang?” “Sengal, itu betul-betullah! Aku lempang kang pengsan semula! Tu, kat luar tu, ibu dan ayah tengah bising. Dengar-dengar..” Kami pasang telinga.
“Ibu..
dah orang tua tu bebal sangat. Fendi dah
cakap Fendi tak ada scandal bila dengan Yana, yang dia duk cabar Fendi
kenapa? Suka-suka tuduh orang. Pergi dengar cakap orang lain tu kenapa?” “Haruslah dia rasa macam tu, sebab anak
perempuan tunggal dia yang nak kahwin. Risau lah dia.. dia nak anak dia
bahagia. Tapi, bila kau dah buat macam
ni, kira kau dah tak ada apa-apa lagi dengan Yana, reti?” Fendi melepas nafas panjang.
“Lelaki
boleh kahwin empat, kan?” Fendi
tersengih. “Fendi! Dhira tu amanah kita, bukan barang mainan
yang kau boleh buat sesuka hati!
Dah..sekarang, apa yang dah jadi, kita tak payah fikir. Ibu terima dan anggap ini jodoh antara kau,
Dhira dan Yana. Jangan kau sia-siakan
Dhira, faham?” Fendi diam. “Simpan je la cinta kau untuk Yana. Sekarang, Dhira isteri kau.” Ibu bangun lalu berlalu ke dapur. Ayah mengikut jejak langkah ibu sambil
menepuk bahu anaknya.
“Kakak
ipar, sekarang bilik kau kat bawah dengan suami kau! Yang kau menyibuk kat bilik aku ni,
kenapa?” Marah Farah bila malam itu aku
menempel di biliknya sambil pegang bantal dan selimut. Aku tersengih. “Aku takut la.. tumpang bilik kau ya malam
ni?” “Kau pandai kan.. kau takut abang
cari kau kat bilik kau, kau datang menumpang kat bilik aku, ye? Pesal kau tak tumpang bilik ibu dan ayah
je? Lagi selamat!” “Itu bukan tumpang, itu dah masuk part kacau
daun!” Kami sama-sama tergelak.
Pintu
bilik tiba-tiba diketuk. “Huh, aku rasa
tu abang. Dah-dah.. aku nak tidur, kalau
dia cari aku cakap aku dah tidur ye?”
Tanpa sempat Farah berkata apa-apa aku dah terjun ke tilamnya lalu
menutup muka dengan selimut. Fendi
terjengul di muka pintu.
“Farah..
mana bini aku?” Farah memuncungkan
bibirnya ke arahku. “Hai.. bukan main
dah tidur, tadi je baru aku dengar bergelak sakan! Dah, aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Bangun, bangun! Aku tahu kau tak tidur lagi..” Aku keraskan badan. Buat pekak walaupun tidak.
“Dhira,
jangan sampai aku ‘memalam pertamakan’ kau kat sini. Kau kena ingat, kau tu dah halal untuk
aku..” Aduh, ni yang aku lemah ni. Fendi dah masuk tone mengugut. Ah, apa nak takut. Mesti dia tak berani buat apa-apa depan adik
dia, kan? Aku buat-buat tidur lagi.
“Ish,
kau ni buat aku geram lah! Aku cium
jugak budak ni!” Ayatnya buat aku
cepat-cepat bukak mata. “Opss.. sorry,
dah terlambat!” Fendi dah paut bahu dan
kaki aku dan dah bersedia untuk memangku aku bangun!
“Abang!”
Aku jerit dan Farah hanya tergelak melihat kami. “Baik kau duduk diam, sebelum benda lain
jadi!” Aku yang masih lagi takut dengan
ugutannya hanya mampu statik dalam rangkulannya. “Oklah Farah, aku angkut bini aku dulu,
ya?” “Dah hak abang pun!” Aku tunjuk penumbuk dekat Farah bila dia
angkat ibu jari pada aku.
“Jangan
risau. Aku tak rogol kau lah. Kalau aku nak buat, dah lama dulu pun..” Kata Fendi bila aku duduk di penjuru katil
sambil memaut lututku. “Aku minta maaf,
fasal hari ni. Benda ni tak sepatutnya
jadi macam ni, kan?” Aku angguk
perlahan-lahan. Dia hela nafas panjang. “Sebagai suami, aku akan cuba buat yang
terbaik untuk kau.. Tapi, aku harap kau bagi aku masa. Semua ni terlalu cepat untuk otak aku
cerna.” Fendi duduk bersila menghadap
aku.
“Dhira
memang cintakan abang dan Dhira tahu abang tak cintakan Dhira. Tapi Dhira tak sangka ianya akan berakhir macam
ni, dan Dhira memang belum bersedia sepenuhnya.
Dhira harap abang faham.” Giliran
Fendi mengangguk. “Dahlah.. aku dah
mengantuk. Hari ni hari yang panjang
untuk kita, kan?” Katanya sambil bangun
lalu menggosok kepalaku.
“Abang..” Fendi berpaling ke arahku. “Dhira faham kalau abang masih cintakan Yana
dan sentiasa cintakan dia. Dan Dhira tak
halang kalau abang nak bersama dengan Yana.”
Aku nampak mata Fendi bergenang air mata. “Dhira.. dah.
Tak mahu cerita fasal dia lagi.
Tutup buku fasal dia, bukak buku fasal kita. Sekarang, kisah fasal Fendi dan Dhira,
ok?” “Abang..” Fendi kalih pada aku lagi. “Betul.. Dhira tak tipu dengan apa yang Dhira
cakap. Dhira pun nak abang bahagia..” “Dhira..?”
Fendi dah nak masuk scene ugutan.
Gulp. Aku telan air liur sambil
tunduk. Fendi dah berpaling dari aku.
“Abang..” “Hurm..?” Fendi tak berpaling. “Esok kita pergi cari Yana, ye?” “Dhira..?!”
Kali ini Fendi sedikit keras.
“Ok..ok.. tutup buku!” Fendi
mendengus kasar.
“Abang..” “Dhira, kau ni memang aku kendurikan jugak
malam ni!” “Lor.. Dhira cuma nak cakap,
Dhira tak nak tidur sini. Dhira nak
tidur bilik Dhira. Bilik abang ni tak
best lah. Tak ada lampu tidur,
gelap! Lepas tu, Dhira nak tidur kat
mana sini? Takkan nak tidur sekatil
dengan abang? Ish, tak mahulah!” Fendi dah hela nafas panjang.
“Dhira
sayang.. Dah kata kau kahwin dengan aku, kau tidur dengan aku lah. Ni kau pakai undang-undang silibus mana pulak
ni, dah kahwin tidur bilik asing? Dah, meh
tidur je lah sini!” Kata Fendi sambil
menarik tanganku naik ke katil dengannya.
Aku menjelingnya, namun tidak dilayan.
“Kalau
kau takut gelap, kau peluklah aku. Tapi,
kalau kau takut aku peluk kau, haa..kau letak jelah bantal kat antara kita
ni. Reti? Dah, tutup lampu!” Kejam!
Tak pe. Siap kau!
Dah
sejam, aku masih terkebil-kebil. Tak
dapat lelapkan mata. Aku kalih pada Fendi di sebelahku. Diam.
