Friday, March 23, 2012

Atas Nama Cinta



Atas Nama Cinta.. Sebuah drama bersiri daripada Zeel Production ni dalam slot Akasia TV3 (7pm-8pm Isnin-Khamis) ni dah pun tamat ceritanya semalam.  Nak kata saya follow sangat from beginning tak lah sebab dah 2,3 episode baru layan.  Itupun terpengaruh dengan housemate yang excited sangat dengan drama ni.  Just, nak story sikit kelainan drama ni dengan drama lain.

Alkisah, Saiful ni berjumpa dengan Cinta dari kecik, dalam quest cari mak Cinta.  Then terpisah masa Cinta dimasukkan ke hospital.  Ada husband and wife ni pulak baru kehilangan anak dia dan bila dia jumpa Saiful ni, rupanya yang mirip anak mereka yang hilang ni buatkan mereka nak ambil Saiful ni jadikan anak angkat mereka.  Husband ni cakap Cinta dah mati sebab Saiful ni memang dah maklum yang Cinta ni sakit jantung.

Then, mereka ni pun dah besar dan scene ni dekat Perth, Australia.  Ghaz Sulaiman (Saiful) pun dah jadi seorang artis terkenal dan menetap di Australia bersama adiknya Balqis, mamanya Rima dan daddynya Sulaiman.  Ghaz ni dalam tour untuk promosi albumnya.  Dia ada seorang kawan rapat, namanya Tengku Farish.  Nak dijadikan cerita, Balqis ni sukakan Tengku Farish, tapi Farish ni tak.  Rima ni pulak sakit, dan sebelum dia mati dia nak tengok Ghaz disatukan dengan Balqis sebab dia tahu mereka ni bukan adik beradik kandung pun, walaupun hubungan mereka sangat rapat.

Farish ni pulak doktor, dan terjumpa seorang student Malaysia yang sangat ayu dengan baju kurungnya, cantik, lemah lembut bernama Cinta.  Hah, mesti korang dah buleh baca sikit-sikit scene seterusnya, kan?  Nanti.. lek-lek der!  Tak habis cerita lagi!

Dah nama pun kawan baik, kan?  Jadi, apa-apa mesti lah nak share.  Farish ni pun temukan lah Cinta tadi dengan Ghaz Sulaiman.  Dia pun macam percaya tak percaya lah kan.  Rasa macam Cinta yang dia kenal dulu, tapi mana buleh sebab Cinta dia dulu dah mati.  Lagipun takkan nak rampas awek member, kan?  Dia buat dek and still dia proceed je lah dengan cadangan mummy die tu.

Balkis ni pulak still nakkan Farish, dan bila dia dapat tahu Farish tolak dia sebab perempuan kampung yang nama Cinta ni, dia macam bengang la.  Lagi bengan bila abang dia pun macam dah tersuka-suka je dekat Cinta ni jugak.  Dia takut lah sampai abang dia ni nak batalkan kahwin dia.

Aleh-aleh, selepas semua bukti ditemukan, memang sah dan sahih lah Cinta yang ada kat depan Ghaz ni adalah Cinta yang dia kenal dulu.  Dia pun buatlah confession, tak ada niat pun nak tackle ke hape, cuma nak pastikan dan mengaku saja.  Bila Farish dapat tahu, bengang lah dia!  Dan dengan mabuk-mabuk berjumpa Cinta, dia hampir nak rape Cinta!  What?! Alamak!  Farish buat keadaan bertambah worst jek!

Cinta menghaibkan diri.  Ghaz bengang lah, mula-mula dia kasi lebam jugak lah budak Farish ni.  Tapi, bila kawan tu minta maaf, dia cool.  Cari Cinta.. sampai mak sedara Cinta pun dah bermusuh dengan dua jejaka ni.  Si Balkis ni pulak tak buleh terima bila Ghaz memang terang-terangan suka dekat Cinta dan sanggup tampar adiknya sebab Cinta.  Dia pun balas dendam dengan menjatuhkan reputasi Ghaz Sulaiman.  Tapi, bila rancangan dia tak berjaya, dia sampai sanggup nak bunuh Ghaz?  Pergh..pyscho betul minah ni!

Jadi, berjayakah Balkis ni bunuh Ghaz?  Dan, dapatkah diaorang jumpa Cinta?  Katakanlah kalau diaorang ni dapat jumpa Cinta, adakah Cinta akan memaafkan kesalahan Farish, or dia akan terima Saiful dalam kehidupan dia?  Sempat ke dia nak mengecapi bahagia?  Apalagi.. login Tonton lar!

Drama ni saya suka sebab scene montaj dia macam menarik.  Dahlah shooting kat Perth.  Tapi, banyak sangat flashback, mungkin dia nak panjangkan cerita kut?  Tapi, Tasha Shila ni jadi watak antagonis memang superb lah!  Real jahat!  Watak lain pun tak kurang hebat.. Shah Jazle (Farish), Fiza Abd Halim (Cinta) dan watak hero Shah Iskandar (Ghaz).  Lakonan dia buleh tahan lah walaupun baru nak menapak dalam industri ni.  Dengar citer dia ni Singaporean, tak tahulah betul tidak.  Hehe..  Pengakhiran cerita pun menarik, agak sedih bila dia terkenangkan waktu zaman kecil-kecil dan janji suka sama suka mereka.  Overall, not bad..!