Tuesday, August 2, 2011

Perempuan Berkalung Sorban



Perempuan Berkalung Sorban.. Sebuah filem seberang yang dah lama saya jumpa kat Youtube bila Dato Siti Nurhaliza yang menyanyikan ost filem ini sebenarnya.  Tapi, baru sempat nonton masa ditayangkan di TV AlHijrah, Selasa lalu.


Bagi saya, filem ini benar-benar mengangkat isu wanita, kebebasan dan perjuangan ke arah itu.  Anissa (Revalina S Temat), seorang wanita yang inginkan hak untuk bebas seperti lelaki lain yang ada disekelilingnya.  Baginya, jika lelaki boleh buat, kenapa tidak dia?  Biasalah.. hidup dalam pesantren Salafiah Al Huda (kira macam kawasan pondok la) perempuan diajar untuk tunduk kepada lelaki, tak payah nak belajar tinggi, nanti besar kahwin je.  Ini membuatkan Anissa sering membentak dan protes, sehingga dia beranggapan bahawa ajaran Islam ini berat sebelah.


Impiannya, untuk belajar hingga ke menara gading dan mengubah stigma pemikiran masyarat di sekelilingnya.  Tapi, hasratnya terkubur bila ayahnya yang juga penaung pesantren itu telah menjodohkan dia dengan seorang kenalannya, yang katanya seorang kaya dan punya pendidikan tinggi.  Kata ayahnya, jika dia mahu belajar, dia perlu punya mahram, dan oleh sebab itu dia menerima pinangan lelaki itu.


Tapi, impian hanya tinggal impian.  Hidupnya tak seindah yang disangka.  Nama pun anak pak imam, bukannya dia pak imam.  Samsudin hanya indah khabar dari rupa.  Anissa hanya menjadi hamba nafsu kepada lelaki itu dan sehingga ke satu tahap, Anissa mendapat tahu yang Samsudin punya perempuan lain, bernama Kalsom yang telah pun mengandung.


Peliknya, bila isu ini diketahui umum, semuanya seperti menyalahkan Anissa.  Wanita ini yang tidak pandai menjaga suaminya, menyebabkan suaminya pergi ke perempuan lain.  Anissa mahu dilepaskan, tapi makin dia dicemuh.  Kata mereka, lelaki boleh berkahwin empat, jadi paksa rela, Anissa membenarkan suaminya bernikah dengan Kalsom.


Anissa sudah jelak dengan semua ini.  Kebetulan, lelaki yang dah menawan hatinya yang sebelum ini belajar di Cairo, sudah pulang ke tanah air.  Dia ingat, dia bertepuk sebelah tangan.  Rupa-rupanya, Khudori pun punya perasaan yang sama.  Dia nekad untuk lari jauh dengan Khudori, tetapi bila tertangkap pertemuan mereka oleh Samsudin, mereka telah difitnah menyebabkan Anissa diceraikan dan Khudori menyepikan diri.


Anissa meneruskan perjuangannya dengan berhijrah ke Jogjakarta.  Dia menyambung pelajaran dalam bidang penulisan di situ.  Tapi, takdir menemukan dia semula dengan Khudori.  Khudori mahu bernikah dengan Anissa, tetapi Anissa sudah trauma dengan perkahwinan.


Di sini, dapat dilihat betapa kita boleh mengubah keadaan itu sebenarnya.  Wanita punya haknya dalam Islam.  Cuma, kekadang terlalu sinis pada pandangan segelintir orang yang taksub pada agama.  Keterbukaan itu penting, tapi jangan sampai  imej Islam itu sendiri tercalar.  Heh, saya pun bukan arif sangat untuk bercakap pasal agama, tetapi dalam filem ini, semuanya diterangkan dengan terperinci, agar tidak salah faham di mana-mana.


Dapatkan Anissa rasa bahagia dan mencapai cita-citanya?  Hehe.. macam biasa lah.  Kena tengok baru tahu. Ketabahan Anissa memang betul-betul teruji, hingga rasa kita ni kerdil je sebenarnya.  Tapi, agak kesal dengan ending yang nampak terlalu terburu-buru dan macam tergantung.  Tapi, overall memang bes.  Lakonan si bawang putih ni barulah betul-betul thrill dalam filem ni!  Thumb up u guys!!

No comments:

Post a Comment