Dah lena lah tu. Aku pun
perlahan-lahan bangun. Menapak setapak
demi setapak ke pintu bilik. Baru aku
nak berpaling untuk melihat sama ada Fendi masih lena atau tidak, aku pula yang
terkejut bila dia sudah berada di belakang aku!
“Kau
ingat aku tak tahu, kau nak balik bilik kau, kan?” Aku tersengih sambil angkat
peace. “Eh, mana ada! Dhira nak pergi minum air lah!” “Tak payah!
Simpan je lah minum kau esok!
Tidur sini!” Ek eleh, macam lah
dia tidur pakai mata aku! Huh!
Bangun
untuk bersarapan pagi itu, Farah dah pandang aku sambil sengih-sengih. Hee.. geram betul dengan sengih dia tu. Nak pelempang, dah pangkat adik pun
sekarang. Sabar je lah. “Dhira.. hari ni teman ibu beli barang, nak?” Beli barang?
Barang apa? Tapi, pertanyaan tu
sekadar bergema dalam hati je, lalu kepala pun mengangguk.
Pelik jugak aku dengan ibu ni, kali ini nak
bershopping berdua je dengan aku.
Mula-mula, beli barang runcit, lepas tu singgah ke mall. “Cantik tak baju ni, Dhira?” Baju kurung moden berwarna putih, berlabuci
silver ni memang cantik.
“Er..
cantik tu memang cantik, bu. Tapi, macam
baju nikah je ni?” Aku kerut dahi. Ibu
hanya senyum. “Tak kisah lah tu, tapi
cantik, kan? Dhira pakai saiz apa?” “Aik, nak belikan untuk Dhira ke, ibu? Tak payah lah.. Dhira dah ada banyak lah. Lagipun, nanti Dhira beli sendiri time
puasa. Lagi banyak yang cantik-cantik
dan murah!” “Eh, eh kau ni, asal beli
baju kurung je nak buat raya. Dah lah,
jangan banyak cakap. Tadi, kata cantik,
kan?” Aku angguk saja. Apa-apa je lah mak mertua!
Dah
selesai memilih baju, ibu membawaku shopping.
Memilih kasut, handbag, perfume, alat make-up dan last sekali membawa
aku ke spa. Err.. spa? Pelik jugak ibu hari tu. Dari pagi sampai ke petang, dan akhirnya kami
duduk di depan tasik.
“Ibu
nak bagi Dhira ni..” Ibu bagi aku seurat rantai emas merah berkalung hati. Terus dipakaikan untukku. “Eh, kenapa bagi Dhira ni, ibu? Nanti apa kata Farah pulak?” Aku nampak air matanya bergenang. “Memang ibu nak bagi pada menantu ibu. Sekarang, menantu ibu ialah kau, Dhira. Ini hadiah dari ibu, ambillah..” Aku meraba rantai di leher sambil
tersenyum. “Terima kasih, ibu!” Aku lantas dipeluk ibu.
“Ibu
minta maaf.. minta maaf sangat-sangat Dhira.
Kau kahwin tak macam orang lain.
Tak ada pelamin, tak ada baju pengantin, tak ada bunga telur, tak ada
hantaran, tak berinai.. ada cincin, itu pun tangkap muat orang lain punya, yang
dah longgar bila dapat pada kau. Ibu dan
ayah minta maaf Dhira, minta maaf sebab tak memberikan yang sepatutnya kau
dapat..” Aku turut sama menangis.
“Ibu,
ibu jangan cakap macam tu. Dhira
bersyukur sangat dengan apa yang ibu sekeluarga dah bagi pada Dhira, dah lebih
dari cukup pun. Sekurang-kurangnya sekarang,
Dhira dapat kahwin jugak dengan orang yang Dhira cinta..” Ibu merungkai pelukan. “Dhira bahagia?” “Lebih, selalu dan akan..” Ibu senyum sambil menyeka air mata. “Ibu doakan semoga bahagia Dhira
berkekalan.” “Ibu, Dhira sayang ibu!” “Ibu pun!”
Ibu menggosok kepalaku sambil menyuapkan aku aiskrim. Ah, bahagia!
Terima kasih Allah.
Ganggang
telefon aku letakkan ke tempat asalnya.
Empat pasang mata memandangku.
“Hah, nak apa dia?” tanya Fendi,
agak kasar. “Er, ibu, ayah.. pak cik
Mansor cakap Yana dah telefon rumah. Dia
cakap dia ok. Dia mintak semua orang
jangan risaukan dia. Buat masa ni dia
ada di satu tempat yang semua orang tak boleh tahu. Dia nak bersendirian. Tapi, yang pasti dia selamat dan tak
diculik. Dia mengaku dia larikan diri
dan dia mintak maaf banyak-banyak sebab menyusahkan semua orang.” Fendi merengus kasar.
“Memang..
memang dia menyusahkan semua orang. Tahu
pulak jalan balik! Itu pun mak dia tak
nampak lagi salah anak dia, lagi nak salahkan orang!” Baki marah masih ada pada Fendi. Ibu menepuk lengan Fendi. “Sudah lah tu! Yang penting kita tahu Yana dah selamat,
cukuplah..” Aku hanya diam lalu aku
bangun mengambil tas tangan.
“Oklah
ibu, ayah.. Dhira pergi kerja dulu.”
“Lor, ingatkan nak pergi hantar Farah pergi kelas! Kau pun nak kerja dah hari ni? Cepatnya?”
Sapa ibu. “Yelah ibu, dia cuti
sekejap je ingatkan bukan dia yang kahwin.
Alih-alih dia pulak jadi pengantin segera!” Farah menyampuk sambil
tergelak bersama ibu dan ayah. Aku hanya
senyum malu.
“Abih,
Fendi ni ada terpacak kat rumah, biar je lah dia yang hantar?” Cadang ayah.
“Eh, tak pelah.. sebab hari ni takut bos suruh pergi mana-mana. Susah pulak kalau tak ada kereta.” Aku bohong sunat. “Ye ke?”
Fendi pulak menyibuk. “Betullah..
Dhira tipu dapat apa pun?” Aku
mengagahkan mulut berbicara. “Ye la
tuh..” Fendi sengih penuh makna. Lantaklah!
Aku
menghulur tangan kepada ibu untuk bersalaman.
Seterusnya pada ayah. “Pergi
dulu!” Aku cepat-cepat melambai dan
melangkah keluar. “Eh.. eh! Buat-buat lupa pulak bini aku ni! Aku ni kau tak nak salam ke? Ingat, syurga bawah tapak kaki aku, kalau aku
tak izinkan kau pergi kerja, maka duduk rumahlah kau hari ni..!” Fendi bersuara membuatkan aku berhenti
menapak.
“Fendi..
apa cakap dengan Dhira aku-kau lagi? Tak
romantik langsung kau ni.. macam bapak kau jugak!” Ayah menjeling pada ibu. “Aik, kita pulak yang kena!” Fendi dah senyum lagi, aku pulak dah rasa
lembik kaki. “Ala, mak. Dah biasa lah panggil Dhira cenggitu. Tapi, kalau itu yang mengeratkan hubungan
kitaorang, tak salahkan? Apa nak heran
dengan panggilan, yang penting kasih sayang, betul tak?” Fendi dah angkat
kening berkali-kali, meminta ibu bersetuju dengannya. “Alasan!”
