Haha.. dah lama tak update blog, tiba-tiba je keluar, dah meletup kebabow die punye title! Kalau y'all gurl kat luar sana dah besar panjang.. mesti la ada ciri-ciri suami idaman kan?kan? Tipu la kalau tak ada.. takkan la tak ada terberangan sikit nak jejaka yang macam ni, macam tu! Sorrylah.. kedengaran macam gatal sikit kan? Tapi, tak salah kalau kita nak bercita-cita dulu, right?
Erm.. kalau diberi pilihan, first of all, saya nak calon suami saya seorang yang taat sembahyang, 5 kali sehari semalam, yang wajib tu sangat lah dibuat beliau. Ya, mak saya pernah berpesan, sembahyang adalah tiang ugama. Kalau seseorang itu sembahyang, dia pasti akan diberi kekuatan iman untuk tidak melakukan larangan-Nya. Dan, saya sama sekali AMAT bersetuju dengan pendapat mentor saya itu. Betul, kalau kita sembahyang, pasti kita rasa sangsi nak buat jahat. Macam ada something wrong je. Mak saya pun memang suruh menekankan ciri-ciri ini sebagai kriteria utama. Hah, amek kau! Bonda dah bagi syarat tu!
Second, seorang yang tidak panas baran. Fuh, kalau tengok akbar dan berita sekarang, banyaknya wanita menjadi mangsa kerakusan lelaki. Kalau terlalu sangat terbwa-bawa oleh perasaan, rasa takut pulak nak berkahwin. Yalah, takut juga. Manalah tahu, lelaki yang kita suka ni masa dia nak kat kita, lembut lidah dari gusi.. pijak semut pun tak mati. Once dia dah kahwin, terus dia totally berubah. Salah sikit je, pelempang dapat. Wanita dijadikan habuan nafsu semata. Orang cakap habis madu sepah dibuang. Kita tak dapat aspect apa yang jadi dimasa hadapan. Grrr... gerunnya. So, kena lah cari yang tak panas baran, ya!
Third, tak payah lah hensem sangat. Cukup sekadar sedap mata memandang. Hensem tu boleh ditampal dek kerana peribadi yang cantik, menarik, tertarik kau memang da boom! Lagi pulak, saya ada teori sendiri pasal lelaki hensem ni. Selalunya, lelaki hensem mesti la nakkan wanita yang cantik ibni kesempurnaan. Kadang-kadang kita rasa kita dah cantik dah cukup lengkap segala pakej, tapi orang lain kata kita tak cantik, nak buat macam mana? Kenalah terima kenyataan perasaan, ya tak? Hah, lastly, kalau dia lari sebab nak kejar perempuan cantik, kita juga yang naya. Plus, selalu sangat lately saya jumpa lelaki hensem selalunya gay! Yaww... gelinya! Tak mahu ambil risiko! (Berdasarkan teori saya semata, tak tahu lah orang lain macam mana, ok?)
Fourth, tak mahu lah kaya! Bior sederhana je pekerjaannya.. dari orang kebanyakkan jugak. Tapi, kalau boleh saya nak my hubby tu arkitek! Haha.. gile kentang berangan! Bukan apa, selama ni memang saya nak jadi arkitek, tapi malangnya cita-cita tak kesampaian. Jadi, kalau kita tak jadi arkitek, pe salahnya kalau encik husband kita yang jadi arkitek! Golongan ini selalunya seorang yang kreatif, pengemas, bersopan santun.. haa, tak ke cantik rumah kita nanti? Tak yah nak decorate segala, dah ada arkitek bertauliah tolong susun aturkan. Hish, nak jugak lah tu!
Fifth, tak payahlah romantik sangat! Euw.. saya tak suka lelaki romantik. Penuh dengan cokelat, bunga.. macam nak muntah je.. sebab saya seorang yang tidak romantik! (mak cakap perangai pelik saya ikot bapak!) Cukuplah beliau seorang yang ambil berat, tapi tak lah sampai nak busy body ibni mengongkong sangat! Pelik sangat ke kalau perempuan tak romantik?
Last but not least, harap-harap lah beliau seorang yang penyabar. Sabar untuk menerima saya dan keluarga saya serta menerima kelemahan saya seadanya sebagaimana saya menerima kelemahan dia. Yalah, ada ke orang terlalu sempurna di dunia ni? Jadi, saya ada untuk menutup kelemahan dia dan dia ada untuk menutup kelemahan saya. Kan orang cakap suami isteri ini adalah gabungan kelemahan dan kelebihan untuk saling memerlukan?
