Hehe.. bunyi macam tajuk novel or cerpen kan? No lah.. ini merupakan satu kesah, pengalaman, cerita benar.. aci macam travelog la..
Pengalaman.. kalau manis memang kita suka dan kenang. Ada ke orang suka pengalaman pahit? Tapi, bila kita ingatkan balik pengalaman pahit tu, mesti kita akan tersenyum sorang-sorang. Adakala, sampai meneteskan juga air mata. Itu kalau saya lah. Orang lain.. tak tahu.
Dari JB, saya datang ke KL atas arahan pihak atasan dan atas urusan kerja. Ingatkan sekejap (maybe dalam couple of week je ke?) Memang sebelum ni pernah datang untuk buat final documentation. Kira, this was a second time sebenarnya berhadapan dengan situasi ni. Dulu, masa first time datang duk rumah member. Tapi, itu dua minggu je (credit to my bestie - Aida). Sekarang, macam segan la pulak. Jadi, saya tumpang rumah akak office ni, tapi tak lama jugak la, sebab dia berkeluarga. Time husband dia balik dari outstation, agak-agak faham la kita yang mereka pun nak spent time together. So, saya pun keluar dari rumah tu. Sempat dalam seminggu la menginap dengan beliau (credit to kak Fishah) and main-main dengan si kiut Mizah yang baru umor setahun lebih.
Then, oleh sebab saya dapat arahan dari bos untuk saya kena ada lebih lama di KL, saya terpaksa bertebal muka untuk duk kat rumah company. Rumah corner lot, teres dua tingkat. Dekat je rumah dengan office, dalam 4 minit drive pun buleh sampai (kira kalau merangkak pun buleh la ni. haha~) Masa saya masuk, dah ada 5 orang menginap di sini, semua perempuan termasuk seorang Chinese. Bilik dah penuh, sebab tu macam segan nak tinggal situ. Tapi dah no choice.. terpaksalah. Dah oleh sebab itu, saya terpaksa tidur di ruang tamu.
Huhu.. sedih la jugak mulanya. Dah lah tak ada orang tanya nak bantal ke, selimut ke.. ok tak, panas ke, sejuk ke, ada nyamuk ke, ada 'something' kacau tak? Nasib tergerak hati nak bawak selimut. Barang-barang pun kat ruang tamu. Rasa macam semua orang kat rumah tu tak suka saya ada. Biasalah, tanggapan pertama selalunya negatif. Padahal baru jumpa, mesti la tak ramah tamah sangat!
Ada seorang je housemate rumah JB lah yang selalu teman saya tidur di ruang tamu. Buleh la dari tak ada langsung nak bertegur sapa. Lepas tu, agak segan la jugak kalau balik rumah je, tempat kita tidur tu jadi tempat lepak dan tempat diaorang tengok tv. Aduh, kadang-kadang rasa macam nak tidur dalam kereta je. Tension!!
Tak lama lepas tu, akak senior rumah tu mintak tukar bilik ke master bedroom, tempat Chinese seorang je tadi tidur. Jadi, kitaorang pun tidur lah ramai-ramai kat bilik besar tu. Nasib baik Chinese girl ni nak jugak bertolak ansur. Dah pindah bilik dan bila saya dah ada bilik, bermula lah episode persahabatan kami. Dari tiga orang, sampai lima orang satu bilik! Mula-mula site clerk dari JB kene transfer hQ, pastu site clerk site saya yang kena datang sini sebab projek baru tak start lagi. Padat, tapi seronok!
Makan tengahari bersama, bangun bergilir-gilir waktu pagi, waktu malam kalau tak habis bercerita, sampai tu lah tak tidur.. dah rasa macam duk asrama pulak! Sampai Chinese bilik sebelah tu sound akak senior ni pagi esoknya. Dia cakap jangan sampai dia nak tendang pintu bilik kitaorang kalau kitaorang memekak malam-malam time dia tidur! Haha! Yalah, sorang-sorang bercerita dan bergelak sampai tak hengat dunia! Lepas daripada tu, terus bila malam nak bercerita je kena bisik-bisik! Argh.. tak best! Macam duk dalam kelambu!
Office hQ pulak sejak kami bertiga budak site ni duk Operation, terus macam kecoh. Saya dah Yana akan bising time nak lunch. Paling kelakar kalau nak mengenakan Kim si Budak Sabah ni. Buleh die duk site ok je, datang hQ pergi pakai rambut palsu?! Lain identiti kununnya.. sengal!
Pejam celik pejam celik, i've spent almost 3 month here. Bila Kim dah balik JB semula, bilik dah jadi senyap. Nanti Yana akan ke Klang, dan saya akan balik semula ke JB. Makin sunyi lah bilik tu. Nisah pulak jaga site, tapi asyik balik lewat. Akak senior ni jenis talkative, kesian dia lah nanti. Huhu.. Tetiba rasa sedih pulak nak tinggalkan semua ni.
Sedih nak tinggalkan rumah dan kawan-kawan kat sini, sedih nak tinggalkan suasana di sini, sedih nak tinggalkan kebiasaan di sini. Sedihnya..
Selalu kalau weekend ada je aktiviti. Pergi Cheras lah, pergi Shah Alam lah.. pergi Mydin lah. Erk..Mydin? Iya, mall jugak kan? Mydin Mall. Hehe.. Duduk Kl, nak balik kampung pun dekat. Hish.. mesti rindu semua ni lah! Gerenti!
Oklah.. nanti balik nak packing barang dah. Selamat tinggal semua. Selamat tinggal kenangan!
Haha.. sorry lah. Inilah gambar paling cun yang saya ada. Nisah..sorry, tak ada pic wif you. hehe.. xpe, saya dah mention your name kan?