“Hah, apa lagi tercegat sana?
Sini meh salam aku!” Fendi pulak
yang hulur tangan dulu. Eh, terbalik
pulak. Sudah tukar ke?
Dengan
perasaan malu, aku menyalami tangannya dihadapan ibu, ayah dan Farah. Ya lah, hari tu lepas nikah tak sempat salam
sebab dah pengsan awal-awal. Tak
semena-mena, seusai salam dia terus mengucup dahiku membuatkan aku terkesima
seolah-olah terkena renjatan elektrik.
“Ha.. macam tulah isteri solehah!
Pastikan tiap-tiap pagi, atau kau nak pergi ke mana je lah, buat macam
ni, tahu? Dah, sekarang kau boleh pergi
kerja!” “Phewitt.. sweets sangat!” Jerit Farah.
Ibu senyum sambil menyiku ayah.
Ya Allah, malunya aku!
Aku
pun tak tahu, sama ada Fendi bahagia atau tak bila bersama aku atau aku seorang
saja yang bahagia. Kadang-kadang dia
nampak macam sayangkan aku, tapi kadang-kadang dia nampak macam masih anggap
aku sebagai adik dia. Aku pun tak
faham. Mungkin dia masih lagi dalam
proses untuk menerima aku, ataupun dia buat semua ni sebab ibu dan ayah. Tak kisahlah, yang penting aku bahagia
begini.
Aku
terjaga malam tu bila aku dengar bunyi bising.
Aku bangun dari pembaringan. Aku
kalih ke sebelah. Fendi mengiring ke
sebelah sana, membuatkan aku tak nampak mukanya. Tapi, aku yakin suara meracau tu
darinya. Aku bangun menghadap wajahnya
lalu amati apa yang dikatakan. “Yana..
Yana.. jangan tinggalkan I .. Yana..”
Aku menekup mulutku. Ya Allah..
rupa-rupanya jauh dalam hati Fendi, dia masih mengingati dan mencintai
Yana. Rupa-rupanya selama ni dia
menderita kehilangan Yana. Betapa aku tak
tahu. Kesian Fendi! Akhirnya, aku
membiarkan dia bersama igaunya, khuatir dia akan malu kalau aku perasaan dia
menyebut nama Yana. Aku cuba tidur, tapi
entah kenapa hatiku rasa sebak. Dan
airmata pun menitis lagi.
Malam
itu, tanpa ketuk pintu bilik terus Fendi menyerbu masuk ke bilik aku. Aku dah bangun, nak marah dia. “Hai, nak jumpa bini pun kena ketuk pintu,
buat appointment? Suka aku lah! Lagipun kalau ikutkan, kau dah tak boleh
masuk bilik kau. Haa.. macam ni lah, aku
tak kira. Start esok kau pindah bilik aku, faham?” Baru aku nak melawan, Fendi
dah menyampuk lagi. “Kau ada dua
pilihan.. kau masuk bilik aku atau aku masuk bilik kau?” Aku diam, malas nak berkata apa kalau dia dah
bercakap. Itu bukan pilihan, itu arahan!
“Minggu
depan kau mintak cuti. Seminggu.” Aku buat muka pelik. Ish, apa lagi lah ni? Suka dia je, ingat company tu dia yang punya
ke? “Pesal? Dhira ada meeting la minggu depan. Mana boleh?”
“Ah, aku tak peduli. Kalau dia
suruh kau berhenti pun lagi bagus. Kau
ingat aku tak boleh tanggung kau ke?
Dah, aku cakap cuti..” Terus dia
keluar dari bilik. Hee.. geram, tapi
sayang! Aku melempar bantal ke pintu
bilik, tapi tiba-tiba dia masuk semula ke bilik.
“Aii..
dah pandai nak melawan? Kata
sayang? Kata cinta? Haa.. malam ni kau jangan nak banyak alasan
pulak. Tidur bilik aku, kalau tak aku
pulak yang angkut bantal tidur sini, faham?”
Aku menjelingnya sekilas. Suka
paksa-paksa!
Aku
menghempas bagasi ke lantai bilik itu.
Aku selak langsir pintu gelongsor dan bukak pintu seluas-luasnya. Pemandangan laut terhidang di hadapan
mata. “Wah, cantiknya!!” “Tahu pun.. itu nyaris ada orang tak kena
tinggal. Tak nak ikut konon!” Fendi masih dengan sinisnya di
belakangku. Aku menjelingnya.
“Habis,
abang tu. Suruh orang mintak cuti, tapi
tak cakap nak buat apa, nak pergi mana!”
“Dah nama surprise.. takkan nak kasi tahu!” Dia sudah merebahkan badan ke tilam
katil. “Eh, apasal abang bawak beg abang
sini. Dah siap baring sini pulak! Pergi lah masuk bilik abang!” Fendi terus bangun.
“Kau
ingat aku anak saudagar nak sewa bilik dua-tiga? Yang datang sini kita berdua je, dah tu laki
bini pulak! Buat apa nak membazir
berbanyak bilik? Kau ni nama je dah umur
23, tapi fikir macam baru umur darjah 3!”
“Hee.. tak suka, tau!” “Aku tak
heran pun kau punya tak suka. Yang
penting, ini semua aku punya suka! Dah,
kau jangan buat perangai pulak nak check in bilik lain, ye? Jangan risau lah, aku tak buat apa-apa pun
kat kau!” Aku tarik nafas lega, aku kira
itu janjinya. “Tapi, ringan-ringan
boleh, kan?” “Abang!!” Fendi senyum nakal. “Hee.. tak adalah! Gurau pun tak boleh!”
Port
Dickson. Kami datang sebab bercuti,
bukan berbulan madu. Itu kata Fendi yang
aku pegang. Selepas hampir lima bulan
segalanya berlalu, aku kira inilah permulaan Fendi itu menerima aku sepenuhnya
dalam hidupnya.
Makan
berdua, berjalan berdua, bersiar berdua, menonton berdua. Wah, indahnya berdua di Port Dickson. Memori paling indah aku lakar semalam. Dah lama aku simpan hasrat ni. Melihat matahari terbenam bersama orang tersayang. Akhirnya tercapai juga, walaupun Fendi
bersama aku dengan mata terpejam. Ada ke
patut dia tidur?!
“Nak
beli bunga apa? Ambillah.. aku
bayar!” Kata Fendi sewaktu kami
melintasi sebuah gerai bunga. Ada ke
tanya macam tu? Patutnya dia beli
sendiri, lepas tu, ‘Surprise! Dhira, ni
abang bagi kat Dhira’. Hee.. betullah
kata ibu, Fendi ni memang tak romantik!
Tapi, macam mana dia boleh jadi playboy?
Pelik aku! Mungkin, dengan aku je
dia tak romantik, kut?
“Hurm..
mana satu yang cantik ye? Tulip pun
cantik.. lavender pun cantik, dan mesti wangi.
Mataharilah..? Besar sikit
kut?” Aku masih berkira-kira untuk
memilih. “Ambil je lah mana kau suka,
jangan ambil satu kedai ni sudah lah!
Orang lain pun nak beli bunga jugak!”
Orang kedai itu hanya senyum melihat keletah kami.
“Abang..
Dhira rasa Dhira nak bunga ros lah.