Sebut pasal kelemahan ni, aduh.. paling lemah rasanya. Cakap memang seronok, "saya akan menerima awak seadanya". Tapi, nak membuat tu lah yang agak sukar. Lagi-lagi pulak kalau kelemahan dia tu memang paling pantang nenek moyang selama hidup solo.
Berikut saya share sikit kelemahan apa yang saya boleh hadap lagi:
First, saya boleh terima kalau suami saya tak reti masak, sebab.. saya tak adalah handal memasak! Hehe.. Kiranya, dia tak adalah nak cerewet sangat bab perut. Jadi, apa saya masak nanti, dia bantai melantak je, tak ada hal, no kompromi!
Second, saya dapat terima kalau suami saya seorang yang pemalas. Suka bersepah, tak suka lipat kain, basuh kain lagi lah liat! Tak pe, saya faham. Sebab saya seorang yang suka mengemas dan basuh kain! Hah, mesti untung kan? Rumah bersih je.. tapi, susun atur hancur!
Third, saya dapat terima kalau suami saya kerja lewat malam. Ahad pun kerja. Wah, pandang muka dia tahu-tahu je dah pejam mata! Siboknya beliau! Tak pe, saya tak kisah. (tak tahulah kut mula-mula je tak kisah!) Sebab, saya pun kerja dalam lingkungan tekanan yang begitu. Saya faham, masa itu emas. Setiap detik itu amat bermakna. Tapi, usai semuanya boleh lah kita pergi holiday, kan? kan?
Lastly, saya boleh layan lah kalau suami saya tu nanti tak ingat besday saya, or apa-apa anniversary berkaitan kami. Sebab.. haha (gelak dulu, jangan marah ya!) saya memang seorang pelupa! Kadang-kadang besday saya sendiri pun saya lupa, ini pulak besday orang! Nasib ada hp, tolong reminder kan! Memang tiap kali tu lah saya kena marah kalau bab besday dan hari-hari penting ni! Hehe..
Saya pernah dengar ramai sangat orang cakap. Jodoh di tangan tuhan. Kadang-kadang, kita bercinta bagai nak rak dengan someone tu, dah kalau bukan dia jodoh kita, tak kahwin juga kita dengan dia. Kadang-kadang, kita tak kenal je pun dia, jumpa masa akad nikah tu lah. Tapi, kalau dah memang kita ditakdirkan untuk dia, kahwin hingga ke pintu syurga jugaklah dengan dia.
Bagi saya.. saya kalau boleh tak mahu bercinta sekarang. (kalau bolehlah, tak tahulah tup-tup lepas ni terjatuh hati ke, jatuh tangga ke hape!) Sebab, saya nak simpan cinta saya buat suami saya. Wah..rasa macam blushing pulak muka ni sekarang! (Pesal aku ni macam gatal sangat ni? Opss.. sorry la bebanyak!)
Yalah, saya nak dia menyintai saya atas nama Allah swt. Dia menyintai saya tak lebih dari dia menyintai Allah swt dan Nabi Muhammad saw. Dia menyintai saya untuk mendapat keredhaan Allah swt. dan dengan izinNya kami bersama hingga ke pintu syurga. Kan lebih manis cinta itu begitu?
Saya nak jatuh cinta dengan suami saya waktu dia melafazkan akad pada saya, dan sebagai tanda syukur rahmat ke hadratnya, kami mengaminkan doa bersama-sama, solat jemaah bersama-sama. Akhirnya, kami diraikan dalam majlis yang penuh sederhana, temanya ialah 'nice and meriah'. Tahu apa maksudnya?
Tak mahulah hebat gebang sangat tang pengantin sampai sepuluh persalinan, pelamin berkelip-kelip, kek bertingkat-tingkat dan disambut 7 hari 7 malam. Cukup saja 2 persalinan, pengantin dirias hingga tampak nice..tapi, meriah nya tang orang yang datang. Maksudnya, tetamu datang puas hati termasuk makan dan layanan. Bukan puas hati setakat tengok pengantin. Saya nak tiru macam kahwin pengacara MHI tu, Ahmad Fedtri Yahya. Itu lah nice dan meriah. Persandingannya nice, dan tetamu yang hadir.. mak aii, ramai gila beb, meriah! Kan seronok macam tu? Haa..
Lepas tu, dapat baby kembar. Satu baby boy, satu baby girl. Ohh.. sweets sangat! Jadi, satu kita bagi nama Adam, satu bagi nama Hawa. How? Ngee...
Amin..
Kebahagian itu pasti tiba, InsyaAllah. Yakin sahaja lah kepadaNya. Hah, saya dah cerita, anda pula bagaimana? Samakah dengan saya?