Tapi, ros merah ke putih, ye?”
Fendi masih tidak bersuara, mataku pula masih rambang pada bunga-bunga. “Ke.. kuning?
Eh, ada bunga tulip jugak? Lagi
cantik! Eh, mana satu lah ni! Fenin!”
Fendi diam. “Tak pelah.. Dhira
nak ros merah. Boleh?” Diam lagi.
“Abang..?” Aku berkalih. Ternampak Fendi masih kaku merenung
seseorang. Dan seseorang itu ialah
Yana. Hah, Yana?!
“Fendi..
I really, really sorry. I didn’t mean
it..” Tutur Yana sambil bergenang airmata.
“Yana.. dah terlambat untuk semua tu..”
“Please.. Please Fendi.. Sekarang I sedar yang I betul-betul cintakan
you, betul-betul perlukan you!” “Yana,
parent you tak beritahu you ke?” Yana
berkerut muka. “Telling me,
what..?” Aku hanya menjadi
pemerhati. Baru aku nak melarikan diri
meninggalkan mereka berbicara berdua,
Fendi dah memaut lenganku.
“Liyana,
sebenarnya I dah kahwin. Dengan Dhira. Sorry!”
Suara Fendi bergetar. Tanpa
sebarang kata lagi dari Yana, terus dia pergi sambil membawa aku
bersamanya. Kisah bunga dibiar
sepi. Yana kulihat kian lebat menangis. Sempat ku menoleh pada Fendi. Fendi menangis! Kali pertama dia mengakhiri satu hubungannya
dengan tangisan!
Dari
balik petang tadi hingga lampu sudah dipadamkan, Fendi hanya mendiamkan
diri. Aku pun turut sama diam, takut
juga mahu bersuara. Akhirnya, kami
sama-sama terdiam hingga terlena. Bangun
pagi tu, aku dengan tidak sengaja terpandang wajah Fendi. Ada lelehan airmata pada matanya yang
tertutup rapat. Ya Allah, rasa bersalah
makin menghimpit aku. Kejamkah aku? Perampaskah aku?
Kami
pulang ke rumah tiga hari awal. Aku
hanya mengikut dan bersetuju, walaupun dia kata mahu ke bulan dan ke
bintang. Tapi, aku tahu dia sedang tidak
tenteram sekarang. Balik saja ke rumah,
terus kami diasak soalan dan pertanyaan tentang keawalan kami pulang ke
rumah. Nasib Fendi bijak mengawal keadaan,
memberi alasan ada kerja yang perlu dibereskan segera.
“Sorry
fasal holiday ni dan bunga. Nanti, aku
hantarkan bunga ke office kau.
Boleh?” Fendi berkata semasa aku
mengemas pakaianku. Aku hanya angguk
tanpa memandang wajahnya. “Dhira..?” “Hurm..?”
Mukaku masih tidak beralih. “Kau
marah, kan?” Tanyanya sambil memaut daguku
untuk bertentang mata dengannya untuk bercakap.
Aku sedikit terkejut, namun sempat aku senyum. “Tak marah, cuma.. rasa bersalah.” “Atas sebab apa pulak?” Aku hela nafas panjang.
“Rasa
bersalah sebab memisahkan dua hati yang saling menyintai. Rasa bersalah sebab setuju untuk kahwin
dengan abang. Dhira dah kecewakan banyak
hati, khususnya abang dan Yana..”
“Jangan pernah rasa macam tu.
Semuanya dah tersurat. Terima
saja. Telan dan redha, faham?” Aku masih lagi memandang wajahnya.
“Kenapa
abang banyak girlfriend dulu?” Fendi
tergelak. Pertama kali aku nampak
ketawanya selepas adegan jejak kasihnya dan Yana. “Apa ke soalanlah..! Hurm, sebab nak cari yang terbaik? Boleh terima ke jawapan tu?” “Tapi, tetap bukan yang terbaik, yang abang
cari, yang kahwin dengan abang, kan?” Fendi
gelak lagi. “Dhira.. apa yang tersirat
ni sebenarnya?” “Yana.. Dhira nak abang
dengan Yana..” “Dhira! Stop it!”
Fendi dah pegang pipi aku. Lagi
aku bertambah terkejut. “Yana is over. Please, Dhira. Please help me to love you. I still trying..” “Tapi, Dhira tak nak jadi perampas!” “Siapa cakap macam tu? Kan aku sendiri yang ajak kau kahwin? Dah, berhenti fikir fasal orang lain. Kau kata cintakan aku, kan?” Fendi dah bangun dari menghadap aku. “Habis, perasaan abang macam mana? Hati abang macam mana?” “Hati aku akan jadi untuk Nadhira. Dah, sudah-sudah lah bersamarinda malam-malam
ni. Nanti jangan lupa tutup lampu!” Fendi sudah berada di katil.
“Abang..?” “Apa dia lagi, isteriku?” Fendi dah senyum paksa pada aku. “Dhira nak tanya, bila nak beli lampu
tidur?” Fendi dah garu kepala. “Esok-esoklah..” “Tak mahu, nanti abang ambil kesempatan peluk
Dhira. Tak kira, kalau esok tak ada
lagi, memang Dhira naik tidur atas.” Aku
dah berjalan ke bilik air lalu menghempas pintu bilik air. “Eh, eh budak ni. Dah pandai pulak melawan sekarang!” Terdengar Fendi merungut membuatkan aku
tergelak.
Sewaktu
aku baru ingin membuka pintu kereta untuk pulang ke rumah, aku terdengar namaku
diseru lembut. Pantas aku berpaling dan
terlihatlah aku wajah yang membawa gundah dihati aku dan Fendi sekarang.Yana. “Boleh kita bercakap?” Aku teragak-agak sambil hati berdebar
kencang. Lambat-lambat aku mengangguk.
Kami
bertentangan duduk di meja dalam sebuah restoran yang agak lengang
pengunjungnya. Dari tadi aku hanya diam,
menanti butir bicara darinya. Yana
menarik nafas dalam dan aku sedia mendengar.
“Yana nak minta maaf atas apa yang terjadi. Tapi, Yana nak Dhira tahu, yang Yana masih
cintakan Fendi..” Aku telan air liur
yang rasa berpasir. Dia pun patut tahu
yang aku sangat cintakan Fendi. Dan aku
tahu siapa yang Fendi lebih cintakan berbanding kami berdua.
“Habis,
kenapa buat Fendi macam tu? Kenapa
tinggalkan Fendi saat korang dah nak disatukan?” Aku memberanikan diri bersuara. “Dhira.. masa tu Yana keliru. Yana tak nak keadaan Yana hanya meraih
simpati Fendi, bukan cinta dia..”
“Simpati? Apa Yana cakap
ni?” Aku pulak yang keliru.
“Sebenarnya,
isu ada perempuan yang datang beritahu kami dia kekasih Fendi, itu hanya isu
sampingan. Ada isu yang lebih besar lagi
dari tu yang membuatkan Yana keliru dengan perasaan Yana sendiri. Fasal diri Yana..” Aku angkat kening. “Dhira.. Yana sakit. Yana didapati ada kanser sebulan sebelum Yana
bernikah dengan Fendi!” Aku terkejut
bukan kepalang. Jadi ini lah isunya?
“Betul,
Dhira. Yana tak tipu. Semua orang tak tahu pasal perkara ni,
termasuk mama papa Yana. Jadi, Yana
takut. Yana terlalu sayangkan Fendi
sampai Yana takut yang dia akan tinggalkan Yana sebaik saja dia tahu Yana tak
hidup lama. Yana dah putus asa untuk
hidup, bersama dengan Fendi. Sebab tu
Yana mengundur diri dan larikan diri.
Tapi, masa Yana bersendiri tu, baru Yana tahu yang Yana tak boleh hidup
tanpa Fendi. Yana kena teruskan hidup
demi cinta kami. Yana tak boleh menyerah
kalah. Terus, Yana ambil keputusan buat
operation, dan alhamdulillah.. Yana dah beransur sihat. Yana kira, Yana dah boleh sambung kembali
impian untuk bersama Fendi. Tapi, Yana
frust lagi bila dapat tahu Fendi dah kahwin dengan Dhira.. hanya sebab Fendi
ikutkan marah dia..” Aku mati kata. Ya Allah, berilah hamba-Mu ini kekuatan dan
petunjuk. Aku tak tahu apa harus aku
lakukan.
“Yana
tahu, Dhira adalah satu kebetulan dan salah faham pada Fendi.. kan?” Aku.. kebetulan? Aku.. salah faham? Yana, Yana tahu tak betapa Dhira cintakan
Fendi? Rasa yang hanya terbuku
dikalbu. “Fendi ada beritahu Yana dulu,
Dhira hanya lah seorang adik baginya.”
Mataku memang dah menakung air mata.
“Habis, Yana nak Dhira buat apa?”
Bergetar suaraku saat aku melafazkan kata itu.
“Tamatkan
semuanya. Tamatkan derita. Bagi peluang bagi yang menyintai untuk
bahagia. Yana tahu Dhira dan Fendi tak bahagia, kan?” Airmata menitis juga, tak dapat dibendung
lagi. Hiba.. sangat pedih. Jadi, tak layakkah untuk aku juga mahu
bahagia?
“Kita
bertiga.. tak bolehkah bersama?” Yana
senyum sinis. “Jangan.. Yana tak
mahu. Sebab Yana tahu, akan ada hati
yang terluka. Pasti ada.” Aku hela nafas panjang sambil seka
airmata. “Dhira tak boleh bagi keputusan
sekarang. Nanti Dhira bincang dulu
dengan Fendi, dan nanti Dhira akan beritahu Yana..” Yana mengangguk, tanda faham.
Aku
sudah tidak betah lagi berada di situ.
Segera aku meminta diri untuk pulang.
Tapi, sebelum pulang, dia memaut jemariku dan mengenggam erat.
“Yana
betul-betul mintak tolong dengan Dhira.
Tolonglah beri peluang untuk kami bahagia. Yana sangat-sangat cintakan Fendi. Mama pun dah sedar kesilapan dia. Dia dah restu kalau kami nak bersama. Tolonglah.. Yana merayu pada Dhira. Inilah satu-satu peluang yang kami
ada..” Airmatanya menitis. Hati perempuanku sayu dan lirih lagi. Aku hanya mampu mengangguk. Bahagia sendiri atau bahagia mereka?
Sepanjang
jalan pulang, aku menangis semahu-mahunya.
Aku tak tahulah sama ada aku sedih mendengar cerita Yana atau aku sedih
pada pengakhiran yang bakal aku hadapi dengan Fendi. Nyata, aku terkesan dan buntu dalam mencari
jalan penyelesaian. Ternampak saja
masjid, terus aku membelok masuk ke dalam kawasannya, berharap dapat meminta
pertolongan yang maha Esa.
Sampai
saja di rumah, hari sudah menginjak ke Isya’.
Ibu dan ayah tiada, selalunya waktu begini di malam jumaat mereka akan
ke masjid. Bilik Farah terang, maknanya
dia ada. Baru saja aku mahu bertemu
dengan Farah, mahu bercerita panjang lebar dengan dia, tiba-tiba terjengul
wajah Fendi dari dapur membuatkan aku sedikit terkejut. Eh, awal pulak dia balik hari ni? Selalunya pukul 10 baru nampak muka?
“Apasal
nampak aku macam nampak hantu?” Aku
mengeleng kepala laju-laju. Ternampak muka
Fendi, buat jiwaku bergelodak semula.
Airmata memang tak dapat nak bertahan langsung. “Eh, kau kenapa dengan mata sembab ni? Kau menangis, ye?” Keprihatinannya membuatkan aku
tersentuh. Lalu airmata berjujuran jatuh
tanpa mampu dibendung. Fendi nyata
terkejut.
“Eh,
apasal kau ni? Apa dah jadi?” Dia memegang bahuku. Aku menunduk sambil bahu terhenjut-henjut
menahan sendu. Hanya menjawab soalannya
dengan tangisan. “Dhira..? Beritahu aku.. kenapa?” Aku masih tidak mampu berbicara.
“Dhira
sayang abang.. Dhira cintakan abang.
Sangat-sangat… selalu.. selamanya.” tuturku tanpa malu,
tersekat-sekat. Dia lantas memelukku
erat. “Tahu.. dah, tak payah menangis
lagi. Kan aku dah cakap aku tak suka kau
menangis? Dan aku takkan biarkan kau
menangis. Faham?” Aku hanya membiarkan perlakuannya sambil dia
menggosok kepalaku, berusaha untuk menghentikan tangisanku.
“Ololo..
ada shooting kuch-kuch hota hei la pulak sini.
Opss.. sorry kacau!” Tiba-tiba
kedengaran suara Farah yang turun dari tingkat atas rumah. Aku cepat-cepat merungkai pelukan manakala
Fendi masih berlagak tenang. “Itulah,
ibu dan ayah dah tengok dari tadi lagi.
Maknanya tak lama lagi kami ni boleh dipanggil nenek dan atuk la, ye?” Suara ibu pulak kedengaran dari belakang
aku. Mak aii.. diaorang ni komplot ke
hape? Maknanya, adegan peluk nangis tadi
semua orang dah tengok lah? Huu..
malunya aku! Rasa nak letak muka bawah
sinki!
“Biasalah
ibu, bini Fendi ni memang suka bermanja dengan Fendi macam ni, kan
sayang?” Terus Fendi memaut bahuku
sambil aku menjelingnya tajam. Segera
aku bawa diri naik ke tingkat atas, meninggalkan mereka yang masih ketawa
bersisa.
“Dhira
tahu abang tak cintakan Dhira..” Aku
yang masih tidak lena di sebelah Fendi, memulakan bicara yang tergendala tadi. “Tak habis lagi ke Dhira? Kau nak apa semua aku dah bagi. Lampu tidur, ridsect, pewangi bilik, cadar
biru.. Apa lagi tak kena ni?” Aku bangun
dari pembaringan.
“Dhira
nak abang jumpa Yana.” “Adoi.. nak buat
apa lagi? Kan aku dah kahwin dengan kau,
kau kan dah jadi bini aku? Buat masa ni
aku tak berkemampuan lagi nak tambah cawangan.
Kau tak payahlah berangan nak dapat payung emas, konon. Payung avon ibu punya tu dah berlambak kat
rumah, guna je lah!” Eh, eh laki aku
ni. Aku serius, dia main-main
pulak. “Lepas abang jumpa dia abang akan
tahu kisah sebenar!” “Tak payah
fikirlah. Sekarang, aku nak fokus hati
supaya cintakan bini aku seorang je, dan bini aku ialah kau.” Tutur Fendi dalam mata terpejam. Aku masih tak puas hati.
“Dhira
isteriku tersayang, tidurlah.. Pepagi esok aku ada meeting dengan klien, jadi
tolonglah beri kerjasama.” Fendi tarik
tangan aku supaya aku berbaring dari duduk.
“Diam dan tidur. Jangan sampai
aku buang bantal kat tengah ni.. Jangan
lupa, kau tu belum malam pertama lagi dengan aku..” Terus aku tarik selimut lalu membaluti
tubuhku. Ngeri pulak aku dengar ugutan
Fendi ni.
Hari
minggu itu, aku dan Fendi berlegar-legar di pusat membeli-belah. Kata Fendi, saja jalan-jalan. Bila lagi nak dating dengan bini. Aku ikutkan saja, dan hati sangatlah
berbunga-bunga. Dalam berjalan-jalan, telefon
bimbitku berbunyi lalu aku menjawab panggilan.
“Hah?! Betul ke ni?
Ya ibu.. ya.. baik!” Fendi
memandangku. “Ibu telefon..” “Yalah.. aku tahu dan dengar. Tapi, kenapa?” “Yana.. Yana, bang..” Fendi dah muka cuak. “Kenapa dengan dia?!” Fendi menyoal aku aci nak telan je aku. “Dia pengsan.. ada kat hospital..” “Dah.. jom!”
Terus Fendi menarik tanganku ke kereta.
Di
dalam kereta, Fendi hanya diam dengan muka tegangnya. Jelas menunjukkan riak risaunya. Aku turut sama membisu. Sesampainya di hospital, Fendi berlari
mencari bilik yang dimaksudkan. Tidak
keruan aku lihatnya, mencari dan bertanya pada setiap orang yang lalu-lalang. Aku ikut rentaknya, tapi sampai pada satu
tahap aku berhenti. Aku lihat kelibatnya
yang berlari di depan. Langsung dia
tidak menoleh kepadaku, apatah lagi untuk menarik tanganku berlari bersamanya
pun tidak. Hati jadi sayu, tapi
cepat-cepat dihalau segala gundah.
Dia
sampai dulu ke wad itu sebelum aku. Aku
hanya melihat dari celah pintu, tidak ada kekuatan untuk masuk ke dalam. Fendi sedang menangis sambil memaut jemari
Yana. Yana yang sudah sedar, turut sama
menangis dengannya sambil diperhatikan mak ayah Yana. Aku menekup mulut, tidak mahu tangisanku
didengari mereka. Ya Allah, berikanlah
aku kekuatan. Tabahkan lah hati aku
berdepan ujian-Mu ini.
Baiklah,
aku faham situasi dan status diri aku sekarang.
Selepas menghantar SMS yang aku pulang sendiri kepada Fendi, aku terus
pulang ke rumah. Tak sanggup nak
berlama-lama lagi di sana. Pertanyaan
ibu aku jawab sebaiknya agar dia tidak terbau sesuatu yang kurang baik antara
kami.
Malam
esoknya, Fendi mengajakku makan malam di luar.
Entah apa demamnya tiba-tiba mahu dinner segala. Tapi, alasannya mahu menggantikan hari date
kami yang terganggu semalam. Aku seperti
biasa hanya mengangguk.
“Yana
macam mana?” Hati tertanya-tanya. Fendi senyum.
“Jangan risau, dia tak apa-apa.
Kenapa tak masuk jumpa Yana semalam?”
“Malu.. Abang tahu kan Dhira ni pemalu orangnya?” Mulut sengaja cari alasan. “Eh, ye ke?
Setahu aku, kau ni tak malu orangnya!”
Aku lantas menjelingnya membuatkan dia tergelak.
“Aku
dah tahu fasal Yana.” Aku berdebar,
sepertimana aku berdebar berhadapan dengan Yana tempoh hari. “Dhira.. terima kasih sebab bagi peluang
untuk menjelaskan semua ni. Terima kasih
juga memahami keadaan aku. Terima kasih
sebab sudi bersama dengan aku dalam hari-hari gelap aku. Terima kasih sebab sudi membahagiakan ibu,
ayah dan Farah.. Terima kasih atas
segala pengorbanan yang kau buat. Terima
kasih untuk semuanya.. segalanya.” Aku
mendengar dengan teliti hingga tak tersedar airmata sudah menitis.
“Dhira..
walau sedalam mana pun sayang dan cinta aku pada Yana, aku tak mungkin akan
menandingi cinta kau pada aku, kan? Dan
sebab itu, aku berdoa dengan Allah dan berjanji pada diri aku supaya membuka
pintu hati aku seluas-luasnya untuk menyayangi dan mencintai kau sebagai isteri
aku seikhlasnya hingga ke pintu syurga..”
Aku terkedu mendengar dia melafaz ikrar dengan sekali lafaz. “Kau pun kena lah ajar aku cintai kau macam
mana kau cintai aku. Tapi, nanti bila
aku dah betul-betul cintakan kau, jangan pulak kau lari dari aku. Janji?”
Aku mengangguk sambil menangis lagi.
Fendi tanpa disuruh menyeka airmata aku sambil tersenyum. “Cengeng sungguh bini aku nih!” katanya sambil menggosok kepalaku seperti selalu,
membuatkan aku tergelak.
Kami
menghabiskan malam itu dengan gelak tawa dan makan malam yang simple tapi bagi
aku cukup bahagia. Kata Fendi, Yana
sekarang sedang menjalani kimoterapi dan beransur sihat. Dia pengsan hanya sebab tidak makan kerana
sibuk bekerja dan tidak ada kena mengena dengan penyakitnya. Aku lega.
Aku harap ini jalan bahagia hingga ke akhirnya.
Sewaktu
berjalan keluar dari restoran merentasi lobi hotel, kami disapa seorang
wanita. Aku senyum sambil menyalami
wanita itu. Dia memandangku, atas ke
bawah. Aku pelik, ada apa yang tidak
kena ke pada aku?
“Ni
saya kenalkan, Nadhira. Isteri
saya..” Fendi memperkenalkan lalu aku
mengangguk. “Dhira.. ini mak Yana.. mak
cik Nora.” Mak cik Nora senyum. Sinis.
“Hoo.. inilah dia bini part-time kamu tu?” Aku tersentak. Apa maksudnya ni?
“Part-time? Saya tak faham lah..” Fendi masih dengan wajah tenangnya. “Ye lah.. part-time lah. Nanti bila kamu dah kahwin dengan Yana, dia
bukanlah lagi pegang jawatan bini kamu, kan?”
Aku dah menunduk.
Bukan
saja Fendi, tapi aku pun langsung tak faham apa yang berlaku ni. Aku tengah shooting samarinda lagi ke ni? Ke cerekarama? Ke
akasia? Ke zehra? Takkanlah nona kut? Melodi mungkin?
“Apa
ni mak cik? Saya kira semuanya dah jelas
tentang apa yang saya terangkan pada Yana, mak cik dan pak cik malam
semalam? Ada bahagian yang tertinggal
yang perlukan khidmat peguam ke, mak cik?”
Mak cik Nora dah merah mukanya.
“Kamu
ni betullah lelaki tak guna, Fendi. Bila
masa Yana sihat, kaya.. kamu buat dia sampai jatuh cinta pada kamu. Bermati-matian bercinta. Bila masa kamu tahu Yana tu sakit, kamu
tinggalkan dia, kahwin dengan orang lain, cintakan orang lain kononnya. Mak cik tahu, kamu buat semua ni sebab nak
mengelak dari bersama dengan Yana yang sakit tu kan?” Fendi garu kepala. Mungkin pening nak handle bakal mak mertua
tak jadi macam ni.
“Ikut
suka mak cik lah nak cakap apa.
Terpulanglah. Kalau ya, ya lah..
kalau tak, tak lah. Dah kalau saya ni
tak guna sangat, carilah orang lain jadi menantu mak cik. Apa susah?
Dah lah mak cik.. kami balik dulu..”
Fendi meloloskan diri sambil memaut tanganku untuk pergi. Aku memandang Fendi, dan kami berbalas
pandangan.
“Aku
tak menyesal dengan apa yang aku pilih.
Aku percaya pada Allah dan aku percaya ada hikmah pada semua ni. Jangan peduli cakap dia, ok?” Aku hanya mengangguk. Berharap agar semuanya pulih dan jernih
semula.
Aku
dan Farah mengambil tempat untuk duduk di salah sebuah bangku yang ada. Dah lama tak berjogging, bila berjogging baru
satu pusingan, mulalah dah pancit. “Aku
tak setuju dengan kau. Kalau betullah
Yana tu cintakan abang, dia patut beritahu perkara sebenar pada abang awal-awal
lagi. Dia tak boleh larikan diri, tak
selesai masalah dengan lari. Dan dari
situ kita boleh tengok sama ada abang cintakan Yana atau tak. Sebab, kalau dia cintakan Yana, apa pun jadi
dia akan tetap pilih Yana. Betul tak?” Aku angkat bahu.
“Entahlah
Farah. Aku tak tahu lah apa yang aku
buat ni betul atau tak. Tapi, daripada
apa yang abang cakap, dia memang pilih aku.
Sekarang, aku redha dan terima saja dengan apa yang jadi..” Farah menepuk bahuku. “Dhira, lepas apa yang jadi.. kau nak
berserah saja? Kau kena fight untuk
rebut hati abang!” Ujar Farah
semangat. “Come on kakak ipar. Kau kata kau cintakan abang sangat-sangat
kan?” “Farah.. mencintai tak semestinya
memiliki.” Farah tepuk dahi. “Aku memang surrender kalau tiba part Dhira
dah buat keluar madah pujangga!” Kami
sama-sama ketawa menggegarkan ruang di hadapan tasik itu.
Belum
sempat aku jejak pintu masuk pejabat, aku dengar namaku diseru dari pintu
lif. Aku berpaling. Mak cik Nora?
Sampai ke sini dia jejak aku?
“Aku
ada benda nak cakap dengan kau.”
Ambik! Memang straight to the
point, tak ada bengkang-bengkok. Tak
sempat aku cakap ya atau tidak, terus dia menyambung ayatnya.
“Sebagai
seorang ibu, aku sememangnya nak anak aku bahagia. Tapi, masalahnya.. kau dah rampas kebahagian
anak aku. Sekarang, kau kena sedar siapa
diri kau. Status kau sementara. Ada bila perlu, bila yang diperlu sebenar dah
ada, kau dah tak perlu..” Berderau
jantung aku. Dah lah mak cik ni sound
aku kat depan pintu masuk office, time budak-budak office tengah masuk office
lepas lunch break. Takkah dia nampak
yang ramai orang lalu-lalang tengok aku kena serang kat tengah khalayak
ni? Takkah dia rasa kesian tengok aku
macam ni? Kejam!
“Tapi..
“ “.. Nanti! Aku tak habis lagi cakap!” Nah, tak boleh nak potong queue
langsung! Fendi.. tolong Dhira!
“..
Aku tahu siapa kau. Kau anak angkat je
kan dalam keluarga Fendi? Jadi, macam ni
ke cara kau balas budi baik orang yang dah besarkan kau selama ni? Kau tahukan betapa Fendi cintakan Yana dan
betapa Yana cintakan Fendi? Masalahnya, Fendi
cintakan kau tak? Ke.. kau je yang perasan?
Habis, kau tak rasa bersalah ke pisahkan mereka? Kau tak rasa ke macam kau ni tak mengenang
budi pada Fendi? Perampas? Jadi, aku harap kau faham. Bahagia Fendi bukan dengan kau, serahkan dia
pada yang patut!” Wanita itu terus
berlalu meninggalkan aku dengan deraian air mata. Air mata yang tumpah sebaik saja dia pergi. Staf yang lain dah pandang aku macam aku ni
pencacai. Ya Allah, apa salah aku?
Terus
aku EL hari tu. Pandu kereta entah ke
mana-mana tempat sambil menangis. Kenapa
bahagia aku ni perlu ada tangisan? Aku
berhenti tepi jalan dekat kawasan mana yang aku tak tahu sambil menangis tepi
kereta. Tiba-tiba telefon bimbitku
berbunyi. Fendi?
Aku
terpaksa menjawab panggilannya sebab takut dia bimbang. “Hello..?”
“Kat mana?” Aku terus diterjah
dengan soalan. Apa angin pulak ni? “Kat.. kat jalan. Jammed.
Dah on the way balik ni..” “Kau
jangan nak tipu aku! Tadi aku pergi
office kau, budak-budak ni cakap kau half day hari ni lepas kena serang dengan
seorang mak cik.. Sekarang, kau ada mana?
Aku tahu kau kena marah dengan mak Yana, kan?! Ni suara kau serak sebab kau menangis,
kan?” Terus aku kelu berbahasa. Boleh pulak datang buat spot check?
“Er..
abang datang office Dhira? Buat
apa?” Aku sengaja alih topik. “Suka hati akulah nak datang tengok bini
aku. Kau tak payah nak alih topik. Beritahu aku, kat jalan mana yang kau duduk
menangis ni?” Aku terpaksa beralah. Malas nak bergaduh lagi. Selepas setengah jam, dia datang dengan
menaiki teksi.
Turun
saja dari teksi, terus dia menerpa ke arahku lalu memelukku. Aku terkejut.
Mak, malu aku! Tengah tepi
jalanraya pulak tu! Dia melepaskan aku
bila mendapati aku hanya diam.
“Dah
habis belum air mata?” Aku mengangguk sambil menunduk. “Bagus.
Jangan nak menangis lagi depan aku.
Lepas ni, apa-apa yang jadi beritahu aku. Aku kan suami kau? Dah, jom balik. Aku drive!”
Dia memimpin aku masuk lalu dia duduk di tempat pemandu. Sepanjang perjalanan, hanya Fendi yang
bercakap manakala aku banyak mendiamkan diri.
Aku
mengemaskan baju-baju aku masuk ke dalam bagasi. Sesekali aku mengerling kepada Fendi yang
setia duduk merenung aku dari tadi.
“Apa?” Dia mengeluh sambil
perlahan-lahan duduk di sebelah aku.
“Perlu
ke kau kena pergi kursus tu? Tak ada
orang lain ke kat admin department tu, kenapa kau pulak? Seminggu pulak tu.. kenapa lama sangat? Kenapa kena buat kat Desaru? Area KL ni tak ada tempat dah ke?” tanya Fendi bertalu-talu. “Abang.. Dhira ni kerja dengan orang. Orang cakap pergi kursus, pergi jelah. Lagipun kursus ni bagus. Nak gaji up sikit, kenalah pergi kursus. Dah company yang tanggung, apa nak fikir
lagi?” Fendi masih tak puas hati.
“Habis
kenapa banyak sangat baju kau bawak ni?
Macam dah tak nak balik sini lagi je gayanya?” Aku hanya tergelak. Lain macam pulak kerenah Fendi ni malam
ni. “Tak pun, aku cuti seminggu
jugaklah. Aku teman kau pergi sana,
nak?” Fendi bersungguh. Cepat-cepat aku menggeleng. “Mana boleh, bos dah booking tempat
cukup-cukup untuk yang staf yang pergi.
Hah, nanti siapa pulak nak settlekan kerja abang? Kata dapat project
baru?” Fendi mengeluh sambil termenung
sejenak.
“Haa..
tak pun aku hantar kau, nak? Lepas tu
aku balik la sini semula. Amacam?” Aku cubit pehanya, tanda geram. Laju dia menggosok. “Orang dah beli tiket segala.. jangan nak
macam-macam! Dah lah, nanti Dhira
baliklah..” Aku lantas bangun dari
sila.
“Dhira..” Panggil Fendi sambil memaut lenganku. Lantas aku berpaling padanya yang masih di
tempat duduknya tadi. “Janji dengan aku,
kau balik semula sini, tau?” Aku renung
ke anak matanya yang penuh berharap itu.
Mataku bergenang air mata, tapi aku kerlipkan supaya tidak jatuh air
mata ini.
“Janji?” Soalnya lagi sambil mengoncang lenganku. Aku sekadar mengangguk, demi memuaskan
hatinya. Fendi tersenyum, tanda penerima
jawapan dari aku.
Aku
dan Fendi berada di Terminal Bersepadu Selatan, menunggu pukul 10 pagi untuk
masa berlepas. Hanya Fendi yang menemani
aku. Ibu, ayah dan Farah tidak dapat
datang sebab menghadiri kenduri kahwin jiran kami.
“Nanti,
Dhira tak ada abang pandai-pandai lah iron baju sendiri, kemas tempat tidur
sendiri, ye? Jangan malas-malas
sembahyang Subuh, alarm je lah handphone mahal abang tu.. hah, stoking tu letak
kat dalam laci bawah sekali almari coklat tu, jangan nak mengada-ngada letak
tempat lain. Nanti mulalah sibuk duk
mencari satu pagi..” Fendi hanya anguk-anguk.
“Pewangi
bilik tu dah nak habis, nanti jangan lupa tukar. Jenama yang sama tahu. Ambi-pur.
Kalau abang letak jenama Tesco lagi, siap abang!” Fendi tergelak. “Lagi satu, baju merah yang
abang baru beli tu jangan campurkan dengan baju lain masa basuh. Luntur color lah. Habis baju Dhira warna merah!” Fendi sambung gelak lagi.
“Kalau..” “.. Dhira..”
Fendi menyampuk aku bercakap.
“Janganlah pesan banyak-banyak.
Aku tak ingatlah. Nanti kan kau
balik semula sini?” Aku tersenyum sambil
menunduk.
Kedengaran
pengumuman bagi penumpang bas ke selatan untuk pergi ke platform 5. Aku bangun sambil Fendi membantu aku
mengheret bagasi. Kami hanya mendiamkan
diri sambil berjalan perlahan-lahan.
Sampai tidak jauh dari pintu berlepas, Fendi menyerahkan bagasi kepada
aku.
“Dhira
pergi dulu, jaga diri baik-baik.
Halalkan makan minum Dhira selama ni, ye?” Aku bersalaman dengan Fendi dan seperti biasa
Fendi akan mengucup dahiku. Tapi, memang
aku tak sangka Fendi akan buat begitu di khalayak ramai. Malu woo!
“Abang
jalan lah dulu.. Dhira nak tengok abang pergi dulu baru Dhira turun..” “Eh..”
“.. Please..?” Fendi yang mulanya
mahu beralasan, beralah juga akhirnya.
Dia senyum sambil berpaling untuk melangkah. Baru dua tapak dia melangkah, aku panggil
namanya. Dia berpaling semula kepadaku.
“Dhira
sayang abang. Dhira cintakan abang. Sangat-sangat, selalu, selamanya!” Tanpa malu
aku menuturkan ayat itu kepadanya, membuatkan dia senyum semanisnya yang tak
pernah aku lihat sebelum ini. Aku melambainya
menyuruh dia pergi, lalu dia berpaling dari aku.
Aku
cepat-cepat berlari ke balik tiang, mengintainya dari tepi. Aku nampak Fendi berpaling, mencari
bayangku. Melihat kelibatku hilang dari
pandangannya, terus dia berlari ke tempat kami berpisah tadi. Melilarkan pandangan ke kiri dan ke kanan
untuk mencari aku, tapi aku masih menyembunyikan diri sambil air mata tak henti
mengalir.
Tidak
habis mencari, segera dia menelefon aku.
Namun, tidak aku jawab.
Berkali-kali dia menelefon, ku tetapkan hati untuk tidak menjawab. Akhirnya, aku nampak dia perlahan-lahan
beransur pulang. Barulah aku keluar dari
tempat aku bersembunyi lalu turun ke bas.
Fendi..
dialah cinta pertama dan terakhir.
Sebenarnya, semuanya telah kurancang.
Kursus, seminggu, Desaru.. semuanya dusta. Pertemuan kami tadi ialah pertemuan
terakhir. Aku percaya pada kata
‘Mencintai tak semestinya memiliki’.
Lalu, aku lepaskan seorang Fendi, demi kebahagiannya. Aku tahu, cinta aku pada Fendi, tak setanding
dengan cintanya pada Yana. Cinta pandang
pertamanya yang kekal dalam hatinya selama hampir 5 tahun. Wanita-wanita yang didampingnya hanyalah
sekadar dicari mahukan lengkap seumpama Yana, tapi tak serupa juga dengan
Yana. Cinta aku pada Fendi juga tidak setanding
kasih seorang ibu pada anaknya. Aku tak
mahu menghampakan harapan mak cik Nora yang mahu Yana bahagia bersama insan
dicintainya. Biarlah aku kekal dalam
diri Fendi hanya sebagai part-time lover.
Mungkin
ini memang jalan takdirku
Mengagumi
tanpa di cintai
Tak
mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan
hidupmu, dengan hidupmu
Telah
lama kupendam perasaan itu
Menunggu
hatimu menyambut diriku
Tak
mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia
untukku, bahagia untukku
Ku
ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski
ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan
berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan
ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk
ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan
biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
Cinta
Dalam Hati – Ungu
11.59 pm
14/6/2012
End of part 1 of 2.
Ongoing for part 2 of 2.
Subscribe to:
Comments (Atom)

